Oleh Amin Minhad
(Cerpen ini memenangi hadiah ketiga peraduan cerpen anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YTL dengan kerjasama Berita Harian 1996)
KECUR juga air liur Hassan apabila teringat semula cerita Ah Mong. Sambil memeriksa anak-anak sukun di tapak semaiannya, Hassan terkenang lagi.
"Hujung bulan ni, ada Pesta Durian Pulau Pinang, tahu San. Kalau Hassan nak ikut, bolehlah. Kita pergi sama-sama."

"Tapi, aku sibuk sikitlah Ah Mong. Kau pun tahu, kan? Kau tengoklah buah-buah sukun ni. Banyak yang tua. Sudah ada bekas getah putih meleleh ni. Ertinya, aku kena petik semua sukun ini dalam tempoh seminggu lagi."
Ah Mong tidak segera menjawab. Beberapa jenak kemudian dia tersengih senang."Hahhh, itu sudah baik San!"
"Apa pulak yang baik tu? Kau tak percaya aku memang sibuk?" Ah Mong angguk-angguk.
"Aku cakap baik sebab aku ada peluang dapat duit lebih. Nanti aku boleh tolong kau petik buah sukun tu. Ehemm, ehemm ... upahnya, bolehlah tambah duit belanja aku. Kalau kau ikut ke Pulau Pinang, kita boleh makan durian banyak-banyaaaakk! Kau jangan takut. Aku boleh belanja, San! Ha! Ha! Ha! Kau belum rasa durian Penang 132 tu. Lemak manis satu macam rasanya, kau tahu! Isinya kuning. Ira isinya halus. Sedap!"
"Kau ni, Ah Mong. Kalau fasal durian, berhantu! Sanggup pergi sampai ke Pulau Pinang. Dulu kau kata klon Udang Merah atau yang terkenal dengan nama Ang Hae tu, cukup sedap. Isinya kuning, tebal, lembik dan rasanya lemak manis juga. Lepas tu, kau kata klon Isi Merah yang dipanggil Ang Bak tu, lagi sedap. Ulasnya tak tebal sangat dan isinya halus berwarna oren. Rasanya lemak manis satu macam.
"Hah, aku masih ingat lagi. Tahun 1988 dulu, kau kata klon Labu yang berasal dari Balik Pulau tu cukup istimewa. Bukan saja rasanya yang lemak manis kau puji-puji, tetapi semua aspek kau kata, Labu memang istimewa.
"Pertama, namanya diperoleh berdasarkan rupa buahnya seakan-akan labu air. Kemudian, beratnya antara 1 hingga 1.5 kilogram, memang sesuai dipasarkan. Ketiga, isinya yang sederhana tebal, agak pejal, kuning dan setiap pangsa mengandungi satu atau dua ulas, memang cukup bermutu. Dan akhirnya, harganya yang mencapai RM18 hingga RM22 sekilogram, mengikut musim dan tempat, itulah yang kau anggap istimewa.
"Emm, sekarang, kau kata klon Penang 132 pulak yang sedap. Bagi aku, sama sajalah Ah Mong. Lidah aku ni tak pandai sangat nak membezakan. Klon apa-apa pun tetap durian juga namanya kan?"
"Itu memang betullah, San. Tapi, kata orang, tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Lagi pun, kalau boleh, aku nak rasa semua jenis durian yang dapat nombor satu dalam pertandingan durian di pesta tu.
"Alahai San. Aku tahu, kau tu bukannya tak teringin nak ikut aku. Kau dah serba salah sebab dah tak boleh makan durian banyak-banyak lagi, kan? Panas badan, tak lena tidur. Mengaku sajalah. Ha! Ha! Ha!" usik Ah Mong dengan ketawa membuatkan kedua-dua belah matanya bertambah sepet.
"Tapi kalau kau ikut aku kali ini, aku beri petua terbaru macam mana nak elak badan panas selepas makan banyak durian ..."
"Kalau kau pergi nanti, habis kebun sayur kau tu, siapa pulak yang nak kerjakan?" Hassan sengaja mengubah pokok persoalan. Ah Mong tergamam seketika. Pancingannya terasa tidak mengena.
"Fasal itu, Ganesan dan kawan-kawannya kan ada? Kalau kau takut sangat tak cukup tangan, aku boleh suruh Ganesan dan kawan-kawannya tolong petik buah-buah sukun kau ni. Aku pun boleh tolong. Balik dari Pulau Pinang nanti, kau pulak tolong aku petik sayur. Boleh?"
