Oleh Najmi
DAUN-DAUN masih basah. Embun meleleh. Keraguan dalam dada bukan selalu. Rasa sangsi kadang kala boleh melemahkan cita-cita. Emosi kadang kala amat mementingkan diri sendiri.
Rumpunan benta dalam air kelihatan memanjang, melebihi paras jalan. Katak. Katak puru pun ada. Ketika senja, gelap ia melompat dari bawah rumah ke halaman. Atau, dari halaman ke bawah rumah. Atau, lompatan itu entah ke mana-mana. Lidahnya menjelir dan cepat-cepat menyambar semut.
Lalat terbang berkawan lalu hinggap di tempat lembab. Penyengat juga ada, menghurung ikan di jemuran. Belalang pun ada, di celah-celah rumpunan benta. Rumpun nipah juga ada dengan buahnya yang keperang-perangan.
Ada keyakinan dalam dada Asmat yang hadir di situ. Dia melihat pacat dan cacing yang menjadi angsa ayam. Dia juga melihat belalang bersembunyi di celah-celah rumpunan benta di air.
Asmat melihat katak berlompatan. Siangnya ia bersembunyi di celah timbunan sabut. Tiba-tiba dua tiga ekor anak katak melompat dari situ menyebabkannya tersentak. Kaget.
Sebenarnya semua haiwan itu ada manfaatnya. Penyengat sekalipun, ada manfaatnya! Asmat lihat ayam berak di atas tangga. Tahi ayam ada gunanya. Tapi, untuk apa?
Di hadapan cermin Asmat melihat wajahnya. Ada misai, janggut dan tampang. Tahulah dia usianya bukan muda lagi. Hatinya berkatakata: Siapakah yang mendidikku: Sekolah? Alif, baa, taa hingga yaa. Semua sudah dikenalinya - a, b, c hingga z. Dia juga sudah tahu menulis - 0, 1, 2, 3 dan seterusnya, bahkan faham untuk menggunakannya.
Helaian daun, titisan embun, hujung rumput, tangkai padi. Semuanya dapat dihitung. Hari, siang, malam, minggu, bulan dan tahun. Semuanya Asmat tahu mengira dan menentukannya.
Huruf dia gunakan untuk menulis. Huruf juga dia gunakan untuk berkata- kata. Nombor digunakan untuk menghitung. Nombor dan angka digunakan untuk membilang dan mengira.
Waswas bukanlah wawasan. Jika wawasan ada waswas, mendukacitakanlah.
Cita-cita. Tapi, Hasnan ragu. Dia tidak lagi yakin. Dia biarkan rambutnya terurai. Dia biarkan janggut tumbuh. Dia biarkan tampang panjang, misai tidak terurus.
Hasnan berdiri seketika di muka cermin. Cermin dapat mentafsirkan hal yang sebenar. Pernahkah ia menipu seseorang ketika berhadapan dengannya? Tidak. Ia berbicara dengan benar. Cermin menyuarakan kebenaran. Cermin menunjukkan yang hak bagi diri.
Pekerjaan. Ia memang mustahak. Gaji itulah yang dituntut oleh mereka yang memburu pekerjaan. Jika tidak ada gaji, tidak ada kerja. Jika tidak ada kerja, tidak ada gaji.
Itu dulu. Hasnan memang dulu bekerja. Kini, dia tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Pendapatannya dituntut oleh abangnya. Dia tidak tahu bagaimana hendak melepaskan diri. Dia seakan-akan rela untuk memberikan pendapatannya itu walaupun keadaan sebenarnya tidak begitu.
Hasnan terus melihat cermin yang segera mentafsirkan wajahnya yang cengkung dengan tampang tidak terurus, misai jarang, janggut subur, jelas. Timbul waswas dalam dadanya. Dia dihambat ragu-ragu. Umurnya kini meningkat. Kawan-kawan ada yang sudah berumahtangga. Ada yang jadi guru, jadi posmen, jadi tentera, jadi polis.
Timbuls keinginan untuk bekerja semula. Tapi, usianya tidak memungkinkan apa-apa lagi. Sawah ada. Bendang ada. Tajak ada. Cangkul ada. Semua keperluan ada.
Cermin sesungguhnya tidak pernah berdusta. Dan sememangnya waswas itu ragu-ragu. Asmat ragu-ragu. Hasnan ragu-ragu. Timbul pertanyaan: Asmatkah yang ragu tentang masjid? Hasnankah yang ragu tentang surau? Asmatkah yang ragu tentang embun? Hasnankah yang tidak yakin tentang daun yang basah?
