Oleh Zaidah Baharuddin
BANGUNAN rendah dua tingkat yang mempunyai kelebaran berincikan ratusan itu kuseluruhi dengan pandangan yang dimercikkan oleh rasa dukacita.
Keperempuananku jika dahulu tegakmu dipasaki dengan tiang yang dipinjam dari semangat Tun Fatimah sudah pasti aku tidak seperti Sita - Dewi Tamil yang kecundang dalam genggaman perkasa Sang Rawana. Di mana pada hakikat sebenar kejantanan Sang Rawana itu tak lebih hanya sehelai daun kering yang lebih enak dipijak-pijak daripada dijamah oleh tangan-tangan halus.
Namun begitu apalah yang hendak dikesalkan lagi, sekalipun lemahku meminjam nama Sita, Laila, Salina, Maria atau sesiapa sahaja, perempuan bernama `kecundang' itu tetap juga seorang perempuan berwajahkan perempuannya atau meminjam kata lembut seorang wanita, meminjam kata hormat seorang ibu atau canggih dari kata seorang dara yang lulus melepasi zaman suntinya.
Begitu pula jika perempuan telah menjadi sebaliknya dari itu semua seperti Indera yang membiarkan dadanya dirakusi peluru gembol oleh kesumat hidup, Mushiko terpenjara oleh perjuangannya yang dikatakan menyalahi undang-undang kerajaannya tetapi tetap menggelarkan dirinya `bunga kebahagiaan' atau Siti Zubaidah yang terkinja-kinja menyamar diri sebagai lelaki demi kekasihnya yang lolos. Pada hakikat dan titik! Perempuan itu masih juga dinamai oleh mata dunia dengan kemampuannya ada di mana-mana - di masjid atau di kolong-kolong terpolongkan oleh maksiat.
Barangkali jika kerobohan Kota Melaka itu berlaku di bangunan dua tingkat ini akulah manusia yang `baharu' hidup bagai bayi yang pandai berkata-kata kemudian meminta dirinya dicoraki dari warna putih sebersih kapas. Tetapi sayang...
"Hei, maafkan aku Tin jika lama kau menunggu.?"
Lamunanku terputus seribu dan pecah berpinak-pinak.
Kehadiran Harjani yang memang dalam pertemuan kami pagi itu sungguh mengejutkan. Entah arah mana yang dipilih datangnya tidak aku sedari menjadi maluku tersimbah ke muka. Sementara soalannya cair tanpa sempat kutelan bagi menemukan jawapan yang seperlu untuknya. Seketika kutatapi wajahnya dan mata kami pun bertaut dalam sepi amat di tengah-tengah kesibukan deruan kereta yang bersimpang siur di sebelah kami.
Sengaja tadi aku lemparkan sesederhana mungkin sebuah senyum ke bibirnya sebagai menitikkan pertanyaan itu. Tetapi Harjani sedikitpun tidak tertawan. Ke mana di bawah karakter senyum itu sebagaimana selalunya?
Kemuramannya amat. Adakah kau tersinggung dengan diamku tadi? Soal resah hatiku.
Harjani mula bergerak ke perkarangan bangunan dua tingkat itu.
Aku mengekorinya dengan mengurangkan selangkah dua untuk mengekalkan supaya aku tetap berada di belakangnya. Di situ tidak ada kata yang terkeluar dari bibir Harjani melainkan dasar nafasnya. Itupun cuma sesekali terdengar. Dan aku terus bersoal dengan keresahan sendiri.
Sesungguhnya dia tidak perlu menunggu dengan bentuk jawapan yang bagaimana harus diterima. Aku seawalnya tadi sudah membubarkannya. Ya, itulah sebaiknya menurut akal fikiranku. Harjani terus mencicirkan langkahnya dengan cepat sekali. Sewaktu melalui sebuah Pondok Jaga yang terletak di sebelah kanan pagar, langkahnya agak tersandung. Dia juga teragak-agak untuk masuk apalagi melihatkan wajah serius Tuan Jaga itu. Mujur aku cepat menolonginya dengan mengangkat tangan kepadanya. Aku turut mengisyarakatkan sebagai tanda kami berdua ingin ke atas. Kini tahulah aku bahawa untuk berlakon itu sebenarnya satu kerja yang bukan sukar sangat. Keselambaanku berinteraksi berjaya meloloskan aku dengan mudah masuk membawa Harjani tanpa memperlihatkan kad pengenalan diri maupun bersoal jawab yang bermakna mengizinkan Jaga tua bergaji kerajaan itu mencuri masaku. Ah, tempiasnya sekali pun tidak kurelakan. Apalah di tempat yang telah kuanggap penuh dengan ketololan para isinya - Bersendiwara dala kesia-siaan.
Hanya demi Harjani, langsung aku menjadi tega menemaninya untuk satu temuduga. Percuma usahaku ini jika tidak kerana keterlanjuranku setahun lepas mempelawainya melamar kerja di sini.