"Boleh. Tapi bukan tolong petik sayur ..."
"Dah tu, boleh apa?"
"Setakat tolong tengok, jadi mandur, boleh. Satu lagi, aku boleh hantar anak buah aku si Asri tu sebagai wakil."
"Emmhh ... tak adillah macam tu. Dulu, semua perkara kita tetap sama- sama. Ibarat kata, ke gunung sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Sekarang, sedikit pun kau tak rela peluh kau menitik untuk bantu aku? Tak patut, tak patut!"
"Hah, dah mulalah nak merajuk tu. Janganlah sentimental sangat, kawan. Aku cuma bergurau saja."
"Mahu tidak aku merajuk?" balas Ah Mong berkerut dahi. "Dulu, sewaktu susah, kita sama-sama. Sekarang ni, kau dah mula senang, kau mula lupakan aku. Dulu kita sama-sama berniaga mangga putih. Sama-sama kait buah mangga dari rumah ke rumah para pesawah yang menanam pokok mangga keliling rumah atau di batas. Macam-macam kerja kita buat."
Tergayut juga gumpalan rasa sayu pada sudut hati Hassan mengenangkan cakap Ah Mong itu. Biarlah kali ini dia betul-betul mengalah. Sejak dua tahun kebelakangan, agak lama mereka tidak bersama seperti dulu. Kalau ada pun, atas urusan membeli baja, mengangkut sayur atau mengangkut buah sukun daripada pokok yang baru belajar berbuah.
Apalah salahnya mengorbankan sedikit masa, demi menjaga hati seorang sahabat lama yang mengenalkannya kepada celik niaga?
Hassan masih ingat. Ah Mong yang tinggal di hujung kampung itulah yang mengajaknya berkebun sayur kacang panjang. Tanah pusaka peninggalan arwah orang tuanya yang terbiar di hujung kampung diusahakan bersama Ah Mong. Lelaki itu banyak menumpukan kerja pembersihan tanah belukar itu. Dialah yang banyak menebang, memerun, membakar seterusnya membajak.
"Nanti, kita kiralah berapa upahnya," suara Hassan kepada Ah Mong. "Aku boleh tolong juga kalau tak turun ke laut."
"Itu Hassan jangan susah. Apa kira sangat pasal upah. Lagi pun, selama ini, sejak mendiang ayah aku hidup, sejak aku masih budak lagi, sampai sekarang, kau tak pernah pun minta duit sewa tanah tempat tinggal aku anak beranak tu?"
Hassan tersengih. Dia berasa terperangkap dengan persoalan yang mahu diajukan. Bukan apa. Dia kasihan melihat Ah Mong bekerja keras sedangkan dirinya sempat juga turun ke laut atau mengambil upah mengait kelapa. Kalau boleh, dia tetap mahu memberi upah atas kerja dan susah payah Ah Mong.
"Kau ni Ah Mong, ke situ pula perginya. Aku tak mahu kauungkit soal tanah tapak rumah kau tu. Tanggungjawab aku, selagi aku hidup, aku pastikan kau tetap akan tinggal di situ!"
Lamunan Hassan tercantas sebaik mendengar kersikan bunyi daun sukun kering dipijak orang. Ah Mong segera memasukkan beberapa biji sukun ke dalam bakul rotan di belakang motosikalnya. Buah sukun itu akan dijual kepada peniaga pasar malam di Sekinchan.
"Assalamualaikum ayah," ucap Izat lalu menyalami tangan ayahnya penuh sopan.
"Hah, Izat. Panjang umur kau. Kami baru sebut-sebut fasal kau sebentar tadi. Err, bila kau balik?" sapa Ah Mong dengan keramahan seperti selalu.
Aneh. Keanehan menyelubungi jiwa Hassan sebaik melihat perlakuan Izat yang menunjukkan perubahan mendadak.
Angin manakah yang sudah meracun hatinya? Budaya mana pula yang sudah menakluki segenap ceruk pemikiran yang berasaskan budaya timur selama ini?
Mendadak terasa keaiban menerpa muka Hassan. Apakah super yang dicakapkan sebentar tadi bermaksud anaknya sudah menjadi super kurang ajar? Ah, malang apakah ya Tuhan? Malang apakah ini?
"Zat," panggil Hassan dengan menyinggung lengan kanan anaknya. "Salam uncle Ah Mong tu. Tanya apa khabar," suruh Hassan dalam kemelut serba salah.
