Oleh Hadiaruz J P
"NORASHIMA, itu pokok magnolia. George Washington pernah panjat pokok itu, kemudian dia jatuh kakinya patah," kata Ken sambil menunjukkan ke arah sepohon pokok rendang dengan tersenyum lebar.
"Betulkah?" Sahutku, percaya dengan sepenuhnya penerangannya tadi. "Norashima, maaf, saya cuma main-mainkan kau saja. Kau ni terlalu trusting," Ken mengusik aku sambil ketawa. Secara spontan aku menumbuk bahu Ken kerana pada hari pertama aku tiba di Chicago, aku telah dipermainkannya.
"Nanti," kata hatiku,
"Aku akan permainkan kau pula." Perjalanan dari lapangan terbang O'Hare ke pangsapuri Ken sangat menyenangkan. Pemandangan di kiri kanan jalan boleh menjamu mata dengan keindahan bunga-bungaan yang berbagai warna.
Kawasannya bersih dijaga rapi dan rumput menghijau dilindungi oleh pohon rendang. Sepanjang perjalanan
itu aku berbual rancak dengan Ken, seolah-olah kami telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Oleh sebab aku berasa selesa bersama Ken, aku tidak terasa sedikit pun yang dia bangsa Amerika kulit putih yang kutemui kali kedua.
Pertama kali aku diperkenalkan kepada Ken adalah pada tahun lalu semasa aku membuat lawatan singkat ke pejabatnya dan kami sempat berbual kira-kira setengah jam saja.
"Shima, kau rehat dahulu hari ini di hotel. Esok kita boleh berbincang, mengenai tugas kita. Aku akan datang jemput kau kira-kira jam 10 pagi. Aku tengok kau sungguh letih, berehatlah," Ken menghentikan enjin keretanya sambil membuka pintu untuk mengeluarkan beg pakaian aku. Dengan bantuannya aku naik ke bilikku di Day's Inn.
Hari itu aku tidur keletihan tanpa makan malam. Perjalanan kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Chicago mengambil masa hampir 30 jam kerana tersadai lama di lapangan ke Chicago. Ini bukanlah kali pertama aku bertugas di Amerika tetapi perjalananku kali ini sangat meletihkan.
"Ah, umurku sudah meningkat!" Bisik hatiku bila terasa badan menggigil kelesuan. Aku harus berehat sepuas-puasnya kerana esok aku akan memulakan tugas rasmi di Chicago. Aku akan menghadiri mesyuarat untuk mempersembahkan projek baru pejabatku supaya diterima dan dijadikan projek antarabangsa. Aku teringat kata-kata bosku sebelum aku diarah mewakili pejabatku ke Amerika.
"Puan Norashima, saya telah mengambil keputusan untuk menghantar puan sebagai wakil pejabat kita ke mesyuarat antarabangsa di Chicago. Saya rasa puanlah yang paling layak mewakili negara kita. Saya ucapkan tahniah di atas segala usaha puan." Wah, meloncat bangga hatiku mendengar pujian dan penghormatan yang diberi oleh bos aku itu.
"Terima kasih, tuan, saya berjanji saya tidak akan mengecewakan tuan dan negara kita. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan tuan terhadap saya." Selepas saja berita mengatakan aku dipilih untuk ke Amerika, aku terdengar berbagai sungutan dari rakan-rakan yang bertanya mengapa aku seorang saja yang dipilih dan apakah keistimewaan yang ada pada diriku, yang tidak ada pada orang lain.
Ada juga yang mengatakan aku ini sengaja menonjol diri untuk mendapatkan perhatian. Desas-desus itu tidak ku perendahkan kerana itu memang menjadi lumrah dunia. Biarlah apa mereka ingin kata padaku, aku berhak dipilih kerana projek yang akan dipersembahkan adalah atas inisiatif dan pemikiran aku sendiri. Aku terkejut dengan deringan bunyi telefon di sebelah katilku.
