Oleh Noorjaya
SEPULUH pahlawan sedia menunggu di Dewan Wangsa, Puncak Jerai. Mereka ialah Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Raja Mahadi, Datuk Dol Sid, Syarif Masyhur, Rentap, Panglima Mat Saleh, Tunku Mohamad Saad bagi pihak tuan rumah.
Mentari pagi dengan lembut mengopak kedinginan dan kabus yang menyelimuti puncak gunung. Datuk Maharaja Lela, Tunku Mohamad Saad bersama petugas sambutan muncul di anjung bangunan lima tingkat menunggu ketibaan Datuk Moris yang akan sampai bila-bila masa saja untuk mempengerusi Sidang Puncak Pahlawan Melayu pagi ini.
Datuk Maharaja Lela penentang gigih penjajahan di Pasir Salak, berdiri gagah sambil melontar pandangan ke arah panorama di bawah gunung dengan lakaran sawah padi sedang menguning, tompok-tompok perkampungan bagaikan pulau di lautan luas. Jalan dan kenderaan bersimpang siur lalu ke arah barat yang terentang pantai landai dan luatan biru. Bumi Kedah ini subur dan membangun. Terbetik dalam hati kecil Datuk Maharaja Lela.
"Jauh renungan Datuk?" Sapa Tunku Mohamad Saad sambil menghampiri kemudian ikut sama menonton alam.
"Err...apa kata tunku?" Nyatalah tadi Datuk Maharaja Lela kurang menangkap sapaan itu.
"Saya kata jauh renungan Datuk."
"Pemandangan di bawah sana memikat hati kita."
"Bumi dan alam Melayu ini subur dan indah Datuk."
"Kita pun setuju Tunku, sebab itulah kita sayang pada bumi bertuah ini."
"Maka itu kita tidak rela bumi Melayu ini dijajah lagi, walau dalam bentuk apapun," Tunku Mohamad Saad, wira Kedah menentang Siam, tahu benar pahit maung hidup dijajah. Dia yang pernah memimpin 10,000 orang pejuang berjaya memburu penjajah Siam hingga ke Singapura.
"Si Clinton dan sekutunya ghairah hendak menjajah dunia!" Muka Datuk Maharaja Lela nampak serius. Rasa benci menyerbu ke muka. "Baik Clinton, baik Birch, baik Gabenor Jervois, mereka adalah penjajah," tambahnya.
"Ya, selepas Komunis Russia tersungkur, mereka pun bangun sebagai jaguh yang sombong. Mereka mula menunjukkan taring di mana-mana, mereka bertindak sesuka hati atas nama PBB," nada suara Tunku Mohamad Saad ikut meninggi.
"Hm! Kafir laknat," sebuah dengus keras terlontar keluar dari mulut Datuk Maharaja Lela. "Misalnya yang putih berceracak macam bulu landak itu bergerak. Memang wajar Birch mati di hujung lembing orang Pasir Salak." Dihimbau pandangannya ke bawah gunung. Sawah, kampung, pantai dan laut mententeram perasaannya. Tetapi rasa tenteram itupun sementara cuma. Gendang telinganya seperti mendengar suara jerit pekik anak, ibu, orang tua dan pejuang di Asia Barat, di Bosnia, di Somalia, di Semenanjung Gaza yang setiap waktu ada tembakan curi, ada ledakan motar, bom dan peluru meriam.
"PBB pun diikat tangannya," Tunku Mohamad Saad mencemuh ketidakadilannya manusia.
"Benar kata Tunku. Kita pun ragu peranan Majlis Keselamatan PBB itu sendiri. Harap dalam sidang nanti dapat dibincang dan menjadi agenda penting," Datuk Maharaja Lela bagaikan memberi kesimpulan isu PBB adalah kegagalan badan dunia itu menangani peranannya kepada wargajagat. Dia cukup yakin setiap manusia yang cintakan keamanan akan menyokong Piagam PBB perlu dikaji semula.
Di udara puncak ada bunyi yang menggegar daun-daun, rantingranting dan pepohon. Burung pada berterbangan membawa arah. Kera berkeloncatan membawa diri. Datuk Maharaja Lela, Tunku Mohamad Saad dan petugas sambutan mendongak ke arah bunyi. Ia semakin jelas kehadiran sebuah helikopter. Pastilah pesawat itu membawa tetamu yang ditunggu.
Datuk Maharaja Lela, Tunku Mohamad Saad dan petugas turun dari anjung untuk menyambut ketibaan pahlawan Kedah yang terkanal itu. Mereka akan memberi penghormatan kepada Datuk Moris mempengerusi sidang atas keberanian serta jasa tertingginya berperang menentang penjajah Siam di Kedah dulu.
"Resolusi Sidang Puncak akan dijadikan Memo Untuk PBB," kata Datuk Maharaja Lela yang masih mahu menyambung bualan yang terputus tadi. Tunku Mohamad Saad mengangguk. Sepanjang ingatannya, inilah satu pakatan pernah dilakukan antara pahlawan Melayu.
