Oleh A Kadir Ahmad
KETIKA Izah sampai di kolam renang, sudah ramai orang berada di situ. Ada yang berenang, menyelam, yang baru membuka pakaian biasa dan memakai pakaian renang, yang duduk sambil menjuntaikan kaki ke dalam air dan ada yang terjun di papan anjal, menyelam sebelum timbul dan berenang ke tepi.
Masing-masing dengan ragam dan gaya mereka. Izah terus memerhatikan lagak dan gaya mereka sekiranya. Air kolam yang biasanya jernih kebiru-biruan hingga jelas kelihatan permukaan lantai simen di bawahnya sudah tidak tenang lagi, berkocak.
Dan antara ombak kecil itu dia nampak tulisan Jepun di sudut yang bermaksud tempat orang baru belajar berenang. Dia segera pergi ke situ. Di situ tidak ada sesiapa. Air kolam kecil itu kurang kocaknya. Izah membaca tulisan di tepi tembok kolam, juga dalam bahasa Jepun yang menunjukkan tinggi kolam di situ satu perpuluhan tiga meter.
Memanglah semuanya dalam bahasa Jepun. Mana ada bahasa lain. Dia kini di negara matahari terbit sebagai pelajar di Universiti Hitithubashi. lzah sedar dia harus di pusat pengajian tinggi ita selama empat tahun. Pandangan Izah terus terpaku ke air kolam dan nampak jelas lantainya, Di tepi tembok kolam ada batang besi melekat yang renggang kira-kira 16 milimeter dari tembok. Pada bahagian lain besi itu ada tali.
Barangkali tempat berpaut ketika mula hendak belajar berenang, fikirnya. Dan tali itu, tempat berpegang bergayut ketika belajar supaya tidak mudah terhenyak ke tengah kolam. Dia nampak tangga besi di tepi kolam itu hampir ke penjuru kolam renang.
Tahulah dia, tangga itu untuk naik ke atas selepas penat belajar atau berlatih. Sebenarnya, dari bilik kuliah tadi, hati Izah sudah mula berdebar-debar. Sekejap tenang, sekejap cemas. Petang itu dia mula belajar berenang mengikut program universiti. Masih segar lagi dalam ingatannya: Semua rakyat Jepun tahu berenang, jika tidak, bukan rakyat Jepun, kata pensyarah pendidikan jasmaninya pada satu pagi. Jika pelajar asing menuntut di Jepun mahu tidak mahu dia mesti tahu berenang. Jika tidak tahu, mereka kena belajar. Dan mesti lulus ujian. Ini Izah faham. Faham benar-benar. Jika tidak lulus ujian dia tidak dapat sijil atau ijazah sekalipun pelajaran akademiknya baik. Cemas dia memikirkan kata-kata pensyarahnya itu. Kata-kata itu memang tepat.
Orang Jepun mengamalkan - kata dikota, bukan kata di mulut. Dia tahu budaya bangsa itu sejak lebih dua tahun belajar bahasa dan sejarah mereka. Izah tidak tahu langsung berenang. Betul-betul tidak tahu. Berenang adalah kosong baginya. Bagaimana dia hanya tahu mandi di kolah kecil di bilik air rumahnya. Kemudian kolah itu dipecahkan oleh ayahnya kerana mahu air bertakung. Kata ayah, air begitu boleh membiakkan nyamuk. Jika kolah itu tidak dipecahkan pun, dia tidak dapat belajar di tempat yang kecil dan sempit itu.
Kalau dia dibawa ke pantai, dia dan adik beradiknya hanya main di pantai, tidak belajar berenang. Mandi di kawasan tohor yang air hanya di paras pinggang. Ketika sekolah rendah juga peluang belajar berenang tidak ada. Pada hal kolam renang tidak jauh dari sekolahnya. Ketika di sekolah menengah peluang itu juga tertutup. Tidak ada kolam renang di kolejnya - Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Ketika itu Izah benar-benar berfikir, sepatutnya kolej itu ada kolam renang, biar pelajar yang tidak tahu berenang boleh belajar.
