Oleh Wan Yusoff Hassan
AKHIRNYA bertemu juga jawapannya di sini, di satu tempat yang asing dan jauh. Alangkah kecilnya dunia dan alangkah besarnya kekuasaan Yang Maha Mencipta, dalam kejemuan yang tidak pernah berkesudahan begini, Irwan temuinya dalam titik yang terakhir.
"Aku sudah berada dalam keadaan yang tidak menentu begini."
Pantulan keluhan menyebabkan perasaan. Ia seakan secara tunda menunda hinggakan dalam waktu yang teramat singkat sekalipun ia masih dapat menguasai segala-galanya.
"Aku kira aku tidak akan kesampaian untuk mencari jawapan pada persoalan sebenarnya, alangkah bodohnya aku dalam waktu-waktu yang begini tidak mampu untuk menelan yang sebenarnya wujud secara samar-samar tetapi paling menghampakan."
Suara pekikan dan teriakan kanak-kanak di padang seakan mematikan seluruh ingatannya. Seorang anak kecil berlarian menghampiri tempat duduk sambil menyengehkan giginya yang putih.
"Uncle....... uncle tunggu siapa?"
Si Anak kecil itu bersuara sambil menguntumkan senyuman, hati Irwan terkilas seketika bila terpandang senyuman itu. Tetapi tidak pasti senyuman siapa. Cuma dia merasakan senyuman itu amat dimesrainya.
"Cakap, setiap orang menghuni dunia dan alam ini jangan termenung, berikan senyuman padaNya nescaya dunia dan alam ini menjadi syurga, syurga kepada setiap manusia."
Irwan tersenyum sambil menuding ibu jarinya tanda memberikan pujian pada kepetahan anak kecil itu. Si anak kecil tertawa terkekek berlompatan seakan begitu gembira dengan pujian itu.
"Alangkah manisnya kalau semua manusia begitu."
Si anak kecil itu cuma mengangguk tenang seakan memahaminya. Bayangan di ufuk menyaga menggarisi kaki langit yang sudah semakin runduk waktunya.
"Di mana anak belajar kata-kata itu?" Anak kecil itu bagaikan mengerti apa yang Irwan cuba ajukan. Dia cuma menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Siapa yang memberitahu begitu?"
"Mama......... mama yang selalu mengatakan begitu bila mama pulang dari kerja."
"Tentu mama, seorang yang baik, penyayang dan amat menyayangi diri adik."
"Tidak, mama tidak begitu, mama akan menghukum adik bila adik nakal, mama akan mencubit adik bila adik memecahkan barang-barang kesayangan mama di atas rak. Mama tidak menyayangi adik ......
Suara si anak kecil merengus seakan tidak menyetujui apa yang Irwan katakan tentang mamanya.
"Tapi mamakan baik dengan adik."
"Tidak........ tidak, mama tidak pernah baik dengan adik, mama tidak pernah menyayangi adik."
"Masakan mama bersikap begitu pada adik."
"Ya.....mama adik sememangnya begitu, mama pernah mengatakan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada merasai kesusahan. Susah membuat diri kita merasai senang, tetapi senang yang bagaimana ya?"
Mata Irwan meluruti wajah si anak kecil itu dengan peragaan serba salah. Alangkah beratnya penanggungan yang dibebankan ke atas bahu si anak kecil yang masih tidak memahami apa-apa tentang kehidupan ini.
"Siapa nama adik?"
"Irwan Syah dan Uncle .......
"Juga Irwan Syah."
"Takkan nama uncle sama dengan nama adik?"
"Mungkin ia satu nama yang cantik, satu nama yang pada satu waktu pernah menjadi sebutan ramai."
"Tetapi mama cuma memanggil adik Ir sahaja."
"Tentunya mama telah memanggil nama yang paling selesa buat mama."
"Apakah uncle juga dipanggil Ir."
Irwan mengangguk seakan mengiakan pertanyan si anak kecil itu.
Wajah si anak kecil berkerutan seakan tidak dapat menerima hakikat itu.
"Uncle bohong........uncle bohong pada adik."
