Oleh Ibrahim Bakar
SUDAH larut malam. Mataku masih segar bugar. Malam ini tidak seperti malam-malam yang berlalu. Sepatutnya ketika ini aku sudah menghayati seribu satu mimpi. Aku tidak tahu mengapa keadaan ini berlaku, seolah-olah satu khayalan yang disengajakan. Entah apa yang aku fikirkan tidak dapat ditafsirkan. Datangnya lepas satu-satu. Kenangan demi kenangan menjelma.
Sesekali aku senyum sendiri bila teringatkan peristiwa agak melucukan. Sesekali aku merasakan terlalu sedih. Sesekali lamunanku terhenti. Kutoleh ke arah Azman yang sedang nyenyak tidur. Aku tidak mahu mengejutkannya. Aku tahu dia penat setelah seharian bekerja. Namun kenangan demi kenangan datang lagi. Aku berusaha melupakan khayalan yang cuba bermain di benak.
Mataku mula meliar ke lelangit. Tidak ada apa-apa, cuma di sebalik kesuraman cahaya lampu biru itu ada sepasang cicak berkejaran ke sana ke mari. Aku letakkan tangan di bawah kepala. Lantas fikiranku menerawang ke segenap penjuru kamar. Aku mula teringatkan kisah di alami beberapa waktu dulu.
Aku teringat pertemuan dengan Azman. Betapa seronok dan tragisnya waktu itu. Kulepaskan sebuah kucupan pada dahi Azman. Lamunanku terhenti bila teringatkan insan yang paling kusayangi pada suatu waktu dulu. Wajah ibu, wajah ayah, wajah Kak Lizah, wajah Kak Munirah, wajah Mak Limah dan akhirnya Leman.
Mereka melambai-lambai. Aku tersenyum. Mereka juga tersenyum. Tetapi kenapa Mak Limah dan Leman masam. Aku cuba mencari kesalahan sendiri. Ternyata aku tidak dapat menemui sebab dan akibat. Aku melupakan sebentar soal itu. Aku perlu tumpukan sepenuh perhatian kepada ibu, ayah dan kakak yang amat disayangi. Aku terus tersenyum kepada mereka. Ayah dan ibu sudah tua benar. Kak Lizah dan Kak Munirah ternyata sangat comel dan manja. Mereka sudah jadi anak dara sunti. Mereka lebih muda dariku walaupun umurku sebenarnya jauh lebih muda daripada mereka. Wajah Mak Limah dan Leman comot bagaikan peminta sedekah. Tiba-tiba wajah-wajah itu hilang di sebalik awan-gewanan yang berpuput.
Aku tersentak dan cuba beberapa kali mengingati wajah-wajah itu. Aku belum puas menatap wajah-wajah itu, terutama kakak yang cantik dan manja. Ternyata usaha itu gagal.
Aku terjaga daripada lamunan. Angin menerjah masuk dari segenap lorong dan lubang jendela. Langsir berterbangan. Senyum mesra sebentar tadi sudah tiada dan diganti suasana yang amat sunyi. Deru angin sekali-sekala membuatkan aku begitu seram hinggakan bulu romaku tegak tercacak. Keadaan ini membuatkan aku teringat semula kepada gemulah ayah, ibu dan kakak.
Di rumah beratap genting inilah aku dibesarkan bersama kakak-kakak yang lain. Kenangan pahit-manis, suka-duka masih segar diingatan meskipun telah berlalu berbelas tahun. Aku masih dapat melihat dan mengingati fiil ayah, ibu, Kak Lizah, Kak Munirah, Mak Limah dan Leman. Betapa bahagianya ketika itu. Mengingatkan ini, airmataku tidak pernah kering.
Takdir menentukan segalanya. Orang yang disayangi dan paling berjasa pergi terlebih dulu. Aku terima hakikat itu. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan penentuan Ilahi. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Namun kenangan silam tetap menghantuiku. Usiaku yang baru mencecah dua belas tahun telah cukup untuk membuatkan aku begitu ingat apa saja peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sekeluarga.
