Oleh Wan Ahmad Ismail
DATUK Merkahbumi Sehastanah Muhammad Awang Pak Leh mahu mengundur diri. Mahu meletakkan jawatan. Mahu melepas kekuasaan yang disandangnya sejak lima belas tahun yang lalu. Kampung Darat Batasawah menjadi heboh. Menjadi kecoh. Seluruh penduduk yang seramai seribu penghuni mendapat khabar yang muram itu.
"Aku sudah tidak berdaya maju lagi," kata Datuk Merkahbumi Sehastanah Muhammad Awang Pak Leh kepada bininya Datin Tijah Tijin Patatsiput suatu petang sebelum dihebohkan kepada anak-anak buah Kampung Darat Batasawah yang seluas lebih seratus hektar itu.
Lima belas tahun lalu, dia di diangkat menjadi penghulu segala penghulu, ketua segala ketua bagi Kampung Darat Batasawah setelah kematian ayahnya Datuk Sinarbukit Serelongtanah Haji Muhammad Dagang Pak Soh. Sebagai anak sulong dia terpaksa menerima alih tugas itu. Sebagai anak telaki dia wajib memikul tanggungjawab menguasai kampung yang jauh ke pedalaman dan di tepi kaki gunung.
Jawatan ketua kampung terpaksa dilepaskan juga. Yang menjadi heboh siapa pengantinya. Dia tidak mempunyai anak lelaki. Semua tujuh orang anaknya adalah perempuan. Mengikut adat kampung, yang lelaki saja berhak menggantikan tempat ayahnya sekiranya berlaku kematian atau pengunduran.
Muhammad Awang Pak Leh tidak punya anak lelaki. Yang sulong perempuan berumur dua puluh tahun cacat akalnya. Sakit. Demam panas ketika umur dua belas tahun. Sebelum itu, Hassiah adalah seorang gadis yang cantik dan pintar. Sering menjadi gadis rebutan pemuda kampung itu walaupun usianya baru meningkat dua belas tahun.
Hassiah diharap menjadi ketua baru kampung yang indah dan damai itu. Walaupun syaratnya, lelaki mesti menjadi ketua, tetapi Muhammad Awang Pak Leh mahu mengubah sejarah, mahu mencorak tradisi dan mahu meminda adat. Kerana tidak ada anak lelaki dia mahu Hassiah menjadi ketua bagi kampung itu setelah kematiannya. Surat kuasa akan diturunkan. Tetapi semuanya berkecai. Hassiah menjadi cacat kerana demam panas. Walaupun perempuan, yang sulong mesti menjadi ketua. Itulah adat dan tradisi yang tidak akan ditanggalkan oleh Muhammad Awang Pak Leh. Semuanya hancur. Surat turun kuasa terpaksa dikoyakrabakkannya.
Orang kampung tidak mengetahui hasrat dan cita-cita Muhammad Awang itu. Yang tahu hanya isterinya seorang saja. Dia tidak lagi berbincang dengan adik beradiknya yang lain, yang juga punya kuasa sebagai ahli lembaga kampung. Dia mahu isytiharkannya sebelum menjelang kematiannya.
"Aku mengharapkan anak lelaki, tetapi kau tidak dapat memberikannya," Muhammad Awang sering merungut kepada isterinya. Tijah Tijin sering membisu. Itu kuasa Allah. Allah yang maha kaya. Allah yang menentukan segala-galanya. Allah lebih maklum. Muhammad Awang seperti tidak mengetahui kuasa Allah. Muhammad Awang seperti melupai qadak dan qadar. Dia lupa segalanya kerana mahu anak lelaki menganti tempatnya.
