Oleh M Jusoff Taib
Mek Selamah menonyoh tembakau songel ke gusi. Rasa tembakau yang payau dan pedas itu memberi kepuasan. Sementara telinga terus mendengar alunan bacaan al-Quran surah Yusuf yang merdu. Dia kini menikmati alunan suara Wasitah itu serentak dengan kenikmatan dengan tembakau songel.
Mek Selamah melepaskan keluhan walaupun bibirnya tersenyum sedikit. Ada campuran rasa senang dan rasa resah.
Dan dalam perasaan sebegitu, Mek Selamah berbisik pada hatinya sendiri; Demikian juga aku ketika muda Wasitah.
Dia merenung cerana sireh dari tembaga yang diwarisi turun-temurun dan dipelihara baik dikilat dengan cuka getah. Sireh yang terselit pada cerana itu mengingatkan dia akan sireh pemanis.
Ketika dia mengangkat pandangan matanya menumpu di bilik dimana suara Wasitah mengaji al-Quran, difikir juga olehnya akan ajaran sireh pemanis itu. Sekali lagi dia melepas keluhan sambil meminda pandangannya ke jendela melihat dedaun jambu yang berpucuk dan sudah berputik.
Membaca Surah Yusuf adalah kewajipan bagi Wasitah, seperti dulu dia membaca Surah Yusuf itu setiap pagi dan petang.
Itu adalah amalan yang paling mustajab, fikirnya. Dan kini dia berada dalam fikirannya sendiri. Melayang ingatan kepada ibunya. Dan kedengaran kata-kata arwah ibunya: "Amal Surah Yusuh itu. Insya-Allah, suamimu akan balik."
Dan ketika dulu sebelum suaminya meninggal. Mesti membayangkan diri sebagai Siti Zulaikha yang pada mulanya menggoda Yusuf, tetapi hampa. Namun harus memegang cinta teguh dan cekal.
Dan akhirnya ketika tua dilusuh usia, dia pun diambil oleh Nabi Yusuf menjadi isterinya.
Dan Wasitah sambil membaca Surah Yusuf itu, harus berniat dan berqasad seumpama itu. Supaya memperoleh kemenangan dunia dan akhirat. Didunia dia menang menakluki suaminya. Diakhirat beroleh kemenangan kerana berpahala dalam cekal, sabar dan tawakal sebagai isteri.
Dan setelah menunggu sambil menikmati bacaan menantunya itu, tembakau songel pun terasa hambar. Dan Wasitah pun menamatkan bacaan dengan `shodaqallah al-aziiim', penuh irama beralun khuysuk dan merdu.
Wasita muncul. Melangkah lembut menuju ke arahnya dengan memakai baju kurung sambil menanggalkan kain tudung. Senyum Mek Selamah di balas senyum pudar dari bibir tipis kecil molek Wasita.
"Duduklah Wasitah."
Wasitah pun bersimpuh di hadapan Mek Selamah.
"Marilah balik ke mari petang nanti?"
"Entahlah Wasitah tak pasti."
Itu yang tidak mahu didengar telinga Mek Selamah. Wasitah tak yakin diri. Ragu dengan kekuatannya sendiri. Merasa dikalahkan. Dan kerana memikirkan sikap Wasitah yang dianggap lemah itu, Mek Selamah buat sekian kalinya melepaskan keluhan lagi.
"Kau amal apa-apa pun, tak ada gunanya. Kalau tak yakin diri. Mesti yakin dia balik petang karang."
Wasitah tunduk memandang cerana. Matanya ke sireh pemanis. Dan setiap petang hari gilirannya, Mek Selamah menyuruh menguyah sireh berjampi hikmat. Siap pula pesanan mertuanya itu: "Kuat semangat takluki suami kau tu."
Tapi di malam gilirannya, Wasitah merasakan dirinya terlalu kaku. Dan dia tidak boleh membuatkan dirinya berlainan. Berbeza. Berubah. Memang diriku begini, fikir Wasitah.
Mek Selamah merenung menantunya itu. Bersimpuh di depannya termenung dengan pandangan mata merenung cerana.
"Hati perempuan macam cerana `tu.
Ada bagai rasa. Ada sireh, ada gambir, ada kapur, ada tembakau. Ada serba-serbi rasa. Lelaki memang mahunya serba-serbi rasa. Kalau tidak, Malik takkan bebilang isteri.
Dan kali ini giliran Wasitah melepas keluh.