Aku dan dua kakak sudah cukup untuk membuatkan rumah ini riuh dengan ketawa dan tangisan. Keadaan inilah juga menyebabkan ibu tidak menang berkawal. Pengurusan rumahtangga, makan-minum dan hal-hal lain yang remeh-temeh membuatkan ibu benar-benar sibuk. Kami, sungguhpun sudah besar panjang tidak menghiraukan itu semua. Kami dengan dunia kami sebagai pelajar yang ingin menempah masa depan yang cemerlang.
Kesibukan ayah dengan perniagaan membuatkan ibu begitu sepi dan sendirian ketika kami ke sekolah. Memikirkan kesepian dan kesibukan ibulah, ayah mengambil Mak Limah jadi pembantu rumah. Mak Limah adalah janda beranak satu. Leman anaknya baru berumur tujuh tahun ketika itu. Mak Limah masih muda berbanding ibu. Kejelitaan Mak Limah membuatkan kami suka berdamping dengannya. Tambahan pula dia seorang yang baik dan suka melayan kami.
Kehadiran Mak Limah membuatkan keadaan bertambah bising. Gelagat kami suka mengusik Leman cukup untuk membuatkan rumah ini bertambah riuh.
Aku masih ingat reaksi ibu. Awal-awal lagi menentang tindakan ayah mengambil Mak Limah sebagai pembantu. Kebimbangan beraja di hati bila melihatkan kecantikan Mak Limah mengatasi dirinya.
Emak takut terjadi sesuatu yang di luar dugaan. Kebimbangan itu meronta dan membakar jiwa emak. Kegelisahan itu dapat dibaca oleh ayah, namun ayah pandai meleraikan gelodak jiwa ibu. Dan ayah tidak pernah jemu untuk meyakinkan ibu mengenai niat sucinya.
Ayah benar-benar mahu meringankan tugas ibu di samping membantu menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi Mak Limah. Mak Limah baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya ketika bertugas di syarikat ayah. Atas dasar bertanggungjawab membantu janda, ayah tetap mahu ibu dapat menerima Mak Limah. Akhirnya ibu mengalah dan dapat menerimanya serta dapat melupakan hasutan jiran.
Tetapi ibu sentiasa memerhatikan gerak-geri Mak Limah dan ayah. Ibu takut perkara yang tidak diingini di antara ibu dan ayah. Ketika itu Mak Limah tidak ada di rumah. Kami memang amat mengkagumi peribadi ayah yang tidak pernah membohongi ibu dan kami. Kalau berjanji, lambat atau cepat janji itu pasti ditunaikan. Rasa kami ibu tahu keadaan itu. Namun atas sifat seorang isteri yang amat menyayangi suami, perkara seperti itu perlu dipersoalkan juga.
Setelah enam bulan Mak Limah bekerja di rumah kami, ibu mula dapat menyelami dan meyakini hati budi Mak Limah. Ini mungkin juga atas kejujuran dan ketekunan Mak Limah. Semenjak itu perasaan bimbang ibu terhadap Mak Limah pupus. Kadang-kadang Mak Limah dirasakan begitu penting dalam rumah kami.
Mak Limah pernah mendamaikan pertengkaran kecil di antara ayah dan ibu. Mak Limah pula pandai mengambil hati ibu dan ayah. Leman, kami anggap seperti adik kami sendiri. Apa yang kami makan atau pakai, begitu juga Leman. Ayahlah yang menyara persekolahan Leman. Aku dan Leman begitu akrab. Kami pergi sekolah, bermain, belajar dan makan bersama.
Allah maha berkuasa dan menentukan segala-galanya. Kemeriahan dan keharmonian bertukar. Aku rasakan rumah ini kosong dan sepi. Sepi dari tawa dan gelak seperti suatu ketika dulu. Usik-mengusik dan tangisan tiada lagi. Keusangan itu membuatkan aku kaku dan tidak tahu menyesuaikan dengan suasana baru. Kesayuan dan kesedihan amat terasa.
