Oleh Rejab F I
PENANTIAN itu amat menyeksakan, pun amat memilukan. Apakah yang dinantikannya saban waktu, setiap pagi dan petang sehingga ke kaki senja?
Di situlah, di muka pintu rumahnya, dia membina pengharapan setinggi gunung, setinggi angkasa, sedalam lautan: Menunggui kepulangan oarang yang amat disayanginya.
Insan itu amat akrab dalam hidupnya. Mengapa tidak? Sudah lebih tiga suku abad dia meladeni kehidupan bersamanya: Beranak-pinak bersamanya, susah senang bersamanya, tidur baring bersamanya, makan pakai bersamanya.
Dan dia terus meladeni keresahan penantiannya itu: Suaminya. Sudah tiga bulan kau menghilangkan diri, abangku. Mengapa? Apakah salahku? Apakah pemergianmu kerana merajuk? Merajukkan orang tua. Ah! Tidak mungkin. Jika kerana aku tidak menuruti kehendakmu yang amat kecil dan amat biasa itu tentulah mustahil. Amat mustahil, sehingga kau sanggup membuang diri!
Anak-anakmu tidak percaya apabila aku menerangkan bahawa itulah kemarahanmu kepadaku sesudah pemeriganmu. Malah seluruh penduduk di kampung ini dan ramai sanak saudara yang datang apabila mengetahui pemergianmu - mereka juga tidak percaya. Mereka mengandaikan ada sesuatu sebab lain yang lebih besar daripada itu. Sesuatu yang lebih besar, lebih berat sehingga tidak tertanggung lagi di benakmu menyebabkan kau menghilangkan diri.
"Oh! Pulanglah, abangku!"
Seruan itu bergema dalam sanubarinya. Bergema dalam jiwa raganya. Menusuki setiap rongga kalbunya. Seruan pengharapan, begitu bening dan syahdu. Bebola matanya yang semakin pudar dan terperosok ke dalam mengitari setiap penjuru rumahnya. Rumah berbumbung panjang itu amat sepi dan mengharukan. Rumah yang berusia setengah abad, seusia perkahwinannya, didirikan bersama suaminya. Dia sendiri membantu suaminya meneroka tanah di situ, menjadikan tanah sawah dan mendirikan rumah.
Mereka juga bersama meneroka tanah di pinggir bukit, menjadikan kebun. Setiap musim buah, sama ada rambutan, durian, cempedak dan mempelam berbuah lebat, di situlah mereka merentangkan waktu ketika pagi atau petang, setelah anak-anak mendirikan penghidupan masing-masing.
"Jika kau merumput aku mengumpul dan membakarnya. Ah! Begitu damai kehidupan kita. Mengapa kau tinggalkan aku, abangku?" Kata-kata itu bergema pula dalam sanubarinya.
Terbayang dalam ruang fikirnya, ketika itu, ketika mereka mula-mula mendirikan penghidupan di situ, tubuh suaminya begitu sasa. Ototnya berulas-ulas. Dengan kudrat yang ada padanya, pokok merbau dan cengal tersadai menyembah bumi. Suaminya sendiri memotong dan menggergaji batang pokok itu menjadikan bahan binaan rumahnya. Dia pula berperanan menyemat atap rumbia. Pokok rumbia itu masih tumbuh subur di sekitar rumahnya.
Ya! Tiga suku abad yang lalu. Ketika itu tidak ada kilang gergaji kayu. Tidak ada atap zink. Tidak ada segala kemudahan alatan rumah di kedai papan. Segala alatan tradisi digunakan sepenuhnya: Kapak, beliung, parang, gergaji panjang membelah balak, pahat dan ketam.
Kini rumah itu begitu usang dan sepi. Beberapa bilik yang terdapat dalam ruang rumah ibu - bilik anak-anaknya - kosong dan keusangan. Anak-anaknya sudah kembara jauh, mengaluti kehidupan masing-masing. Semuanya sudah berkeluarga dan beranak-pinak.
Tiba-tiba ketika matanya menuding ke arah bendul yang memisahkan rumah ibu dengan rumah dapur, teringatlah dia suaminya terbaring di situ berbantalkan bendul pada hari permergiannya dulu.
Dia melihat sekujur tubuh bersalutkan kulit hitam pekat, dibakar panas matahari. Mukanya membujur dan cengkung, kulit pada pipinya berkedut seribu. Tubuh itu memanjang, pastinya seorang yang tinggi lampai. Rambutnya pendek beruban satu-satu. Dia tidak berdengkur, mungkin tidak lelap lagi tidurnya.
