Oleh Lee Cheong Beng
RUANG dewan yang hanya mampu menempatkan 100 buah kerusi itu hampir dipenuhi peserta. Cuma tinggal tujuh buah kerusi lagi yang belum diduduki. Aku segera melabuhkan punggung pada sebuah kerusi yang paling belakang di sebelah kiri. Sememangnya aku senang duduk di sudut begini. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat ke seluruh sudut dewan. Aku dapat melihat setiap gelagat peserta lain. Setelah memerhati ke setiap penjuru ruang dewan, pandangan singgah sebentar ke muka pembentang kertas kerja...."
"....adalah wajar bagi kita menganggap kesusasteraan cara luas sebagai seni yang menggunakan kata-kata, tanpa menghitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis atau sekadar diucapkan..."
Agakku majlis ini telah bermula setengah jam. Sebagaimana yang tercatat dalam aturcara sememang aku cuba datang cepat, tetapi disebabkan kesukaran kenderaan dan jalan raya yang begitu sibuk. Perjalanan bas yang aku tumpangi kerap tergendala. Akhirnya aku terpaksa juga lewat.
Bukan setakat itu sahaja, aku juga terlepas naskhah kertas kerja. Barangkali pihak penganjur membuat tanggapan bahawa majlis seperti ini tidak akan dihadiri ramai. Kerana itu penganjur memilih dewan yang kecil. Sememangnya demikian, setiap kali diadakan majlis pembentangan kertas kerja kesusasteraan seumpama ini tidak ramai yang hadir. Inikan pula majlis khas untuk pelajar menengah. Mereka lagi sukar untuk hadir. Kecuali dipaksa hadir.
Agak bertuah juga daerah aku ini kerana terdapat banyak persatuan penulis. Kerana itu mereka bersaing hebat mempamerkan keaktifan masing-masing. Berfikir sekali imbas ini menguntungkan orang ramai, terutama para belia. Tetapi sekiranya diteliti terbayanglah dalam kepala aku bahawa masyarakat di sini sudah tidak bersatu. Walau mereka memperjuangkan matlamat yang mana tetapi dalam banyak perkara mereka tidak dapat duduk semeja. Ada saja yang tidak kena dan silap orang lain.
Aku cuba meninjau kertas kerja di tangan pelajar di hadapanku. Sambil telingaku berusaha menangkap setiap patah perkataan yang terlontar keluar daripada mulut pembentang kertas kerja itu.
"...Bahasa tidak hanya tertakluk kepada perubahan sejarah tetapi juga tertakluk kepada sifat semula jadinya yang kompleks dan ambiguous dan sering pula mempunyai lebih dari satu makna..."
Tapi agak pelik, majlis hari ini agak ramai di luar jangkaan aku. Bukan itu saja, perjalanan majlis juga aku kira menepati masa. Berjalan mengikut jadual. Tidak seperti biasa, selalu terlewat kadang-kadang sampai lebih setengah jam. Barangkali majlis ini dihadiri oleh ramai pelajar kerana pembentang kertas kerjanya seorang professor. Tidak seperti majlis-majlis yang lain hanya seorang guru atau seorang penulis kecil. Penulis pinggiran. Tentu gelaran yang gah itu sudah cukup menarik pelajar-pelajar untuk menghadiri majlis ini. Tetapi akalku membuat tanggapan bahawa pelajar-pelajar ini diwajibkan hadir oleh pengetua.
Aku juga menyedari bahawa majlis hari ini tidak ada perasmian. Tidak seperti majlis-majlis yang lepas. Dipenuhi dalam ucapan demi ucapan. Malah orang yang tidak perlu berucap pun naik berucap. Selalunya ini ucapan menyimpang jauh daripada matlamat majlis. Membosankan.
Aku kembali menumpukan perhatian kepada pembentang kertas kerja. Aku seronok melihat cermin matanya yang berbentuk empat segi bujur dan semuat dengan biji matanya. Barangkali ini mengikut umpamanya profesor dihadapan itu.
"....Dari segi sejarah konsep seni sebagai peniruan bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi..."
Aku sudah lupa nama profesor yang sedang asyik dengan ilmunya itu. Aku kembali membelek helaian kertas aturcara...." Aku pasti Profesor inilah yang sedang membentang kertas kerja itu.
Kipas angin di atas kepala berputar ligat, barangkali seligat akal pelajar-pelajar sekolah di dalam dewan dan sekarang sedang menghuraikan setiap istilah sastera yang diluahkan oleh profesor itu.
Aku memerhatikan profesor itu. Lama dan tajam. Kepalanya hampir botak di bahagian hadapan dan atas. Tetapi janggut dan misainya yang sudah sedikit putih itu agak lebat. Beginilah barangkali manusia ilmuan. Manusia yang sarat dengan pelbagai pengetahuan, faham pelbagai teori.
