Oleh Nik Azman NM
SENJA berlabuh di ufuk Barat. Mentari sudah hilang dari ikatan siang. Hari sudah hampir malam. Aku terpaksa singgah di sini dulu. Di satu perkampungan yang aku belum pasti. Perjalananku akan ditangguhkan untuk sementara waktu sehingga fajar menyinsing.
Kawasan ini asing bagiku. Keadaannya sunyi sepi bagaikan tiada penghuni. Aku rasakan, kawasan ini tidak ubahnya sebuah perkampungan lama. Yang sudah lama didiami.
Aku singgah di masjid yang sederhana besarnya dalam kampung itu. Reka bentuk bangunannya model lama. Masjid ini mungkin dibina lebih daripada satu abad. Kawasan sekitarnya bersih dan sempurna.
Eloklah aku bermalam di masjid ini sementara menunggu hari esok. Masjid adalah rumah Allah. Siapa saja berhak untuk bermalam dalam keadaan terdesak seperti aku ini. Tidak ada siapa yang berhak menghalangnya.
Aku menjenguk mencari penjaganya masjid. Tetapi tidak ada siapa. Pintu depan ditutup rapat. Mungkin penjaganya ada di dalam. Aku cuba membuka pintu depan yang aku agak tidak dikunci itu. Aku menjenguk ke dalam untuk mempastikan ada tidaknya penjaga di dalam. Aku perhatikan di setiap penjuru. Tetapi tidak ada manusia!
Keadaan dalam masjid itu kemas dan teratur. Carpet dan sejadah teratur rapi. Dingin aku rasakan udara di dalamnya. Siapakah orangnya yang mengemas sebegitu rapi? Aku perhatikan pula di sekitar masjid itu, kalau- kalau ada sesiapa di situ. Tetapi aku tidak temui sesiapa.
Hati kecilku dilanda rasa aneh. Di kawasan perkampungan manakah aku berada sekarang? Lain sekali aku rasakan suasana di sini. Seolah-olah bukan perkampungan biasa keadaannya.
Aku mendekati kolah yang penuh airnya terletak di hadapan masjid. Airnya jernih jelas menampakkan dasarnya. Wajahku jelas kelihatan di dasarnya seperti di dalam cermin. Hatiku tidak sabar melihat kejernihan air dalam kolah itu. Lalu kuraut airnya dan aku sapukan ke seluruh mukaku.
Ohhh sungguh dingin airnya, tidak ubah seperti air batu. Sungguh menyegarkan. Terasa segar pandangan mataku saat itu. Kemudian aku sapukan ke seluruh kepala dan leherku. Sehingga terasa segar seluruh tubuhku. Aku duduk di tangga masjid menunggu orang datang untuk solat Maghrib. Tubuhku masih terasa letih kerana berjalan jauh selama tiga hari. Kalau dikira entah berapa ratus kilometer aku melangkah.
Jarum jam sudah hampir menunjukkan waktu Maghrib. Senja sudah menutup pandangan. Malam pula mulai membuka tirainya. Sekejap lagi datanglah orang ramai untuk berjemaah solat Maghrib. Aku menyandarkan ke dinding. Lega sikit. Kedinginan simen dinding masjid terasa meresap ke kulit belakangku. Segar aku rasakan. Aku memejam mata sambil memeluk tubuh. Udara sekitarnya tidak hangat seperti di luar tadi. Aneh juga aku rasakan!
"Assalamualaikum!!!" Beri salam satu suara.
Aku tersentak dalam lamunan. Aku membuka mata mencari arah suara itu datang. Siapakah yang memberi salam padaku itu? Seorang lelaki tua berjubah putih, berserban dan berjanggut panjang, sudah beruban, sedang mendekati ku.
"Walaikumussalam...." jawabku membalas salamnya.
"Apa khabar nak?" Tanya orang tua itu sambil tersenyum padaku. Dia menghulur tangan dan berjabat salam denganku.
"Baik..." jawabku sambil membalas senyumannya.
Dia duduk di sampingku. Bibirnya masih tersenyum. Jelas kelihatan susunan giginya yang rapi. Giginya masih baik walaupun sudah lanjut usia. Sungguh aneh aku rasakan dengan keadaan orang tua itu. Wajahnya kelihatan tenang dan jernih. Terasa lapang dadaku sesudah didatanginya.
"Anak ni datang dari mana?" Tanya orang tua itu selepas diam sebentar.
"Saya datang dari jauh lagi pak, sudah tiga hari saya sesat dalam hutan, sehinggalah saya sampai ke sini..." jelasku minta simpatinya.