"Hello! Shima, kau dah bangun? Sekarang pukul 9 pagi. Aku akan datang jemput kau jam 10 pagi, 10 pagi, OK? Kau sarapan dulu, ya," suara Ken menusuk ke telingaku melalui gagang telefon.
"Terima kasih Ken, kerana menalifon aku. Kalau tidak tentu aku tak sedar. Aku akan siap jam sepuluh," Balasku lantas bangun duduk di tepi katil. Aku bergegas ke bilik air terus menggosok gigi dan mandi. Cuaca di Chicago masih panas kerana musim panas belum tamat lagi.
Aku memakai sepasang baju kurung moden sutera batik berwarna kuning, warna kegemaranku. Aku juga tahu warna kuning sangat sesuai dengan warna kulitku. Ramai rakan lelaki sepejabat menggelar aku sebagai The Best Dressed Lady tetapi pujian seperti itu tidak pernah aku dengar dari rakan-rakan wanita.
Aku memang teliti berpakaian, sama ada ke pejabat atau ke mana saja. Pakaian dan hiasan diriku sederhana saja, bukan dari jenis jenama yang mahal-mahal kerana aku harus berjimat untuk menyimpan wang persekolahan anak-anakku pada masa hadapan.
Berpakaian kemas dengan hiasan diri yang sesuai membantu meneguhkan keyakinan diriku. Dalam alam pekerjaanku, keyakinan diri sangat penting kerana aku selalu berhadapan dengan orang ramai. Sebenarnya aku bukan seorang wanita yang cantik. Rupa parasku biasa saja dan tidak ada sesuatu yang menonjol kecantikanku.
Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah mengurniakan sifat yang sempurna dan tidak cacat. Aku teliti menyolek rupa parasku supaya mataku tidak kelihatan sepet dan hidungku tidak kelihatan kembang. Rambutku hitam lebat dan kudandan dengan rapi supaya uban tidak menonjol keluar walaupun sudah sampai masa rambut ini berubah warna kerana umurku hampir setengah abad.
Pada orang yang tidak mengenaliku, mereka akan menyangka aku masih muda dan ramai pula yang menyangka aku belum kahwin lagi. Ini semua aku anggap sebagai kurniaan Tuhan, terutama sehingga kini kesihatanku baik dan tidak pernah terganggu. Ken datang menjemputku tepat jam 10 pagi dengan kereta sport merahnya. Dapat kulihat dari pandangan matanya yang ia kagum melihatku.
"Kau kelihatan cantik sekali. Ini pakaian Malaysiakah?" Ken bertanya. Aku tahu wanita Amerika hanya berpakaian labuh ketika menghadiri majlis yang formal di waktu malam.
"Ini ialah salah satu pakaian tradisional orang Malaysia. Beginilah caranya kami berpakaian setiap hari," aku menerangkannya kepada Ken. Banyak soalan mengenai Malaysia dikemukakan oleh Ken semasa dalam perjalanan ke pejabatnya. Aku dapat merasakan bahawa pengetahuan Ken mengenal Malaysia sangat cetek seperti juga ramai orang Amerika yang lain.
Bila aku terangkan bahawa aku beragama Islam, Ken tambah berminat untuk mengetahui tentang Islam.
"Islam yang pernah aku dengar hanya melalui berita lraq, Iran dan Saudi Arabia. Aku tidak faham mengapa kau berbeza dan mengapa negara kau tidak seperti Saudi Arabia," Ken menceritakan pengalaman dan pengetahuannya serta mengakui terus-terang yang dia mempunyai persepsi yang sempit mengenai Islam. Aku berjanji untuk bercerita dengan lebih lanjut pada suatu hari nanti. Seperti semalam, kami rancak berbual. Aku juga mempermainkan Ken tentang beberapa perkara mengenai Malaysia.
"Ken, kau tahu tidak getah itu cair dan boleh diminum?"