"Tidak baik menganggap orang lain berbohong, malah selama ini pun itulah nama uncle."
"Uncle bohong........ uncle bohong."
Irwan memandang dengan tenang wajah comel itu dengan rasa berkecamuk. Satu rasa yang belum pernah Irwan rasai sebelum ini.
"Ir, kau cuba untuk membohongi kehendak suratanmu."
"Aku tidak. membohonginya, aku cuma mempersoalkan tentang apa yang sebenarnya tidak kita ketahui, apakah itu juga satu pembohongan."
Suara Irwan meninggi seakan ingin ditelannya masalah itu. Tetapi persoalan itu tetap juga timbul seperti sampah sarap yang berapungan di musim banjir, yang sudah tidak mampu lagi disorot di mana-mana. Ia tetap terapung mengikut aliran arus yang tidak menentu hujung dan pangkalnya.
"Min, aku sebenarnya tidak berdaya."
"Seorang yang keras hati sepertimu, yang pernah Min kenali kerana kepintarannya sudah tidak berdaya."
"Apabila keadaan semakin terdesak dan kita di antara dua pilihan, sama ada berundur secara terhormat dan disegani atau mara terus tanpa mempedulikan siapa dan untuk apa kita menentangnya. Tetapi persoalan pokok seterusnya ialah berserah."
"Berserah atau pun menyerah. Tidak adakah yang lebih baik daripada itu?"
"Ada, tetapi aku tidak mahu melangkah adat, tatasusila orang-orang tua. Kiranya kita merubahnya, kita akan tersingkir buat selama-lamanya. Apakah kau sanggup untuk melaluinya."
"Ir, Min sanggup untuk melangkahi adat, tata susila orang-orang tua, walaupun kita akan tersingkir buat selama-lamanya. Apakah kau sanggup untuk melaluinya."
"Ir, Min sanggup untuk melangkahinya tetapi Min seakan tidak mampu untuk mengerti pendirian Ir. Apakah Ir sudah berputus asa dengan keputusan yang dibuat oleh orang tua kita?"
Min tertawa seakan cuba untuk membuangkan perasaan tidak percaya hatinya pada Ir. Tertawa itu panjang, sinis menghiris telinga dan jantung Irwan.
"Alangkah sempitnya dunia ini, bila semakin ramai manusia yang bersikap dan berperangai sepertimu Ir. Di mana kau simpan kejaguhan, di mana kau letakkan kejantananmu?"
"Gila kau Min mencabar aku hingga begitu, kau katakan sahaja apa kau ingin aku memperbaiki; hidupku, diriku, malah aku masih mampu untuk menyanggupinya. Katakan ke mana sahaja nescaya aku akan menemanimu tetepi tidak dalam hal ini Min, janganlah kau cabar kerana sejak sekian lama tidak ada siapa pun berjaya menentangnya. Percayalah Min, aku sedia mundur sebagai seorang yang tewas tetapi di hari yang lain aku akan menjadi juara. Tetapi apakah kau sanggup untuk berjanji pada Ir."
"Berjanji..... ya berjanji pada Ir dan Tuhan."
"Tetapi janji itu satu amanat yang cukup berat Ir, aku tidak terdaya untuk membawanya. Malah yang paling aku takuti Ir, akulah yang mengecewakan janji itu."
"Ah....... masakan Min sanggup untuk merubahinya."
"Jangan begitu Ir. masa banyak menentu keputusan kita, kita tidak mampu untuk lari daripada masalah itu. Satu masalah yang pada satu waktu mengecil tetapi pada waktu-waktu yang lainnya ia menjadi sesuatu yang besar."
"Masalah itu bukanlah sebesar mana, cuma kita yang bersikap pasif pada masalah itu. Alangkah sempitnya dunia ini, jika ada lagi manusia yang bersikap seperti itu, Min. Di mana kau letakkan kekuatan, yang selama ini kau bina bersama-sama?"
"Lhooo..... permasalahan Min kan cukup jelas, tidak ada sebarang keraguan pun yang mampu untuk Ir hujahi, kitakan sama-sama makhluk yang tewas dan lemas."