"Oooo begitu...kesian," dia menggelengkan kepala tanda simpati.
Dia merenung wajahku dalam-dalam. Sinar matanya tepat terpancar ke wajahku. Renungan yang memberi seribu makna. Renungan yang mempunyai maksud yang dalam. Sukar untuk aku faham.
"Tinggal ya, bapa mau pergi azan..." mohonnya lalu bangun masuk ke dalam.
Sewaktu orang tua itu mengalunkan azan, orang ramai berduyun datang. Semunya lelaki berpakaian serba putih dan berjanggut panjang. Hati kecilku didatangi perasaan aneh. Kenapa jemaahnya semua lelaki? Tidak ada orang wanitakah di sini? Dan kenapa pula semuanya berjubah putih? Apakah itu kebetulan? Aneh sekali aku rasakan.
Mereka semua memberi salam padaku. Terasa berat pula aku hendak menjawab setiap salam mereka itu. Tetapi sebagai saudara seagama aku wajib menjawab salam mereka itu. Salam itu tidak ubahnya doa, permohonan untuk kesejahteraan diri sesama Muslim.
Orang tua itulah yang mengimani sembahyang Maghrib. Sungguh merdu bacaannya. Belum pernah aku dengar orang membaca ayat suci al-Quran semerdu suaranya. Mendengar bacaannya tidak terduga dengan usianya yang sudah lanjut itu.
Antara sembahyang Maghrib ke Isyak tidak ada waktu untuk berbicara. Waktu itu mereka isi dengan berwirid dan beristighfar. Selepas sembahyang Isyak mereka berehat untuk makan sekejap. Tiga orang ditugaskan menghidang makanan untuk semua jemaah. Aku turut dijemput untuk makan.
Sebelum menjamah makanan mereka berdoa. Aku dapati sungguh tertib cara mereka makan. Tidak gopoh dan gelojoh. Selesai makan mereka berdoa pula, untuk mengucap syukur pada Allah swt yang telah mengkurniakan rezeki untuk mereka. Aku ikut saja apa yang mereka lakukan.
Sungguh lazat masakan mereka. Anehnya, dari mana makanan itu mereka bawa. Kerana tiba-tiba saja dibawa dan dihidangkan untuk semua jemaah.
Selepas itu mereka mengadakan perbincangan yang juga diistilahkan oleh mereka sebagai usrah selama satu jam. Aku ikut sama mendengar perbincangan itu. Tetapi aku tidak bercakap sepatah pun hanya sekadar mendengar mereka berbincang. Dalam perbincangan itu, beberapa persoalan yang melanda ummah pada hari ini turut dibentang dan diperbincangkan.
Antara persoalan itu ialah wabak kejahilan yang melanda ummah pada hari ini, hukum agama tidak lagi menjadi pegangan dan pedoman mereka, hubungan silaturahim seagama semakin renggang, manusia lebih banyak membuang masa dengan mengerjakan urusan dunia daripada urusan akhirat, kecintaan mereka kepada dunia lebih daripada akhirat, dan beberapa persoalan lain yang membimbangkan mereka semua.
Selepas mengadakan perbincangan mereka sembahyang lagi, berwirid dan beristighfar. Salah seorang daripada jemaah itu datang padaku, katanya, kalau aku tidak larat untuk ikut beribadat bersama mereka, aku bolehlah berehat atau tidur saja. Disebabkan aku begitu keletihan, aku telah mengambil keputusan untuk tidur saja.
Aku tidak pasti, bilakah aku terlena. Pagi itu aku dikejutkan oleh seorang jemaah supaya bangun sembahyang Subuh. Apa yang aku ingat, sewaktu aku sedang terbaring, mereka semua masih bersembahyang. Aku rasa sekejap saja aku tidur. Ahhh itu hanya perasaan aku saja!
Selepas sembahyang Subuh, mereka berwirid dan beristighfar panjang. Mereka bertahlil dan berdoa. Dan sebelum fajar menyinsing, jemaah itu dihidangkan sarapan pagi. Aku masih merasa aneh, dari mana makanan dan minuman itu mereka dapati? Siapakah yang menyediakan makanan selazat ini di pedalaman begini?
Rasa ingin tahu di sebalik ke anehan itu semua muncul dalam fikiranku. Ingin aku tanya mereka. Tetapi segera dilarang oleh hati kecilku. Tidak sampai hati pula rasanya aku hendak bertanya. Nanti aku dianggap lain pula. Mereka adalah orang yang kuat beribadat. Tentunya pada diri mereka ada kelebihan tertentu yang tidak aku ketahui.