"Aku kecewa dan aku terpaksa melepaskan jawatan ini dan aku rela adat dan tradisi ini dipecah. Tidak lagi kuasa dituruntemurunkan. Biar kampung kita bebas. Biar penduduk kampung ini menentukan sendiri ketua mereka," Muhammad Awang mendesah resah selepas sembahyang subuh berjemaah di rumahnya. Semuanya membisu. Tidak mahu membantah cakap Muhammad Awang itu. Tijah Tijin tidak mahu lagi menjadi beban kepada masalah orang kampung. Telah banyak penderitaan yang ditanggungnya.
Tijah Tijin tahu sebagai isteri ketua kampung, dia turut sama menyelesaikan masalah orang kampung baik dari segi pertolongan mahupun harta benda. Tijah Tijin tahu dia bukan dari kalangan orang berada. Yang ada hanya pangkat turun temurun. Ada orang kampung di Darat Batasawah itu lebih tiga empat kali ganda harta mereka daripada yang ada pada Muhammad Awang sekeluarga.
"Baik juga cadangan abang itu, fikiran orang kampung akan lebih terbuka," Tijah Tijin bersuara. Dia memberi sokongan kepada suaminya yang seringkali menadah tangan meminta ampun dan restu Allah, walaupun sesekali dia lupa dan lara di atas kata-kata dan tingkahlakunya.
Berita pengunduran Muhammad Awang itu telah sampai ke telinga Mahmud Nyior Komeng dan Salleh Kenyitmata. Kedua tokoh ini sudah lama berangan untuk menjadi ketua Kampung Darat Batasawah itu. Mereka tahu lambat laung kampung itu akan mempunyai pemimpin baru selepas kematian Muhammad Awang kerana Muhammad Awang tidak ada anak lelaki.
Sejak pengumuman itu, Mahmud Nyior Komeng dan Salleh Kenyitmata sudah berkempen seluruh kampung walaupun pengumuman itu belum lagi disahkan secara termenteri. Muhammad Awang belum lagi mengeluarkan pengisytiharan itu secara surat kepada seluruh kampung. Dia hanya menyatakan perkara itu selepas sembahyang Jumaat kepada jemaah dan makmum yang hadzir di masjid utama Kampung Darat Batasawah itu.
"Saya mahu berehat dan membuat amal ibadat secara menyeluruh terhadap Allah. Saya sudah tidak terdaya lagi untuk memimpin tuan-tuan seluruh penghuni kampung ini. Berilah kesempatan saya mendekati Allah," cebisan kata-kata Muhammad Awang kepada ahli Jumaat. Seribu persoalan timbul di kepala hadzirin. Resah, keluh, terpaku, membisu dan gembira terbayang di wajah seluruh jemaah.
"Kita sepatutnya akur dengan kehendak Datuk Merkahbumi Sehastanah itu," Mahmud Nyior Komeng bangun memberi kata sambutan.
"Ucapan dan saranan Datuk Merkahbumi Sehastanah cukup penting. Kita orang-orang muda patut berbangga mempunyai seorang ketua seperti Datuk," Salleh Kenyitmata pula bangun dan menyokong. Suasana menjadi riuh seketika.
Mahmud Nyior Komeng dan Salleh Kenyitmata sudah mula memacing undi.
"Kita tidak setuju Datuk letak jawatan. Datuk patut terus memegang jawatan ketua. Datuk teruslah mendekati Allah. Tidak ada garis pemisah di antara kerja dan amal ibadat," Pak Wan Ismail Loyar bangun membantah. Keadaan menjadi lagi riuh. Masjid utama Darat Batasawah menjadi tempat perbahasan petang itu. Tidak seorang jemaah pun pulang selepas Jumaat. Semua menunggu sehingga Datuk Merkahbumi Sehastanah pulang dan berundur. Mereka mahu mendengar kata putus daripada Muhammad Awang itu. Mereka semua sayang dan cintakan Muhammad Awang yang telah mentadbir kampung itu dengan baik dan aman.
