Oleh Azizi Haji Abdullah
KIRA-KIRA 50 tahun lalu, dia menghembus nafasnya yang terakhir. Ketika itu usianya genap 73 tahun, 16 hari, tiga jam, 45 minit dan 20 saat. Ketika dalam keadaan nazak, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah dengan haqqul yaqin. Sempat membenarkan syahadah itu dan kemudiannya terus menjadi jasad.
Lalu rohnya pun melayang. Selepas itu dia hanya mengetahui dalam diam, sedar dalam kelu, mendengar tanpa bertindak. Dia hanya menerima apa yang dibuat. Ketika tubuhnya diletak di atas katil dengan selimut serba putih, dengan asap kemenyan menerawang di sekitar kamar dia hanya mengetahui anak cucunya berdiri di sisi mayatnya menangis tersedu-sedu.
Ketika itu, dia bukan saja meninggal dunia, tapi juga meninggal: Ku Hasiah, isterinya yang berusia 60 tahun. Karim, anak sulung berusia 15 tahun. Kamal, anak kedua berusia 13 tahun. Khatijah, anak ketiga berusia 12 tahun. Zaleha dan Hamid, kembar berusia 10 tahun.
Taha, anak bongsu berusia sembilan tahun. Tujuh belas ekar tanah kampung halaman. Ketika derap kaki anak cucu, sahabat-handai, taulan-rakan melangkah pulang meninggalkan kubur sesudah bertalqin, dia tidak banyak menerima halangan dan kegugupan ketika malaikat bertanya itu dan ini. Dia tergolong dalam kumpulan jannah, golongan beriman dan beramal soleh.
Tapi tiga tahun sesudah dia menjadi mayat, dan daging kulit tubuhnya mulai reput, walaupun tulang belulang masih tahan, rohnya mula gelisah. Terasa kuab dan berhaba. Tanah kuburnya terasa menghimpitnya. Terasa di atas kuburnya, semacam kaki anak-anaknya, memijak dan menginjak-injak.
Waktu dia belajar agama di dunia dulu, menurut kata Tuan Guru, jika anak cucu berebut harta pusaka, roh si mati akan jadi gelisah. Kegelisahannya di alam barzakh selama 50 tahun menjadikan dia terlonjak kembali ke alam dunia. Dia muncul melalui liang kubur yang dikorek 50 tahun lalu. Dia bangun dengan Keakuannya, yang asalnya adalah satu.
Dia bangun dengan rohnya sendiri yang selamanya tidak pernah tertakluk kepada ruang dan waktu. Tapi alangkah hairannya dia: Jalan ke kubur 50 tahun yang lalu tidak ada lagi. Keadaan sekitar semuanya berubah. Maka untuk sampai ke kampung halamannya, tempat anak cucunya bermastautin, dia jadi terpelengong.
Dia seakan-akan percaya bahawa tanah yang dia berdiri kini, adalah tanah pusakanya dulu. `Sesat?' dia ditimpa hairan. Tidak terdengar pun suara bacaan marhaban, bacaan al-Quran. Tidak terdengar pun suara ketawa jiran. Apa yang didengarnya, yang dilihatnya tersangat asing dan tidak pernah terjengkau dalam kotak fikirnya 50 tahun yang lalu.
Dia tidak dapat memilih arah mana dan jalan dilaluinya. Dia makin terpelengong, tidak tahu hendak tuju ke rumah mana. Tidak ada lagi rumah beratap rumbia atau nipah. Tidak ada bangsal buruk atau rumah berdinding papan. Puas dia mencari pokok dudur dan pokok pinang.
Puas dia mencari pokok senduduk dan pokok nibung. `Sesat...?' Aneh ... di sana sini bangunan tinggi mencakar langit, berkotak-kotak macam sarang burung merpati. Tegak kuncup, bercabang sambung. Bunyi bising heruk pekuk, laluan kereta menderu laju dan manusia yang berpusu-pusu ke mana-mana, menjadikan dia yang berdiri, dengan kuasa roh seperti hendak rebah pengsan.
"Assalamu'alaikum!" Jadah apa salamnya tidak dijawab. Manusia yang lalu lalang yang entah anak cucunya, ke sana sini, jantan betina, kecil besar, tak seorang pun mendengar salamnya. Lebih aneh, tak seorangpun dia kenal. Tak seorangpun mengenalinya.