Ketika itulah dia masuk sembahyang Zohor dalam biliknya. Dan apabila dia keluar suaminya tiada lagi di situ. Dia tidak langsung khuatirkan pemergiannya. Apa yang diduganya, suaminya pergi ke kebun menghalau monyet. Namun, setelah malam suaminya tidak juga pulang, keresahan dan kekhuatiran terus memagut perasaannya. Pemergian suaminya begitu misteri.
Apabila dia menyelongkar pakaian dan barang peninggalannya, cuma yang dia pasti suaminya membawa buku akaun ASB. Dia tahu bahawa semua wang hasil sawah dan pemberian anak-anaknya tersimpan dalam buku itu. Tidak ada barang lain yang dibawanya. Ke manakah dia?
Dan bebola mata yang pudar itu menebar pula ke halaman rumahnya. Di situ terdapat pokok jambu air tegak menghijau. Buahnya berangkai-rangkai. Ah! Begitu sedap buah itu dicicah garam belacan. Di sebelah pokok itu tertegak pula pokok nanam. Buahnya membaluti batang hingga ke perdu.
"Kau menjaga sebaik-baiknya buah nanam itu, abangku. Buah-buah itu kau bungkus dengan kain supaya tidak rosak. Bila masak warnaya kekuning- kungingan. Oh! Sungguh sedap dimakan. Rasanya masam-masam manis. Kini kau tinggalkan semuanya itu, abangku!" Kembali dia meladeni kehidupan senggangnya.
Tiga bulan yang lalu, anak-anak kita pulang beramai-ramai apabila aku menelefon mereka, memberitahu kau menghilangkan diri. Cuma Salhah, anak bongsu kita yang cacat itu akhir sekali datang. Mungkin dia lewat mengetahui kehilangamu.
Rusminah, anak sulung kita yang bekerja sebagai jururawat di Kuala Lumpur, pulang bersama dua orang anaknya. Katanya, dia begitu terperanjat apabila menerima telefon dariku dan terus bergegas pulang.
"Mengapa ayah pergi, emak?" Tanyanya.
"Entahlah, boleh jadi dia merajuk!" Jawabku.
"Tidak mungkin! Tidak mungkin ayah merajuk sebab emak tidak menyediakan sayur itu. Mustahil!" Sanggahnya. Wajahnya yang sudah tua, rambutnya diselang seli hitam dan putih, akan pencen beberapa tahun lagi, sungguh tidak percaya dengan alasan yang aku berikan itu.
Tetapi itulah seingat aku kemarahanmu padaku. Bukankah pagi itu kau meminta aku memasak sayur buah janggus dengan daun bayam? Aku mengatakan buah janggus dan daun bayam itu telahku berikan kepada Mak Sopiah, jiran sebelah rumah kita. Aku berjanji akan menyediakan sayur itu esok. Tetapi tengah hari itu juga kau telah pergi menghilangkan diri.
"Apakah kau benar-benar merajuk kerana aku tidak menyediakan sayur itu, abang. Oh! Pulanglah!" Seruan itu terus bergema dalam sanubarinya.
Dan apabila anak kita Si Bahadur pulang, cuma seorang diri. Isterinya tidak mampu lagi pulang kerana sarat mengandung. Dia juga menolak keteranganku.
"Tentu ada sebab lain, emak. Jika tidak, takkan ayah merajuk sampai begitu sekali!" Sanggah Bahadur. Anak kita yang bekerja sebagai operator telefon di Kuala Lumpur itu sudah putih rambutnya. Kau pun tahu, dia tidaklah setua kakaknya akan tetapi putih rambutnya kerana terlalu memikirkan kehidupan keluarga dan anak-anaknya.
Apa yang dapat aku terangkan lagi jika bukan kerana itu? Bukankah kerana itu kau menghilangkan diri ketika aku sedang menunaikan fardu Zohor? Mengikut keterangan Pak Sudin, dia melihat kau keluar cuma berpakaian biasa menuju ke kebun membawa sebilah parang.
Bukankah di situ tempat kau merentang waktu sambil menghalau monyet yang sering makan buah mempelam di kebun kita? Benarkah kau keluar dari rumah cuma membawa sebilah parang, abang?
Abang! Dalam usaha mencarimu, anak kita Bahadur telah bersusah-payah mengadakan kenduri pulut kuning dan mengumpul penduduk di kampung kita membaca Yassin tujuh malam berturut-turut. Mereka membaca Yassin beramai- ramai, memohon doa ke hadrat Ilahi agar kau pulang. Tetapi kau tidak juga pulang. Ke mana kau menghilangkan diri, abang?
