Oleh Misran Rokimin
AKU sudah dapat agak, kali ini mesti giliran aku kena seranah. Dulu semasa belum berkahwain, aku pernah dengar dua orang abangku kena serangan hingga tidak sempat bernafas. Abang Cik kena seranah kerana dia mahu berkahwin satu lagi.
Macam-macam ibu ungkit. Anak tidak sedar diuntung, kata ibu.
Masa hidup susah dulu isterinyalah turut sama bertungkus lumus. Waktu itu mereka baru pindah dari kampung menjalani hidup baru di Felda. Bangun Subuh, lepas sembahyang terus pergi ke ladang. Segala rumput-rampai yang tumbuh meliar di sekeliling anak getah perlu dibesihkan. Kalau ada lalang tumbuh perlu dilurut dengan minyak hitam supaya lalang mati.
Anak-anak pokok senduduk yang tumbuh di lorong-lorong anak getah perlu ditebas supaya tidak hidup sama membesar dengan anak-anak getah. Ladang getah seluas lapan ekar itu perlu dibaja. Semuanya itu perlu dikerja bersama supaya anak getah hidup dengan subur dan dapat hasil yang baik.
Itu arahan yang ditetapkan oleh pengurusan Felda. Setiap arahan daripada pegawai Felda yang saban minggu datang memeriksa perlu dipatuhi. Kalau tidak tindakan akan diambil dan mungkin dipecat. Apabila matahari tegak di ubun-ubun baru mereka pulang.
Setelah hidup lebih dua puluh tahun di Felda, sesudah menikmati hasil yang lumayan. Duit pun sudah banyak, anak-anak pun sudah besar dan ada kerja sendiri, Abang Cik cari helah mahu berkahwin lagi. Ibu cukup melenting dengan sikap Abang Cik yang tidak melihat kembali sejarah hidupnya. Apabila isteri sudah tidak enak dipandang cari alasan macam- macam.
"Tapi di tu tua dari saya bu!"
Ibu amat jengkel. Dengan pantas ibu menempelak. "Oh dulu masa nak kahwin tak fikir, Munah tu tua ke tidak. Bukan ibu yang pilih. Kamu sendiri yang beria-ria minta pinangkan. Sekarang baru nampak tualah. Tak cantiklah dan macammacam lagi kamu kata pada Munah. Kalau kamu nak kahwin juga. Jangan bawa isteri muda kamu ke rumah ibu. Aku tak mau kau siasiakan Munah. Dengan bantuan Munahlah kamu boleh hidup senang sekarang."
Begitu ibu berleter. Aku yang tidak tahu apa-apa masalah suami isteri diam membatu. Sekali sekala aku menjeling ke arah Abang Cik yang duduk bersandar di dinding serambi bersetentangan dengan aku. Dia tunduk membatu sambil membetul-betulkan silanya yang rasa kurang selesa.
Itu kisah Abang Cik. Kisah Abang Ngah juga lagi hebat. Ibu betul-betul menyinga waktu itu. Ibu seperti orang kehilangan akal menyumpah seranah Abang Ngah. Sikap ibu tidak lagi seperti ibu yang aku kenal selama ini. Penyayang dan lembut. Mujur ada Kak Long yang mententeramkan ibu. Apa tidaknya, Abang Ngah hendak menceraikan isterinya. Abang Ngah menuduh Kak Ngah berlaku curang tanpa usul periksa.
"Apa kamu nampak isteri kamu berbuat curang? Apa sudah kamu siasat? Apa ada saksinya?" Bertalu-talu soalan terpacul dari mulut ibu.
"Ada orang beri tau pada saya bu! Tijah berjalan dengan lelaki di bandar."
"Kamu jangan terus percaya cakap orang. Selidiklah dulu, entah ke saudaranya. Entah ke teman sepejabatnya. Atau kenalannya. Tanya isteri kamu baik-baik. Jangan cuba nak tuduh-tuduh tak tentu pasal. Kamu ingat semudah itu perempuan nak menduakan suami. Tambah-tambah kamu tu sudah ada empat orang anak. Hati perempuan tak semudah itu rapuhnya Badrul."