Agak lama baru Izat menurut suruhan. Tetapi nampak dalam keadaan terpaksa. Mengapa? Apakah bentuk pelajaran yang diperolehi di universiti sehingga dia berkelakuan kurang sopan seperti itu? Fahaman manakah yang meresap ke dalam jiwanya? Ajaran sesat? Komunis? Ah, ajaran sesat sudah dibanteras. Parti Komunis pun sudah terkubur. Habis kalau bukan semua itu, mengapa Izat jadi begitu?
Petang itu, Hassan terus membebel sendiri semasa duduk di pangkin. Isterinya cuba memujuk tetapi Hassan terus meluahkan rasa tidak puas hatinya. Izat yang baru pulang kerana cuti semester baru bermula, sudah lama sapu punggung entah ke mana. Panas telinga, adunya kepada ibunya.
"Awak membebel empat lima jam pun, ayahnya, si Izat tu tak ada, tak dengar sama, tak ada faedahnya. Lebih baik awak tunggu dia balik. Hah, lepas tu, bolehlah awak membebel sampai ke pagi," isterinya cuba mencari jalan menghentikan rungutan berjela-jela si suami.
Termakan juga cadangan itu dalam diri Hassan. Dia mahu menunggu Izat pulang. Tetapi dia kecewa. Sehingga dia masuk tidur, Izat masih belum pulang.
Keesokan paginya, Izat menunjukkan sikap yang sama seperti zaman kanak- kanaknya - sopan, lemah-lembut apabila bertutur dan mesra. Cair ketulan kemarahan yang mendongkol dalam lubuk jiwa Hassan melihat hal begitu. Dia pun melayan Izat seperti dulu-dulu - berbual, bertanya hal pelajaran di universiti dan akhirnya rancangan anaknya ketika cuti.
"Saya nak pergi KL sajalah, ayah," suara Izat tanpa teragak-agak. Sambil itu dia terus meneguk teh susu yang mula sejuk.
Hassan berkerut kening mendengar jawapan di luar dugaannya. Inikah super yang aku katakan kepada Ah Mong? Super malas? Asyik suka berjalan saja mencari hiburan di kota yang tidak tahu tidur itu? Ah, dahsyatnya!
"Jadi .... Izat tak tolong ayah ke kebunlah cuti kali ini? Emm, kalau tak keberatan, boleh ayah tahu apa sebab Izat dan ke KL tu? Nak tinggal di mana dan sampai bila?"
"Ayah ni, banyak betul soalan," Izat bersuara mengada-ngada.
"Ayah kamu tu bertanya maknanya dia sayangkan kamu, Zat," tukas ibunya yang turut menggabungkan diri bersimpuh di sebelah suaminya yang duduk bersila kejap kaki.
"Kalau orang tua dah tak ambil tahu hal anak-anaknya, tak bertanggungjawablah namanya tu. Lepas tangan! Nanti di akhirat, kami kena soal. Apa nak jawab?"
"Alahai mak ni. Pagi-pagi dah buka siaran ceramah agama pulak. Izat pergi KL tu bukannya nak suka-suka. Tapi, nak belajar juga. Nak cari duit lebih."
"Kau nak berniaga, Zat? Niaga apa?" sela ibunya serius. Ketika menatap tunak wajah anaknya, si anak sengaja melarikan matanya ke dalam cawan teh susu. Teh susu tinggal seteguk saja lagi. Bermakna, Izat pergi segera berterus-terang.
"Begini ayah, mak. Izat nak ke KL sebab nak main saham?" Dia terus menyandarkan badannya ke tiang tengah rumah limas pusaka itu, kerana berasa agak lega. Terasa dia sudah membayar hutang sekian ratus daripada sekian ribu ringgit sebaik kata-kata main saham itu diluahkan.
Bukan dia takut untuk menerangkan apa maksud saham, jikalau ayah atau ibunya bertanya. Tetapi itulah jalan permulaan untuk dia meluahkan ungkapan seterusnya. Terasa seolah-olah hutangnya yang sekian ribu dan ratus masih belum jelas sebelum ungkapan dan permintaan berikutnya diajukan. Dapatkah ayahnya bekerjasama?