Sebetulnya bukan aku memusuhi kerikil laut yang tertempel atau gerigisnya yang berjaya menindingi para isi di situ. Tidak sesekali mahu menyalahi benda alam yang bersifat lurus itu. Bukan juga kerana megahnya sebuah nama yang terpampang di tubuh bangunan yang seperti itu. Sekuat mana pun emosiku memenangi dirinya. Aku masih dapat mengimbangi hitam putih kehidupan. Dan setiap benda yang kelihatan mati itu hakikatnya lebih hayat dari manusia yang kononnya telah memaknakan erti sebuah nyawa. Sungguh menakjubkan keserakahan yang diperlihatkan. Walaupun telah berkali-kali proses "mati" itu bersatu dalam bayang diri sendiri. Mereka sebenarnya terus lalai dan makin berseronokan. Mereka yang dahulu kutempatkan di sudut hati diam-diam menghancurkan sebuah kepercayaan. Ah, bukan aku sengaja memprojeks! keanehan merah yang merahnya darah. Tetapi....
"Tin, kita telah sampai. Uhhh! tiba-tiba saja aku getar. Dan semudah ia datang kegetaranku ini selalu punah setiap kali mengingatkan kata-katamu setahun yang lepas. Aku yakin dengan bekerja di sini bisa menjanjikan berbagai bentuk kemewahan sekaligus kebahagiaan. Adakah kau mahu menemaniku di luar bilik temuduga?" Srrup! Masuk dua kali aku tergamam. Terasa dadaku sesak seketika. Harjani adalah gadis yang kukenal setahun yang lepas. Ketika itu aku mengikut satu kursus sastera di kampus tempatnya belajar. Seingatku dia terus merapatiku dalam erti ingin berkenalan setelah aku memberitahu nama sebenarku. Begitu pun sampai saat ini aku tidak pasti atas dasar apa dia berminat memanjangkan usia persahabatan. Cuma yang pernah dinyatakan ialah karya -karyaku memberangsangkan semangat dan harapannya. Katanya lagi, akulah yang bertanggungjawab meletakkan dirinya seperti orang lain yang punya cita-cita dan kejayaan. Harjani kau terlalu sukar untuk kufahami.
Sikap dan tanggapanmu selalu mengelirukan; sebentar tadi muram kemudian gentar dan terkini cuba pula berteka teki sama ada mahu atau tidak menemanimu di luar bilik temuduga!?
"Oh! Maafkan aku Tin. Terlupa pula aku yang engkau harus ke Perpustakaan. Aku `nervous'! Dan berharap temuduga ini adalah yang terakhir. Sekali ini tidak ada penambahan angka setelah lima kali kegagalanku meraih pekerjaan yang serupa. Tetapi.. Ahh ... ah"
Aku menjadi lebih terbisu - inderaku terlumpuh. Hanya termampu berbuat sekarang, satu sahaja - terlopong! Harjani terlalu banyak bercakap dan membina tingkah laku yang berubah-ubah sejak tadi. Badi siapakah yang merasuk lalu dia seperti nenek yang kembali kepada zaman anak-anak.' Sebaiknya upacara menduga akal kononnya tentang sikap Harjani. Tetapi...
"Aku tidak jadi ke Pespustakaan Jan. Aku akan menunggu kau sehingga selesai," ujarku perlahan sekaligus membuatnya terkejut.
"Mengapa tiba-tiba berubah?" Harjani mengecilkan separuh matanya tanda hairan dan mencuba berlawak dengan menyiniskan senyumannya. Bagaikan dalam sebuah drama tembak menembak. Berasa terlalu berkali aku saja menerima kejutan daripadanya. Dia bukan terlalu lancang. Begitu pun pada pagi ini dia kuanggap telah mengundangku untuk memeriahkan gelanggang debat. Pertanyaannya itu nyata telah menambah singgung perasaanku.
"Sekali lagi maafkan aku Tin. Aku berceritakan tentang kegetaranku tadi bukan meminta simpati aku. Dan..."
"Dan kalau begitu, kau tak perlu rasa bersalah bilamana aku mahu menghabiskan masa menungguimu." Sengaja aku meninggikan suaraku sedikit dari tadi untuk memperlihatkan perasaan sebenarku ketika itu. Jika Harjani memahami, tidak sepatutnya dia menyalahertikan ketinggian suaraku itu. Dan begitulah yang selalu kuharapkan dari tiap fikiran yang lain. Berfikir tidak yang bukan-bukan, bertindak bukan kepalang buru dan tidak bersikap prajudis.
Tetapi yang nyata, meski pun Harjani bagaikan `kalah' atau akur dengan baris kata-kata dariku itu, apa yang tersembunyi di balik dadaku akhirnya berjaya ditebak dengan berani sekali. Lantaran, apabila dia beria-ia ingin tahu akan perkara sebenar yang merunsingkan. Aku pun bercerita sebalik tutur Sang Penglipurlara.