"Oh ya? Apa rasanya?" Ken bertanya pelek. Aku ketawa dengan kuat.
"Padan muka kau Ken. Semalam kau permainkan aku, hari ini kau pula yang kena. Maaf Ken, aku mainkan saja tadi. Getah mana boleh diminum, mati nanti!" Aku ketawa lagi dan Ken menarik hujung rambutku sambil berkata:
"Kau sungguh nakal, Shima." Ken meletak keretanya di tempat biasa dan kami berjalan menuju ke pejabatnya.
"Kau seorang wanita yang tidak aku jangka. You are full of pleasant surprises!" Sambil tersenyum aku menyahut: "Kau belum kenal aku lagi!"
"Satu perkara yang mengkagumkan aku ialah bagaimana seorang wanita muda yang cantik boleh begitu berjaya dalam kerjayanya?" Ken memuji aku dan aku tahu jujur dan tidak dapat meneka umurku yang sebenarnya. "Ken, ini satu lagi surprise untukmu. Umurku hampir setengah abad. Aku mempunyai dua orang anak perempuan yang sedang menuntut di University Arizona dan di maktab di Kuala Lumpur.
Jadi aku seorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman." Ken berhenti dari berjalan lalu memandang tepat ke mataku, terkejut dan tidak percaya. Aku ketawa geli hati melihat reaksinya.
"Betulkah ni? Kau tidak mempersendakan aku?" Tanya Ken dengan dahi berkerut. "Sungguh, kali ini aku tidak mempermainkan kau. Aku serius. Berapa umurmu, jika kau tidak keberatan memberitahuku." "Empat puluh satu," kata Ken.
"Aku hidup tujuh tahun lebih awal dari kau, Ken!" Ken memandang tepat ke mukaku, masih ragu-ragu. "Aku mengagak kau tidak lebih daripada 30 tahun. Aku pasti orang tidak percaya umur kau yang sebenarnya kerana kau kelihatan muda dan jelita." Sekali lagi Ken memuji aku. Apabila aku melangkah masuk ke bilik persidangan aku tergamam sebentar kerana terdapat dua puluh orang Mat Saleh, kebanyakannya lelaki, menunggu kedatanganku.
Ken memperkenalkan aku kepada setiap orang yang nama mereka sukar aku ingati. Mereka menyambut dan melayan aku dengan mesra dan bertanya berbagai soalan mengenai Malaysia dan perjalananku. Mereka pelek mendengar aku boleh bertutur, bahasa mereka dengan fasih dan intonasi seperti mereka. Dalam hatiku berkata:
"Kalau aku cakap orang putih macam ini di Malaysia, tentu orang meluat!" Soalan-soalan mengenai diriku, Malaysia dan perjalananku aku jawab dengan tenang sambil menyelitkan sedikit kelucuan sehingga mereka ketawa besar. Aku mula berasa releks dan selesa sehingga mengembalikan keyakinan diriku.
Persembahan projek berjalan dengan lancar dalam suasana profesional. Semua soalan yang dikemukakan aku jawab dengan mudah kerana projek ini adalah projekku. Aku dapat merasakan mereka puas hati dan kagum dengan keupayaanku memberi penerangan dengan jelas. Akhirnya dengan sebulat suara mereka bersetuju memberi sokongan dan bantuan kepada projek tersebut, Ken diberi tanggungjawab supaya perbincangan diteruskan dan mempastikan lawatanku selama dua minggu di Chicago diatur dengan rapi.
Sepanjang dua minggu aku dan Ken berdamping rapat. Persahabatan kami bertambah mesra. Ken seorang yang pengasih dan mengambil berat di atas kebajikan diriku. Tugas kami dibantu oleh beberapa pegawai lain. Aku berjanji menjalin persahabatan mesra dengan mereka. Dalam sesi-sesi perbincangan kami jalankan dengan profesional tetapi selepas itu, terutama semasa Ken menghantar aku balik ke hotel, kami selalu berbual dan mengusik yang diakhiri dengan gelak ketawa. "Kau tahu Shima, aku rasa aku telah kenal kau bertahun-tahun lamanya.