"Ayah bukan tak suka kamu ke Kuala Lumpur, Zat. Ayah tahu, kamu dah besar panjang. Dah tahu jaga diri. Dah jadi mahasiswa tahun dua jurusan Pengurusan Perniagaan lagi. Ayah nak tanya satu soalan. Sudah lama kamu berjinak-jinak main saham ni? Ayah tengok macam dah yakin sangat, nak terus ke KL. Tentu dah banyak ilmu tentang saham yang Izat pelajari"
"Ayah ni, nak sindir-sindir Izat pulak. Tapi tak apa. Izat anggap itu sebagai cabaran. Err, untuk pengetahuan ayah, mak, dah lama juga Izat main saham ni. Dah banyak kali juga Izat untung,"" Izat berbohong.
"Kalau dah untung, tak payahlah ke KL lagi, Zat. Duduk di rumah ni, bukannya tak ada kerja. Tolong ayah kamu di kebun sukun tu, bukannya tak dapat duit. Kiralah gaji hari," bebel ibunya berasaskan apa yang pernah anaknya lakukan sebelum itu.
"Lecehlah mak ni suruh Izat kerja kebun. Ayah kan ada pekerja upahan. Biarlah mereka yang kerjakan. Nanti kalau Izat berjaya dan dapat banyak duit, mak nak gelang sebesar ibu jari pun Izat belikan."
"Tapi, Izat tahu bukan, main saham ni risikonya tinggi? Satu hal lagi, dah berapa ribu duit yang Izat simpan untuk dibawa ke KL tu?" pintas Hassan sengaja mencabar anaknya.
"Adalah sikit ayah. Err, inilah yang Izat nak cakap. Kawan Izat di KL tu seorang remisier yang bekerja di firma broker saham, menjadi ahli Bursa Saham Kuala Lumpur. Remisier ni orang perantaraan antara syarikat broker saham dan pelabur yang dilantik oleh firma broker saham untuk berurusan dengan pelanggan. Saya ni, pelangganlah.
"Baru-baru ni, dia kata ada tips baru. News. SCK nak ambil alih Perwaja. RM2.80 satu lot. Kalau nak untung besar, kena ambil 10 lot, ayah. Bermakna RM28 000.00 Tapi, Izat tak cukup duitlah ayah."
"Ayah mana ada duit sebanyak itu, Zat," luah Hassan bersahaja.
"Kalau mak ada pun, Zat, tak beranilah nak main-main saham ni. Kalau saham jatuh, bungkus!" tingkah ibunya yang menunjukkan kefahaman tentang dunia saham.
"Inilah yang mak tak faham," suara Izat tidak puas hati.
"Tapi, main saham ni ibarat menanam padi. Bukan sepanjang tahun kita dapat padi. Pulangannya bermusim berdasarkan pasaran juga."
"Hahh, betul kata ayah tu, mak," pintas Izat semakin bersemangat mahu terus bercerita. "Kawan saya tu dah kaji. Tahun 1993, pasaran bagus. Tahun 1994 dan 1995, tak begitu baik. Tahun ini, pasaran baik semula. Jadi, money makes money, ayah, mak. Inilah peluang keemasan yang Izat tunggu- tunggu. Tapi, Izat perlukan bantuan ayah. Boleh kan, yah?"
Serba salah juga Hassan mendengar permintaan anaknya. Mahu ditunaikan, modal pusingannya berkurangan. Apatah lagi dia bersetuju memberikan lorinya kepada Ah Mong. Dia akan beli yang lain. Ah Mong yang kekurangan wang bolehlah membayar secara ansuran mengikut pendapatan sayurnya.
"Kalau ada lori sendiri, urusan memasarkan sayur ke Pasar Borong Selayang tidak jadi masalah. Lagi pun, pendapatan lebih terjamin kerana harga pasaran yang berubah sepanjang masa dapat diketahui. Tidaklah lagi aku jadi mainan orang tengah. Kerja teruk, untung tak seberapa, kan San?"
Betul cakap Ah Mong. Banyak rahsia perniagaan Hassan pelajari daripadanya. Apa salahnya berkorban sedikit untuk membantu sahabat yang lebih memerlukan?
"Begini sajalah, Zat. Ayah bukannya tak nak beri sampai puluhan ribu macam tu. Setakat lima ribu, bolehlah. Tambah dengan duit simpanan Izat tu, bolehlah beli dua atau tiga lot. Cukuplah ya?"
Izat tak segera menjawab. Terbuku hatinya mendengar jawapan yang negatif disertainya. Tetapi, dia masih belum berputus asa. Dia tahu ayahnya memang ada simpanan tetapi mengapa tiba-tiba saja menjadi tangkai jering?