Malik adalah sebahagian daripada hidupnya. Dia dan Malik membesar sebumbung. Menyatu dalam kasih sayang Mek Selamah. Dia adik yang halal dinikahi Malik. Sedari kecil dia cuma mengenali Mek Selamah sebagai ibunya. Walaupun tidak dirahsiakan oleh Mek Selamah bahawa dirinya dari rahim wanita lain. Seorang yang datang beranak kerumah pusaka yang dihuni oleh Mek Selamah.
Kelahirannya dibidani oleh Mek Selamah dan diri Wasitah sebagai bayi merah yang ditinggal oleh Mek Selamah. Perempuan itu lalu pergi dan tidak lagi menginggati Wasitah. Dan Wasitah membesar lalu menyatu ke dalam hati penyayang Mek Selamah.
Ketika Wasitah kembang remaja, Malik pun berkembang menjadi teruna. Dan Malik dikenali sebagai teruna nakal yang jadi arjuna kampung. Kata perempuan sebaya Mek Selamah, Malik ketulahan perangai arwah suami Mek Selamah."Kerjanya naik tangga turun tangga rumah perempuan berdahi licin. Tak boleh ikut tangga, ikut jendela".
Yang menghairankan Wasitah, gadis-gadis rakan sebayannya dikampung Gading itu tergilakan Malik. Miah berbisik menaruh hati pada Malik. Sakinah tersipu-sipu menceritakan yang Malik berbisik merayu ajak kahwin. Dila yang agak berani menyatakan Malik cuma cintakan dia, bukan Miah bukan Sakinah. Zahara pula berusaha ambil hati Mek Selamah untuk kufu jadi menantu.
Tapi Wasitah jadi gugup, serba-salah dan huru-hara hatinya apabila Mek Selamah berkata: "Malik kena kahwin segera. Kalau tidak susah. Macam kerbau liar sering tercabut penunggul. Menonyoh tanduk kemana-mana. Malik kena kahwin."
Wasitah berdebar-debar ingin tahu siapa yang dipilih Malik? Dan akhirnya Wasitah merasa sedih walau sesiapa pun yang dipilih Malik. Malik sepatutnya tak kahwin. Malik biar terus membujang. Biar Malik jadi abangnya saja. Bila Malik jadi suami gadis lain, Malik macam dirampas dari hatinya.
Dan sejak itu Wasitah merasa terlalu derita.
Dia tidak mahu lagi berdepan dengan Malik.
Dia lebih suka menyelusup ke biliknya, apabila Malik dirumah.
"Sejak kecil kau dibesar bersama dengan Malik, Sitah. Tapi kamu bukan adik-beradik...."
Wasitah terkenang masa itu dia mengagak Mek Selamah ingin berterus-terang tentang bisik desus yang mendebarkan. Dan dia merasakan perasaan yang serba salah.
"Kamu akan dikahwinkan. Aku mahu tak siapa boleh mengasingkan kau dari rumah pusaka ini."
Dan setelah hari itu, dia merasa lebih ganjil lagi. Abangnya dikahwininya. Tapi Wasitah merasa itu lebih baik. Dia tidak mahu kehilangan Malik. Satu-satu abangnya. Bila Malik kahwin dengan orang lain, hubungannya dengan Malik menjadi renggang. Dia tidak satu rahim dengan Malik.
Wasitah tersentak apabila Mek Selamah bersuara: "Segala amalan yang ku suruh kau buat~ `tu tak banyak gunanya kalau dikau tak yakin. Hati kau lemah."
Wasitah melihat riak kesal di wajah tua Mek Selamah.
Mek Selamah mengunyah sireh dengan muka keruh. Kemudian kelihatan ibujari dan jari hantunya mengusap air sireh dihujung bibirnya setelah mulutnya dimuncungkan dan melebar atas dan ke bawah.
"Kau kena buat apa yang aku suruh berulang kali `tu."
Wasitah menunduk menatap tikar.
Wasitah terlalu malu untuk berbuat apa-apa yang diajar oleh Mek Selamah.
Selalunya hatinya tak menjadi untuk mendesak gerak sikapnya. Malam bersama Malik dingin. Hatinya pun kaku dingin. Dia memerlukan kasih Malik. Dan selama ini dia menjadi isteri Malik, dia merasa bahagia. Berpada dengan itu. Dan dia merasa kasih itu tercemar apabila Malik melakukan sesuatu keatasnya. Dia gugup dan kaku. Dia terpaksa.
Dan apabila dia mendengar berita Malik kahwin lagi satu, dia merasa dingin dan tidak tahu samada dia marah, sedih, cemburu, ragu atau apa-apa lagi. Yang penting dia merasa Malik seharusnya mendapat perempuan lain untuk sesuatu. Cuma dia bimbang kalau Malik menceraikannya.
"Ambil Quran. Junjung depan aku. Bersumpah kau tak akan berpisah sampai bila-bila dengan Sitah~!"