Aku senang bersamamu. Aku suka mendengar kau ketawa. Ketawa kau benar-benar menggambarkan kegembiraan. Aku tidak pernah bertemu dengan seorang wanita cantik yang exciting sepertimu." Ken memuji-muji aku sambil memandang tepat ke mataku. Puji-pujian sebegitu memang kerap diluahkan oleh Ken. Kadang-kadang aku berasa jemu mendengarnya. Dalam hatiku berkata:
"Baru sekali berjumpa wanita Melayu seperti aku, dia dah kagum. Macam mana agaknya bila dia melihat gadis Melayu yang cantik di Malaysia. Agaknya dia ternganga!" Pada mula-mula dulu setiap pujian Ken aku sambut dengan ucaapan `terima kasih' tetapi sekarang aku suka mempersendakannya. "Kalau dalam jangka umur hampir setengah abad, kau kata aku cantik, nanti bila kau jumpa gadis Melayu yang ayu dan muda, terlopong mulut kau!" Aku mengusik Ken sambil tersenyum lebar.
"Aku percaya ramai wanita Melayu yang cantik tetapi tidak sama seperti kau, Shima. Kau bukan saja cantik dari rupa paras tapi cantik juga di hati dan gerak laku. Aku sungguh kagum denganmu." Dari pandangan dan sinaran mata Ken aktu tahu dia cuba memberitahuku sesuatu tetapi aku pura-pura tidak faham.
"Kau belum jumpa kedua-dua anak perempuanku lagi. Mereka lebih cantik dan bijak. Aku bangga dengan mereka. Isteri kau, Debbie, pun cantik dan muda. Aku suka mata birunya. Bagaimana kau bertemu dengan Debbie?" Aku mengubah tajuk perbualan kepada yang lebih selamat.
"Aku berkenalan dengan Debbie tiga tahun yang lalu dan kami baru berkahwin selama lima bulan. Ini adalah perkahwinan kali kedua bagi kami. Debbie mempunyai dua orang anak perempuan yang remaja. Nanti aku perkenalkan kau dengan mereka. Aku tidak mempunyai anak dengan isteri pertamaku dulu. Perkahwinan itu tidak membahagiakan dan kami bercerai. Aku membujang selama lapan tahun.
Akhirnya aku bosan hidup berseorangan. Sekarang aku berasa stabil mempunyai keluarga. Aku harap Debbei dan aku akan dapat seorang bayi nanti. Bagaimana kau bertemu dengan suamimu Shima?" Ken benar-benar ingin tahu tentang latarbelakangku.
"Aku berkahwin lebih 23 tahun. Anak aku yang sulung berumur 21 tahun, belajar di University Arizona. Aku bertemu suamiku semasa menuntut di University Malaya dulu. Kami jatuh cinta dan berkahwin sebaik saja pengajianku tamat. Suamiku kacak orangnya, tinggi lampai dan berkulit hitam manis.
Oleh sebab umurnya meningkat, rambutnya makin memutih. Suamiku berbeza dengan kau, dia pendiam dan serius." Sambil memegang tanganku, Ken berkata: "Dia seorang lelaki yang bertuah!" Dalam masa kami berhubung, aku dapati banyak persamaan antara aku dan Ken.
Aku gemar bercuti atau tinggal di tempat yang sunyi dan damai. Begitu juga dengan Ken dan sebab itulah dia membeli sekeping tanah tapak perumahan agak jauh daripada bandar Chicago, di tepi sebuah tasik dan berhampiran dengan hutan kecil. Selain itu aku suka melukis pemandangan indah dengan cat air bagi mengisi masa lapang.