Panjang ibu berkhutbah. Abang Ngah terus membisu. Mungkin dia merasakan kata-kata ibu itu ada benarnya. Dan selama ini pun isterinya cukup baik dengannya. Tidak ada cacat celanya. Tentu dia tidak tergamak berlaku curang. Abang Long bermonolog.
Itu cerita beberapa tahun dulu. Waktu aku belum memahami kehidupan berumah tangga.
Aku sendiri cukup hairan dengan sikap ibu. Ibu tidak pernah menyebelahi anaknya apabila timbul pergeseran suami isteri. Ibu tetap menyebelahi menantunya. Sebab itu aku lihat menantumenantu ibu cukup manja dengan ibu. Sedikit saja berlaku pergeseran suami isteri, ibulah tempat menantu- menantunya mengadu hal. Tentulah Abang Ngah, Abang Cik dan aku juga kena seranah.
Aku selalu dengar cerita, ada ibu yang selalu menyebelahi anaknya apabila berlaku perbalahan suami isteri. Ibu begitu bukan cuba untuk menguraikan tali yang kusut, tetapi menambahkan lagi kekusutan yang ada. Akhirnya rumah tangga berantakan. Anak-anak kehilangan pedoman kerana kedegilan ibu sendiri.
Dalam hal ini. aku ckup kagum sikap ibu. Tetapi timbul juga rasa geram di hati. Kerana ibu melebih-lebihkan menantunya. Cakap anak sendiri langsung tidak diendahkannya. Ibu tidak mau faham masalah anak-anak. Walau apa pun alasan yang diberi ibu tetap memenangi menantunya.
Aku yakin, aku juga pasti menerima nasib yang sama seperti Abang Ngah dan Abang Cik. Ibu mesti menyebelahi menantunya dalam menangani masalah ini. Ini yang aku risau apabila masalah ini aku ajukan kepada ibu nanti. Tetapi aku nekad. Apa ibu hendak kata, katalah. Aku sudah bulat dengan keputusanku. Ini rumah tangga aku. Ibu tidak berhak masuk campur. Namun itu bukan asalan untuk aku tidak kasih pada ibu.
Buktinya, setiap hujung bulan kalau tidak ada tugas mendesak aku akan pulang ke kampung mengunjungi ibu. Ibu yang sudah tua perlu dilawati. Ibu tinggal bersama Kak Long yang sudah janda bersama empat orang cucunya yang sudah besar.
Sekali-sekala aku bawa ibu ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama aku. Tetapi dia cuma betah tinggal buat seminggu. Selepas itu mulalah ibu mendesak minta dihantar pulang. Macam-macam yang diingatnya, ayamnyalah, sayur-sayurnyalah dan macam-macam lagi alasannya. Walhal Kak Long dan anak-anaknya boleh menjaganya.
Aku bersyukur sejak Lebuh Raya Utara-Selatan sudah boleh digunakan, aku kerap menziarahi ibu. Perjalanan yang begitu lama dan membosankan dulunya telah dapat disengkatkan. Ini merapatkan lagi perhubungan kami. Hanya kepulanganku pada kali inilah, aku membawa keputusan nekad untuk memberi tahu ibu mengenai niatku.
Marina, isteriku menangis dan mendesak supaya aku tidak membuat keputusan yang keterlaluan begitu. Dia merayu supaya aku tidak memberi tahu ibu akan keputusan yang aku ambil. Dia tahu kalau ibu membenarkan pasti dia terpaksa patuh. Sebagai menantu Marina tidak mahu hubungan dengan mentuanya menjadi keruh. Tetapi aku tidak endahkan rengekkan Marina.