Izah ingat, ayahnya beberapa kali menyebut hendak membawa dia dan adik beradik belajar berenang di kolam renang di maktab ayahnya bertugas. Namun kesempatan itu tidak juga terisi. Masa berganti masa, kata tinggal kata. Barangkali ayah lupa, fikirnya. Izah rasa tenang sedikit bila teringat pensyarahnya memberitahu: Yang tidak pandai langsung tidak apa, akan diajar sampai boleh. Dia duduk di kerusi tepi kolam renang itu. Dia tahu pensyarahnya belum sampai. Baru jam 4.45 petang, kelas renang jam lima. Dia meletakkan begnya lalu mengambil pakaian renang yang dibelinya minggu lalu. Dia ke bilik salin lalu menyalin pakaian renang. Izah ke tepi kolam renang lalu turun melalui tangga di tepi tembok.
Dia mahu siap sedia lebih dulu sebelum pensyarahnya tiba. Jangan nanti dikata, sudahlah tidak tahu, malas dan tak bersemangat pula. Selama lebih dua tahun dia mengikuti kursus di Jepun, dia sudah tahu perangai dan watak orang Jepun. Pada mereka tidak ada yang tidak boleh, atau cuba culas dan malas. lzah berjalan di dalam air menuju ke batang besi di tepi tembok kolam renang itu. Dia memegang batang besi itu dengan kedua tangannya lalu berpaut.
Ketika itu kedua belah kakinya diangkat dari lantai kolam renang. Kini dia terapung-apung pada hampir seluruh badannya, kecuali tangannya yang berpaut. Dia menggerakkan kakinya melawan air sambil melebutkan kakinya. Dia berasa badannya tidak tenggelam. Dia membuatnya begitu berulang kali. Dia berhenti dan berdiri. Air paras dadanya.
Dia tidak tenggelam di situ sekiranya tidak tahu berenang. Dia teringat surat ayahnya yang baru diterimanya minggu lalu. Dia memberitahu ayahnya yang dia kena belajar berenang dan mesti boleh berenang dalam masa lima hari sejauh 50 meter.
Izah juga menyatakan kepada ayahnya rasa takut untuk belajar. Ayahnya menasihatkan dia supaya jangan takut atau cemas. Kata surat ayahnya, bila sudah masuk ke dalam air, lembutkan tangan dan lembutkan kaki sambil digerakkan bagi melawan air. Badan kita, kata ayah lagi, akan bergerak. Dan itulah tandanya kita mulanya berenang. Beberapa kali ayahnya mengingatkan di dalam surat itu supaya melembutkan tangan dan kaki sambil menggerakkan keduanya.
Tadi dia sudah melembut dan mengerakkan kakinya. Dia terasa dia timbul di air dan bergerak. Benar kata-kata ayahnya itu, fikir Izah. Ayahnya pernah bercerita padanya dulu ketika makan di rumah. Kata ayahnya, dia pandai berenang sejak kecil lagi. Di kampung ayahnya banyak saliran air. Ketika air pasang, saliran itu penuh air. Ayah dan kawan-kawannya mandi-manda dalam saliran itu. Masa itulah ayahnya tahu berenang.
Ayahnya pernah mewakili rumah dan kelas dalam pertandingan berenang ketika ayahnya menuntut di maktab perguruan dulu. Sedang Izah berfikir begitu, pensyarah berenangnya sampai dan menyapa dia.
"Awak sudah pandai berenang, Izah?" tanyanya dalam bahasa Jepun bila melihat badan Izah basah. Izah menidakkan lalu menerangkan yang dia cuba mengerakkan kakinya di dalam air. Pensyarahnya itu memuji kerana dia mencuba. Lalu dia menerangkan cara asas belajar berenang.
Lembutkan tangan dan lembutkan kaki serta gerakkan, katanya pada Izah. Eh, benar seperti, kata ayah dalam suratnya, fikir Izah, cara asas adalah sama, fikirnya lagi. Lepas itu penyarahnya menunjukkan cara menggerakkan tangan dan kaki dalam udara. Izah mengikutinya beberapa kali. Dia dinasihatkan kalau rasa penat, cepat-cepat berdiri di atas lantai kolam renang dan rehat. lzah jaga pada hari pertama itu dinasihatkan jangan menyelam dan kepala mesti timbul di atas air.
Elakkan minum air atau menyedut air dengan hidung, demikian ingatan awal yang disampaikan oleh pensyarahnya Izah mahu meminta sesuatu seperti nasihat ayahnya di dalam surat, supaya dia menggunakan life jacket itu.
Dia tahu-tahu. Jika dia mahu menterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, dia bimbang salah terjemahannya dan membawa maksud lain. Izah mendengar pensyarahnya yang siap berbaju mandi itu bertanya, ada apa-apa soalan. Dia seorang saja yang tidak tahu berenang itu bercakap. Katanya, dia tidak tahu langsung berenang.