Ken pula mempunyai bakat dalam melukis cat minyak dan telah menunjukkan beberapa hasil karyanya padaku. Aku kagum dengan bakat Ken itu. Kelembutan dan kemesraan Ken menarik perhatianku dan aku mula terasa sesuatu perubahan pada perasaanku. Sesungguhnya Ken seorang lelaki yang segak dan kacak. Matanya bulat bercahaya berwarna coklat.
Rambutnya perang dipotong hingga paras tengkuk dan hujungnya dibiarkan berkerinting lembut. Dia seorang yang tinggi lampai dan berkumis tebal serta mempunyai suara serak-serak basah. Walaupun umurnya telah melebihi 40 tahun dia masih kelihatan muda dan tampan. Aku memang banyak bertemu dan bergaul dengan orang Amerika. Mereka suka menunjukkan kasih sayang secara terbuka. Ken selalu mendakapku atau meletakkan tangannya di bahuku bila kami berjalan sambil berbual. Aku sedikitpun tidak berasa janggal.
Pernah pada suatu hari secara berjenaka aku berkata: "Kau boleh dakap dan pegang aku di sini. Ini Amerika, semua boleh. Tapi jika kau datang ke Malaysia, jangan kau buat. Mati aku nanti!" Ken terkejut mendengar kata-kataku lalu aku terangkan perbezaan kebudayaan dan kebiasaan orang Malaysia dan orang Amerika. Kadang-kadang semasa memandu Ken suka memegang tanganku. Aku teringat zaman aku dan suamiku bercinta dahulu.
Pada minggu kedua kau bersama Ken, aku terasa Ken menjauhkan diri dariku. Tidak ada lagi kemesraan usik mengusik dan gelak ketawa. Sesi perbincangan menjadi serius, kaku dan membosankan. Aku merindukan saat-saat kemesraan kami dan ketika itulah aku rasa senang dan selesa bersama Ken. Selama dua hari dia berkelakuan ganjil dan berbagai pertanyaan yang timbul di kepalaku - adakah dia berasa tidak senang denganku sekarang, adakah sesuatu yang aku lakukan, dia tidak suka dan berbagai-bagai soalan yang timbul.
Tetapi keadaan begitu berakhir juga dan Ken kembali riang dan menjadi semesra seperti dahulu, malah dia kerap memandang dan merenungku bila aku menulis dan membaca. Tugasku hampir selesai dan aku akan kembali ke Malaysia pada hari lusa. Aku berasa gembira untuk kembali ke pangkuan anak-anak dan suami tetapi di sudut hatiku, aku sedih meninggalkan Ken. Petang itu Ken menalifon aku dan mengajak aku bersiar-siar dengan motosikal kesayangannya.
"Aku takut naik motosikal, Ken. Aku tak pernah naik, nanti aku cicir di belakang. Tak usahlah naik motosikal, kita bersiar jalan kaki saja," rayuku menolak.
"Shima, kau boleh berpaut padaku. Aku janji, aku tidak akan bawa laju-laju. Aku akan berhati-hati. Sebab kau tak pernah naik motosikallah kau harus cuba. Bukankah kau juga yang mengatakan bahawa semua pengalaman baru itu seronok dicuba. Marilah, jangan jadi pengecut!" Ken mendebatkan balik kata-kataku dulu.
Angin bertiup nyaman memukul muka dan badanku sewaktu motosikal dipandu oleh Ken. Aku memaut badan Ken, takut jatuh kerana aku benar-benar gementar. Dia kerap bertanya sama ada aku selesa atau tidak. Ken berhenti di sebuah taman yang indah dan kami mencari tempat duduk yang selesa. Kami berbual sebentar mengenal tugas kami yang akan selesai pada esok hari. Tiba-tiba Ken berkata:
"Aku ingin cakap sesuatu padamu, Shima. Aku harap kau tidak marah. Telah lama aku fikirkan hal ini dan aku mengambil keputusan untuk bercakap denganmu malam ini."