"Oh! Pulanglah, sudah tiga bulan aku menungguimu!" Berdetak pula seruan itu dalam sanubarinya.
"Emak tidak patut berbuat begitu kepada ayah, sebab itulah ayah menghilangkan diri!" Begitu selar Rahmat, adik Bahadur ketika pulang dari Johor Bahru. Dia berpakaian amat rapi sebagai seorang pegawai polis. Dia juga seperti abangnya berusaha mencarimu.
Sesudah sekian ramai penduduk kampung mencarimu di merata-rata: Dalam semak, di dalam perigi, sepanjang sungai, di sekitar bukit, tidak jua menemuimu. Rahmat berusaha pula menghubungi Polis Hutan di Sungai Petani.
Sepasukan Polis Hutan datang bersama anjing pengesan mencarimu di seluruh kawasan bukit berhampiran kebun kita. Malah mereka juga membawa pasukan penyelam, masuk ke dalam sungai yang menembusi bukit itu, namun tidak juga menemuimu.
Salbiah pula berusaha mencari bomoh untuk menelek bagi mencarimu. Terdapat bomoh yang mengatakan kau telah disembunyikan orang halus di atas pokok beringin berhampiran kebun kita.
Anak-anak kita berusaha mengasap kemenyan saban senja selama tujuh senja, tetapi kau tidak juga pulang. Kata seorang bomoh yang berasal dari Pattani, Selatan Thai, orang halus itu tidak mahu melepaskan kau selagi aku tidak bertaubat di atas kesalahanku.
Apakah kesalahanku, abang? Jika sebenarnya aku bersalah terhadapmu. Apabila kau pulang aku akan sujud kakimu meminta ampun. Aku akan bertaubat tidak melakukan lagi kesalahan terhadapmu. Percayalah!
Abang! Segenap pelusuk kampung, rumah sanak-saudara kita hinggakan ke wilayah Selatan Thailand, di mana terdapat saudara-mara kita di sana, anak-anak dan saudara-mara kita juga itu pun turut mengesan, namun tidak jua menemuimu.
"Ke mana kau pergi, abang? Pulanglah!" Sekali lagi bergema seruan itu dalam sanubarinya. Gema itu semakin kudus dan bening.
Oh! Amat terseksa penantianku. Lihatlah tubuhku kurus kering. Bermacam jenis makanan yang sedap-sedap dihidangkan oleh anak-anak, ketika mereka pulang dulu. Rusminah menyediakan gulai ayam. Dia sembelih beberapa ekor ayam dara. Dia juga memasak sayur geti dan ikan pari. Namun tidak sama dengan makanan yang kita makan berdua. Kita makan seada-adanya setiap hari seperti mana sayur kegemaranmu itu.
"Emak! Perbuatan emak itulah yang menyinggung perasaan ayah, bukan kerana makanan kegemaran ayah tu," anak keempat kita, Salbiah, menyelarku juga.
Dia pulang bersama suaminya, seorang kerani pencen yang kini menjadi pengurus padang golf di Ipoh. Salbiah masih muda, tetapi sayangnya menjadi isteri kedua. Katakau, biarlah menjadi isteri kedua atau ketiga malah keempat, asalkan hidupnya bahagia. Sebenarnya mereka begitu bahagia ketika aku selalu ziarahi mereka.
"Apa yang telah aku perbuat, ha?" Tanyaku, menyinga setelah mendengar selarannya. Aku menjamah wajahnya tepat-tepat. Ternyata bibirnya masih mongel dan matanya masih bercahaya. Ah! Masih lembut dan ayu wajahnya.
"Banyak perkara yang emak lakukan hingga menyinggung perasaan ayah!" Salbiah ingin meluahkan pendapat.
"Hm! Cuba kamu katakan!" Desakku.
"Pertama, emak selalu mengawal ayah apabila ayah ingin ziarah ke rumah kami. Emak saja yang selalu ziarah kami. Ayah selalu tinggal seorang diri di rumah!"
"Lagi, apa ha?" Tanyaku bersama perasaan marah dan akur.
"Segala harta pusaka emak yang berkuasa. Ayah seolah-olah tidak berhak apa-apa. Pembahagian harta pusaka kepada kami tidak seimbang. Adik Salhah yang kurang berpelajaran dan cacat itu, hidup bersama suaminya sebagai petani, emak tidak peduli langsung. Sedangkan adik itulah kesayangan ayah," jelas Rahmat, ketika mereka berhujah bersama.