"...Dinilai secara kasar, ia menyebut bahawa kesusasteraan meniru atau mencerminkan kehidupan, atau dengan kata lain, isi kesusasteraan itu adalah berbagai rupa pengalaman manusia yang hidup..."
Setelah kedudukan aku agak selesa, maksudnya pandangan aku telah selesa, tiba-tiba perasaan tidak senang hati mula menyerang emosiku. Apa tidaknya dalam majlis yang dihadiri oleh pelajar tingkatan lima dan empat sepatutnya tidak dihidangkan dengan kertas kerja seberat ini. Sebahagian daripada mereka pelajar aliran sains. Pelajar yang masih buta dengan teori kesusasteraan, apatah lagi dengan teori kesusasteraan yang selalu bercanggah dan bersimpang siur dengan karya sastera itu sendiri. Sebahagian lagi, pelajar aliran sastera, adalah teman-teman aku sendiri. Ahli kelab kreatif sekolah yang baru ditubuhkan beberapa bulan lepas.
Kertas kerja yang dibentangkan sekarang layak didengar oleh para mahasiswa di menara gading, fikirku itu pun kalau para mahasiswa itu mengambil jurusan sastera, maksudku menjurus langsung kepada kesusasteraan dan terpaksa mendalami teori kesusasteraan. Aku sendiri pernah menatap nota-nota kuliah abang aku sewaktu dia bercuti. Ceramah ini memang sesuai untuk mahasiswa seperti abang aku itu, bukan pelajar-pelajar menengah yang belum mengenal erti kesusasteraan pun. Lebih-lebih lagi pelajar aliran sains "...untuk mengajar kesusasteraan harus menghibur dan sebaliknya, untuk menghibur ia juga harus mengajar..."
Apakah profesor di depanku ini sedang mengajar. Sebagaimana kata-kata dilontarkannya itu.
Bagaimana harus mengajar kalau tidak faham tahap penerimaan seseorang pelajar. Apakah pelajaran yang disampaikan sekarang menghiburkan? Atau begitu menjemukan?
Apa yang jelas pelajar-pelajar yang menjadi khalayak majlis sastera ini mulai tidak menghiraukan majlis. Mulai bercakap sesama sendiri. Suasana dewan yang tenang tadi mula sudah tidak tenang lagi. Ada semacam rasa panas yang tumbuh di tengah-tengah dewan. Ada semacam rasa kesal yang bangkit dari dalam perut peserta. Tiba-tiba pengerusi majlis mencelah.
"Saya harap pelajar-pelajar dapat bertenang dan mengikuti pembentangan kertas kerja ini dengan baik..."
Perasaan tidak puas hati terus menyerang emosiku. Kesal yang sarat berlegar dalam akalku. Beberapa pertanyaan berputar ligat dalam benakku. Mengapa majlis seumpama ini diajukan kepada pelajar yang sejumlah ramai amat buta tentang bahan yang hendak disampaikan? Maksudku membicarakan soal teori sastera yang kaku dan berbelit-belit. Apakah pihak penganjur memahami situasi ini? Apakah objektif sebenar mereka menganjurkan majlis ini, majlis untuk pelajar.
"...Sebuah karya sastera itu adalah dianggap sebagai struktur. Walaupun idea ini telah dipelbagaikan tafsirkan, pada asasnya bermaksud bahawa sesebuah karya adalah organisasi yang maha rumit dan setiap bahagian atau sudutnya saling berhubungan dengan sedemikian cara serta makna keseluruhannya lebih utama daripada makna bahagian-bahagian lain...
Bagaimana pula dengan professor yang bijak pandai itu? Tidak adakah kertas kerja lain yang lebih mudah. Yang tidak mengharubirukan fikiran pelajar-pelajar di depannya sekarang? Apakah seorang yang bergelar profesor tidak faham dengan jenis khalayak di depannya. Apakah dia hanya mementingkan kertas kerjanya, mementingkan ketinggian keilmuannya, ketinggian bahasanya, tanpa memikirkan jenis khalayak mengikuti dan mencuba-cuba untuk memahami makna dalam setiap kata-katanya.
Dalam saat akalku bersimpang siur dengan pelbagai soalan, hadir dua peserta lain di sebelahku. Mereka berdua duduk. Tanpa menoleh kepada mereka menyambung perbualan yang barangkali dimulakan sejak dari dalam perjalanan lagi. Aku cuba menangkap butir perbualan mereka.
"Berapa kau dapat?"
"Semuanya hampir empat ribu..."
"Sudah bagus!"
"Tengoklah kaki."
"Dapatlah kita melancong lagi...tahun ini kita ke mana?"
"Rancanganku ke Indonesia...Bali."