"Min, sekiranya kau mencabar supaya Ir membaiki hidup Ir, Ir tetap akan menyanggupinya walaupun sampai mati. Tetapi untuk memberikan apa yang sebenarnya tidak apa pada Ir, Ir tidak sanggup. Kepastian itu sebenarnya tidak ada pada Ir."
"Habis pada siapa? Pada Tuhan?"
"Juga tidak, yang pastinya ada padamu."
Suara lembut itu terhenti di situ, kepintarannya sudah tidak dapat lagi menghentikan persoalan yang sememangnya dia timbulkan.
"Kiranya jawapan itu padaku Ir........ tunggulah......... satu waktu nanti aku akan berikan jawapannya."
"Ya, aku akan menunggu jawapan itu walaupun di mana Ir berada."
Renungan jauh memuncak bukit yang menabiri mega petang yang mengasyikkan. Pantulan cahaya yang menyaga merahnya menikam anak mata dan seluruh ingatannya.
"Ya jawapan itu hingga ke hari ini masih aku nanti-nantikan. Alangkah peritnya menunggu yang sebegini."
"Uncle ... kenapa Uncle mengeluh..."
Ir bungkam seketika. Matanya cepat-cepat cuba mengalihkan perhatian si anak kecil itu ke arah lain.
"Mama pernah mengatakan satu waktu nanti pastinya ada seorang lelaki akan duduk di kerusi ini, apakah lelaki itu Uncle?"
"Apa kata mama adik lagi?'
Si anak kecil itu mengerutkan keningnya seakan cuba habis-habisan untuk mengingati pesan mamanya kemudian perlahan-lahan si anak kecil itu menekup mulutnya.
"Yalah Uncle, pesan mama lelaki itu namanya seperti nama adik; Irwan Syah, wajahnya mirip wajah adik dan perangainya tentu senakal adik."
Si anak kecil tertawa terkekeh-kekeh sambil menutup mulutnya. Malah giginya yang putih itu ternampak dengan jelas.
"Ah, masakan setua Uncle ini masih nakal seperti anak-anak."
Si anak kecil masih menutup mulutnya seakan ingin menyembunyikan kegelian hatinya tentang seseorang yang berada di depannya.
"Lainnya... apa pesan mama lagi?"
Si anak kecil menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan si anak kecil merapati bangku sambil menjinjingkan kakinya untuk duduk di atas kerusi.
"Tapi mama berpesan kiranya lelaki itu ditemui, pelajarilah ilmu darinya. Dia punya ilmu hidup dan segala-gala yang tiada pada orang lain."
"Apakah lagi kata mama....."
Si anak kecil mengerutkan keningnya seakan ingin mengingati kata-kata mamanya. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman, satu senyuman yang menyerupai seseorang, tetapi siapa? Sesuatu yang kurang pasti untuknya dan untuk entah keberapakalinya senyuman itu melereti bayangan ingatannya. Terlalu amat ramai wajah yang mengimbas hinggakan kotak fikirannya terasa membahang hangat dan akhirnya matanya meluruti semula wajah si anak kecil itu.
"Banyak lain pesanan yang mama katakan, tapi semuanya datang secara perlahan-lahan. Mungkin sekejap lagi adik akan ingat kembali."
Senyuman si anak kecil akan berpantulan tunda menunda. Wajah si anak kecil bertembung dengan anak matanya dan akhirnya perlahan-lahan Ir tersenyum sambil tangannya mengelus-elus rambut si anak kecil.
"Apakah mama ada bersama adik?"
Si anak kecil mengeleng-gelengkan kepalanya. Anak matanya menyinar galak seakan kurang senang dengan pertanyaan itu.
"Sudah sekian lama mama tidak pulang-pulang, begitu juga papa; mungkin mama dan papa sudah merajuk tidak mahu jumpa adik. Pernahkah uncle jumpa dengan mama dan papa adik?"
Suara yang lembut dan sesekali mersik itu bagaikan lintasan guntur. Ir hanya mengelengkan kepalanya sambil perlahan tangannya menepuk bahu si anak kecil.