"Izat tahu, ayah bukannya tak ada duit. Tapi, ayah lebih pentingkan Uncle Ah Mong daripada anak sendiri. Betul tak, mak?" tebak Izat melepaskan dugaan sesuka hatinya. "Entah-entah ayah nak belikan dia lori, tak?"
"Zat!" sergah ibunya membeliakkan mata. "Jaga mulut Izat tu, sikit. Yang Izat nak marah-marah, fasal apa? Itu duit hasil usaha ayah. Titik peluh ayah. Ayah tahu nak membelanjakannya."
"Tapi, mak .... ayah tu suka sangat biarkan keluarga uncle Ah Mong turun-temurun menetap di situ. Ada dia bayar sewa satu sen pun? Bukankah baik kalau tanah tapak rumah uncle yang mencecah setengah hektar itu ayah jualkan? Tak adalah masalah duit lagi. Projek pelabuhan baru pun dah mula? Harga tanah sedang melambung. Mak tahu berapa pak cik Mujri dapat untuk tanah seluas itu? Seratus ribu ringgit, mak. Hahh, kalaulah Izat dapat, money makes money."
"Dah tu, kau nak suruh uncle Ah Mong sekeluarga tinggal di mana?" ibunya mengetap bibir.
"Orang nak hidup, pandai-pandailah. Dulu, ayahnya yang datang dari China, boleh pulak cari makan dan berkeluarga? Boleh buka kedai runcit di Pekan Pasir Panjang. Hah, bolehlah teruskan usaha macam tu. Bukannya hidup menumpang di tanah orang."
"Izaaaat! Lancang betul mulut kau pagi ni? Kenapa sejak kelmarin, lain macam saja apabila tengok uncle Ah Mong tu? Kau dah nak balik macam musim 13 Mei? Kita sesama rakyat Malaysia bertelagah? Bermusuhan? Bunuh membunuh?
"Kau suka macam tu? Inikah agaknya pendidikan yang kau dapat di menara gading tu? Ataupun kursus yang kau ambil menjadikan kau mencintai kebendaan, tamak dan haloba? Kau suka nak merobek bendera Malaysia yang sudah elok berkibar megah? Kalau macam ni, satu sen pun aku tak nak tolong kau! Pergilah main saham dengan duit biasiswa kau tu, Zat. Ayah doakan kau berjaya!"
Dengan hati berbuku, Izat tetap meneruskan niatnya. Dia tidak mahu terlepas peluang. Dia mahu cuti panjangnya bermakna. Cakap-cakap kawannya sudah menjadi igauan dan impian sepanjang masa - main saham boleh cepat kaya!
Berbekalkan wang RM5,000, Izat menerjah kabus desa dengan teksi menuju ke Kuala Lumpur. Di sana, dia dikenalkan kawan sekampungnya dengan seorang remieser (sebenarnya kawannya yang menjadi remisier tidak wujud dan rekaan Izat semata-mata).
Minggu pertama Izat bergembira, kerana untung berlipat ganda. Minggu kedua, dia rugi sedikit. Minggu ketiga, Izat tersenyum semula kerana untung lagi.
"Heh, kawan! Aku ada tips baru. Kau belilah saham-saham yang murah ni. Besok lusa kalau naik, pasti meletup!"
"Berapa satu lot?" Izat mulai tergoda.
"Apa kira sangat kalau RM1.80 atau RM1.90. Beli sajalah banyak-banyak. Kalau naik sampai RM5.00 nanti, kaya raya kau, Zat!"
Pun begitu, kata-kata yang muluk itu tidak menjadi kenyataan. Disebabkan tamak dan tidak beringat, Izat rugi besar apabila barisan angka di skrin hampir kesemuanya merah.
Izat yang sudah mempercayai teman remisiernya, menyerahkan bulat-bulat segala urusan kepadanya. Dan apabila berlaku kekecohan begitu, Izat tiba- tiba hilang sabar. Apatah lagi apabila dia tidak dapat menghubungi Ahmad Sale, teman remisiernya sehingga lewat malam.
Keesokannya dia bergegas ke Public Galerry Seteguh Berlian Securities Sdn. Bhd. Malangnya orang yang bernama Ahmad Sale tidak wujud. Dia berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Kepalanya serasa dihempap beratus biji sukun dari kebun ayahnya. Dalam pada itu dia nampak ayahnya tercegat bercekak pinggang. Di sebelahnya uncle Ah Mong memaut pinggang ayahnya sambil tangan yang sebelah menjinjit buah durian. Mereka sama-sama tersenyum memandangnya.