Dia mendengar kata-kata keras Mek Selamah itu ketika mana Mek Selamah dapat tahu Malik kahwin lagi.
Walaupun Malik nakal, namun dipatuhi kehendak ibunya itu. Wasitah melihat ganjil Malik junjung Quran bersumpah tidak akan mensesiakan dirinya.
"Susah. Macam mana abang nak penuhi hajat abang kalau tak kahwin lain," Malik merungut ketika bersamanya dalam bilik.
Dan Wasitah tetap membisu. Airmata tumpah. Tapi dia bukan kesal. Dia tahu Malik memerlukan sesuatu dari perempuan. Sesuatu yang berbeza daripada apa yang diberikan.
"Aku nak ke rumah Esah. Dia suruh aku datang jamah perutnya `tu. Jenab maknya `tu takut budak dalam perut `tu letak songsang.'
Mek Selamah bangun setelah menarik tembakan songel dari cepu bekas tembakan di cerana, menggupalnya lalu menyongel gosinya. Dia melangkah mencapai batik lepas, menutup kepalanya, menutup rambut tipis beruban bersanggul sejemput. Lalu melangkah turun rumah.
Bolah jadi Mek Selamah sudah tahu rahsianya bersama Mark. Semalam dia ingat Mek Selamah merungut:"Kau sekarang bukan adiknya Malik. Isteri Kenalah buat macam isteri.'
Wasitah memang menganggap dirinya adik dan isteri Malik. Dia menunaikan tugas itu. Tapi aneh, dia tidak merasa apa-apa kecuali sekadar untuk Malik menikmatinya sebagai isteri. Dan Malik juga tawar hati.
"Jangan jadi macam air batu." Teringat lagi dia sindiran Mek Selamah.
Dia ingin berterus terang kepada Mek Selamah tentang gelombang batinnya yang pernah menenggelamnya ke dalam perasaan marah dan jijik. Marah dan jijik itu dipendamnya menjadi rahasia. Tapi mulutnya terkunci.
Ketika Wasitah boleh berfikir, dia sering dilintasi persoalan: Kenapa dia ditinggalkan oleh perempuan yang melahirkannya? Dan kenapa bondanya itu tidak mengingininya? Dan kenapa dia bayi yang tidak diingini?
Dan apabila Wasitah menyimpulkan siapa hakikat dirinya, dia merasakan hubungan lelaki-wanita itu jijik, cemar dan kotor.
Dia memuja Siti Mariam bonda Nabi Isa yang suci.
Dia lebih senang dan tenang membaca Surah Maryam.
Dia tidak terdaya untuk mengumpul kekuatan menjadi Zulaikha yang menggoda Nabi Yusuf. Kata-kata menggoda Nabi Yusuf. Kata-kata `menggoda' dan `hubungan' apabila difikirkannya; meresapkan kutukan kepada dirinya. Bukankah dirinya hasil `godaan' dan hubungan' itu?
Kejijikan itu menyerangnya bagaikan penyakit ganas apabila dia sedang menjadi teman hidup Malik di kamar pada malam sepi ketika mana penyerahan ditagih. Dia tidak merasai sesuatu pengalaman yang menyenangkan. Dia terpaksa menyerah, kerana dia tahu hakikat dirinya adalah isteri Malik. Bukan adik angkat Malik. Mereka telah berkahwin. Tapi itu tidak bererti apa-apa kecuali sepertimana dia memikirkan kisah seorang wanita mengadakan hubungan sumbang. Benih yang haram tumbuh. Dan benih itu dicampak.
Dan dia mengeluh ketika bergerak bangun.
Dia pergi ke tingkap. Merenung keluar.
Lalu dia ingat Malik akan pulang.
Dia akan menyerah. Menyerah dengan dingin.
Malik adalah abangnya. Bukan lelaki. Kerana lelaki lambang jenis manusia yang tidak mengenalkan diri. Lelaki yang membenihi perempuan yang kemudian melahirkan dia di rumah Mek Selamah Bidan.
Dia merindui Malik.
Dia menyerah perasaan sayangnya pada Malik. Namun dia jejek membayangkan penyerahan perempuan kepada ghairah dan nafsu.
"Apakah kerana itu aku belum memperolehi seorang anak?"
Wasitah mengeluh. Menanti Malik pulang dari rumah isteri keduanya. Sayangnya terhadap Malik bagaikan kolam dalam kejernihan dan kedinginannya.
Wasitah merasa tidak berdaya untuk berubah. Dia menyenangi Siti Maryam, bukan Zulaikh. Jernih suci dalam dingin kasih.

No comments:
Post a Comment