"Nanti mama dan papa akan pulang, uncle pasti mereka akan pulang. Mungkin besok atau lusa mereka akan pulang."
"Janji ... ya uncle."
Terlalu ikhlas sekali pengharapan itu, Ir bagaikan tersentak dengan permintaan itu. Dia merasakan seguatu yang tersembunyi berada di belakang si anak kecil. Tiba-tiba satu suara mersik melaung dari arah hujung padang permainan. Sesusuk tubuh melembai-lambai si anak kecil.
"Pulang boy, hari dah senja."
Perlahan sekali si anak kecil turun dari kerusi tempat duduknya dan dengan penuh senyuman si anak kecil memerhatikan wajah Ir dan kemudian memintanya untuk pulang.
"Kita jumpa lagi ye .... uncle!"
Cukup lembut sebutannya hinggakan Ir yang masih dalam terpinga-pinga itu hanya mampu tersenyum. Ir cuma mampu membalas senyuman itu dan mengangguk perlahan-lahan.
Bayangan merah di kaki langit menyaga, bayangan bukit menyergup kehitaman menandakan senja semakin tua. Wajah si anak kecil dipandanginya dengan rasa rindu yang membekam.
"Baik-baik, jangan nakal-nakal..!"
"Balik dulu, uncle."
Lengangan si anak kecli yang sedang berjalan pulang melambai-lambai benak Ir. Alangkah pahitnya bagi setiap pertetemuan itu diakhiri dengan perpisahan.
Pantulan ingatannya kembali berpuing-puing seakan cuba untuk mengembalikan seluruh ingatan kepada kenangan lama yang sudah hampir berkalih tindihnya.
"Min tidak mengharap perpisahan ini sebagai keputusan yang terakhir."
Pandangan matanya jauh dilontarkan ke seberang tasik yang tidak berpenghujung. Riak gelombang memukul tepian menguriskan suara hempasan yang amat perlahan sekali.
"Min juga tidak mahu kehilanganmu." Beberapa titik airmatanya meluruti kelopak matanya dan perlahan-lahan tangannya menyapu titisan itu.
"Sesungguhnya kita telah ditakdirkan untuk begini Min, satu ruang yang paling menakutkan untuk kita."
"Min memerlukan kekuatan dan keupayaan, kekuatan dari seorang lelaki yang tidak pernah cuba untuk menyerahkan nasibnya pada takdir, keupayaan seorang jaguh yang dapat menempuh setiap halangan yang membelenggunya."
"Kau terlalu memuji Min, pujian itu bukan selayaknya buatku, kau lebih dariku dalam segala keadaan."
"Tidak, Min cuma belajar dari pengalaman orang yang paling Min hargai, kata-katanya mantap malah keramat. Kata katanya juga adalah kata-kata seorang yang paling mengerti tentang hati Min."
"Itulah yang paling aku takuti Min, satu waktu nantinya kita akan sama tidak mengenal dan sama-sama pula mungkiri."
"Min lebih merasakan ketakutan itu kerana Min merasakan satu waktu bukan Ir yang memungkirinya tapi Min sendiri."
"Ah, usah kita persoalkan tentang hal begitu, bukankah takdir menentukannya."
"Takdir tersurat bukan dengan kerelaan kita Ir, kalau takdir memihak kepada kita, kita selamat. Jalan-jalan yang kita lalui tidak akan banyak halangannya. Kita dapat menentukan perjalanan kita akhirnya."
"Semua orang mengingini begitu, semua orang berdoa untuk itu, tetapi sekiranya semua manusia tidak mempunyai masalahnya, alangkah tidak sempurnannya hidup kita."
"Tetapi hidup tanpa masalah lebih bahagia daripada hidup dengan masalah, bukankan begitu?
Sinar mata Min menyapu wajah Ir hinggakan kerdipan pancarannya ngilu menusuk ke hati. Tidak ada apa-apa yang mampu menghalang sinar pancaran itu. Seluruh kulit dan tulang belulang berkeriutan dan mengejang. Irwan terkapat sendirian.