Dia meminta pensyarahnya membimbing dia dengan baik, terutama peringkat asas. Pensyarahnya ketawa mendengar cakap Izah. Izah bimbang kalau apa-apa yang terjadi, siapa pun tidak tahu. Dia saja pelajar tahun pertama dari Malaysia di universiti itu. Kawan-kawan sentiasa ada lima orang, tapi mereka mungkin sudah balik ke rumah masing-masing. Hanya seorang yang tahu dia hendak belajar berenang tetapi tidak pasti tarikhnya.
Dalam dua minggu itu Izah tidak menemui kawan senior senegaranya. Mereka masing-masing sibuk dengan urusan dan jadual waktu. Tambahan pula di tengah keramaian pelajar di situ memang agak sukar bersua antara satu sama lain.
Izah turun ke air bila Encik Motomura menyuruh dia berbuat demikian. Dia disuruh melakukan dulu apa saja pergerakan dengan memegang batang besi di tepi kolam itu. Izah melakukan...mula-mula dia memegang batang besi itu dengan kedua belah tangannya. Dia menggerakkan kedua kakinya, lalu kaki itu timbul. Dia menggerakkan terus sebelah menyebelah beberapa kali hingga dia penat.
Dia berdiri kadar seminit lalu menyambung pergerakkan tadi. Kali ini dia melepaskan batang besi itu sebelah tangannya dulu. Kaki terus bergerak. Tangan yang bebas itu digerakkan di dalam air. Kemudian dia menukarkan sebelah tangannya lalu menyambung pergerakan itu. Dia berhenti penat dan berdiri di dalam air. Encik Motomura mendekati Izah lalu berkata:
"Awak sudah mencuba dan sudah ada tanda senang dapat." Izah tersenyum sambil mengucapkan arigato gozaimas. Kini Izah meneruskannya. Dari langkah pertama, kedua dan ketiga diulanginya. Langkah keempat, dia melepaskan kedua tangannya serentak dan mengapai-ngapai kaki dan tangannya seperti orang berenang.
Izali rasa dia timbul di permukaan air dan bergerak ke hadapan. Dia mengulang beberapa kali. Dia boleh menggerakkan kedua kaki dan tangannya dengan agak mudah dan badannya bergerak ke hadapan menuju tepi kolam renang. Encik Motomura turun ke air membawa Izah ke tengah kolam. Dia menyuruh Izah menggerakkan badannya seperti tadi dan menuju ke tepi kolam.
"Ingat Izah, kepala awak mesti di atas air," pesan Encik Motomura. Izah mencuba. Dia menggerakkan tangan dan kakinya dengan agak lembut melawan air. Dia sampai ke tepi kolam. Bila dia melihat ke kanan, pensyarah ada di sebelahnya.
Tahulah Izah, yang dia bukanlah dibiarkan sendirian. Izah mencuba beberapa kali selepas itu sambil diawasi oleh Encik Motomura.
"Awak sudah dapat, awak sudah boleh. Esok kita sambung lagi," kata Encik Motomura. Izah amat gembira yang dia sudah tahu sedikit cara berenang. Langkah pertama pada hari pertama sudah boleh. Dia rasa tangan dan kakinya sudah boleh digerakkan di dalam air bagi mengimbangkan tubuhnya tidak tenggelam semasa bergerak.
Izah rapat ke tembok kolam dan kemudian menggerakkan tangan dan kakinya menuju ke tepi kolam yang di hujung. Dia sudah boleh berenang sejauh itu. Bila hampir sampai ke tepi dia agak kaget kerana belum tahu hendak memberhentikan lajak badannya. Dengan pantas dia mengangkat' kedua tanganya di atas permukaan air dan menampan tembok.
Dia terhenti tetapi agak terdesak. Untung kepalanya tidak terhantuk pada tembok itu. Hal ini menjadi pengajaran padanya. Izah naik ke darat lalu masuk ke bilik menukar pakaian. Dia berjalan cepat selepas itu menuju stesyen keretapi untuk pulang ke rumahnya. Pengalaman pertama belajar berenang itu kembali semula dalam igatannya.