Aku sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan hidup penuh ketegangan dan tertekan. Hidup di Kuala Lumpur yang sentiasa tegang dan keras, menjadikan aku sudah tidak kuat lagi melalui hidup dalam keadaan begitu. Marina yang duduk sambil meriba Izzah terus mencuka sambil matanya memandang keluar jendela kereta yang terus bergerak sederhana kelajuannya.
Aku sudah nekad. Keputusan ini mesti diberi tahu kepada ibu malam ini juga. Tidak ada kuasa yang boleh menghalang hasratku. Aku akan pekakkan telinga apa saja ibu kata. Yang penting hal ini mesti diberi tahu. Sekurang-kurangnya ibu tahu keputusan yang aku buat. Ada manfaatnya supaya tidak nanti aku dituduh cuba membelakanginya.
"Apa? Kamu nak berhentikan Marina kerja? Ibu tak setuju." Ibu menjerkah. Tepat sangkaanku. Sikap ibu tetap seperti dulu. Sikap menyebelahi menantu tidak pernah berubah. Aku kurang pasti sama ada Marina mendengar atau tidak dengusan keras ibu. Kalau terdengar Marina yang sedang menidurkan Izzah di bilik tengah tentu kembang hatinya.
"Ibu harus faham. Saya sibuk di pejabat. Banyak kerja nak dibuat. Habis kerja pejabat berkejar ambil Marina di pejabatnya pula. Kemudian berkejar pula ke tadika, ambil Izzah. Jalan di Kuala Lumpur tu bukan macam jalan kampung ni. Perjalanan setengah jam jadi dua jam. Kalau Marina duduk di rumah taklah saya tergocoh-gocoh."
Panjang lebar aku berhujah. Ibu macam buat dengar tidak dengar apa yang aku kata.
"Apa pun alasannya aku tak setuju. Kamu jangan paksa dia berhenti kerja. Biar dia dengan rela hati membuat keputusan sendiri." Ibu tetap berkeras dengan pendiriannya.
"Nak tunggu sampai bila?"
"Samapai dia memberi tau sanggup berhenti!"
Panas hatiku mendengar jawapan ibu. Tetapi aku terpaksa menahan sabar.
"Gaji saya dah cukup untuk menyara hidup Marina dan Izzah, bu. Rumah, saya dah beli. Kereta pun dah ada. Apa lagi yang Marina mau."
"Semua itu hutangkan?" Selamba ibu mencelah.
Aku rasa terpukul. Tetapi tidak berupaya menangkis kerana ada benarnya. Aku hanya tertunduk memandang lantai dengan hampa.
"Ibu bangga dengan anak ibu. Kamu suami yang baik dan bertanggungjawab. Ibu syukur kamu dapat menyediakan kelengkapan untuk anak dan isterimu. Kamu seperti arwah bapamu." Ucapan ibu terhenti. Ibu pandai memujuk aku. Dalam hati aku rasa bangga ibu membandingkan sifat aku dengan ayah.
"Tapi Yusri..." Ibu cuba menyambung semula kata-katanya tetapi tiba-tiba terhenti. Dada ibu terasa sebak. Ibu tidak dapat meneruskan kata-kata. Setelah rasa sebak di dada beransur hilang, ibu meneruskan pengucapannya.
"Ayah kamu meninggal waktu ibu masih muda. Tidak ada harta yang ditnggalkan. Cuma sebuah rumah buruk dan empat orang anak yang masih terlalu kecil. Kamu yang bongsu berumur lapan bulan. Ibu seperti anak ayam kehilangan induknya. Ayahmu cukup baik dengan ibu. Dia melayan ibu seperti menatang minyak yang penuh. Tugas ibu hanya menjaga anak, masak dan buat kerja-kerja rumah. Ibu kadang-kadang teringin nak ke sawah. Teringin nak menoreh getah. Tapi ayahmu melarang. Biar dia yang mengerjakannya. Katanya pada ibu."