Mengenangkan peristiwa itu aku merasakan benar-benar bernasib baik daripada ibu dan dua orang kakakku. Ibu memang hendak membawa aku bersama ke bandar S P untuk membelikan kek yang ditempah sempena ulang tahun ke-20 perkahwinan ibu dan ayah. Aku terpaksa batalkan untuk bersama mereka kerana terpaksa menghadiri latihan sukan di sekolah. Leman juga tidak dapat pergi atas sebab mengikuti latihan bolasepak di sekolah. Segalanya itu adalah takdir.
Aku masih ingat bagaimana mayat ibu, mayat Kak Lizah dan mayat Kak Munirah yang tersepit dalam kereta yang dipandu ibu. Keadaan amat mengerikan. Aku panik melihatkan keadaan itu. Aku meraung semahu-mahunya. Ayah terdiam menahan pilu dan sedih yang amat sangat. Leman dan Mak Limah menyabarkan aku dari bertindak sembarangan. Aku mengerti keyakinan yang ditanamkan oleh Mak Limah, namun aku benar-benar tidak terdaya untuk menerima tragedi itu.
Ayah turut menyabarkan aku dan meminta aku menerima hakikat dan takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa.
Atas semangat yang ditanamkan itulah aku dapat menatap mayat-mayat orang yang kusayangi sehinggalah mereka selamat dikebumikan. Leman dan Mak Limah turut bersedih atas peritiwa itu. Ayah tidak terkata apa-apa. Wajah ayah tetap sayu bila jenazah diturunkan ke liang lahad. Aku tahu ayah amat bersedih, tetapi tidak mahu menunjukkan kesedihan itu. Lebih-lebih lagi di tengah-tengah orang ramai yang mengerumuni perkuburan. Kekentalan semangat ayah membuatkan dia berjaya mengawal perasaan.
Aku dapat menyelami hati dan perasaan ayah. Urusan pengkebumian itu diambil alih oleh jiran dan tetangga. Ayah tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi Mak Limahlah yang mengambil itu dan ini apabila diminta oleh jiran dan orang masjid untuk menyelenggarakan pengkebumian ibu dan kakak.
Setelah peristiwa itu dan jiran tetangga telah pulang ke rumah masing-masing aku merasai begitu sunyi dan sepi. Keadaan itu amat terasa sekali. Tiada lagi gelak dan tawa riang seperti selalu. Ayah, aku, Mak Limah dan Leman masing-masing melayan perasaan sendiri. Aku rasakan semua orang mengerti dan memahami perasaan antara satu sama lain.
Kini aku amat memerlukan dan mengharapkan kasih sayang Mak Limah. Mak Limah memahaminya dan tidak kedekutkan kasih sayang untuk aku meskipun terpaksa dikongsi bersama Leman. Memang tidak ada orang lain lagi yang boleh aku harapkan selain Mak Limah. Keluarga ibu dan ayah tinggal jauh dan sibuk dengan urusan masing-masing. Lagipun aku tidak begitu rapat dengan mereka. Sesekali saja kami pulang ke kampung. Merekapun jarang benar menjengok kami.
Namun ura-ura Mak Limah untuk mencari pekerjaan lain telah benar-benar menyentak perasaanku. Aku tidak dapat menerima kenyataan yang bakal terjadi. Berkali-kali aku memujuk Mak Limah agar tidak berbuat begitu. Ayahpun begitu juga. Dari raut wajah ternyata Mak Limah juga berat untuk meninggalkan aku. Memikirkan tidak manis dan tohmahan jiran telah kian menggugat kasih sayang Mak Limah terhadapku. Untuk menghentikan tohmahan dan nama baik ayah, Mak Limah bertekad juga untuk keluar dari rumah kami.