Oleh kerana masa hanya tinggal satu jam sebelum dia ke bilik temuduga, kuusahakan menyingkat ceritaku itu setengah daripada empat puluh lima minit. Sementara dua puloh dua setengah minit lagi untuknya bertindak balas jika perlu dan lima belas minit bersih - mengembalikan moodnya sebagai seorang `penanti'. Serasi dengan niatku meluahkan apa yang terbuku di hati lalu berceritalah aku tentang kebungkanganku terhadap alam seniku. Seni dari segala seni yang menjadi ikutan dan kegilaan mental remaja zaman ini. Seringkas yang dapat aku memperlihatkan keprihatinanku kerana keghairahan mental remaja atau tersasaunya para penganggur terutama pemegang sijil-sijil kepujian dan pada mereka yang punya kesemulaan bakat sejak lahir telah hidup dalam satu kumpulan yang dipanggil primitiv yang bukan protoplasme - berjaya mengheningkan yang kental atau protoza - kaya dalam kesendiriannya.
Alangkah besarnya kerugian yang telah dan akan mereka alami jika masih meminjam kepak kelkatu untuk meraih sinar. Mereka adalah kunang-kunang yang diperlukan ketika hari kelam seketika. Alangkah merahnya kemarahan mereka setelah mengetahui hakikat seni yang sebenar bukan lembut tetapi `keras' dan bukannya waras tetapi `gila'. Ya, untuk tidak memimpin kesal sepanjang hidup ada baiknya berhati-hati. Itu lebih baik untuk wanita seperti kita Jan! Dengan sengaja aku mengakhiri bukuan hatiku dengan kata-kata yang lebih berupa nasihat.
Aku mengharapkan Harjani mahu menerimanya sebagai satu pandangan yang ikhlas. Kemudian lebih menyiapkan dirinya sekiranya didatangi perkara di luar akal manusia - menyempurnakan tekadnya terlebih dahulu sebelum menerjunkan diri dalam kancah seni yang penuh dengan kesabaran serta kebaikan dan kepuraan serta kelancangan perilaku.
Sepanjang aku bercerita, bercontoh-contohan dan memperjajakan keistimewaan yang tetap adalah dalam seni itu, Harjani bagaimana pun langsung tidak memberi sebarang respon. Agak terkilan dengan riak wajah selambanya. Keseragian yang kuharapkan ternyata hampa!
"Tin, bagiku kau terlalu beremosi. Lelaki yang lebih dahsyat belang di hidungnya di mana-mana saja boleh kita temui."
Ya, aku membenarkan kata-kata Jan itu. Tapi bidang ini bezanya ketara amat berbanding dengan pekerjaan lain. Bidang ini tumbuh dari janin sufi, lahirnya pula penuh dengan runtuhan batin serta konklusinya keluhuran. "Tidakkah mereka terbangun dengan prilaku para teraju bidang ini yang hanya bisa berungkap tetapi tidak untuk melaksanakannya!"
Harjani terlalu hijau untuk menghuraikan dunia yang sedang didepaninya. Dan.... kini Harjani benar-benar sedang ditemuduga. Oh! Mestikah kematangan itu harus didahuli dengan kepahitan? Aku tak fikir falsafah yang sebegitu harus dilanjutkan. Bagaimana pula dengan ~`c~uba dulu baru tahu'? Amat berbahaya bermain dengan seluk bahasa yang sedemikian. Hendaknya Harjani lebih matang daripada aku selepas ini.
Penanti itu penyubur kesabaran. Tetapi kesendirianku menunggu di sini, terasa aneh sekali. Lebih terangsang apabila mengingatkan keceluparan Harjani menyatakan cintanya kepada bidang itu. Inilah pertama kali sepiku tidak memberangsangkan ketenteraman. Siapakah yang sebenarnya provokatif? Perlukah aku bertindak sebagai psikoterapi!
Pertarungan diri hakikatnya lebih hebat dari pertarungan yang pernah kubungakan di gelanggang silat Paklang Udin. Betapa ketika itu teman yang mesti dianggap musuh kutarungi habis-habisan, tiap buah kutangkis dalam kewajaran. Saat itu setitis peluh yang terburai ke tanah gelanggang ibarat sebuah kebahagian yang setahun diimpikan. Alangkah terbelanya alam seni itu jika Harjani maupun mereka dapat memanipulasikannya dengan ketabahan dan bukan kepura-puraan. Mampukah...
"Poom!" Serentak dengan bunyi itu, aku tiba-tiba merasakan tubuhku bergetar dan hampir terjatuh dari kerusi dudukku. Harjani kadang kala sungguh melucukan. Jika aku pun akan bertindak sepertinya tadi; paling suka menyergah orang yang dalam kelekaan atau tidur-tidur ayam. Seketika terlupa aku untuk bertanyakan tentang pengalamannya di bilik temuduga. Cuma yang sempat aku dengar dari mulut Harjani hanyalah sepatah kata - "Bersambung".
Aku kira selepas ini tidak perlu kudera hatiku menjilati apa jua bentuk kamus untuk merasai makna di sebaliknya perkataan Harjani. Sia-sia jika masih degil melakukannya kerana tidak semua kata-kata itu terbangun dalam istilah! Yang tersirat telah pun kuhuraikan sebelum ini.....

No comments:
Post a Comment