Oleh Zainal Rashid Ahmad
PLUP!
Barangkali itu bunyi buntalan sepi yang jatuh di gigi air, atau percikan sisa cahaya matahari yang menerpa lewat liang-liang kecil yang tercipta dari kejarangan daun-daun pohon semarak. Bunga-bunga lalang mengerbang sayu diseksa angin, dan sesekali geraknya seperti mengirim kilasan makna yang cuba memperlihatkan sesuatu - tujahan kengerian yang meronto-ronta di sebalik kesunyian waktu.
Inilah keajaiban daerah separa asing yang selama ini membelah kesatuan hidupnya. Dia seorang pemuda yang memilih keterasingan di tengah-tengah keriuhan duniawi. Di kepalanya yang kusut itu selalu saja menyala sebutir lampu kepercayaan tentang betapa indera rahsiawi akan sentiasa akrab untuk menggerakkan sahsiah kewujudan manusia.
Sepanjang tujuh tahun lamanya, kesedaran yang aneh itu tersimpan kukuh di dalam jiwanya, dan selama itulah juga dia tekun belajar bagaimana untuk menterjemah bunyi yang mengalir di sekitar dirinya. Baginya, bunyi angin tak perlu lagi dihafal lewat pendengaran, tapi cukup melalui gegaran bulu- bulu roma; galak dan galau cahaya perlu diraba arah dan warnanya dengan kehalusan jari-jari, bagi menemukan erti sinarnya.
Nama lelaki yang serba asing ini ialah Rans. Suatu bibit penggilan yang dia sendiri kurang mengerti akan maknanya. Tapi kerana dia sentiasa percaya bahawa nama bukanlah satu hakikat yang khusus bagi mengandaikan erti kewujudan manusia, maka kekeliruan persoalan itu tak diperdulikannya. Malah disingkirkannya jauh-jauh dari petak fikirnya.
Rans pencinta sepi - lelaki yang menyebatikan hidupnya secara tekun dan wajar pada apa yang selama ini dibahasakan manusia sebagai kehambaran dan keterbuangan dari kehidupan yang sejati. Tapi dia tak peduli, kerana tiap yang berdenyut di dalam sepi sentiasa dihitungnya sebagai nafas dan nadi syurgawi.
Plup! Titik air jatuh lagi, kali ini melalui lubang-lubang kecil yang ternganga di celah atap nipah pondok buruknya. Di luar, hujan mulai renyai-renyai. Geselan titisnya yang mencumbui daun-daun jambu kedengaran sayu dan ngilu.
Bunyi itu seakan-akan sedang menghantar nada bisikan dari keluhan jantung seribu warna sunyi yang berdenting di hujung jalan yang entah di mana. Rans percaya, kelentingan itu adalah suara yang tercipta dari keriutan tulang-tulang hayat yang wujud di sekitar dunia keterasingannya.
"Hei! Dengarkah kau akan suara sayu yang dikirim oleh sunyimu?" Kata suatu suara di dalam kepalanya.
Rans tersenyum, antara rasa lucu dan berhiba.
Epilog I DUA puluh tujuh ekor gagak putih terbang di halaman dengan decitan yang aneh. Suara mereka kedengaran garau dengan dengungan yang panjang dan dalam. Di kaki langit, matahari bersembunyi di balik mega tebal yang kemerahmerahan. Terjahan cahayanya yang kekuning-kuningan itu nampak berbalam-balam dilitupi awan larat yang berarak lelah.
Epilog II MALAM turun perlahan sambil melebarkan warna gelapnya. Bulan memancarkan sinar suramnya dan bintang-bintang berkenyitan dari balik kehitaman cuaca. Rans masih tenggelam sendirian di dalam belenggu kesendiriannya sambil sesekali memandang ke langit untuk melihat wajah malam.
Dia seakan-akan cuba mencari kelapisan maksud yang ditemuinya dari kehadiran dua puluh tujuh ekor gagak putih itu, tapi segalanya masih samar-samar dan saling bersimpang-siur dengan pelbagai jelmaan tafsiran.
Di dada bulan yang murung dia melihat semula gambaran peristiwa yang aneh itu. Bagaimana daun-daun jatuh berguguran di setiap kawasan yang dilintasi kawanan gagak putih itu.