Ayah bertambah bingung dengan keadaan itu. Aku terus mendesak ayah untuk berbuat sesuatu untuk menghalang Mak Limah keluar dari rumah kami. Menghadapi kemelut itu aku dapati ayah begitu bersungguh-sungguh meyakinkan Mak Limah duduk perkara yang sebenarnya. Ayah bergelut dengan dilema. Melepaskan Mak Limah bererti ayah mengabaikan aku. Semua jiran tahu masalah ayah. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan. Tidak kurang yang meminta ayah kahwin seberapa segera.
Mendengarkan cadangan itu aku menjadi bertambah gelisah dan takut. Aku begitu takut dan bimbang dapat ibu tiri yang tidak menyenangiku. Dilema menghantui fikiranku. Ayah memahami perasaan yang bergelora dalam jiwaku. Akhirnya akulah yang mencadangkan agar ayah berkahwin dengan Mak Limah. Mak Limah yang sudah kukenali itu terdiam, tidak berkata apa-apa bila hal itu aku ajukan kepadanya. Ayah juga turut terdiam seolah-olah ingin melihat reaksi Mak Limah. Mak Limah memahami keadaan itu, begitu juga ayah. Aku dan Leman tersenyum dan begitu gembira sekali bila hal itu dipersetujui ayah dan Mak Limah.
Kegembiraanku kembali bertukar apabila ayah sering sakit-sakit beberapa tahun kemudiannya. Melihatkan tubuh badan ayah yang semakin susut dan semakin lemah aku menjadi risau dan simpati kepadanya. Ayah tidak dapat lagi menguruskan perniagaan seperti selalu. Aku yang baru tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia tidak dibenarkan meminta sebarang kerja. Aku sendiri tidak mahu memohon sebarang kerja. Aku pergunakan masa itu untuk menjaga ayah. Mak Limah begitu mengambil berat. Dialah yang mengatur hidup ayah. Baik di segi pemakanan yang penuh dengan pantang larang mahupun jadual ayah menjamah ubat. Aku cukup memuji dengan apa yang dilaku oleh Mak Limah terhadap ayah.
Aku tahu, merawat pesakit kencing manis seperti ayah memerlukan kesabaran yang tinggi. Tambahan pula ayah begitu teringin untuk menjamah makanan yang menjadi pantang larang kepada pesakit seperti yang dihadapinya. Ayah beberapa kali keluar masuk hospital sehingga aku dan Mak Limah serta Leman sudah dapat menghafal lorong dan liku di hospital. Kami telah habis ikhtiar untuk mengubati ayah. Ayahpun tidak pernah menimbulkan masalah kepada kami untuk mengubatinya. Aku rasa cukup bersyukur mendapat ibu tiri seperti Mak Limah. Jika tidak, entah bagaimana keadaan ayah.
Aku meminta ayah tidak lagi menguruskan perniagaan. Aku tahu urusan perniagaan seperti yang dilakukan oleh ayah memerlukan tenaga fizikal dan mental yang kuat. Ayah perlu memikirkan pelbagai prospek dan masalah dalam perniagaan. Ayah perlu berkejar ke sana ke sini untuk mendapatkan tender. Desakanku itu membuatkan ayah telah menyerahkan tugas pengurusan perniagaan itu kepada Leman yang baru saja menamatkan pengajiannya dalam jurusan pentadbiran perniagaan di ITM Shah Alam.
Ayah sesekali menjenguk pejabat Leman dan memberikan buah fikiran setakat yang termampu. Itupun setelah Leman memahami tugasnya, ayah tidak lagi berbuat demikian. Ayah biarkan saja kepada Leman melakukan apa saja yang patut. Aku tidak mengambil peduli langsung perniagaan ayah yang dipangku oleh Leman. Aku bulat percaya kepada Leman menguruskannya meskipun aku juga mempunyai hak ke atas perniagaan itu.