"Kau buktikan," kata Asmat.
"Apa dia?" Tanya Hasnan.
"Kau buktikan yang embun tidak membasahi daun."
"Bagaimana?"
"Kau buktikan yang katak tidak melompat."
"Bagaimana mungkin?" Hasnan geleng kepala.
"Kau buktikan yang misai tidak tumbuh esok."
"Tak mungkin," sahut Hasnan pula. Hasnan geleng kepala.
"Kau buktikan yang cermin tidak benar."
"Tak boleh," rungut Hasnan.
Ibu mereka melahirkan dua anak lelaki. Seorang mempunyai akal fikiran, sempurna pula - ada mata, telinga, ada hidung, tetapi seorang pemuda yang juga memiliki segala kekurangan. Seorang lagi, lelaki yang sempurna juga - ada rambut, kening, lubang telinga dan ada fikiran. Paling sempurna ia memiliki otak untuk berfikir.
Pagi tiba lagi, embun menitik lagi. Daun-daun basah semula. Pohon-pohon menjadi segar. Tapi, bagaimanakah kejadian embun? Sebelum jadi embun, apakah yang berlaku?
"Daun keladi," ujar Hasnan.
"Daun keladi?" Asmat semacam terkejut.
"Daun keladi tidak basah," tambah Hasnan. "Embunkah yang turun ke atasnya; atau pun hujankah yang turun di atasnya."
"Daun keladi bukan tidak basah oleh embun," Asmat bersahaja. "Tapi sebenarnya, ia tidak meresap oleh embun. Itu saja."
"Ia tak basah," tekan Hasnan semula.
"Basah."
"Tak basah."
Meletakkan setiap diri di tempat pekerjaan bukanlah seperti menyusun batu bata di atas tapak binaan. Tapak binaan dipilih oleh seorang yang mahir di bidangnya. Bangunan yang hendak didirikan di atas tapak itu telah dilukis plannya; juga oleh orang mahir dalam bidang itu.
"Kau memang tak boleh membuktikan," ujar Asmat pula.
"Apa dia?"
"Bagaimana kau nak membuktikan yang katak tidak melompat?"
"Ajar dia supaya berjalan macam manusia."
"Kau yakin?"
Hasnan ragu.
Asmat juga ragu-ragu.
Tiba-tiba saja Asmat ingin untuk belajar menaip. Untuk apa kepandaian menaip. Asmat berkata kepada diri sendiri:
"Ada beberapa cerpen untuk ditulis."
Asmat telah membeli sebuah buku panduan untuk belajar menaip.
"Di mana aku nak belajar? Dengan siapa aku nak belajar?"
Mula-mula Asmat membaca akhbar hari minggu. Ruang yang diminati ialah sudut sastera. Ia baca puisi. Ia baca cerpen. Ia tatap kritikan. Dan, ia baca ulasan buku.
Asmat melihat daun-daun basah. Embun-embun yang meleleh. Rumput-rumput yang memanjang di tepi jalan. Apabila disentuh baju, baju menjadi basah. Embunlah itu.
Hasnan bergerak ke tepi jendela. Daun jendela terkuak. Dia renungi jalan. Kosong. Tidak ada basikal lalu di situ. Tidak ada motosikal lalu di situ.
Asmat baring di beranda. Angin berhembus. Wajah dan tubuh diusap-usap bayu yang lunak. Akhbar hari minggu terkembang di tangannya.
"Kau nak jadi apa?" Tanya Asmat.
Hasnan tak menjawab.
"Kau tak mahu kerja semula?"
"Macam mana nak kerja semula?" Tanya Hasnan. "Kalau ada duit, orang minta duit aku."
"Orang minta duit kau?"
"Iya."
"Bagaimana?"
"Dia mintalah."
"Kalau sekadar minta," ujar Asmat. "Apakah yang nak kau risaukan sangat?"
"Aku tak boleh bertegas, kalau wajahnya yang meminta."
"Kau harus yakin," saran Asmat.
"Yakin bagaimana?"
"Kau jangan ragu-ragu," tekan Asmat lagi. "Keraguan tidak akan menolongmu."
"Aku tak boleh."
"Kuatkan azam," tekan Asmat.
"Macam mana?"
Angin berhembus lagi. Beranda tidak berdinding. Asmat duduk. Hasnan duduk.