Dulu mereka berjuang berasingan di negeri masing-masing. Dia masih ingat ketika hendak menyerang Siam yang menawan Kota Kuala Kedah, dia mendapat bantuan 2,000 orang Melayu Seberang Perai, 5,000 orang Melayu Kedah. Kemudian mendapat sokongan dari orang Melayu Patani, dia berjaya undurkan Siam hingga ke Hat Yai.
"Sudah sampai masanya orang Islam seluruh dunia bersatu," Tunku Mohamad Saad bagai memacak lagi keyakinan atas keyakinan. Mereka terus melangkah.
"Mereka amalkan dasar pecah dan perintah. Isu Palestin, serangan ke atas Iraq, Somalia, Bosnia-Herzegovina dan tekanan terhadap Libya dan Sudan; bukti nyata mereka takut pada kebangkitan Islam," suara Datuk Maharaja Lela keras meninggi.
Tunku Mohamad Saad memandang ke muka Datuk Maharaja Lela. Cukup serius. Dia kagum semangat anti penjajahan dalam diri Datuk Maharaja Lela yang sungguh tinggi itu.
Mereka terus melangkah menuju ke kawasan lapang. Bunyi yang menggegar itu semakin dekat. Daun-daun, ranting-ranting, pepohon bercengkeliwang dilojah angin kuat dari putaran kipas helikopter.
Burung-burung pun bercempera. Helikopter Wira Jaya buatan Malaysia itu mendarat mudah. Kipas bercabang lima berhenti. Pintu kecil di rusuk pesawat itupun terbuka sekali gus menjadi tangga bila ia terletak di bumi. Seorang anak kapal turun dan berdiri di hujung tangga.
Ketika Datuk Maharaja Lela dan Tunku Mohamad Saad menghampiri pesawat warna kelabu itu, muncul sebatang tubuh yang sasa lalu turun.
"Assalamualaikum Datuk!"
"Waalaikumussalam!"
"Apa khabar Datuk Maharaja Lela dan Tunku."
"Alhamdulillah Datuk." Mereka bersalaman erat. Kemudian mereka beriringan melangkah dan ketika sampai di luar kawasan larangan, wartawan dalam dan luar negara menyerbu Datuk Moris. Sinar lampu kamera menyilau tidak berhenti-henti bagai kilat sabung meyabung.
"Apakah isu utama akan dibincang Datuk?" Pertanyaan pertama dari wartawan berkulit sawo matang. Pastinya dari Bernama.
"Keamanan sejagat!" Jawab Datuk Moris dan terus melangkah tetapi diperlahankan untuk memberi peluang wartawan bertanya.
"Datuk, bukankah keamanan sejagat itu tugas PBB!" Pertanyaan dari wartawan asing bermata perang. Ada tanda di dadanya CNN.
"Tentu maksud kamu, err Majlis Keselamatan PBB, bukan?" Datuk Moris cuba membetulkan soalan wartawan itu. Wartawan CNN itu angguk dengan sedikit tersipu. Barangkali dia mulai sedar soalan yang dikemukakan tadi kurang tepat.
"Majlis Keselamatan PBB keberkesanannya mulai diragui!"
"Alasannya Datuk?" Masih solan dari wartawan CNN.
"Lebih menyelebelahi kepentingan Barat!" Hujah Datuk Moris dengan senyum.
"Apakah tindakan Sidang Puncak ini, Datuk?" Kali ini wartawan berkulip gelap dari AP pula bertanya.
"Mengkaji dan berbincang untuk keamanan sejagat!"
"Mengenai Majlis keselamatan dan PBB?" Soalan itu dari wartawan BH.
"Tunggu selepas sidang itu!"
"Kalau kuasa-kuasa besar menolak?" Pertanyaan itu dari seorang wartawan besar ragam, tetapi berdiri di belakang wartawan lain.
Datuk Moris terhenti dari melangkah. Dia betul-betul tercegat berdepan dengan wartawan itu.
"Siapakah mereka?" Tanya Datuk Moris dengan nada sedikit tinggi, tetapi wajahnya masih tenang.
"Sekutu Barat!" Wartawan itu menjawab.
"Dalam Islam yang berkuasa dan Maha berkuasa ialah Allah swt!" Ketenangan terpancar pada wajah Datuk Moris walaupun sebenarnya dia kurang senang dengan tanggapan wartawan dan kebanyakan orang.
"Lucu, Datuk!" Wartawan itu cuba menyendir nakal.
"Tidak lucu, kan kamu sedang mengamalkan konsep Islam!"
"Maksud Datuk?" Wartawan dari Reuter itu terpinga-pinga.
"Badan kamu tu besar, tinggi, kerana keturunan kamu. Memang wajar berdiri di belakang orang-orang yang kecil. Inilah nilai-nilai Islam!" kata Datuk Moris.
Suasana soal jawab itu dimatikan dengan ketawa. Bilangan ramai wartawan itu ketawa entah kerana lucu atau hujah tajam Datuk Moris itu rasa menghiris perasaan.