Sakit ayah semakin tenat. Tambahan pula ayah menghidapi penyakit baru iaitu darah tinggi. Mendengarkan penerangan dan nasihat doktor mengenai penyakit itu membuatkan aku tambah pening dan gelabah. Pemakanan ayah dikawal serapi-rapinya. Kami sekeluarga terpaksa berpantang larang seperti ayah juga. Pendek kata, apa yang tidak boleh disentuh oleh ayah tidak boleh dibawa masuk ke rumah kami. Setelah memahami tugas merawat ayah, aku menasihatkan Mak Limah agar berehat. Aku bimbang kesihatan Mak Limah terjejas dan akan tambah merumitkan keadaan.
Mak Limah memahami keadaan itu, tetapi tetap terus menyumbang baktinya kepada ayah dan aku. Namun aku lihat Leman semakin menjauhkan diri. Leman semakin jijik untuk masuk ke bilik ayah yang dipenuhi ubat. Aku dan Mak Limah telah mangli dengan bau ubat. Aku semakin risau melihatkan sikap Leman terhadap ayah dan mula tidak pulang ke rumah.
Kesibukan menguruskan ayah membuatkan aku cepat lupa kepada apa yang berlaku kepada Leman. Ayah lebih penting daripada Leman.
Namun setelah Mak Limah memberitahu Leman telah membeli rumah baru di bandar SP telah menyentak urat darahku. Darahku berderau. Marahku meruap naik dan mula membebel memarahi Leman. Leman tidak sepatutnya berbuat begitu dalam keadaan ayah sedang sakit. Kemarahanku kepada Leman turut mengubah sikap Mak Limah. Mak Limah semakin menyendiri dan kurang berbicara. Tidak seperti selalu. Aku tahu Mak Limah berkecil hati. Melihatkan perubahan itu aku turut menjadi seorang yang agak pendiam. Leman terus tidak pulang. Terasa sekali kesunyian tanpanya. Sesekali aku ingin meminta maaf kepada Mak Limah.
Mengingatkan perbuatan Leman, aku batalkan saja niat suci itu. Keadaan ayah yang semakin tenat membuatkan aku tidak lagi mahu memikirkan semua perkara itu. Kalau boleh aku ingin menumpukan sepenuh perhatianku kepada ayah. Biarlah apa yang terjadi, ayahlah satu-satunya orang yang paling kusayangi di dunia ini. Kedinginan dan kelainan sikap Mak Limah terhadap ayah dan aku terus berpanjangan. Aku terasa terpulau oleh sikap Mak Limah dan Leman. Mujurlah ada ayah. Meskipun tidak boleh lagi dibawa bicara dan bergelak-ketawa seperti selalu, aku tahu ayah turut merasai suasana itu. Dalam keadaan begini aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Akulah yang mencadangkan ayah berkahwin dengan Mak Limah. Jadi akulah patut memikul beban ini. Aku begitu tidak tergamak lagi untuk meminta bantuan Mak Limah menguruskan ayah yang semakin tenat. Sehinggalah aku terpaksa meminta bantuan jiran untuk melihat ayah dan membaca surah Yassin.
Suatu pagi aku tersedar Mak Limah keluar dari rumah kami. Aku tidak pedulikan itu semua kerana aku sudah menyangka itu adalah kerja Leman. Dua hari berikutnya dengan tenang ayah mengikut ibu pergi.
Pengalaman peristiwa pemergian ibu dan kakak-kakak dulu telah membuatkan aku begitu tabah menghadapi dugaan dan kenyataan. Kedewasaanku telah membuatkan aku dapat menerima takdir yang ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa. Ketika kesunyian aku sering mengingatkan peristiwa yang terjadi dalam hidupku satu persatu. Kadang-kadang kesunyian itu dapat kulupakan setelah beberapa orang jiran datang ke rumahku untuk bertanyakan khabar. Aku tahu mereka turut menyedari keadaan diri aku yang hidup sendirian. Kadang-kadang aku ditemani oleh anak-anak jiran.
