Oleh Ghazali Lateh
PAPA balik dengan muka selamba! Tiada riak sedih atau penyesalan yang tergambar di wajahnya.
"Beres!" kata Papa bersahaja apabila ditanya Mama.
"Maksud abang?" Mama bertanya terus tanpa menghiraukan saya yang masih menjadi pendengar dan penonton setia.
"Saya bebas!" Papa menjawab. Tubuhnya disandarkan di sofa ruang tamu. Lega.
"Bebas bang?" Matanya Mama tunak merenung sambil menanti jawapan. Senyuman terhias pada raut wajah Mama.
"Mereka tidak ada bukti untuk mendakwa!" kata Papa sambil bangun.
"Tidak ada bukti?!!" bentak hati saya dalam diam. Saya memerhatikan Papa melangkah ke dalam. Pandangan saya kemudian saya halakan ke arah Mama. Kemudian mata saya berkisar ke seluruh ruang tamu yang dipenuhi bunga- bungaan pelbagai bentuk dan warna. Berjurai-jurai dan kaku. Bunga plastik! Besoknya saya bangun awal untuk ke sekolah. Papa juga bergegas ke pejabat syarikat dan Mama bergegas ke kedai bunganya di bandar.
Di sekolah, Arman tidak datang. Sudah dua hari sebenarnya. Kata kawan- kawan Arman dimasukkan ke hospital kerana mengalami gatal-gatal. Wajahnya dikatakan kemerah-merahan seperti terkena asid. Malah seluruh keluarga Arman mengalami masalah yang sama, walaupun hanya Arman yang ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.
"Seng, petang ini saya hendak melawat Arman di hospital. Kamu mahu ikut?" lamunan saya dibunuh oleh suara Gopi. Entah bila dia tercegat di sisi saya ketika sesi persekolahan hampir berakhir.
"Err.. err.. boleh juga!" saya tergagap-gagap menerima pelawaan itu. Ajakan Gopi tidak mampu saya tolak. Lebih-lebih lagi Arman memang kawan rapat kami.
Di hospital, saya tidak banyak bercakap. Arman memberitahu bahawa keluarganya diserang penyakit akibat terdedah kepada sisa toksik yang entah dari mana datangnya. Bahan buangan berbahaya itu telah menyerap masuk ke dalam sungai dekat rumah Arman. Akibatnya kulit mereka gatal- gatal. Wajah Arman sendiri kelihatan seperti udang dibakar.
"Kenapa diam saja Kee Seng? Selalunya awak ada macam-macam idea untuk menyelesaikan masalah. Kawan kita ni sedang menghadapi masalah, tolonglah selesaikan," sapa Gopi setelah menyedari keadaan saya. Saya hanya dapat bercakap bebas dengan kawan-kawan. Di rumah saya tidak ada peluang untuk meluahkan perasaan. Apatah lagi untuk memberikan pandangan!
"Apa kata doktor, Man?!" tiba-tiba soalan yang tidak dirancang itu terpantul keluar dari bibir. Saya tergagap-gagap, gambaran jiwa yang tidak tenteram waktu itu.
"Kata doktor perkara ini serius kerana sisa toksik yang dibuang itu adalah dari jenis yang berbahaya. Khabarnya, buangan itu dari kilang racun serangga," terang Arman sungguh-sungguh.
Saya berasa seperti terpukul dengan kenyataan Arman. Sudah lama saya menjangkakan bahawa perkara buruk ini akan berlaku. Tetapi sama sekali tidak saya duga bahawa sahabat baik sendiri yang menerima padah. Lebih- lebih lagi saya mengenangkan kata-kata Cikgu Fazil bahawa pasukan bola sepak sekolah akan menghadapi masalah jika Arman tidak pulih dalam jangka masa yang terdekat. Arman itu ayam tambatan.