"Aku tak boleh," sambung Hasnan. "Macam mana aku nak bertindak. Kalau muka dia yang minta, semacam kasihan tiba-tiba menjelma."
"Kau tak boleh musnahkan hidupkau dengan hanya memberikan perhatian kepada yang negatif."
"Apa yang negatif?"
"Kau lihat, orang yang ambil duit kau akan mendapat untung tanpa melakukan apa-apa kerja. Yang bekerja ialah kau. Dia tidak bekerja, tapi dia dapat peras duit kau. Dialah yang beruntung. Dan, kau sendiri yang rugi."
Hasnan diam. Hasnan tidak angguk, tidak menggeleng kepala.
"Oleh kerana, ia selalu berbuat begitu terhadap kau," ujar Asmat lagi, "maka kau tak mahu bekerja. Sebab kalau kau bekerja, kalau kau dapat duit, nanti duit itu dialah yang membolotnya. Begitu?"
Hasnan angguk.
"Kalau begitu, kaulah yang lebih rugi. Dia sendiri tetap seperti biasa. Cuma dia tidak dapat peras duit kau saja."
"Tak guna aku bekerja," kata Hasnan.
"Bukan tak guna kau bekerja," ujar Asmat. "Kalau kau bekerja dengan baik, kaulah sendiri yang untung. Kau harus yakin. Kau harus percaya kepada daya kau sendiri. Banyak faedahnya apabila kau mahu bekerja semula."
Hasnan diam.
"Kaulah sendiri yang mesti bertindak."
"Macam mana?"
"Duit, duit kau." Asmat renung muka Hasnan. Asmat bangun. Asmat melangkah mendekati Hasnan. Hasnan berdiri.
"Kalau kau tak beri, masakan dia boleh rebut duit kau."
"Aku tak boleh."
"Kenapa kau mengalah dalam diam?" Soal Asmat.
Hasnan diam. Angin petang bertiup lagi. Cahaya matahari jauh di ufuk barat. Di bawah rumah anak-anak ayam berkejaran. Ibu ayam memimpin anak- anaknya. Ragu dan waswas tidak menguntungkan. Ragu dan waswas tidak memberi ilham apa-apa. Jika ragu, kerja tidak jadi. Jika was-was, kerja tidak menjadi.
"Bagaimana untuk menghilangkan keraguan?" Tanya Hasnan.
"Tenangkan fikiran," sahut Asmat.
"Lagi?"
"Membaca Quran."
"Lagi?"
"Sembahyang sunat."
"Yang menjadi masalah, macam mana nak menjadikan fikiran tenang?" Kata Hasnan kemudian. "Kalau boleh, aku mahu fikiran tidak buntu. Hati damai. Rasa tidak ragu-ragu."
"Sebab itulah kita perlu kepada pekerjaan yang tetap," sahut Asmat.
"Kerja bendang?"
"Juga baik."
"Menebas rumput?"
"Juga baik."
"Jadi buruh di kebun kelapa sawit?"
"Satu kerja yang baik."
"Memelihara ayam?"
"Satu usaha yang elok," sahut Asmat. "Kita boleh makan telur. Kita boleh jual telur. Kita boleh makan ayam. Kita boleh jual ayam."
"Membaca akhbar?"
"Boleh menambahkan ilmu pengetahuan."
"Kita ni terlalu banyak sisa terbuang," kata Hasnan. "Macam mana untuk manfaatkan yang masih ada?"
Asmat diam. Asmat senyum. Hasnan diam. Hasnan mencari idea.
"Bagaimana caranya?"
"Apa yang kau baca?" Tanya Hasnan kemudian.
"Cerpen."
"Lagi?"
"Puisi."
"Lagi?"
"Ulasan buku."
"Lagi?"
"Kritikan sastera." Asmat berhenti di situ. Terlalu banyak yang hendak dibaca, kalau mahu dipelajari. Terlalu banyak benda yang kita tidak tahu, kalau kita masih mahu membaca.
Tambah banyak kita membaca, tambah banyak yang kita tidak tahu. Kalau kita tidak membaca, apa-apapun kita tidak tahu.
"Kalau begitu," sambung Hasnan kemudian. "Bolehlah kita berkongsi ilmu pengetahuan."
"Macam mana caranya?"
"Yang kau baca, akupun baca," ujar Hasnan. "Yang aku tak baca, kalau kau baca, kenalah kau beritahu aku, OK?"
Asmat angguk.
"Kalau kau pergi ke surau, mendengar tuan guru membaca kitab, kau ajaklah aku." Asmat lihat muka Hasnan.