"Assalamu'alaikum!" Dulu, ketika dia di sini bersama jasad, ketika ada rimbunan pokok kelapa, pisang dan pinang, bersama rumah jiran berceratuk, setiap orang yang ditemuinya menjawab salamnya. `Sesat?' fikirnya.
Mustahil dia boleh sesat. Dia cukup pasti yang dia berada di kampung halamannya. Dia masih ingat walaupun lima puluh tahun. Sebelah kanan, tiga ekar untuk Karim. Tiga ekar sebelah kiri untuk Kamal. Dua ekar di hujung sana untuk Khatijah dan Zaleha. Hamid dan Taha di sebelab timur. `Sesatkah aku?' rohnya bertanya sendiri.
Dia merenung bola matahari yang mengambang di atas kepala dan mula hendak gelincir. Dia yakin tidak sesat, malah ketika dia bangkit bersama roh dari alam barzakh semalam, betul-betul bermula dari kuburnya yang nisannya masih tepacak kukuh. Dia yakin di sinilah bumi kampung halamannya dulu. Dan paling celaka, tak seorang pun mengenalinya. Dulu, ketika dia masih hidup, bukan saja orang mengenali, tapi menghormatinya pula. Dialah salah seorang yang terkaya, mempunyai tanah berekar-ekar.
"Assalamu'alaikum!"
Tidak siapa pun yang menjawab. Dia pun melangkah selangkah ke belakang lalu bersandar di tepi tiang bangunan tinggi di seberang jalan. Barangkali tadi orang asing. Dia mendongak sehingga cekang urat leher untuk menyudahkan nampak kecubung menara yang hampir menggaru langit. Kalau tidak silap, di tempat itulah rumah Karim yang beranjung.
Di sebelahnya rumah Kamal yang ada beranda. Kalau tak silap, di sebelah itu rumahnya, kalau tak silap di hujung sana ada madrasah yang diwakafkan. Kalau tak silap di sebelah barat ada masjid, ada gelanggang silat. Tiba-tiba dia mendengar suara azan menandakan waktu zuhur. Dia cuba mencari dari arah mana suara azan itu. Anihnya suara azan itu seperti terselit di celah-celah hutan batu bata dan bercampur dengan hiruk-pikuk kenderaan dan bunyi gemercing tak tentu hala. Suara azan itu benar-benar terpelancut.
"Assalamu'alaikum!"
Jika salamnya dijawab, mau dia bertanya arah mana masjid? Tapi tak seorang pun mejawabnya. Semua yang lalu lalang di depannya tak peduli. Pekak badak semuanya. Dan ketika dia menepuk bahu seorang India Muslim, sungguh dirasanya tangan di letak di atas bahu, tapi jadahnya India Muslim itu seperti tidak merasa sentuhan apa-apa.
"Assalamu'alaikum!" Seorang pengayuh beca yang dia pasti orang Melayu, yang amat daif menunjal kayuhnya, tidak peduli salamnya. "Assalamu'alaikum" Juga salamnya tak dijawab oleh seorang lelaki Melayu yang memakai tali leher bersama begnya menahan teksi dengan kalut.
"Assalamu'alaikum!" Kurang ajar! Sepasang anak muda yang berjalan bercakuk tangan, tak menghirau pun salamnya. Salamnya terpuput dalam deruan kereta. Apakah ini satu dunia lain? Apakah semuanya bukan manusia? Fikirnya. Tapi tak mungkin, bukankah semuanya sepertinya 50 tahun yang lalu.
"Assalamu'alaikum! Assalamu'alaikum! Assalamu'alaikum!" Jadahnya tak seorang pun menjawab.
Nyatalah manusia selepas dia meninggal dunia lima puluh tahun yang lalu tidak lagi mengerti menjawab salam. Sesal rasanya dia berhempas pulas muncul dari kubur dengan roh yang hening bersih, tiba-tiba tak seorang pun mengerti salam. Dan yang paling sedih, tak pula dia tertemu dengan anak-anak dan cucu-cucunya. `Mustahil!' dia menggeleng kepala.