Saya pulang dengan berbagai-bagai persoalan yang bergayut dalam kepala. Arman seperti saya akan menghadapi UPSR tidak lama lagi. Jika kesihatannya masih terganggu sudah pasti dia tidak dapat mengulang kaji pelajaran. Arman pandai dalam Bahasa Malaysia. Armanlah yang membantu saya selama ini dalam pelajaran tersebut. Sebagai balasan saya akan membantu Arman dan Gopi dalam pelajaran Matematik. Kami seperti ahli sebuah kumpulan yang sudah sebati dan saling faham-memahami.
Sesampai di rumah petang itu, Papa dan Mama belum pulang. Saya duduk seorang diri, memikirkan masalah-masalah yang timbul. Tentang papa. Tentang mama dan tentang Arman, dan macam-macam lagi.
"Kee Seng! Kee Seng!!" itu suara Gopi. Tetapi kenapa nampak kalut benar dia memanggil saya. Kelihatan Gopi seperti diburu keresahan.
"Gopi! Apa hal?" tanya saya pantas. Keadaan Gopi yang kelam-kabut itu menjadikan naluri ingin tahu saya memberontak.
"Seng, lembu saya! Lembu saya Si Jaguh telah mati," termengah-mengah nafas Gopi menerangkan kedukaan yang menimpanya. Tubuh gempalnya menggeletar semasa memberitahu berita sedih itu.
"Apa? Si Jaguh telah mati? Bila? Macam mana boleh mati?" bertalu-talu soalan terlontar keluar dari mulut saya. Patutlah Gopi sedih benar. Si Jaguh itu lembu kesayangannya. Tiap-tiap petang selepas menyiapkan kerja rumah Gopi akan membawa Si Jaguh ke padang tepi sungai untuk meragut rumput. Kadang-kadang saya, Gopi dan Arman menyabit rumput untuk makanan Si Jaguh.
"Saya pulang tadi saya lihat Jaguh sudah mati!" jawab Gopi sungguh- sungguh.
"Adakah Jaguh meragut rumput di tepi sungai?" tiba-tiba saja saya bertanya soalan itu. Hati saya yang tergerak untuk bertanya begitu, kerana ada alasan tertentu.
"Tidak! Barangkali Jaguh mati tercekik rumput!! Saya nampak mulutnya berbuih dan ada kesan rumput di bibir dan dalam tekaknya," Gopi membuat andaian punca kematian lembu kesayangannya berdasarkan apa yang dilihatnya.
"Mari kita tengok!" tiba-tiba saya berasa begitu terdorong untuk menyiasat. Saya berlari ke arah rumah Gopi berhampiran estet. Gopi hanya berlari di belakang. Kesedihannya menjadikan langkahnya seperti tidak bermaya. Gopi sangat sayang kepada lembu peliharaannya itu. Dia sangat menyayangi binatang.
Si Jaguh tergolek dalam kandang di sisi rumah Gopi. Mulutnya berbuih dan ada kesan-kesan rumput hijau. Barangkali dakwaan Gopi memang benar. Tetapi, saya tidak pernah terdengar lembu mati tercekik rumput kerana lembu memang makan rumput. Ganjil juga. Adakah Si Jaguh gelojoh benar? Ahh mustahil!!
Saya melihat dari dekat. Gopi turut terduduk di sisi. Esakan tangisnya mula kedengaran di gegendang telinga saya. Kemudian Gopi bangun mengambil kain buruk untuk mengalas kepala Si Jaguh yang terlentuk kaku. Tangisan Gopi semakin kuat apabila gumpalan kain buruk itu disorongkan ke bawah muka lembunya.. Biarlah! Gopi berhak untuk menangis. Dia kehilangan Si Jaguh. Kehilangan haiwan peliharaan sudah menyebabkan dia sesedih itu. Bagaimanakah nanti jika ada di antara kami yang kehilangan orang-orang yang tersayang? Persoalan itu berlegar-legar dalam kepala saya.
"Gopi, tolong carikan ranting kayu!" pinta saya dengan suara perlahan. Gopi akur tanpa bertanya apa-apa. Sekejap saja Gopi datang kembali membawa ranting kayu senduduk sebesar jari kelingking.