Kempen sudah lama bermula. Mahmud Nyior Komeng dan Salleh Kenyitmata sudah menjelajah seluruh kampung dan hampir ke setiap rumah yang ada dalam kampung yang tenteram itu. Masing-masing memakai pekerja yang diupah dan digaji.
Sejak kempen dilakukan beberapa kejadian yang ditakuti berlaku. Beberapa pergaduhan telah terjadi di antara puak Salleh Kunyitmata dengan Mahmud Nyior Komeng. Terjadi kejadian buruk yang menimpa. Orang luar sudah mulai masuk ke kampung yang begitu aman selama ini.
Mahmud dan Salleh telah menerima bantuan luar dengan wang ringgit semata-mata untuk memancing undi supaya rakyat Kampung Darat Batasawah yang kaya dengan hasil tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang menjadi itu. Kampung Darat Batasawah menjadikan setiap orang bandar untuk datang melabur di situ.
"Kalau kau perlu wang beritahu saja padaku," kata Taukay Kaw Fatt kepada Mahmud Nyior Komeng sebelum pengumunan dibuat oleh Muhmud Nyior Komeng lagi.
Sewaktu bertemu, berjumpa dan berbual dengan Mutusamy Koyakuty di sebuah restoran ternama di bandar. Salleh Kenytimata juga ditawar bantuan dan pertolongan oleh taukay besi buruk itu.
"Kalau kau perlu wang atau apa saja, beritahu aku," Mutusamy Koyakuty memberi jaminan kepada Salleh Kenyitmata. Salleh Kenyitmata segera menerima sambutan Mutusamy itu setelah peluang sedia terbuka untuk merebut jawatan ketua Kampung Darat Batasawah itu.
Yang penting bagi Taukay Kaw Fatt dan Mutusamy Koyakuty, mereka dapat memasuki kepentingan mereka ke Kampung Darat Batasawah. Mereka mahu mendirikan kedai runcit. Belum ada kedai runcit bangsa asing di situ, kecuali kedai runcit kepunyaan penduduk di situ, terutama kedai runcit milik Pak Wan Ismail Loyar yang agak besar seperti mini market.
Taukay Kaw Fatt dan Mutusamy Koyakuty sudah lama membuat perkiraan. Mereka mahu bertapak di kampung yang sudah mulai tidak tenteram itu dengan kempen-kempen yang memburukkan pribadi dan telah menanam musuh di antara satu sama lain. Semua ini berpunca daripada pengumuman Muhammad Awang. Berpunca daripada Muhammad Awang tidak mepunyai anak lelaki.
"Jika tertunai, kau boleh ambil barang-barang percuma dari kedai aku, aku bantu kau asalkan kau bantu aku," kata Taukay Kaw Fatt kepada Mahmud Nyior Komeng.
"Asalkan taukay bantu saya dulu untuk mendapatkan jawatan ketua kampung ini," kata Mahmud pula. Mereka berdua ketawa hingga berderai air mata. Mahmud Nyior Komeng sudah terlupa.
Dia sudah langgar perjanjian dengan penduduk kampung untuk tidak membawa masuk bangsa lain bertapak di Kampung Darat Batasawah itu. Ikrar yang telah diturunkan turun temurun. Sejak Datuk nenek moyang mereka lagi. Mereka mahu jadi kampung tradisi yang penuh dengan kemelayuan dan adat santun asal usul istiadatnya.
Salleh Kenyitmata juga lupa kerana rebutan kuasa, kerana kekuasaan pangkat.
"Aku mungkin batal untuk bersara awal daripada menjadi ketua," Muhammad Awang beritahu Tijah Tijin.
"Kenapa pula?"
"Kampung kita menjadi huru hara, pergaduhan di mana-mana, ada yang sudah tidak bertegur sapa. Aku risau," Muhammad Awang mengadap kitab Allah. Sudah satu surah dibacanya. Hassiah yang terencat akal memerhatikan saja perbualan ibu dan ayahnya.