"Tunggu selepas sidang. Assalamualaikum!" Datuk Moris melambai tangan dan terus melangkah cepat meninggalkan kumpulan wartawan itu. Mereka hanya memandang langkah Datuk Moris, Datuk Maharaja Lela, Tunku Mohamad Saad dan petugas hingga hilang dari pandangan.
Udara siang sebenarnya tidak panas walaupun matahari jam 11 menjunam tajam menjilat segala embun dan kabus. Pengunjung puncak Jerai mulai tiba untuk istirehat hujung minggu. Mereka tiba dengan kenderaan atau menaiki Kabel Jerai yang sentiasa naik dan turun dari kaki gunung ke puncak.
Anjung besar di bawah sana dibina kukuh bersalut mar-mar Langkawi melantun silau ke mata apabila terkena cahaya matahari. Ramai pengunjung berdiri di situ menyaksi panorama alam di bawah gunung.
Dalam Dewan Wangsa, pahlawan sudah dua jam bersidang secara tertutup. Tiada siapa yang tahu apakah keputusannya, tetapi isu utama bagai yang diduga tentu mengenai PBB dan Majlis Keselamatan PBB.
Dengan tekun wartawan berceratuk pada ruang kosong bahagian depan Dewan Wangsa. Baik dari CNN, Reuter, AFP, AP, RTM, TV3, Bernama, Antara, UM, BH, NST, dan semua wakil agensi media massa menunggu untuk mendapat bahan berita dari sidang itu. Seperti yang dijanji selepas mesyuarat itu satu sidang akhbar akan diadakan.
Dunia ingin tahu keputusan Sidang Puncak Pahlawan Melayu yang pertama kali diadakan di puncak Jerai. Apalagi agenda utamanya ialah mengenai Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan hubungannya dengan keamanan wargajagat yang sedang menjadi perhatian dunia.
Tiba-tiba daun pintu Dewan Wangsa itu terkuak. Mata wartawan menajam ke arah seorang wanita bermini telekong hijau muda lalu dan memandang ke arah mereka.
"Mesyuarat sudah selesai. Sidang akhbar akan diadakan selepas solat Zohor, anda akan diberitahu, terima kasih!" Lalu dilontarnya sebuah senyum manis kepada wartawan dan menghilang ke dalam.
Esok pun datang bersama berita dari puncak Jerai. Dulunya puncak itu menjadi pedoman segala kapal dagang. Dulunya sekitar lembah Jerai menjadi tempat berulang alik pedagang dan senteri. Dulu tegaknya sebuah tamadun bangsa yang besar. Hari ini Gunung Jerai mengharum nama Kedah Darul Aman di London, di New York, di Rumah Putih, di PBB, di Washington, di Tokyo, di Geneva, di Damsyik, di Srajevo, di Beijing, di Mogadishu, di New Delhi, di Moscow, di Baitulmaqdis, di Sydney, di Bangkok, di Amman, di Phnom Penh, di Jakarta, di Manila dan di mana-mana. Mereka berkata mengenai Memo Untuk PBB.
Bahawasanya kami warga jagat yang cintakan keadilan, kedamaian, keamanan dengan ini berkata:
* Piagam asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah dikaji semula penyertaan negara ahli dalam Majlis Keselamatan dan kuasa pembatal (veto) sebagai kuasa istimewa pada negara-negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB hendaklah dimansuhkan serta merta.
* Semua ketetapan PBB terhadap Iraq dan Libya hendaklah ditarik balik.
* Krisis serta pembunuhan kejam yang berlaku di Bosnia-Herzegovina hendaklah diberhentikan jika perlu dipaksa berbuat demikian dengan cara yang bijaksana. Kembalikan wilayah itu kepada yang hak. Dan pengganas Serb hendaklah dibicarakan sebagai penjenayah perang.
* Israel mestilah menyerah kembali wilyah Tebing Barat dan Semanjung Gaza kepada yang berhak serta diwujudkan negara palestin yang merdeka.
* Keamanan di Somalia segera dipulihkan melalui perundingan dan PBB hendaklah menjadi badan pengaman yang adil dan bijaksana.
* Selaras dengan semangat kerjasama di bidang ekonomi dan perdagangan yang cukup berjaya, maka negara Asean dengan menerima Jepun dan China hendaklah diwujudkan Forum Keselamatan Asean (Fokas) bagi memperkukuhkan pakatan keselamatan dan keamanan di rantau ini.
Esok dan esoknya tiada lagi kedengaran bunyi tembakan, ledakan motar dan meriam, maka tiadalah lagi kedengaran teriak tangis dari Sarajevo, dari Mogadishu, tiada lagi ancaman di Iraq, Libya dan Sudan. Khabarnya di Semenanjung Gaza, di Tebing Barat, di Bosnia dan di Somalia matahari bersinar cerah. Wargajagat pada saling senyum keriangan.
Sesungguhnya Allah jua yang menentukan segalanya.

No comments:
Post a Comment