Hasnan angguk.
"Jika kau pergi ke masjid, ada guru agama mengajar, kau kenalah beritahu aku, kita pergi bersama." Hasnan lihat wajah Asmat.
Asmat angguk.
Kadang kala ustaz mengajar tasawuf di surau. Kadang kala ustaz mengajar
"Kita ni bodoh," cetus Hasnan.
"Bodoh?"
"Iya."
"Jahil?"
"Juga jahil."
"Otak kita macam daun-daun yang basah," kata Asmat.
"Apa dia?" Soal Hasnan.
"Otak kita macam daun-daun yang basah."
"Kenapa?"
"Ilmu pengetahuan itu ialah ibarat embun waktu dinihari hingga ke pagi. Atau, hingga sang matahari menghisap semula embun itu."
"Kalau begitu, otak kita tak boleh kering," sahut Hasnan. Keraguan mulai pudar. Keraguan mulai pupus.
Hari beredar. Awan berarak. Langit cerah. Langit warna biru makin indah. Malam berganti. Siang berganti. Hari menjadi minggu. Minggu bertukar menjadi bulan. Bulan menjangkau tahun. Nafas sentiasa berarak selagi hayat dikandung badan. Rasa makin dewasa. Fikiran makin matang.
Rumah itupun makin tua. Dinding yang bersapu minyak juga telah mulai reput di sana sini. Tangga senget. Bumbung bahagian hadapan zing. Bumbung bahagian dapur atap daun nipah.
Lantai papan. Lantai juga di sana sini reput. Ada lubang satu dua.
Telaga dekat tangga dapur hampir tertimbus. Telaga dekat beranda hadapan juga hampir tertimbus. Pokok ceri dekat dapur ada dua batang. Rimbun daunnya. Rendang dahannya.
"Kau dah baca?"
"Sudah."
"Akupun dah baca," kata Asmat.
"Apa yang menonjol, kau fikir?" Soal Hasnan.
"Aku rasa ada sesuatu yang disembunyikan."
"Begitu?" Tanya Hasnan. "Apa dia?"
"Kejujuran."
"Kenapa dengan kejujuran?"
"Ia berhubung dengan sikap."
"Sikap?"
"Sikap itu selalu menampakkan. Sikap itu selalu tidak ingin supaya orang lain bangun. Supaya orang lain membina karya yang tinggi mutunya. Supaya orang lain meletakkan ciptaan di atas tahap yang paling puncak bagi satu- satu era dalam kehidupan."
"Sikap?"
"Iya."
"Kalau begitu bukanlah kejujuran?"
"Belum sampai ke situ."
"Belum sampai?"
"Iya."
"Aku kurang bersetuju."
"Kenapa?"
"Faktor lain mesti ada juga."
"Apa dia?"
"Kita harus lihat daripada berbagai sudut. OK?"
"Teruskan."
"Buku. Soal buku memang satu soal yang serius dan berat. Tentang majalah, tentang akhbar ada masalahnya sendiri. Akhbar, kalau harapkan pembaca, akhbar tidak akan mendapat untung. OK?"
"Setuju."
"Majalah? Pun sama."
"Aku berpendapat lain."
"Macam mana?"
"Kalau tidak ada pembaca, tidaklah ada akhbar. Kalau tidak ada pembaca, tidaklah ada majalah. OK?"
"Setuju."
"Kalau begitu, di atas ruang yang sedikit ini, berikan ia untuk perubahan sikap. Perubahan sikap ini adalah perlu dan mustahak. Sebab kejujuran itu selalu tersembunyi, jika sikap tidak berubah."
"Aku tak dapat menyelami maksud kau."
Perbincangan yang lembut akhirnya menjadi tegang. Ia bukan forum atau diskusi buku. Ia hanya forum dua orang yang sedang menegakkan keyakinan di atas keraguan.
"Hoi. Apa saja yang dibisingkan?" Ibu meleter. "Tahu jam berapa sekarang?"
Asmat lihat dinding. Hasnan pandang tiang. Di situ ada jam.
"Pukul berapa?"
"Sembilan setengah."
"Tahupun," sahut ibu pula. "Sudah, turun ke bendang."
Matahari masih di sebelah timur. Awan berarak nipis di langit. Di bendang rumput dan menerung masih belum tumbang. Burung-burung masih boleh bersembunyi di celah-celahnya. Belalang boleh bersembunyi di celah-celahnya.

No comments:
Post a Comment