Panjang lebar ibu bercerita. Sedikit demi sedikit air jernih menitis dari kelopak mata ibu. Ibu mengesat air jernih itu dengan lengan baju Kedah yang dipakainya. Hatiku semakin terharu.
"Zaman gemilang ibu rupanya tak lama. Ayahmu tiba-tiba meninggal diserang sakit angin ahmar. Ibu jadi tak karuan. Dalam fikiran ibu tergambar bagaimana nak membesarkan anak-anak. Ibu terpaksa belajar dengan jiran-jiran kampung bagaimana nak menoreh getah. Belajar bagaimana nak tanam padi. Cari kayu api. Pikul air dari sungai. Ibu terpaksa jual getah di pekan. Kayuh sampan menyebarang sungai Perak yang dalam dan deras arusnya. Ketika Kak Long, Abang Ngah dan Abang Cik kamu pergi sekolah, kamu ibu gendong bawa pergi sama menoreh getah. Tidak ada orang nak jaga kamu. Semuanya ibu lakukan sendiri yang dulunya tak pernah ibu lakukan, demi nak membesarkan anak-anak."
Ibu berhenti sejenak menarik nafas panjang kemudian menyambung semula. "Dan yang menyayat hati ibu hingga sekarang tidak boleh lupa," cerita ibu. "Tok Sidang kampung menghalang ibu menghantar kamu bersekolah di asrama."
"Kamu perempuan dan miskin. Dengan apa kamu nak bayar yuran bulanan." Itu katanya.
"Sebagai Tok Sidang ibu minta pandangannya apabila kamu mendapat tawaran ke sekolah berasrama. Jawapan begitu ibu rasa terhina. Tapi hati ibu tetap berkeras. Kamu mesti dihantar ke sekolah berasrama. Ibu bersyukur dapat juga menghantar semua anakanak ke sekolah. Alhamdulillah! Kamu dapat masuk universiti dan Abang Ngah dapat pergi belajar di Azhar. Kak Long dan Abang Cik nasibnya tak baik. Otak mereka agak lemah."
Aku lihat ibu sudah kembali tenang. Panjang sekali ibu bercerita mengingatkan kisah lama. Matanya yang jernih menentang tajam ke arah mataku. Wajah ibu begitu lembut. Terpancar rasa kasih dari wajah tua itu.
"Pengalaman perit seperti itulah yang ibu tak mau berlaku kepada menantu-menantu ibu. Mereka perempuan Yusri!"
Aku kembali tunduk. Selama ini ibu tidak pernah menceritakan penderitaannya kepada anak-anaknya. Baru sekarang aku mengetahui segala rahsia hidup ibu. Aku insaf. Rupanya kepayahan hidup yang aku lalui sekarang tidak seperit pengalaman yang telah ibu lalui. Aku terharu dengan pengorbanan ibu. Hatiku menjadi sejuk bagai di timpa salji. Aku tidak dapat bayangkan kalau ditakdirkan aku pergi dulu seperti ayah meninggalkan ibu, bagaimana Marina dan anak-anakku nanti mengharungi hidup dalam zaman yang begitu jauh dari zaman muda ibu.
Fikiranku yang jauh melayang terhenti apabila Marina datang membawa dulang bersama teko dan cawan untuk minum malam. Marina meletakkan dulang itu di atas meja kecil di hadapan sofa.
"Sila minum bu! Minung bang!" Marina mempelawa ibu sambil tangannya menuangkan kopi ke dalam cawan. Kemudian perlahan-lahan Marina menghampiri ibu lalu mengucup dahi ibu. Dan memeluk ibu.
"Terima kasih bu!"
Aku menjeling Marina yang senyum memanjang dengan rasa penuh cemburu.
Wajah isteriku nampak indah, seindah cahaya bulan yang menerangi suasana malam itu. Wajah yang kehilangan serinya sejak aku meluahkan niatku supaya dia berhenti kerja beberapa hari lalu, kini kembali ceria.

No comments:
Post a Comment