Mustahil dunia yang ditinggalkannya 50 tahun yang lalu, berubah dan terhakis sehingga merobah kampung halamannya. Tapi yang nyata kini, di depannya, di belakangnya semuanya rimba batu-bata, tegak menjulang. Jalan pula berbengkuk mereng bertindih susun bagaikan lunggukan ular dalam bakul. "Pergilah kalau tak percaya!" kata roh Haji Leman, rakan sekubur dengannya lima hari yang lalu, ketika rohnya berehat selepas Asar. Mereka hanya berbicara sesama roh sedangkan tulang belulang dan isi kulit sudah reput.
Lima hari yang lalu, rohnya bertengkar dengan roh Haji Leman tentang khairat dan harta wakaf yang mereka tinggal di dunia dulu. Dia mati-mati berkata, tanah wakaf dan pusaka untuk anak-anaknya masih kekal, termasuk madrasah dan masjid.
"Takkan mereka mengkhianati khairat dan, wakafku!" katanya.
"Aku pasti anak-anakku, cucu-cucuku masih menghargainya!" katanya lagi.
"Keluarlah dari alam barzakh ini sebentar. Tenguk sendiri!" roh Haji Leman menyindir. Dan sesudah dia melihat kini, dia tidak yakin semuanya sudah berubah. Mungkin dia tersesat dalam rimba batu bata. Sungguh, dia benar-benar terpelengung bagaikan pelancong kehilangan peta.
"Kau fikir anak cucu kita masih ingat pada kita sesudah kita meninggal lima puluh tahun lebih?" Roh Haji Leman mengejek lagi.
"Kita yang selesa dalam kubur ni adalah kerana saki baki pahala amal jariah, amal soleh kita. Nak harap doa anak cucu, jangan harap. Mereka sibuk!" tambah roh Haji Leman lagi. Akhirnya dia mengakui benarlah dia sesat dalam perubahan. Barulah dia sedar betapa manusia selepas 50 tahun dulunya, sombong. Bagaimanapun dia tidak mahu berundur. Ini tanah kepunyaannya yang diserah pada anak dan cucunya.
"Ini tanah aku dulu, takkan begini jadinya!" dia bersungut dan bila dia hendak melintas jalan, dia terhenti bila orang ramai dilihat berhenti. Semua tertumpu pada warna merah bulat yang terlekat di sebatang tiang. Dan bila dia mendongak, menara tinggi itu bagaikan hendak rebah. Dia menggeleng kepala. Matanya berbinau. Ahh, dialah yang sebenarnya hendak rebah oleh terik tengah hari.
"Ooooppp!" Laungnya setelah banyak kali salamnya tidak dijawab. Seorang gadis yang memakai skirt merah dengan kemeja `T' tidak dengarpun opppnya.
"Oooppp!" Anak gadis itu melintas jalan. Dan dia pun cepat-cepat mengekori kerana waktu itu semua kereta berhenti. Dia menjadi megah tiba-tiba kerana dia merasa orang menghormatinya sebagai tuan tanah. Mungkin yang memandu kereta menghormatinya lalu memberi hormat. Anak gadis yang diekorinya tiba-tiba hilang dalam pusu-pusu memecut laju.
"Celaka! Tak tengokkah aku belum habis melintas?" tempeknya sambil bercekak pinggang. Tapi jadahnya tak seorang pun peduli tempikannya. Dia tidak tahu tempikannya didengar atau tidak. Dalam berpusu-pusu orang ramai yang turun naik tangga, dia cuba menyenget dan mengelak badannya dari dirempuh atau berlaga. Tapi anihnya tak seorangpun terasa hendak berlaga. Mereka macam tidak apa-apa. Mereka hanya mengelak sesama mereka.
"Subhanallah..." kali ini salam tidak lagi diucapkan. Ada sesuatu, yang dia kagum. Dan ketika teracah-acah tidak tahu hendak ke mana bersama orang ramai berjejal-jejal turun naik, dia ternampak seorang tua, yang sama sebaya dengannya 50 tahun yang lalu. Lelaki tua itu memakai baju kurung, kopiah putih dan kain pelekat lusuh. Lelaki tua itu sendiri di depan satu pintu yang tertutup rapat. Ada bulatan sebesar duit syiling menyala di dinding.