Bunga-bunga lalang merunduk gementar bagaikan dipanah ketajaman mata burung-burung itu. Dan dia sendiri merasa seperti dibawa terbang pergi bersama-sama kawanan unggas-unggas aneh.
"Alangkah.... betapa sulitnya rahsia yang dibawanya kali ini," rungut Rans sendirian.
Bau bunga-bunga kenanga terasa menusuk masuk ke rongga nafasnya; harum dan dingin. Jauh di dalam sukmanya, Rans dapat merasakan akan adanya sejenis rasa keterharuan yang amat memilukan. Dunia terasa beransur menghilang sedetik demi sedetik dari matanya, dari jangkauan langkahnya dan kemudian perlahan-lahan luput dari sentuhan kewujudannya.
Angin yang bertiup bersama gerimis senja kala itu dinikmatinya bagaikan aliran tempiasan salju dari syurga. Dirinya kini bagi melayang-layang melintasi sebuah padang permainan yang subur menghijau, dan di hujung tempat itu dapat dilihatnya sebaris pohon kemboja yang segar menghijau dengan kelebatan bunga-bunganya yang putih mengharum.
Rans tersenyum sendirian dan beberapa detik kemudian di sudut matanya mengalir beberapa titis air. Malam semakin sepi dan kegelapan menghanyutkan segalanya ke lubuk malam yang paling jauh.
Plup...
Bunyi lantunan air yang jatuh dari celahan atap yang bocor bergema lagi. Ruang kamar yang sentiasa dibaluti kesunyian itu kini terjaga dari tidurnya.
"Ah! Terkadang bunyimu bagai bisik malaikat dari syurga," bisik hati kecil Rans lagi.
Epilog III
ARUS sungai mengalir laju. Dalam kelebatan hujan, limpahan air yang keras dan deras itu menghanyutkan tebing sungai, dan lama kelamaan, rahang dan dada sungai semakin luas. Di tengah sungai, aliran airnya yang laju itu memukul-mukul jejeran batu-batu yang bersusun panjang merentasi sungai. Deburnya mengapung tinggi, buih-buih liar yang bagaikan apungan kapas kelihatan menggelepar; lapar dan marah.
Rans masih berdiri kaku di bawah pohon kemboja yang tumbuh subur tak jauh dari tebing sungai. Dalam kelebatan hujan dia memandang kaku pada bedalan air yang mengamuk di tengah sungai. Matanya yang kecil dan bening itu kelihatan kaku dan membeku, seolah-olah sedang menyaksikan sesuatu yang selama ini tak pernah dialaminya. Pemandangan yang ngeri tapi kesannya amat indah sekali.
Tiba-tiba nafasnya tersentak; bibirnya yang sejak tadi kelu dibalut kedinginan hujan kini terkiut-kiut bagaikan sedang membisikkan sesuatu. Di tengah amukan arus sungai, dia terlihat tubuh seorang lelaki yang terkonyong-konyong kelemasan. Nafas tersentap dan dia merasa seperti dia sendiri pula yang sedang hanyut kelemasan.
Rans berlari sepantas mungkin menuju ke tebing sungai, tapi dia terperanjat kerana semakin dihampirinya tebing sungai itu, dirasakannya sungai itu semakin menjauh. Tapi rasa simpati terhadap lelaki yang sedang kelemasan itu membuatkan dia terus mencuba. Lama kelamaan dalam serba tersiksa dia berjaya menghampiri tebing sungai itu lalu dengan payah matanya liar mencari lelaki yang dilihatnya terkapai-kapai tadi.
Setelah berulang-alik beberapa kali di sepanjang tebing sungai itu, akhirnya ditemui lelaki tersebut sedang meronta-ronta di muka air. Segera dia menghulurkan tangannya dan penuh seksa dia cuba menarik pergelangan tangan lelaki tersebut. Setelah hampir kelemasan ditimpa percikan arus akhirnya tangan lelaki itu berjaya disambarnya.
Rans menarik lelaki itu ke atas tebing dan mula menekan-nekan perutnya yang digelembungi air. Ketika lelaki itu tersedar dan membuka kelopak matanya barulah Rans sedar bahawa dia dan lelaki itu mempunyai raut muka yang serupa. Epilog IV "SEPI sedang mengalir di dalam darahmu!" Seru satu suara dari dalam dadanya.