"Apa dia?" tanyaku cemas. "Dua minggu kita bekerja rapat secara professional dan selama itulah aku dapati hatiku terpikat padamu. Puas aku cuba untuk melupakannya, tapi tak juga berjaya. Kau tahu, selalu waktu tidur malam aku terkejut. Yang aku nampak hanya wajahmu.
Aku cuba melupakannya tapi kau tak juga pergi. Aku sungguh gelisah dan keliru dengan perasaanku ini. Kau sungguh cantik untuk aku melupakannya begitu saja. Fikiranku sekarang tidak tenteram dan ini sangat menakutkan aku." Ken bercakap perlahan sambil tunduk dan sesekali menentang mataku. Hatiku melonjak kegembiraan dan barulah terjawab soalan-soalan selama ini. Dengan tersenyum lebar aku bertanya: "Aku dapati ada ketika kau menjauhkan diri dariku dan kau menjadi formal dan kaku. Aku tertanya-tanya dalam hatiku apakah sikapku terhadapmu."
"Kau tidak silap apa-apa. Yang silap ialah aku kerana membenarkan hatiku terpaut padamu. Silap kau hanyalah kerana kau cantik dan menarik di mataku. Aku menjadi kaku mungkin aku terlalu letih kerana tidak dapat tidur beberapa malam. Aku selalu bertanya diriku, mengapa aku terpikat kepada kau sampai begini dalam masa yang singkat dan aku pula baru berkahwin lima bulan. Kalaulah kali pertama kita bertemu tahun lalu sebelum aku kahwin, kau tinggal di sini lama tentu masalahnya tidak seteruk ini. Aku ingin tahu apa perasaanmu terhadapku." Ken merayu sambil memegang tanganku. Aku terdiam sejenak tidak tahu apa yang harus aku perkatakan.
"Ken, aku rasa kau tahu perasaanku. Aku juga terpikat denganmu dan kita tidak patut berbuat demikian. Aku berasa bersalah mempunyai perasaan demikian terhadapmu." Ken memandangku dengan penuh kasih sayang lalu berkata: "Kalaulah kau ini hodoh, gemuk dan tidak menarik mungkin aku tak ada masalah sekarang!"
"Oh ya," kataku.
"Kalaulah kau ini berkepala botak, perut buncit dan suka minum bir, tentu aku pun tak ada masalah!" Kami ketawa geli hati untuk mengendurkan suasana yang tegang tadi.
"Aku telah berkahwin dan kau juga telah bersuami. Kalaulah kita sama-sama tidak terikat, akan kuusahakan supaya kau menjadi milikku. Aku sungguh keliru dengan perasaanku sendiri dan kesan yang aku tinggalkan di hatiku ini. Aku takut saat kau meninggalkan aku nanti. Aku akan merinduimu."
"Aku akan kembali ke negaraku dan kau akan terus dengan kehidupanmu. Aku juga akan merinduimu dan aku tidak tahu bagaimana akan kuhadapi perasaan hatiku ini. Tapi kembaliku ke negaraku menyelamatkan kita. Kalau aku tinggal di sini lebih lama, makin banyak masalah timbul dan aku tidak mahu itu berlaku. Lebih baik kita teruskan persahabatan mesra kita dan aku harap persahabatan kita ini akan berkekalan selamannya." Aku berkata lembut pada Ken tetapi dalam hatiku Tuhan saja yang tahu.
"Aku sungguh hormat dan sanjung kau, Shima. Aku tidak sangka aku boleh jatuh hati terhadap seorang wanita yang bukan bangsaku dan tinggal di sebelah dunia sana. Kau sungguh istimewa bagiku dan aku akan mengingatimu selama hayatku. Datanglah lagi ke Chicago, Shima." Ken berkata sedih dan terus memegang kedua-dua belah tanganku. Hatiku berkata: "Datang lagi ke Chicago? Ya, aku akan datang lagi tapi bukan untuk menemuimu, Ken. Aku tidak mahu melangkah lembah berapi yang akan membaham diriku juga nanti."

No comments:
Post a Comment