Saya menguis rumput yang terlekat pada mulut Si Jaguh. Perlahan-lahan saya kuiskan keluar sedikit demi sedikit sehingga dapat saya pegang hujungnya. Panjang dan berjurai-jurai. Saya dapat merasakan bahawa rumput yang dimakan oleh lembu itu bukan sebarang rumput. Rumput plastik!
Saya terdiam. Saya rasa Gopi tidak tahu perkara itu. Ketika Gopi keluar dari kandang itu, saya cepat-cepat mencampakkan rumput plastik itu ke dalam semak. Saya teringat rumput plastik berjurai-jurai yang dijual di kedai Mama. Benar-benar saya digugat perasaan bersalah. Saya hanya berdiam diri. Saya pulang setelah memberikan rasa simpati kepada Gopi. Hanya rasa simpati kerana saya belum mampu membantunya kala itu.
Jiwa saya semakin gelisah apabila membaca akhbar malam itu. Berita yang terpampang benar-benar menjadikan saya tertarik. Sungai-sungai negara ini sudah banyak yang tercemar. Semuanya tidak selamat lagi kerana airnya beracun. Saya perhatikan nama-nama sungai itu. Sungai Dondang, Sungai Juru, Sungai Jejawi di Pulau Pinang. Sungai Deralik dan Sungai Raja Hitam di Perak. Sungai Kelang, Sungai Buloh dan Sungai Sepang di Selangor. Sungai Tukang Batu, Sungai Pasir Gudang, Sungai Sedili Kecil, Sungai Kempas, Sungai Pontian Kecil dan Sungai Rembah di Johor. Ahh kenapa perkara ini berlaku? Saya bertanya sendiri.
Saya cuba membayangkan air sungai yang tercemar itu. Alirnya lambat. Airnya keruh pekat atau berminyak hitam. Berbuih-buih kental. Tidak ada rumput lagi yang menghijau pada tebing-tebing. Tidak ada beburung yang mengejar anak-anak ikan kerana ibu bapa ikan sudah tidak ada. Tidak ada patung-patung yang melayang di permukaan air. Tidak ada! Semuanya tidak ada.
Yang ada barangkali bangkai ikan yang mati bergelimpangan. Lalat-lalat berterbangan menghurungi bangkai-bangkai yang berbau busuk dan tengik. Kotor dan meloyakan!
Mata saya meneliti kalau-kalau ada nama Sungai Kenari, sungai yang merentasi kampung kami, dekat rumah Arman. Sungai yang menjadi tempat saya, Arman dan Gopi memancing dan mandi-manda. Saya terfikir, apakah Sungai Kenari akan terus terpelihara. Airnya semakin keruh. Ikan hampir tidak kelihatan lagi. Pak Mamat tidak lagi menebar jala. Bubunya juga sudah tidak dipasang sekian lama. Sudah tentu sungai itu tidak seperti dahulu lagi.
Arman yang tinggal di pinggir sungai kini menghadapi kemungkinan yang mengganggu jiwa saya. Arman terdedah kepada keracunan yang berlaku pada Sungai Kenari. Itu kata doktor. Punca pencemaran itu? Saya semakin diterkam rasa serba salah!
Oleh sebab itulah banyak ikan telah ditemui mati di sungai itu. Ikan juga memerlukan oksigen seperti manusia. Jika ikan boleh mati, tidak mustahil manusia juga akan terancam. Sungai Kenari mula tercemar? Arman telah menjadi mangsa kecuaian pihak yang telah mencemarkan Sungai Kenari, iaitu bapa saya sendiri.
Persoalan itu benar-benar menyeksa jiwa saya. Fikiran saya terganggu dan saya banyak mengurung diri di rumah. Saya tidak selesa berhadapan dengan Arman. Saya resah berhadapan dengan Gopi yang kematian lembunya. Saya bungkam berhadapan dengan Cikgu Fazil yang akan kehilangan ayam tambatannya.
