Oleh Sutung Umar RS
JALAN RAYA yang sibuk terentang melintasi Kampung Tunjung. Di bahagian timurnya berjejaran rumah-rumah penduduk Kampung Tunjung, Mukim Pulau Tebu, Daerah Pendek, Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan Darulnaim. Di sebelah baratnya juga rumah-rumah telah mula berjejaran.
Tidak semua kawasan tanah delta Sungai Kelantan di sekitar Kampung Tunjung yang amat subur itu ditanami dengan padi. Ada bahagian-bahagian yang sudah menjadi kampung tempat tinggal. Kampung Tunjung, begitulah nama kampung tempat tinggal. Kampung Tunjung, begitulah nama kampung tercinta itu dikenali oleh orang-orang yang jauh.
Pada hakikatnya Kampung Tunjung terdiri daripada Kampung Tunjung sendiri, Kampung Badak, Kampung Pulau Tebu, Kampung Dalam Kerawat dan Kampung Seberang Parit itu dipenuhi dengan rumah-rumah para penghuninya. Bahagian timurnya, bahagian yang sewaktu S masih kecil dia melihat matahari muncul dari sebelah pokok pauh bongkok itu - nama yang diberikan oleh orang-orang kampung kepada sepohon mangga asam - sebelah balik tenaik itu, sawah padi terbentang luas. Saujana juga mata yang memandangnya. Penduduk Kampung Tunjung memanggilnya Baruh Tunjung. Ingatan kepada Baruh Tunjung adalah nostalgia yang manis, yang tidak mungkin terlupakan - tidak ada yang lebih enak apabila musim padi tiba. Musim padi mengingatkan kepada musim menahan catkalak - ingatan kepada ikan keli lembut, ikan puyu sebesar tapak tangan budak berumur tiga tahun yang kuning lemak berminyak.
Hebat ingatan kepada tanah kelahiran. Dan ingatan kepada tanah kelahiran adalah ingatan kepada ibu, adalah ingatan kepada ayah. Ingatan kepada segala kegembiraan dan segala kedukaan. Semuanya telah menjadi sejarah. Dan sejarah adalah guru yang setia. Tidak mudah melupakan dan malah tidak perlu. S masih ingat setiap pagi apabila tidak bersekolah S memerhatikan matahari pagi yang bersinar dengan tidak bergerak-gerak. Dia masih ingat lagi seolah-olah dia mahu melawan tenaga itu. Apabila agak penat dan matanya berpinar-pinar, dia mendiamkan dirinya seolah-olah membiarkan tenaga dari matahari itu memasuki dirinya.
Wah! ingatan kepada Kampung Tunjung hebat. Di sebelah barat jalan raya yang terentang itu pula adalah Baruh Tunjung. Saujana mata memandang. Ingatan dan nostalgia kepada Baruh Pendek ini lain lagi. Pada musim banjir, ikan-ikan keli juga bermain pada air yang jernih. Apakah ingatan lain yang lebih enak daripada peristiwa menyuluh ikan di baruh itu? Ikan keli yang sedang maung bermain air. Tahan tual dan catkalak. Wao!
Dan bukan itu sahaja, ingatan juga begitu kuat, di situlah S memotong rumput untuk makanan lembu. Pada musim-musim tertentu ibu S menyuruh S menutun lembu. Ya, mengheret dua ekor lembu dara warna abu asap pada setiap batas yang berlumpur dan membiarkan lembu makan dengan sekenyang-kenyang dan sebebas-bebasnya. Ingatan itu, aduh, sewaktu hari telah senja dan lembu masih lapar. S harus pulang cepat ke rumah kerana akan pergi ke kelas malam belajar Bahasa Inggeris. Ya itu waktu S sudah agak dewasa. Pada waktu yang masih kecil, S terpaksa juga pulang cepat kerana pergi mengaji Quran. S pun membiarkan lembu yang ditutunnya makan seenaknya. Dan yang dimakannya bukan lagi rumput yang tumbuh pada batas padi tetapi anak-anak padi yang hampir batas dengan seenaknya. Ya memang selepas itu S pun mengheret lembu yang sudah kenyang itu pulang dengan seronoknya.
Siapakah yang tidak mempunyai kenangan dan nostalgia kepada tempat lahir dan tanah serta bumi permainannya? Kata orang tua-tua tempat jatuh lagi dikenang, inikah pula tempat bermain. Inikan pula tempat bermain. Ini Kampung Tunjung. Bumi kelahiran. Waduh!