"Ceramah ni berapa peruntukan kau dapat?"
"Hampir seribu ringgit..."
"Sudah bagus."
"Tahun depan kita anjurkan banyak majlis lagi... tentu kita dapat banyak peruntukan dan dapat melancong lagi."
Pemuda di sebelahku ini ketawa terkekeh-kekeh. Dia menutup mulut mengimbang suara tawanya. Tetapi suaranya masih saja kedengaran jauh. Beberapa orang teman setingkatan denganku menoleh kepada kedua pemuda itu. Kemudian mereka memandang kepadaku. Aku sengaja mengenyitkan mata. Mereka senyum dan kembali menghadap muka ke arah profesor itu.
Kini aku faham mengapa majlis ini dianjurkan. Siapa penganjurnya. Mengapa kerap sangat mereka menganjurkan majlis seumpama ini. Ada udang di sebalik batu. Mereka bukan pencinta sastera. Juga bukan pejuang sastera tanahair. Mereka adalah manusia yang mengambil kesempatan di atas perkembangan sastera negara yang semakin mekar sekarang.
Barangkali atas alasan inilah akalku memberi jawapan mengapa tidak ramai remaja yang berjaya dilahirkan sebagai penulis di daerahku ini. Ceramah, bengkel yang kerap itu tidak menjanjikan pulangan yang sewajarnya. Jauh sekali untuk melahirkan penulis dari kalangan pelajar yang lahir di daerah ini. Majlis seumpama ini tidak memberi pengajaran, juga tidak memberi hiburan kepada mereka. Gerutu hati sendiri.
"Sekarang kita masuk sesi soal jawab. Pelajar boleh bertanya professor kita tentang apa saja masalah sastera. Silakan..." Pengerusi majlis bersuara. Matanya meliar mencari-cari kalau ada pelajar yang angkat tangan. Tetapi setelah beberapa saat berlalu masih tidak ada pelajar yang mengajukan soalan. Awan mendung berarak menyeliputi wajahku sendiri.
Para pelajar tidak perlu segan. Majlis ini diadakan khas buat kamu. Jangan lepaskan peluang: Sila bangun tampilkan soalan. Silakan. Aku terbayangkan pengerusi itu sebagai penjual ubat yang sering bertempik di penjuru perhentian bas di kota daerahku ini.
Harapan yang dinanti-nantikan oleh pengerusi, barangkali juga oleh profesor itu tiba juga. Seorang pelajar perempuan mula berdiri, dan mengajukan soalan, atau pandangan barangkali. "Tuan pengerusi..." Aku, melihat pengerusi majlis itu angguk-angguk keriangan. "Kami bukannya tidak mahu bertanya...tetapi kami tidak tahu apa yang harus kami tanya. Sebenarnya kami langsung tidak faham tentang biji butir yang dibentangkan tadi. Barangkali isinya terlalu tinggi..." Pelajar tadi sebenarnya penolong ketua pengawas di sekolahku.
"Barangkali saudari dari aliran sains? Tentu sukar untuk memahami istilah-istilah yang profesor sebutkan tadi. Bagaimana pula dengan pelajar aliran sastera? Pengerusi itu berusaha lagi mencari soalan dari pelajar yang menjadi khalayaknya sekarang.
Lagi seorang pelajar perempuan berdiri. "Saya dari aliran sastera... tetapi saya juga tidak faham tentang kertas kerja yang disampaikan tadi. Malah, di sekolah, guru tidak pernah mengajar istilah-istilah yang disebutkan oleh profesor tadi. Kami hanya kenal tema, persoalan, gaya bahasa, mesej dan sedikit perkara lain. Itu pun cuma sedikit, rasanya belum mampu menjawab kertas kesusasteraan Melayu SPM lagi."
Sememangnya pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki dalam majlis ini. Malah aku sering dapati bahawa orang perempuan lebih ramai meminati sastera berbanding dengan orang lelaki. Tetapi sayang pernah seorang teman berkata bahawa minat perempuan terhadap sastera hanya "hangat-hangat tahi ayam". Mengingati kata-kata itu aku sering senyum sendirian.
Benarlah tanggapan aku tadi bahawa pelajar yang hadir ini tidak faham tentang pokok persoalan yang dibentangkan, termasuk aku salah seorang daripadanya. Tiba-tiba saja naluriku menyuruhku angkat tangan. Aku mula berdiri. "Pengerusi... professor, saya bukan ingin mengajukan soalan... Saya mohon untuk keluar.! Semua mata memandang tajam ke arahku. Apa aku peduli. Sewaktu aku meninggalkan bangku yang aku duduki itu aku teringat kata seseorang bahawa kadang-kadang harus jadi kurang ajar. Akupun keluar dari perut dewan itu sebagai seorang yang kurang ajar...

No comments:
Post a Comment