Hati: Berhentilah berdebar. Berhentilah. Mengapa perlu gementar menentang wajah mereka?
Izat bergegas mahu pulang ke rumah. Menunggu pintu lif menganga terasa amat menyeksakan. Dia berlari-lari anak menuruni anak tangga. Di foyer bangunan, dia terlanggar seorang gadis Tionghua. Habis fail yang dibimbitnya bertaburan. Namun begitu, kedua-duanya saling berbalas renungan.
"Err, maafkan saya. Boleh saya tahu, betulkah nama saudara Izat? Izat bin Hassan?" sapa gadis manis bertahi lalat di sudut bibir kiri yang hampir sebaya Izat.
Berderau darah Izat disoal begitu. Dia bertambah terkejut apabila ternampak sekeping gambarnya tidak jauh dari kaki kirinya. Insiden itu membuatkan Izat disuntik dengan sekian banyak vaksin keinsafan.
Dia juga tahu bahawa gadis yang bernama Ai Chin itu adalah adik kepada uncle Ah Mong. Ayahnyalah yang memberikan gambar itu. Dia mahu Ai Chin mengesan dan mengikuti perkembangan Izat (kalau terjumpa).
Melalui Ai Chin juga, Izat dapat tahu mengapa keluarga uncle Ah Mong terus tinggal di tanah pusaka datuknya.
"Arwah datuk Izat yang wasiat. Tanah itu untuk datuk kami kerana hendak membalas budi. Selepas datuk tidak ada, abang Ah Mong diminta tinggal di situ, sampailah sekarang. Err, dulu, datuk saya putus tangan kerana menahan pedang Jepun yang hendak mencantas kepala datuk Izat."
"Jadi?"
Hari yang malang itu menjadi hari yang cukup menghibakan hati Izat. Izat menangis menyesali keserakahan jiwa remajanya. Selanjutnya, dia berasa benar-benar merobekkan bendera sebagaimana pernah ayahnya katakan dulu.
"Ayah Izat juga berpesan, supaya saya bertanya khabar kalau terjumpa Izat di sini. Surat pertama Izat sampai, tapi mereka tak dapat balas sebab Izat tak kirim alamat. Lagi satu, dia minta saya lembutkan hati Izat. Katanya, Izat memang keras hati dan kuat kemahuan sehingga boleh menurut perasaan. Dia pun tak mahu Izat tertipu."
"Tapi, malang sekali sebab segala-galanya terlewat, Ai Chin," balas Izat sugul dan lemah. "Saya rugi RM10,000 hari ini."
"Rugi main saham? Atau ada orang tipu? Siapa yang tipu?"
"Kawan..."
"Kalau kawan yang tipu kawan, itu bukan kawan sejati namanya. Kalau rugi main saham, itu perkara biasa. Tapi, biarlah jelas butiran untung atau ruginya."
"Err, Ai Chin perli saya sebab saya tak teliti?"
"Eh, tidak. Tidaklah. Cuma saya nak beri tawaran. Kalau sudi, jadilah pelanggan saya pula."
"Ai Chin pun seorang remisier?" terloncat soalan itu dengan suara penuh semangat. Tetapi kegirangan Izat terbantut sebaik teringat akan ayah dan ibu yang dibohongi, serta Ah Mong yang dimusuhi tanpa sebab.
Ayahnya yang menjangkau usia 50 itu masih gigih berkebun sukun. Ibunya pula sebagai pembakar semangat waja. Dan dia sepatutnya menjadi pembantu setia.
Dalam diam dia sedar Ah Mong tidak bersalah. Malah tidak tahu apa-apa. Semuanya berlaku atas janji setia yang cukup lama termeteri. Alangkah rakus dirinya mahu mencantas keeratan itu?
"Macam mana tawaran saya, ni? Setuju?" tanya Ai Chin apabila mendapati Izat terus membisu.
Izat terus merenung ke dalam diri. Dia mahu pulang untuk memohon maaf. Dia mahu membetulkan segala yang bengkok, busuk dan entah apa-apa lagi dalam jiwanya.
"Izat, minuman dah sampai. Kenapa dia saja ni? Sila minum," jemput Ai Chin sopan. Izat masih membisu.
Dalam pandangannya, dia ternampak bendera negara yang dirobeknya. Dia mahu segera menjahit bendera itu supaya kibarannya elok melambai, dan meliuk-liuk dipuput angin zaman. Itulah azamnya. Itulah tekadnya. Dan esok dia mesti pulang!