Kenangan lagi! Nanti ada pengkritik mengatakan cerpen ini hanya mengisi kenangan.
"Cerpen ini hanya mengandung kenangan, hanya kenangan! Hampir tidak ada yang lain sedangkan sebuah cerpen seharusnya mempunyai konflik, mesti ada plot ceritanya. Begitulah kata seorang pengkritik pada suatu hari di meja S, apabila S sengaja memberikan cerpen ini untuk dibaca.
"Kau mesti mencari konflik yang terjadi di kampung itu," tegasnya dengan yakin.
"Bagaimana aku harus mencari dan membina konflik, di kampung itu memang tidak ada konflik, di kampung itu memang tidak ada konflik! Memang tidak ada konflik! Memang tidak ada!," balas S. "Sebuah cerpen mesti ada konfilk!" "Tidak ada konflik!" Tegas S. Tetapi temannya terus menyambung, " Bagaimana boleh satu keadaan yang tidak ada konflik, ini bertentangan dengan pendapat Totler dalam teorinya?"
"Kau jangan menyalahtafsirkan teori Tofler itu. Teori alvin Tofler itu lebih daripada itu. Dan memang benar bahawa sesuatu itu boleh disingkatkan untuk perbincangan tetapi singkatan itu mestilah tepat dengan yang sebenarnya. Yang terkeliru atau salah tafsir. Ini salah tafsir. Ini juga permasalahan kejujuran seorang penulis. Apakah aku harus jujuri atau tidak? Jujur mengadakan perkara-perkara yang tidak ada atau yang ada atau jujur yang bagaimana?"
Sesungguhnya ingatan kepada Kampung Tunjung luar biasa benar. Dan itu bukan satu hal yang aneh. Ini tanah kelahiran. Tanah yang awal menerima tapak kakinya dan tanah tempat bermulanya satu perpindahan. Hijrah? Bukan! Hanya perpindahan. Waktu kecil S pulang dari sekolah, Sekolah Kebangsaan Mulong yang jaraknya dari rumah S sedekat 3 kilometer hanya dengan memakai selipar yang tinggal separuh bahagian belakangnya kerana telah terlalu lama. Apa gunanya memakai selipar kalau yang ada hanya tali bahagian atasnya manakala tapal bawahnya telah habis? Masih segar dalam ingatan S sambil berjalan pulang dari sekolah di bawah matahari panas bulan Mei sambil menjilat air batu kepal.
Pada musim menuai, atau selepas musim menuai padi yang luas terbentang di Baruh Pendek atau Baruh Tunjung, waktu itulah tatkala petang yang membawa ke senja, angin lembut bertiup dan anak-anak muda bermain layang-layang. Wau bulan pun dinaikkan ke udara dan busurnya yang nyaring ditiup angin menimbulkan satu nostalgia.
Pada musim yang demikianlah di Kampung Lating atau Wakaf Che Yeh, wayang kulit dimainkan oleh dalang yang masyhur. Berbulan-bulan lamanya. Biasanya sampai musim hujan barat pada bulan tujuh. Biasanya tiga atau empat cerita sempat habis dimainkan. Dan bagi S pengaruh wayang kulit itu amat besar sekali kepada jiwanya. S selalu mengambil kesimpulan bahawa inti pati daripada cerita itu adalah perjuangan menghadapi hidup. Soal maruah dan daulat satu bangsa sebuah negara. Tidak ada yang lebih besar daripada itu.
Tetapi sekarang hal-hal yang seperti itu sudah tidak ada lagi. Ada banyak sebab sehingga berlaku perkara yang sedemikian. Disebarkan berita bahawa permainan wayang itu haram. Nanti yang bermain wayang itu pada hari akhirat nanti memalu perutnya dengan tangannya dan dari perut itu keluar api yang membuak-buak.
Bukan itu sahaja. Pada musim yang samalah persembahan dikir barat menjadi satu bentuk hiburan yang hebat dan mempesonakan. Kadang-kadang S masih ingat, pada waktu selepas Isyak dia pergi menonton wayang kulit atau makyung dan selepas habis makyung atau peteri anak gajah, S akan pergi pula menikmati dikir barat yang biasanya dimulai agak lewat malam. Memang dikir barat selalu berakhir pada subuh hari. Besoknya bersekolah. Datang ke sekolah pun mata masih mengantuk.
Ingatan itu tidak berakhir begitu sahaja. Seperti ingatan kepada Kampung Tunjung, tidak gambaran kampung itu sahaja yang datang tetapi lebih daripada itu. Ingatan itu bersama dengan orang-orang kampung itu. Semuanya hidup dalam cakerawala ingatan S.