Hari-hari yang berlalu bagaikan sisa-sisa pahit yang mencengkam. Sesungguhnya tidak ada satu perkara yang lebih pahit selain daripada terpisah dan dipisahkan secara paksa. Tidak ada indah, tidak ada lidah dan tidak ada suara pun yang mampu menceritakan tentang perpisahan dan pemergian Irwan. Untuk mengurangkan sedikit keperitan itu akhirnya Irwan terdampar jauh-jauh di satu daerah yang asing. Jalan Molioboro, satu jalan yang siang malamnya tidak asing tetapi sunyi cuma yang membezakannya hanyalah mahatari dan bulan. Alangkah keji dan jijiknya Irwan kerana terpaksa melarikan hati dan dirinya. Namun sepi itu kian hilang bila hiruk pikuk si penjual tas kulit sapt dan kemesraan si penjual nasi gudeq.
Satu tahun 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun perjalanan hidupnya menggarisi lorong-lorong yang sedia terarah. Irwan cuba untuk melepasi tempias kekecewaan dengan kuliah di Universitas. Mempelajari tentang ilmu, tentang hidup, tentang keperitan, tentang gembira, tentang kemiskinan dan tahu erti setia dan sahabat karib. Tanah Gunung Merapi bagaikan mengajar erti kesetiaan, kerinduan dan keprihatinan. Akhirnya penentuan meja bulat yang mendepani hidupnya mulai menyakinkan. Irwan berjaya dalam bidang yang selama ini diidaminya. Skrol dijulangnya tinggi sambil mengayuh becanya. Terasa sekali Irwan ingin mengelilingi kota Yogjakarta bersama Paijan rakan sepenariknya. Tetapi peristiwa petang itu bagaikan membunuh minatnya untuk berpesta di sepanjang Jalan Malioboro. Rakan Paijan telah dilanggar, kereta, meninggal dalam perialanan ke hospital. Rakan arwah Paijan, Bob menceritakan sewaktu Irwan kepenatan mencari Paijan. Skrol yang masih tergenggam di tangan dicampakkan jauh. Satu tamparan hebat menyambar pipi Irwan dan akhirnya Irwan termangu di kaki lima Jalan Malioboro dengan fikiran kosong.
"Kita senasib bukan, kita diketemukan di satu tempat dan di satu keadaan di mana kita telah dibangsatkan. Inikan karma?"
Paijan bersuara di satu petang selepas dia selepas mengilati becanya. Waktu itu Irwan baru sahaja pulang dari kuliah.
"Apa Mas Paijar. tidak kuliah"
"Kuliah apa-apaan, sudah hampir 10 tahun Man berkuliah, lepasnya tidak juga Ir, kalaulah kuliah itu anak kecil dia sudah besar sekarang, sudah masuki SMP.
"Habis Mas tidak mahu habiskan?"
"Yang pentingkan kuliah hidup, kuliah yang itu dapat kertasnya, tetapi kuliah yang aku perhiasi ini pastinya menggendutkan perut."
"Mas putus asa."
Paijan tertawa sungguh-sungguh petang hinggakan air matanya menitis membiasi kelopak matanya.
"Lihatlah nanti tahun ini Mas Paijan akan menamatkan kuliahnya. Ir tahu kuliah yang mana? Kuliah hidup. Bila semua beres barulah kita berada dalam keadaan tenang, aman, selesa. Bukan begitu Ir."
Skrol yang berada tidak jauh daripadanya diperhatikannya, diambilnya perlahan-lahan. Kemudian Irwan mengetuk bucu kaki lima dengan skrolnya.
"Apakah ini semua telah ditakdirkan." Perlahan sekali pantulan suara itu terluah keluar dari rongkongan Irwan. Bayangan sahabatnya Paijan semakin samar menghilang. Paijan terlalu banyak menolongnya, bermula sejak kakinya memijak tanah bumi Merapi tanpa sesiapa, cuma Paijan seorang yang membantunya memberikan ruang rumahnya untuk di inapi. Akhirnya mereka bagaikan saudara kandung tanpa pertalian darah, cuma pertalian nasib dan karma, begitu anggapan Paijan.