Pagi minggu!
"Seng, Papa dan Mama mahu ke Langkawi. Kamu mahu ikut? tanya Mama. Memang benar Langkawi memang menjadi idaman saya dahulu. Tetapi kali ini jiwa saya tidak begitu terbuka untuk melancong. Banyak dilema bersarang di kepala saya. Tentang Arman, dan tentang Gopi juga. Tentang Sungai Kenari dan kawasan tebingnya yang semakin tandus.
Saya memberitahu saya tidak mahu pergi kerana kerja sekolah masih banyak yang belum siap. Papa dan Mama tidak memaksa saya untuk ikut serta. Semenjak dahulu lagi begini. Saya banyak berdikari dalam hidup.
Dilema saya semakin memuncak. Apakah harus saya berbuat sesuatu? Papa dan Mama tentu marah dan kecewa. Barangkali mereka akan terus menyisihkan saya. Saya tidak mahu disisih. Saya mahu hidup bahagia seperti keluarga lain.
Papa juga akan didakwa jika saya membocorkan rahsia. Papa akan dihukum denda atau penjara. Sebagai anak saya tidak mahu semua itu berlaku. Tetapi, jika saya tidak bertindak, banyak lagi pihak yang akan mendapat kesannya. Kali ini Arman dan lembu Gopi yang menjadi mangsa. Besok entah siapa pula?
Ketiadaan Papa dan Mama, saya telah membuat keputusan yang besar. Saya tahu rahsia Papa. Saya tahu rahsia Mama. Saya tidak mahu terus dikejar rasa bersalah. Salah tetap salah. Biarpun yang bersalah itu Papa dan Mama.
Meskipun begitu saya sukar menyatakan perasaan pada Papa dan Mama. Saya amat menghormati mereka. Seburuk manapun mereka, Papa dan Mama tetap ibu bapa saya. Saya tidak boleh bertegang leher dengan mereka. Harapan saya mereka akan berubah juga apabila sampai waktunya.
"Kenapa kamu panggil saya Seng?" tanya Gopi sebaik saja kami bertemu di rumah Arman yang baru saja keluar hospital.
"Saya ada satu rancangan!" jawab saya ringkas.
"Rancangan apa?" Gopi tidak sabar. Begitulah selalunya dia.
"Kamu mesti berjanji akan membantu saya. Saya tahu punca kematian Si Jaguh," kata-kata saya seolah-olah mengumpan Gopi.
"Si Jaguh?! Maksud kamu, kamu tahu punca kematian lembu saya?!" Gopi semakin tidak sabar mendengar nama lembu kesayangannya.
"Ya!! Tapi kamu mesti berjanji untuk membantu saya," ulang saya lagi.
"Bagaimana?!"
"Nanti kamu tahu juga!!"
Petang itu kami melakukan usaha menanam bunga, tapi bunga plastik. Saya dan Gopi mengangkut bunga-bunga di kedai Mama dengan basikal ke sebuah kawasan tandus tepi sungai, tempat Papa menanam sisa kilangnya secara rahsia.
"Bunga plastik saya! Bunga plastik saya!" jerit Mama setelah mendengar khabar dari pembantunya menerusi telefon, sehari selepas pulang dari Langkawi. "Apa hal dengan bunga plastik awak?" tanya Papa kaget. Begitulah Papa. Dia amat prihatin dengan perniagaan Mama. Lebih-lebih lagi jika mendengar tentang kerugian. Papa akan berbuat apa saja demi keuntungan. Kadang-kadang tindakan itu amat memudaratkan.
"Kedai bunga saya dimasuki pencuri! Semuanya habis dicuri!! Beratus ribu ringgit nilai bunga-bunga itu." Mama meluahkan berita cemas yang baru diterimanya.
"Itulah awak!! Lalai sangat. Sepatutnya pastikan kedai berkunci sebelum meninggalkannya," protes Papa.
"Saya kunci!! Ini kuncinya, tergantung di tempat biasa," Mama menuding ke arah tempat kunci-kunci penting tergantung.