Lalu muncullah teman-temannya. Dia teringat kepada Che Hassan Kampung Padang Enggang, kepada Aziz Che Kob Kampung Rupek, kepada Tuan Ibrahim Tuan Mat Kampung Kubang Kacang, kepada Salleh Bilal Semali. Semuanya datang. Tidak ada satu pun yang lenyap.
S termenung lagi. Timbul persoalan dalam dirinya apakah yang difikirkannya itu sebuah c hidup dalam cakerawala ingatan S.

S termenung lagi. Timbul persoalan dalam dirinya apakah yang difikirkannya itu sebuah cerpen atau bukan? Seperti kata temannya seorang pengkritik bahawa sebuah cerpen mesti mengandungi konfilk. Bukanlah ingatan itu sendiri, apapun berikutnya adalah satu konflik? Atau itu bukan konflik?
Tuan Brahim selepas persekolahan menjadi pengurus kepada sebuah agen menjual kereta. Che Hassan mendapat peluang memasuki universiti dan kini menjadi guru. Aziz pula memasuki maktab perguruan dan sekarang juga menjadi guru. Salleh Ismail nasibnya lebih cerah, dia mendapat peluang dengan ijazah kedoktoran. Kini bertugas di Kuala tab perguruan dan sekarang juga menjadi guru. Salleh Ismail nasibnya lebih cerah, dia mendapat peluang dengan ijazah kedoktoran. Kini bertugas di Kuala Lumpur.
Mengingatkan masa kini semuanya sudah berubah. Semuanya sudah bertukar. Kampung Tunjung, bagaimanakah engkau? Soalan itulah yang menjadi pertanyaan di kepala S. Apakah engkau tidak berubah! Mustahil tidak berubah. Hakikat yang baru semuanya berubah.
Ikan keli, musim menahan catkalak, tuai, bubu, tauk dan temila sudah tidak ada lagi. Jalan yang menghubungkan Kampung Tunjung dengan Kota Bharu sejauh lima batu sudah bertukar kepada kilometer. Musim banjir pun hampir seperti berakhir. Tanah sawah telah diusahakan dertanyaan di kepala S. Apakah engkau tidak berubah! Mustahil tidak berubah. Hakikat yang baru semuanya berubah.
Ikan keli, musim menahan catkalak, tuai, bubu, tauk dan temila sudah tidak ada lagi. Jalan yang menghubungkan Kampung Tunjung dengan Kota Bharu sejauh lima batu sudah bertukar kepada kilometer. Musim banjir pun hampir seperti berakhir. Tanah sawah telah diusahakan dengan tanaman padi luar musim. Daripada satu kali setahun sudah menjadi dua kali setahun. Tali air terentang merentas dari barat daya ke tenggara.
Di tepi-tepi jalan yang terentang dari utara ke selatan itu rumah-rumah sudah dibangunkan. Kalau dulu tidak ada bangsa asing yang bekerja di kampung tercinta itu, kini bukan sahaja mereka bekerja tetapi mereka menyewa rumah dan tinggal di situ. Kalau dahulu suara anjing jarang sekali kedengaran itulah suara yang mengejutkan kanak-kanak yang tidur waktu malam.
Kampung Tunjungggal di situ. Kalau dahulu suara anjing jarang sekali kedengaran itulah suara yang mengejutkan kanak-kanak yang tidur waktu malam.
Kampung Tunjung apakah yang sedang terjadi kepada engkau? Dahulu beberapa orang tokoh guru di situ menjadi penyokong kerajaan yang kuat, waktu kini telah menjadi penyokong parti pembangkang. Ya, Wakil Rakyat pun daripada parti pembangkang.
Kau telah begitu pintar rupanya.
"Ini bukan cerpen."
"Kalau bukan cerpen apa dia?" Tanya S kepada sahabatnya.
"Ini hanya catatan sebuah kampung."
"Apa catatan bukan sebuah cerpen?" Tanya S hairan. Dan dalam kepala S muncul teori bacaan oleh Roman Ingarden.
Ya, itu memang teokong parti pembangkang. Ya, Wakil Rakyat pun daripada parti pembangkang.

Ya, itu memang teori Barat. Yang datang dari barat. Tapi mencari konflik juga apakah bukan teori Barat? Mencari tema juga apakah bukan teori barat? Bukan teori baratkah kalau melihat unsur-unsur yang selalu digunakan oleh para pengkritik Barat? Ya, mereka belajar di barat. Kalau tidak menggunakan teori barat mahu gunakan teori apa?