Suatu pagi aku dikejutkan oleh dua orang lelaki. Seorang berseragam polis. Seorang lagi berpakaian kemas lagi kacak. Bertalu-talu pintu rumahku diketuk. Aku tergamam seketika. Setelah lelaki itu memperkenalkan diri sebagai wakil dari sebuah syarikat guaman dan seorang anggota polis tercegat di sebelahnya, aku kembali tenang. Lelaki itu memberikan sekeping kad perniagaan dan sepucuk surat yang meminta aku ke pejabat mereka. Semasa dalam perjalanan, fikiranku berkecamuk. Pelbagai persoalan hinggap. Lepas satu, satu.
Sesampai di pejabat aku lihat Mak Limah dan Leman sudah gelisah menunggu. Aku menyapa mereka tetapi tidak diendahkan. Hatiku bertambah goncang. Seribu satu kebimbangan menerpa ke dalam sanubariku. Sangkaanku pasti ada perkara yang membabitkan undang-undang. Lantas terbayanglah aku tragedi yang menimpa ibu dan kakak lima tahun lalu. Terlintas juga wajah ayah. Apakah ayah telah melakukan jenayah. Patutkah aku yang terpaksa menerima hukumannya.
Persoalan itu terus datang sehingga menerima hukumannya. Persoalan itu terus datang sehingga ada di antaranya tidak dapat diterima akal. Akhirnya aku dapat meyakinkan diri untuk menerima apa saja. Biarlah apa yang terjadi, aku akan hadapi. Demi kasih sayang aku kepada ayah, aku sanggup menerima apa saja hukuman andainya ayah bersalah.
Lamunanku tersentak apabila namaku disebut beberapa kali oleh lelaki kacak tadi. Aku terkejut lalu tersedar dari lamunan. Lelaki itu memberitahu tujuan aku dipanggil dan duduk perkara yang sebenarnya. Barulah aku tahu Mak Limah atas kehendak Leman telah menuntut harta peninggalan ayah. Mendengarkan penjelasan itu perasaanku terus membara. Marahku bertambah hebat bila mengingatkan ayah baru seminggu pergi mengekori ibu. Belum kering tanah perkuburan ayah, mereka sudah membuat tuntutan yang sedemikian rupa.
Lelaki kacak itu meminta aku bertenang dan bersabar. Dengan kematangan dan kedewasaanku, perasaan marah dapat dibendung dan terus menumpukan perhatian kepada hal yang akan dinyatakan oleh lelaki itu. Aku lihat lelaki itu memegang sepucuk surat yang ditutup rapi dan `berseal' merah.
Katanya, itu adalah surat wasiat ayah sambil memegang beberapa dokumen lain. Tanpa berlengah masa dia meminta kebenaran aku dan Mak Limah untuk membacakan surat wasiat itu. Aku dan Mak Limah mengangguk.
Setelah dibaca tahulah aku bahawa perniagaan ayah yang diuruskan oleh Leman adalah kepunyaanku. Ayah telah menukarkan namanya kepada aku beberapa hari sebelum pemergiannya. Aku lihat Mak Limah dan Leman yang pada mulanya begitu beria-ia mendengar isi kandungan surat wasiat itu tunduk semahu-mahunya.
Seketika, lelaki itu membuka dokumen lain dan menyatakan bahawa rumah ini adalah milik ibu dan aku berhak mewarisinya. Mak Limah dan Leman terus terpaku memandang lantai.
"Dengan itu Puan Halimah Abdullah dan Encik Sulaiman Harun tidak berhak lagi mengurus dan mengambil sebarang kepentingan daripada harta peninggalan Allahyarham Encik Khalil. Ia kini menjadi milik anaknya Syakirah." Lelaki itu memandang tepat wajah Mak Limah.
Sebaik saja aku selesai menandatangani beberapa dokumen, aku lihat Mak Limah dan Leman sudah tiada di sisi. Lelaki kacak yang memakai pelekat nama Azman merenung wajahku penuh persoalan. Mataku bertembung dengan mata Azman penuh harapan.

No comments:
Post a Comment