"Assalamu'alaikum!" Lelaki tua itu tidak sepatutnya jahil. Tapi salamnya tidak diendahpun. Pintu terbuka dengan sendiri. Lelaki tua itu masuk dan dia pun mengikut masuk. Tidak ada kerusi. Mereka berdiri saja.
Dalam ruang yang sekangkang itu ada seorang lelaki lagi separuh umur, berpakaian merah tua, seragam, duduk di atas bangku bulat tinggi. "Nak ke tingkat berapa pakcik?" tanya lelaki separuh umur yang kelihatan tidak suka senyum. Sambil membetulkan topinya, dia menekan punat sebesar duit syiling. Punat itu menyala. Pertanyaan itu seperti dia sajalah yang berkuasa di situ.
"Pejabat tanah tingkat berapa?" tanya balik lelaki tua yang sesekali batuk. Lelaki separuh umur yang bermisai garang, menekan butang nombor 22. Punat itu menyala satu demi satu. Aneh... lelaki separuh umur itu tidak nampaknya.
Tidak langsung peduli padanya. Dan dia seberapa daya, mengembangkan perasaan, melembungkan dada, berdehem dan bernafas keras. Tapi nyata dia tidak dipeduli. Dia seperti tidak dinampak oleh lelaki separuh umur atau lelaki tua bersamanya. Apa yang dirasanya, dia terangkat dengan lembut, laju, terlambung dan dilonjak dengan sopan santun. Dia seperti kenal, tapi tak berapa pasti pada lelaki separuh umur yang sedia duduk di kerusi tinggi menekan punat.
Tapi tentu sekali lelaki separuh umur ini orang yang paling berkuasa. Dialah yang nampaknya berhak membenar atau mengeluarkan sesiapa yang tidak disukainya. Bila ada yang masuk, semua berdiri diam. Cakap saja padanya untuk ke mana dan dia sendiri yang menentukan. Tiba-tiba pintu terbuka. Lelaki tua keluar dengan memberi ucapan terima kasih.
Masuk pula seorang perempuan separuh umur. Bilik sekangkang tertutup dan bergerak lembut naik ke atas.
"Boleh tumpang tanya?, katanya cukup perlahan, ketika dirasanya mereka sama-sama terlonjak naik dengan lembut.
"Tingkat 37, pejabat pendaftaran!" kata lelaki separuh umur kepada perempuan yang berdiri di sisinya. Lelaki itu menekan butang angka 37.
"Pakcik seakan-akan kenal anak ni," katanya lagi sambil memandang tepat ke muka lelaki yang berpakaian seragam warna merah tua itu. "Alaaa, nyonya kan selalu ke sini.
Gua kenal sama lu!" kata lelaki itu lagi dengan ketawa. Sungguh dia tidak berdaya hendak mengenal dirinya supaya dikenali oleh lelaki separuh umur atau sesiapa saja. Apa yang disedarinya orang semua tidak nampak, tidak menyentuhnya. Kerana itu, dia terasa amat malu. Beberapa kali dia tersengih, tersenyum tapi lelaki yang hampir dikenalinya buat tidak peduli, macam tak nampak. Sungguh sombong lelaki separuh umur yang berada dalam bilik berpintu satu yang turun naik setiap masa itu. Dan bila pintu terbuka di tingkat bawah sekali, dia cepat-cepat keluar bersama beberapa orang lagi.
Lelaki separuh umur yang berpakaian merah tua, hanya mengurut misainya, tanpa peduli padanya. Yang lain keluar dengan angguk dan berterima kasih.
`Taha... Anak bongsu aku?' bisiknya, tapi tak mungkin Taha sudah jadi orang besar, yang menguasai orang keluar masuk di sebuah bangunan yang begitu tinggi. Setahunya Taha tidak setinggi mana pelajarannya, kalau adapun hanya hafaz sifat 20.
Ahhh, tak guna. Benarlah seperti kata roh Haji Leman bahawa orang di dunia sudah sombong. Benarlah kata roh Haji Leman, hidup jika bersama jasad, hidup yang tidak bersih. Benarlah seperti kata roh Haji Leman, anak cucunya pasti tidak ingat padanya lagi.