Tetapi apapun anggapan Paijan yang pastinya dia telah banyak berjasa pada Irwan, nasihatnya merangsangkan malah menghiburkan. Dalam jarak enam tahun itu bayangan Min tenggelam timbul dalam kesibukan kuliah dan hirok pikok suara penarik beca di Jalan Malloboro.
Irwan kembali setelah sekian lama tersingkir. Di tangannya kira ada kertas bernilai dan di genggamannya kini ada pengalaman yang kental. Gabungan keperitan dan kecekalan seluruh penarik beca di Jalan Malloboro dan juga jalinan pengalaman Paijan rakannya. Akhirnya Irwan terdampar di kerusi batu di Taman ini mencari arah dan kepastian. Setiap petang Irwan akan menjadi penghuni kerusi itu dengan perasaan tenang dan rindu.
Satu, 2, 3, 4, 5, dan hari ke 6, Irwan menunggu di kerusi itu, dia merasai ketenangan bila setiap kali dia melabuhkan punggungnya di situ. Cahaya di kaki langit merah menyaga dan si anak kecil yang selalu melayaninya dan yang selalu dilayaninya tidak juga muncul. Di senja hari ke 6, seorang perempuan muda menyambut salam perempuan itu seadanya.
"Encik, apakah encik selalu berada di sini."
Irwan mengangguk le, ah, mata Irwan merenung tajam pada wajah perempuan itu. Perempuan itu menjadi serba salah apabila Irwan hanya menjawab salamnya sahaja.
"Adakah encik selalu melayani seorang kanak-kanak kecil yang petah bercakap?"
Irwan masih mendiamkan dirinya, perlahan sekali tapak tangannya meraup wajahnya. Irwan melemparkan senyuman hambar pada perempuan itu.
"Habis, kenapa kalau saya orangnya?"
"Begini encik, anak saudara saya kini dalam keadaan tenat, selalunya begitulah setiap tiga atau empat bulan, dia akan berkeadaan begitu."
Irwan bingkas bangun dan setelah tenang barulah dia menghulurkan tangannya.
"Maafkan saya, saya Dr Irwan Syah, baru ditugaskan di sini dan bagaimana anak saudara puan boleh jadi begitu?"
"Semuanya bermula selepas itu dan ayahnya iaitu kakak saya meninggal akibat kemalangan jalauraya. Anak saudara saya mula merengek-rengek bila malam dan satu malam dia terus pengsan. Suhu badannya melonjak naik. Tubuhnya bagaikan dibakar, dia meracau memanggil-manggil nama ibunya."
"Sudah dibawa berjumpa doktor7"
"Kami kehabisan ikhtiar, cuma lima malam yang lepas dia meracau lagi dan memanggil nama mamanya dan juga encik. Ingatannya jelas, tepat dan menyebut tentang namanya bersamaan dengan nama encik."
"Apakah kini dia masih membimbangkan."
"Tidak, tetapi apa-apa pesan mamanya dulu diulang-ulangnya. Dia seakan cuba untuk menghubungkaitkan encik dengan pesanan mamanya."
Irwan terus bangun dan perlahan-lahan perempun itu mengikutnya dari belakang. Perempuan itu kemudian membuka pintu dan terus ke bilik anak saudaranya. Si anak kecil bergebar tebal, melintuk nyenyak. Kemudian Irwan merapati meja di sebelah katil si anak kecil. Gambar si anak kecil bersama mamanya.
"Min .... sesungguhnya Tuhan Maha Besar dan Maha mengetahui."
Irwan cuma mampu memegang tangan si anak kecil, si anak kecil menggenggam erat tangan Irwan. Kelopak matanya terbuka sedikit.
"Uncle adalah orang yang mama pesan. Jangan tinggal boy, ya Uncle. Mama tentunya gembira bila mama pulang nanti."
Irwan mengangguk leinah, bayangan Min berbaur bersaing bayangan si anak kecil, menjadikan satu hamparan putih kilau kemilau. Irwan tersenyum beberapa titis airmatanya mengalir dan tangan si anak kecil itu di genggamnya erat-erat. .

No comments:
Post a Comment