"Kita tidak ada anak lelaki, kalau abang mati, siapa pengantinya?" Tijah Tijin juga serba salah. Dia tidak ada kuasa lagi untuk menghadapi peristiwa yang sedang melanda kampungnya yang sudah tidak aman lagi. Dia risau kerana kempen Mahmud dan Salleh menjadi-jadi, walaupun orang kampung tidak terlalu gairah untuk meminta Muhammad Awang mengundurkan diri. Mereka mahu Datuk Merkahbumi itu terus menjadi ketua. Mereka tidak suka kepada Mahmud dan Salleh. Pengacau kampung.
"Abang tahu."
"Tapi kalau keadaan ini berterusan kampung kita akan hancur. Orang tidak lagi menghormati kita, bang. Kita akan hanyut di kampung sendiri," Tijah Tijin rajin bercakap.
"Fikiran abang sudah buntu."
"Bagaimana kalau kita serahkan tugas abang ini kepada suami Gayah, menantu kita tu," Tijah Tijin memberi cadangan baru.
"Bagus juga cadangan awak tu, tapi Bidin tu lemah, lembik, bodoh sikit," Muhammad Awang gembira dengan cadangan isterinya, tetapi masih ragu dan was-was kerana baginya Bidin tidak pandai bergaul, bermesyuarat dan tidak mengerti erti menjadi seorang ketua. Bidin hanya tahu bersawah, berkebun dan membuat amalan kepada Allah saja.
"Tapi anak kita Gayah cerdik, Gayah boleh bantu dari bekalang, Bidin akan jadi kepalanya saja. Itu lambang!" Tijah Tijin yang cerdik itu menghuraikan pendapatnya.
Muhammad Awang seperti bersetuju. Dia mula mendapat akal baru. Dia mahu memberhentikan pertikaian yang sedang melanda kampungnya. Dia tidak mahu berlaku pertumpahan darah berlaku kerana jawatan, kerana semata-mata mahu rebut menjadi ketua.
"Kita panggil Gayah, kita panggil Bidin, kita bincangkan bersama," Muhammad Awang meminta Tijah Tijin melaksanakannya. Hassiah senyum dari jauh walaupun dia tidak mengerti apa-apa. Dia gembira apabila melihat kedua-dua ibu bapanya gembira. Dia akan sedih apabila orang tuanya sedih. Hassiah mengangkat tangan seperti berdoa.
"Untuk sementara waktu ini, aku akan teruskan tugasku, aku tidak akan keluarkan surat untuk berhenti," Muhammad Awang menutup kitab dan menciumnya.
Mahmud dan Salleh terus-terusan berkempen.
Taukay Kaw Fatt dan Mutusamy Koyakuty terus-terusan membantu mereka dengan mencurahkan wang ringgit. Dan terus-terusan itu juga orang kampung mendapat wang pemberian Mahmud dan Salleh tanpa diminta. Rezki orang kampung bertambah tanpa penat lelah berkerja.
Kaw Fatt dan Mutusamy mahu penduduk Kampung Darat Batasawah menyokong mereka. Undi kampung itu lebih penting. Mereka berdua pernah bertanding atas tiket parti bebas, tetapi kalah. Penduduk kampung itu tidak pernah memberi undi kepada mereka atau kepada calon pembangkang lain.
Datuk Merkahbumi Sehastanah Muhammad Awang Pak Leh tidak akan menyerahkan tugasnya untuk pilihan orang kampung. Dia sudah ada pilihan lain, kedudukannya masih kuat. Keturunannya masih berakar umbi.
Bidin yang bodoh itu pasti menerima. Dia menantu Muhammad Awang. Dia suami Gayah. Di belakang Bidin ada Gayah dan ada Muhammad Awang.
"Bidin menolaknya, ayah" beritahu Gayah. Gayah gelisah. Muhammad Awang resah dan Tijah Tijin gundah.

No comments:
Post a Comment