Sekali dia tersenyum dan sekali dia agak sedih. Ayahnya berpesan gunakan life jacket atau boya. Tapi, tadi tidak ada apa-apa pun barang itu. Pensyarahnya langsung tidak menyebutnya. Apa yang Izah takutkan ialah jika dia terminum air, atau tenggelam dalam air dan tidak tahu menimbulkan badannya. Inilah yang, membimbangkan dia. Tadi pensyarahnya berkata, esok hari kedua pelajar, dia akan diajarkan cara menahan nafas di dalam air. Menyelam dan menahan nafas. Dia berharap dia dapat membuatnya dengan baik.
Di stesyen lzah menemui Normah, kawan seniornya. Di rumah Normahlah, dia tinggal menumpang dua bulan sebelum dia menyewa rumah sendiri. Dia memberitahu Normah, mulai hari itu selama lima hari dia belajar berenang.
"Kak Nor datanglah ke kolam ... Izah seorang saja, bimbang juga," katanya minta simpati Normah.
"Esok kakak tak dapat, lusa boleh. Jangan risau Izah. Kalau tadi kau sudah ok, yang lain mudah saja. Lembutkan tangan dan kaki masa menggerakkannya," nasihat Normah. "Hari kelima ujian berenang 50 meter," kata Izah memberitahu Normah.
"Hari itu kakak datang lagi beri semangat," balas Normah. Esoknya, hari kedua Izah belajar berenang. Hari itu dia belajar cara menyelam dan menahan nafas di dalam air. Dia membuat beberapa kali dengan panduan Encik Motomura. Pada mulanya dia sekejap benar menyelam sudah menimbulkan dirinya.
Dia rasa seperti tidak berudara di dalam air. Akhirnya dia berjaya menyelam sehingga tiga puluh saat. Satu percubaan dan penahanan yang baik bagi yang baru belajar, kata Encik Motomura. Izah mencuba beberapa kali hingga dia dapat menahan nafas selama 45 saat di dalam air. Selepas itu dia melakukan gerakkan seperti semalam dari bahagian tengah kolam ke tepi. Izah mahu mencuba dari tepi ke tepi yang jaraknya dua puluh empat kaki itu.
Dia mencuba dulu dari jarak 18 kaki. Dia berjaya. Lepas hilang penat Izah menyelam lagi di tepi kolam renang itu. Encik Motomura mengira masa. Izah timbul setelah dapat menahan nafas di dalam air selama 59 saat. Encik Motomura bertepuk tangan bila Izah timbul, "Omedeto qozaimasu," kata Encik Motomura yang bererti tahniah.
"Doomo arigato gozaimasu," balas Izah agak gembira. Dia tahu setiap gerak laku yang dibuatnya semasa belajar itu semuanya diawasi oleh pensyarahnya dan dicatatkan dalam borang yang disediakan. Lepas itu Izah berenang dari tepi tempak yang jarak 24 kaki itu. Sampai di tepi di berhenti sekejap, kemudian dia berenang semula ke tepi yang sebelah sana pula. Bila dia berhenti di tept, dia mendengar lagi suara Encik Motomura, "Omedeto gozaimasu." Izah agak gembira... dia boleh berenang sejauh 8 meter dengan mudah dan sudah boleh balik semula walaupun berhenti rehat sekejap.
Kini Izah mahu mencuba pergi balik sejauh 48 kaki itu tanpa berhenti. Dia berdiri kadar seminit bagi memulihkan tenaga dan pernafasannya. Izah memberitahu Encik Motomura, dia akan berenang pergi balik dari tepi ke tepi kolam. Encik Motomura tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Sebaik saja selesai anggukan kepala pensyarahnya Izah terjun ke kolam lalu berenang menuju ke tepi dan kemudian balik semula ke tepi. Dia berjaya di dalam keadaan tercungap-cungap. "Omedeto gozaimasu, Izah," kata Encik Motomura sambil bertepuk tangan bila Izah sampai ke tepi dan berdiri di dalam air.
"Doomo arigato gozaimasu," jawabnya dalam Mat yang baru hendak lega itu. Encik motomura memberitahu, latihan hari itu sudah cukup. Esok ialah cara terjun dan diikuti dengan berenang. Dia meninggalkan Izah yang masih berdiri di dalam air. Selepas itu Izah berlatih sendiri berenang mengikut lebar kolam renang itu beberapa kali. Hari ketiga Izah belajar terjun dan disambung dengan berenang gaya kuak kupu-kupu.