"Aku fikir persoalan kita lebih berat daripada soal konflik atau tidak?" S memberikan pendapatnya.
Frasa `memberikan pendapat' itu pun satu klise. S pernah diingatkan oleh seorang temannya seorang pengkritik.au tidak?" S memberikan pendapatnya.
Frasa `memberikan pendapat' itu pun satu klise. S pernah diingatkan oleh seorang temannya seorang pengkritik.
"Kenapa lebih berat daripada itu maksudmu apa?" tanya sang pengkritik.
"Persoalan kita adalah persoalan premis," kata S.
`Premis yang bagaimana?" Cepat temanya meminta jawapan.
"Aku melihat ini persoalan kreativiti dan visi dalam kreativiti itu sendiri," Tegar S.
"Tapi sebuah cerpen mesti ada konflik, mesti ada watak. Dan ini penting kerana hakikat cerpen itu sendiri." Balas pengkritik itu.
"Hakikat itu kerana kau bertolak daripada sebuah teori atau daripada beberapa buah teori yang terpadu dal bagaimana?" Cepat temanya meminta jawapan.

"Hakikat itu kerana kau bertolak daripada sebuah teori atau daripada beberapa buah teori yang terpadu dalam pengetahuan kau sendiri untuk menilai dan mentafsir." Bantah S.
Selepas temannya termenung agak lama juga pada suatu hari di warung mamak teh tarik, S mengatakan kembali kepada teman pengkritiknya.
"Daripada sebuah cerpen apakah kauharapkan?" Tanya S.
"Aku mencari keindahan."
"Keindahan sahaja?" balas S.
"Ini, persoalan formalisme ini," Sambung S.
S minum teh tarik. Masing-masing terdiam sekejap. Seorang perempuan muda melintas menuju utara. Ada motokar yang membrek secara mengejut. Bunyinya S minum teh tarik. Masing-masing terdiam sekejap. Seorang perempuan muda melintas menuju utara. Ada motokar yang membrek secara mengejut. Bunyinya memeranjatkan. Ada suara bersorak.
"Berbalik kepada soal kita." Sambung teman S. Seorang sarjana dan pengkritik.
"Ya, soal kita adalah soal premis."
"Premis apa?"
"Dari manakah komunikasi."
"Justeru..."
"Ada informasi yang sampai kepada khalayak yang tidak diketahui oleh watak. Lihat dalam Hikayat Hang Tuah. Lihat dalam Perang Putu Wijaya. Lihat juga dalam karya Ahmad Tohary iaitu Ronggeng Dukuh Paruk. Hal yang sama juga terdapat dalam Belenggu dan Siti Nurbaya".
Ingatan kepada Kampung Tunpremis."

Ingatan kepada Kampung Tunjung lagi. Semuanya datang. Dan pagi-pagi S bangun untuk menghantar R ke sekolah. Waktu itu bas memang agak sukar kerana jarak antara sebuah bas dengan sebuah bas itu panjang waktunya. Terlambat bangun dengan sendirinya akan lewat. Sekarang bas sudah banyak. Tetapi dalam waktu yang sama orang juga bertambah. Dan bas terus penuh. Hanya ada sebuah syarikat bas di Kelantan. Ini monopoli. Ya sampai sekarang namun sahamnya tetap tidak berubah-ubah.
Ini juga perubahan. Dan S pun sudah tua. Paling tidak pun S bukan budak-budak lagili. Ya sampai sekarang namun sahamnya tetap tidak berubah-ubah.
Ini juga perubahan. Dan S pun sudah tua. Paling tidak pun S bukan budak-budak lagi sekarang.
Kampung Tunjung Daerah Pendek pun demikian juga. Kampung itu kini sudah berubah. Bukan sahaja wajahnya telah semakin canggih tetapi ikut juga berubah adalah orang-orangnya.
Alamat penuhnya ialah Kampung Tunjung, Daerah Pendek, Jajahan Kota Bharu, Kelantan.
S lalu mengambil sebuah sampul suraf dan menulis alamat,
Almarhum Fatimah Binti Awang,
Kubur Tunjung, Daerah Pendek,
Batu 5 1/2 Jalan Kuala Krai,
Kota Bharu, Kelantan.
S menyambar satu lagi sampul surat dan menulis satu t juga berubah adalah orang-orangnya.

S menyambar satu lagi sampul surat dan menulis satu lagi alamat,
Almarhum Wan Ahmad Wan Abdullah,

No comments:
Post a Comment