Selesai makan, aku pergi mandi. Aku perlu bertolak awal kerana perjalananku masih jauh. Aku akan cuba dapatkan bantuan daripada mereka sebelum memulakan perjalanan pada pagi itu. Semoga mereka sedia membantu aku menunjukkan arah jalan ke pengkalan yang aku tinggalkan tiga hari lepas.
Sewaktu aku sedang mengemaskan pakaian ke dalam beg, orang tua itu selaku imam jemaah, datang mendekatiku. Dia duduk di sampingku sambil tersenyum.
"Anak mau pergi sekarang?" Tanya imam itu selepas merenungku sekejap.
"Iya pak, saya akan pergi sekarang memulakan perjalanan saya semula," jelasku mesra.
Imam itu tersenyum mendengar penjelasanku. Sinar matanya terpancar lembut ke wajahku. Dari sinar matanya, aku dapat rasakan seperti ada perkara yang ingin dikatakannya.
"Saya asing di daerah ini pak, saya amat memerlukan bantuan bapak untuk keluar dari daerah ini," mohonku cuba mendapat simpati darinya.
Dia tersenyum lebar mendengar permohonanku itu. Matanya bercahaya memandangku. Wajahnya tenang dan jernih di balik kedutan kulit mukanya. Aku semakin yakin dengan senyumannya yang penuh bermakna itu.
"Kalau anak mau keluar dari daerah ini, kami akan membantu anak menunjukkan jalan. Tentang itu janganlah anak bimbang, bapak harap anak akan mendapat kebahagiaan," akuinya padaku dengan sinaran mata penuh keyakinan.
Hati kecilku terlonjak gembira mendengar pengakuan dari imam itu yang sedia membantu aku menunjukkan jalan keluar dari daerah ini. Tidak dapatlah aku hendak katakan betapa gembiranya hatiku saat itu. Hanya syukur pada Allah swt yang telah memperkenankan doaku sebelum ini.
Kemudian imam itu mendapatkan seorang jemaah untuk membantu aku menunjukkan jalan keluar dari daerah itu. Selepas bersalaman dengan imam dan semua jemaah, aku dibawa oleh jemaah itu mengikuti salah satu jalan keluar dari kawasan itu. Dalam perjalanan dia tidak banyak bercakap, mulutnya kumang-kumit membaca sesuatu. Agaknya dia sedang beristighfar.
Sampai di satu simpang, jemaah itu menyuruh aku mengikuti satu jalan kecil yang menurutnya untuk ke pangkalan yang aku maksudkan sudah tidak jauh. Selepas berjabat tangan dan memberi salam padaku, dia pun berlalu pergi dengan memohon kesejahteraan untukku.
Beberapa langkah saja aku melangkah, sampailah aku ke pangkalan yang dimaksudkan itu. Ohh syukurlah, perahuku masih ada, dan berkeadaan baik. Aku termenung sekejap di pengkalan mengenangkan apa yang berlaku sepanjang perjalananku. Sedang asyik aku kenangkan peristiwa itu, tiba-tiba wujud perasaan halus dalam hati. Aneh sekali aku rasakan. Apakah hikmatnya di sebalik fenomena itu semua? Hatiku masih belum puas. Masih ada rahsia yang belum aku ketahui. Hatiku tidak akan puas sebelum mengetahui rahsia itu.
Lalu ketika itu, aku berlari menyusuli jalan tadi menuju daerah yang baru aku tinggalkan sebentar tadi. Aku mahu ke daerah itu! Aku mahu ke masjid itu! Aku mahu berjumpa dengan imam serta jemaahnya yang baik hati itu. Aku mahu bersama mereka semua!
Dan tiba-tiba langkahku terhenti! Apakah ini? Mimpikah aku? Di hadapan aku sekarang bukan lagi daerah yang pernah aku diami sebentar tadi. Dan bukan pula sebuah masjid tempat persinggahanku semalaman. Dan bukan juga seorang imam tua dan jemaahnya yang pernah bersama aku malam tadi. Tetapi adalah hutan rimba dan di belakangnya banjaran gunung. Aku terpegun di situ. Apa yang berlaku sebentar tadi tidak ubah seperti mimpi panjang. Tetapi aku bukan bermimpi. Aku masih di alam nyata!
Daerah apakah tadi? Siapakah mereka itu semua? Hati kecilku masih tertanya-tanya. Mungkinkah daerah itu satu dunia lain? Bukan dunia nyata yang sedang aku huni?
Hati kecilku cuba menjawab, tetapi aku tidak pasti apakah tepat atau tidak jawapanku ini, mungkinkah daerah yang aku singgah malam tadi alam Waliyullah?

No comments:
Post a Comment