Encik Motomura menunjukkan sekali gaya terjun itu disambung dengan berenang. Izah memerhatikan dengan cermat. Dia rasa tidak begitu sukar kerana semalam dia terjun dan berenang. Cuma gaya kuak kupu-kupu itu baru kali ini dipelajari dan dicubanya. Dia mencuba beberapa kali terjun dan berenang.
Apa yang dia sedar ialah dia dapat mengimbanakan badannya di dalam air. Dia tidak kekok atau kaku. Gerakan tangan dan kakinya yang agak lembut melawan air itu menjadikan dia sudah tahu mengimbang badan. Kini dia mengambil masa sedikit bagi menggayakan kuak kupu-kupu. Dua hari lalu, dia lebih membuat cara bebas.
Apa yang penting ialah dia boleh bergerak dalam air dengan bebas. Izah berdiri di hujung kolam yang tohor itu lalu menggayakan tangannya membuat gerak kuak kupu-kupu sambil berdiri. Encik Motomura memerhatikan saja. Dia tidak menyuruh atau meminta Izah berbuat demikian. Memang dia begitu. Dia mahu melihat sendiri inisiatif pelajarnya. "Awak sudah boleh buat gaya itu," kata Encik Motomura pada Izah. "Dua hari lagi, awak mesti berenang 50 meter dengan gaya itu," sambung Encik Motomura lagi. Izah menganggukkan kepalanya sambil mengiyakan dalam bahasa Jepun.
"Hait ..." katanya dengan azam. Dia akan berlatih esok sendirian, kerana memang begitulah, hanya tiga kali saja dia dibimbing belajar berenang. Encik Motomura meninggalkan kolam renang selepas mengingatkan Izah supaya berlatih sendiri esok bagi ujian hari lusa. Pada hari keempat, Izah berlatih terjun dan berenang gaya kuak kupu-kupu.
Dia cuba menghabiskan jarak sejauh 50 meter. Tiga percubaan yang pertama dia gagal sampai sejauh itu. Dia agak risau jika esok dia gagal sampai ke hujung. Esok hanya sekali cuba saja, tidak boleh berulang-rulang. Izah tahu hal ini. Dia sudah diterangkan bahawa pada hari ujian, hanya sekali saja dibuat. Jika gagal akan dibuat pada kali yang lain. Setelah hilang penat Izah mencuba sekali lagi. Dia berazam mahu berenang sejauh 50 meter kali ini bagi persesdiaan esok.
Dia terjun dan berenang. Dengan susah payah dan penat akhirnya dia berjaya sampai ke hujung. Sebaik saja sampai ke hujung dia segera berpaut pada tembok kolam kerana keletihan. Izah berharap dan berdoa supaya esok dia berjaya berenang sejauh itu. Dia sedar, petang itu dia agak penat kerana sudah mencuba beberapa kali.
Esok dia tidak mahu mencuba dulu. Dia mahu berenang terus bila sampai masa ujian dijalankan. Hari ujian pun sampai. Izah sudah sampai ke kolam renang pada jam empat setengah petang. Lima belas minit kemudian dia memakai pakaian mandi. Selepas itu dia bersenam ringan bagi memanaskan darahnya. Sedang dia bersenam Encik Motomura pun sampai ke situ.
Dia tersenyum melihat Izah bersenam. Dia gembira kerana sebanyak sedikit kesan budaya Jepun sudah ada pada Izah. Encik Motomura memberitahu Izah sekali saja berenang mesti sampai 50 meter. Jika gagal boleh diulang beberapa kali selepas itu. Jika gagal juga, akan dibuat lain masa. Setelah semuanya siap, Encik Motomura memberi isyarat, akan menyembunyikan wiselnya. Wisel berbunyi dan Izah pun terjun.
Air kolam berkocak. Izah berenang menghala ke hujung kolam. Kira-kira separuh jalan dia rasa penat. Dia fikir mahu berhenti di situ saja. Bila dia sedar bahawa bagi orang Jepun pantang berhenti di separuh jalan. Izah juga ingat peribahasa bangsanya: Alang-alang mandi biar basah, alang-alang mencuba biar berjaya.
Dia meneruskan renangnya dalam keadaan agak letih. Akhirnya dia berjaya sampai sejauh 50 meter itu. Bila dia berdiri di tepi kolam Encik Motomura bertepuk tangan dan berjabat tangan dengan Izah.
"Omedeto Gozaimasu," kata Encik Motomura.
"Arigato gozaimasu," balas Izah gembira.

No comments:
Post a Comment