"Lagi, lagi apa ha?" Tanyaku pula menyeringai.
"Emak lebih mementingkan diri sendiri daripada keluarga. Ramai keluarga kita yang bermusuhan dengan kita. Pak Ngah Dollah bermusuh dengan kita kerana sawah yang emak sewakan kepadanya, terus saja emak rampas dari tangannya kerana Pak Ngah tidak mampu bayar sewa. Sedangkan musim itu sawahnya tidak menjadi!" Jelas Bahadur pula.
"Pak Su Senapi pula tersinggung dengan emak kerana dusun pusaka kita di Bukit Anak Chelung, yang selama ini kita bergilir-gilir memungut hasilnya, mak katakan hak milik datuk. Bukan pusaka bersama. Pak Su tidak lagi datang ziarah kita," selar Rusminah lagi.
"Kami amat kesal. Emak sembahyang setiap hari. Di manakah keimanan emak?" Selar Salbiah pula.
"Emak sudah pergi ke Makkah. Tapi ayah?" Tokok Rahmat.
Demikianlah empat beranak kita menyelar apa yang kulakukan selama ini.
Setelah itu aku hanya menunduk! Cuma menunduk! Akur dengan kata-kata mereka. Ya! Aku insaf sekarang. Insaf di atas kesalahanku.
"Pulanglah! Aku tidak terdaya lagi menanggung penderitaan ini, abang!" Seruan itu terus bergema dalam sanubarinya. Dan pandangannya kian berpinar-pinar.
Kini anak-anak kita semuanya sudah pulang ke tempat kediaman masing- masing. Sebagai jururawat, Rusminah tentu tidak dapat bercuti panjang. Bahadur pula amat bimbang meninggalkan isterinya yang sudah hampir melahirkan anaknya yang kelima. Demikian juga Rahmat, tentu sibuk dengan tugasnya.
Cuma Salbiah, acap kembali ziarahi aku setelah pulang seminggu ke rumahnya di Ipoh. Akan tetapi kau tidak juga pulang. Salbiah seperti berputus asas setelah seminggu pula menunggu kepulanganmu. Dia juga terpaksa pulang untuk menjaga kedai dan perniagaannya.
"Kini aku tinggal keseorangan dan kesepian, abang. Pulanglah!" Seruan itu terus bergema dan menggigit perasaannya.
Orang tua itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya kosot- masai. Seluruhnya berwarna putih. Jejarinya yang kurus meruncing, tersembul urat, berbongkol di sana-sini menyapu wajahnya yang berkedut dan berlurah-lurah itu.
Tiba-tiba sejurai air mata menuruni kedut dan lurah di pipinya. Dibiarkan air jernih itu mengalir sehingga menitis di atas pahanya. Dia tahu, itulah air bening yang keluar dari kolam penginsafannya.
Ya, kini dia benar-benar insaf di atas segala tindak-tanduk dan perlakuannya selama ini. Sebagai seorang isteri yang telah sekian lama bergelut mendirikan kehidupan bersama suaminya, tidak sepatutnya dia bertindak begitu.
Sesungguhnya, anak-anaknya menyedari apa yang dilakukannya selama ini. Sifat tamak dan haloba itulah sebab utama pemergian suaminya, Salihin. Seorang Salihin yang benar-benar soleh menemani hidupnya.
"Mengapa aku perlakukan demikian?" Kekesalan itu benar-benar tumbuh kampung dan halaman rumahnya, setelah saban hari dia menunggu di muka pintu, pagi, petang hingga ke kaki senja tiba-tiba muncullah seorang Salihin di halaman rumahnya. Seorang Salihin yang berpakaian jubah putih, berserban, sambil membimbit sebuah beg pakaian.
"Benarkah kau pulang, abangku? Jerit batinnya.
Dia menggosok-gosok matanya yang pudar dan berpinar-pinar kerana sekian lama kekurangan tidur. Sekali lagi dia melihat ke halaman rumahnya: Ternyata dia adalah Salihin. Segera dia menerkam ke arah Salihin dan sujud ke kakinya.
"Maafkan Sopiah, abang!"
Salihin tersenyum dan mengangguk-angguk sambil mengangkat tubuh isterinya.
"Ke mana abang pergi selama ini?" Tanyanya.
"Ke Makkah, menunaikan rukun Islam ke lima!"

No comments:
Post a Comment