Mereka asyik dengan urusan dunia, mabuk harta. Rasanya mahu dia memanggil malaikat supaya kawasan tanah kepunyaannya dijungkirbalikkan saja, biar hutan batu bata, rimba semak bangunan tinggi runtuh punah ranah. Tapi itulah, sebenarnya dia tidak pasti yang mana satu. Kalau tanah peninggalannya tentu ada madrasah atau masjid. Mana tanah Karim yang aku faraidkan? Mana kampung Kamal yang ada pokok kelapa? Mana rumah pusaka Ku Hasiah, isterinya? Mana petak sawah Khatijah? Mana bahagian Hamid dan Zaleha, anaknya yang kembar? Mana tiga ekar lagi kepunyaan Taha, anak bongsu yang disayanginya?
Maka subuh itu, sebelum azan berakhir, diapun mengeluskan rohnya melalui retak-retak tanah-tanih dan meresap perlahan-lahan memasuki lubang kuburnya sendiri. Dia tidak akan kembali lagi ke dunia buat kali kedua. Biarlah dia di alam barzakh menunggu kiamat.
"Dapat lihat tanah-tanah kepunyaan kau dulu?" tanya roh Hj Leman yang seolah-olah menunggu kepulangannya.
"Tak jumpa. Aku sesat agaknya," jawabnya dengan keluhan.
"Anak-anakmu?"
"Aku pasti Taha. Tapi tak mungkin dia jadi orang besar mengawasi semua orang keluar masuk di atas tanah peninggalanku?" Roh Haji Leman ketawa besar? Perdana Menteri? Ketua Menteri?" tanya roh Haji Leman. Kemudiannya dia bertasbih dan bertahmid. "Tidak, anakku Taha jadi pengawas di tanahnya sendiri?" katanya seakan-akan puas.
"Kerjanya?" Aku tidak tahu nama kerjanya. Tapi dialah yang berkuasa membenarkan orang keluar masuk. Dia mempunyai satu kuasa ajaib mengangkat orang dan menurunkan orang. Malangnya, dia tidak kenal aku lagi," lalu dia pun menangis tersedu-sedu. Tiba-tiba sekali lagi roh Haji Leman ketawa terbahak-bahak. Tanah yang mendindingi mereka bagaikan hendak roboh.
"Kenapa kau ketawa?" Roh Hj Leman mendekatinya.
"Aku meninggal dunia lima tahun lewat dari kau. Waktu itu sudah ada teknologi." Dia hanya menjeling dan terasa, malu disindir.
"Anak kau Taha tu, sama juga dengan seorang cucu aku. Dia cuma penjaga lif. Itu saja!" kata Haji Leman dengan saki baki ketawanya. Dia hanya tunduk. Dia tidak tahu apa itu lif. Tapi Taha benar-benar mempunyai kuasa kepada semua orang yang hendak masuk atau keluar, yang hendak ke tingkat mana-mana.
"Aku bangga Leman..." katanya dengan linangan air mata. "Anakku masih dapat pertahan tanah pusaka yang aku tinggal, walaupun yang lain aku tidak bertemu!" dan dengan cepat pula dia mengesat air matanya.
"Engkau yakin anakmu masih berkuasa di atas tanah peninggalanmu?" roh Haji Leman menekan tanya sekali lagi.
"Yaaa!" katanya. Lelehan air mata masuk ke kereput mulut dan terasa masin.
"Jika tidak masakan anakku dapat menguasai dari tingkat bawah hingga tingkat paling atas dan berkuasa pula membenar orang masuk atau keluar!" Roh Haji Leman tidak menjawab lagi.
"Bukankah dia berkuasa atas tanahnya sendiri?" dia seakan-akan hendak menempek supaya roh Haji Leman mengerti. Tapi dengan tiba-tiba pula dia terasa seperti diserang jantung. Mustahil! Hidup di barzakh sudah tidak ada jantung.
Tapi dia benar-benar pedih sehingga air matannya seperti diperah orang, meleleh keluar dengan banyaknya. `Taha....Anakku itu?' dia membisik. Dan bisikan itu tidak didengar oleh roh Haji Leman. Dia yakin, Taha anaknya itu seorang penjaga lif.

No comments:
Post a Comment