"Lapor saja kepada polis!" Papa membuat keputusan. Mama bergegas keluar tanpa menanti Papa. Keretanya berdesup meninggalkan perkarangan rumah. Sedih benar perasaannya kerana kehilangan bunga-bunga plastiknya yang kaku itu.
Petang itu pihak polis memberitahu bunga-bunga plastik Mama yang hilang ditemui di hujung kampung berhampiran tebing Sungai Kenari yang tandus kehitaman tanahnya. Mama bergegas ke sana.
Mama seolah-olah tidak percaya melihat bunga-bunga plastiknya. Suatu kawasan tebing tandus setengah ekar luasnya telah ditanam dengan bebunga pelbagai warna. Merah, ungu. hijau, biru, kuning memenuhi kawasan itu. Tidak ubah seperti sebuah taman.
Petang itu juga Jabatan Alam Sekitar menghantar pegawainya atas laporan ada pihak yang menanam bahan plastik di kawasan kampung. Penanaman bahan tidak reput itu mendapat perhatian daripada pihak berkenaan kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan. Bahan-bahan plastik yang ditana akan mengganggu ekosistem kerana kekal sebagai bahan pepejal yang tidak boleh dilupuskan.
Taman bunga plastik itu menarik minat banyak pihak, termasuk pemberita. Sebelum ini tiada orang yang mahu mengambil tahu tentang kampung kami. Aneh!! Sungguh aneh dan sangat sensasi kampung kami. Saya diserang perasaan takut yang tidak terhingga.
Sebuah jengkaut digunakan untuk membersihkan kawasan taman bunga plastik yang luas itu. Alangkah terperanjatnya pegawai-pegawai yang menjalankan operasi pembersihan, apabila mereka turut menemui berpuluh-puluh tong dram yang tertanam di kawasan di bawah taman bunga berkenaan. Isinya pula ialah sisa-sisa toksik buangan sebuah kilang membuat racun serangga. Pemilik kilang itu telah beberapa kali terlepas daripada didakwa. Dialah bapa saya.
Akhirnya Papa didakwa di mahkamah, atas tuduhan menanam sisa toksik di tempat yang boleh membahayakan orang ramai. Kali ini Papa pasti tidak terlepas lagi. Bukti yang ada cukup jelas.
Arman sudah kembali pulih dari penyakitnya. Dia sudah mula turun menjalani latihan bola sepak di bawah bimbingan Cikgu Fazil. Gopi telah mendapat hadiah seekor anak lembu jantan dari Pak Cik Kumar. Saya amat berpuas hati dengan segala peristiwa yang berlaku. Lebih-lebih lagi apabila Papa dan Mama memaafkan saya. Saya sama sekali tidak berniat untuk menganiaya Papa dan Mama. Cuma saya berasa bertanggungjawab atas semua segala kepincangan yang ada. Jika tidak saya siapa lagi. Kamilah generasi yang bakal mewarisi bumi ini.
Papa dan Mama membayar denda mereka. Kedai Mama sudah dijual dan kilang racun Papa ditutup. Papa kini menjadi pengusaha tapak semaian bunga hiasan. Bunga hidup, bukan bunga plastik.
Mama turut menanam pelbagai pokok bunga, tetapi bukan bunga plastik lagi. Saya juga turut bersama-sama mereka. Arman dan Gopi sering juga menyertai hobi baru kami sekeluarga. Kami juga sudah boleh mandi semula di Sungai Kenari. Airnya kembali jernih dan bersih.
Akan tetapi perkara yang lebih penting ialah Papa dan Mama kini mempunyai banyak masa untuk bersama-sama saya. Mereka mengakui kewajaran tindakan saya. Mereka berdua berterima kasih kepada saya kerana mengambil tindakan yang nekad tempoh hari. Mereka mula mendengar pandangan dan luahan perasaan saya. Sebagai anak, saya berasa bahagia dan dihargai.

No comments:
Post a Comment