"Ya... sepi sedang membuntingkan dukanya di mana-mana," jawab Rans, hiba.
"Kalau begitu, bawalah sepimu ke syurga," tegas suara itu lagi.
Rans tersenyum, dan tak lama kemudian dia tertidur di atas tanah yang selama ini menjadi lantai pondoknya. Sepanjang malam dia tersedu-sedan di dalam mimpinya. Di sana, dia bertemu lagi dengan kumpulan dua puluh tujuh ekor gagak putih yang berdecit garau itu. Hingga ke pagi dia menangis tanpa henti-henti. Epilog V APABILA dia terjaga dari lena panjangnya, mata hari sudah lama tegak melurus di dada langit. Bahasanya merebak masuk bersama silau cahaya yang berpinar-pinar. Rans bangun lalu berjalan ke tingkap sambil mengibas- ngibas lekatan selut di bahagian punggung seluarnya. Setelah menanggalkan debu-debu tanah yang melekat di rambutnya, Rans mula membacakan sebaris demi sebaris puisi yang diterjemahkannya dari nyanyi burung-burung gagak putih yang ditemui dalam tidurnya:
Katak melompat dari sebuah kolam yang keruh
lalu bersatu dengan keharuman bunga lalang
kepakku adalah genta angin dari padang saujana
suaraku adalah bisik yang meratip demi rindunya
tidurku sebentar lagi akan lena...tidurku....
aaa......aaa....aaahhh!
Plup! titik air jatuh lagi, kali ini dari sudut matanya.
Epilog VI "KETERASINGAN adalah jalan pertama untuk belajar mencari erti rahsia," bisik suara hatinya.
Rans masih berdiri kaku melihat gumpalan mendung hitam yang berarak lelah dari ufuk langit barat. Bulan menghilang entah ke sudut barat mana. Barangkali dilemparkan angin ke hujung kaki langit. Bunyi kiutan ranting- ranting jambu yang tumbuh berhampiran pondoknya kini kedengaran jelas; bagaikan meratibkan sesuatu yang barangkali akan turun bersama deru hujan malam. Dari dalam kegelapan kedengaran suara guruh menderam bagaikan anak singa yang sedang kelaparan.
"Betapa aneh kau wahai sang guruh. Suaramu selalu keras dan angkuh, namun tetap memperdengarkan segala yang bernama kejujuran," detak hatinya lagi.
Rans terus bermenung lesu menatap gambaran langit yang gelap membeku. Dan terkadang tunak matanya kelihatan dalam dan tajam seakan-akan sedang digoda oleh bayangan-bayangan yang aneh.
Jauh di dalam jiwanya terbetik segala macam kerinduan yang selama ini tak pernah dibayangkannya. Dia rindukan sepasang sutera putih dan di sisinya menyala dua puluh tujuh butir lantera purba yang bersinar pudar. Dia merasa seperti akan berangkat pergi ke suatu dunia fatamorgana yang jauh tapi sudah sekian lama akrab di dalam rohnya. Dia mimpikan sebuah rumah kecil yang indah dan tenang. Di sana, diketemuinya makna sunyi yang paling berharga.
Hujan mulai turun berhamburan. Titiknya melebat dan angin menyerapkan wap dinginnya yang menikam kehijauan daun-daun. Petir menyintak di dada langit; merah menyilau menyilang kegelapan malam. Bintang-bintang lenyap tanpa kerdipnya lagi. Segalanya hampir memaknakan sesuatu, dan Rans dapat menanggapi akan semua ini.
"Alangkah... inikah gemamu yang paling abadi?" Tanya Rans antara sedar dan tidak.
Setelah simpang-siur fikirannya melayang jauh dari suatu sudut ke suatu sudut yang bertindih-tindih, Rans merasa lelah sendirian. Kelopak matanya yang tegang dan lelah itu mulai digayuti rasa kantuk yang amat sangat. Setelah beberapa kali menguap, dia pun membaringkan tubuhnya yang kurus melidi itu di atas permukaan tanah yang mulai berair digenangi limpahan hujan. Dalam tidurnya dia tersenyum panjang.
Epilog VII DENGAN sepasang sutera putih dia terbang di langit dengan diiringi sekumpulan dua puluh tujuh ekor gagak putih. Dia sedang menuju ke sebuah negeri jauh yang paling sunyi sekali.

No comments:
Post a Comment