Oleh Zulmad
"MAMA. Mama. Kasihanlah aku."
"Mama. Mama. Jangan tinggalkan aku. Mama, aku takut. Aku keseorangan. Aku rindu pelukanmu. Aku rindu belai mesramu, mama!"
Suara tangisan, suara rayuan, suara pilu itu bagaikan sayup-sayup kedengaran.
"Wahai manusia yang alpa. Manusia yang tak bertanggungjawab. Mengapakah aku dibunuh? Apakah dosaku? Apakah salahku sehingga tergamak engkau lakukan begini terhadapku? Jawablah! Siarkan ke seluruh penjuru alam. Biar mereka tahu. Biar mereka baca. Biar mereka insaf."
Setiap malam dan setiap saat suara itu sering muncul, mengganggu Azimah. Dia kini semakin kalut, semakin takut. Seringkali Azimah termenung mengenangkan nasibnya yang malang.
"Azimah. Sekiranya mak mati jagalah diri baik-baik. Tidak ada siapa lagi untukmu di dunia ini. Jangan tinggalkan kampung ini. Jangan duduk dengan Pak Long kamu. Mak Long kamu tak suka. Kau yatim, kau miskin. Dia cemburu. Dia dengki dan hasad."
Itulah kata-kata terakhir ibu. Tepat sekali kata ibu itu. Azimah tiada siapa lagi. Dia anak tunggal. Anak manja. Dialah lelaki dan dia jugalah perempuan. Ayah dan ibu cuma ada Azimah, tetapi sayang ayah meninggal dipagut ular tedung senduk sami sewaktu merumput di bendang. Ibulah yang membesarkan Azimah semenjak sepuluh tahun lalu.
Ibunyalah yang membanting tulang empat kerat memberikannya makan dan menyekolahkannya sehingga tamat tingkatan lima dengan gred tiga, tetapi kini ibu juga sudah tiada.
"Dengan siapa aku nak tumpang? Abang tak ada, kakak lagi jauh," bisik Azimah sewaktu ibunya dibawa turun dari rumah oleh Lebai Ali. Pak Long? Ah! Dia terlalu takutkan Mak Long. Perempuan yang dinikahinya di Siam 30 tahun lalu itu terlalu berkira dan hasad dengki. Pak Long diperkudakan itu dan ini. Apa yang orang lain ada dia nak juga. Kalau tidak dapat dia sanggup berjumpa dengan bomoh Siam di sempadan. Biar rumah tangga orang itu runtuh berkecai.
Mak pun pernah derita. Dituduhnya emak menjual diri pada Tokeh Ailing apabila melihat tubuh emak disaluti emas yang dibelikan oleh ayah. Emak disantau sehingga muntah darah, penyakit yang menjemput emak mengadap Ilahi dalam usia 43 tahun. Dijajanya ke seluruh kampung. Emak jual diri kerana ingin kaya. Bini Man Sakai pelacur.
Sekarang cuma ada Pak Ngah. Dialah satu-satunya abang yang disayangi emak. Pak Ngah tidak seperti Pak Long selepas kematian Mak Ngah lapan tahun lalu dia tidak pernah berkahwin lagi. Dia cukup sayang pada Azimah. Azimahlah satu-satunya anak saudaranya. Dia tidak ada anak. Pak Long juga tidak ada anak. Mungkin keluarga emak sudah ketandusan zuriat. Pak Long dan Pak Ngah tidak ada langsung keturunan. Cuma emak. Itupun aku seorang.
"Mama. Mama. Kasihanilah aku. Aku rindu pelukanmu. Aku rindu belaianmu. Mengapa engkau tinggalkan aku dalam kedinginan?"
Suara itu datang lagi mengganggu Azimah, suara yang amat ditakuti. Dia takut kini. Dia malu pada masyarakat sekeliling.
"Anak tak mengenang jasa. Anak tak tahu diuntung." Itulah kata-kata yang ditakutinya. Perlahan-lahan diusapnya air mata yang menitis deras.
Malam itu dia bermimpi lagi sebagaimana malam-malam sebelumnya. Kali ini lebih dahsyat, lebih ngeri. Badannya disula dan didiangkan di atas api yang maha panas. Pedih dan panas seluruh badan, tetapi dia tidak mati. Dia meraung, melolong meminta tolong. Tiada siapa yang sudi menolong.
"Aku dahaga! Aku haus! Berikan aku air, aku mahu minum!" Pinta Azimah.
Seketika datanglah setempayan air entah dari mana. Manusia budiman manakah yang rela membantu.
"Terima kasih," bisik Azimah. Dengan rakus Azimah membuka tudungnya, tetapi bau air itu begitu meloyakannya. Danur bercampur nanah. Di sudut sana ada seorang anak kecil melambainya. Dilambaikannya kembali.
"Mama. Mama," panggil budak itu.
"Siapa mama kamu? Aku bukan mama kamu. Aku tak pernah berkahwin. Aku tak punya anak. Aku anak yatim. Tahu?" Bentak Azimah.
"Mama. Mama." Suara itu datang lagi.
"Mah. Oi Mah." Suara itu mengejutkan lamunan Azimah.
"Mah. Pak Ngah tengok dalam sehari dua ni kau murung saja. Kau sakit?" Azimah menggelengkan kepalanya.
"Habis, kenapa kamu diam saja?" Soal Pak Ngah lagi.
"Pak Ngah. Semenjak kematian ayah dan ibu, Pak Ngahlah orang yang paling hampir dengan Mah. Mah anggap Pak Ngah macam ayah Mah sendiri. Tak macam Pak Long. Nama saja bapa saudara, semenjak kematian mak, Pak Long tak pernah jengok Mah. Tak pernah bertanyakah khabar Mah. Sakitkah Mah, demamkah Mah? Tak pernah ditanya langsung."
"Kau fikirkan Pak Long kau Mah? Biarkanlah dia dengan dunianya. Dia bukan tak sayangkan kau. Kaulah satu-satunya zuriat keturunan kami. Dia juga sayangkan kau sebagaimana Pak Ngah sayangkan kau. Dia cuma takutkan Mak Long kau saja. Bukan kau tak tahu perangai Mak Long kau tu? Tak boleh langsung Pak Long kau berbaik dengan adik beradiknya. Takut habiskan harta," terang Pak Ngah.
"Mah, jangan ikut hati. Nanti sakit siapa susah? Pak Ngah susah, kau lagi susah," pujuk Pak Ngah sambil mencapai kopiah lalu turun menuju ke kedai kopi Minah Janda.
Pak Ngah memang cukup baik. Sama baiknya dengan Ramli. Ramli, pemuda kampung yang selama ini menjadi buah hatinya. Dialah tempat Azimah mengadu selain Pak Ngah. Dia amat memahami. Dia amat penyayang dan penyabar.
Tetapi, kini Ramli di ibu kota. Dia sedang berkursus. Kursus sebagai seorang pegawai polis, katanya.
Sudah empat bulan dia di sana. Tiada berita yang diterima. Hendak pergi bertanya di rumah Lebai Ali, dia malu.
"Pak Ngah, saya nak ke KL. Nak cari kerja. Dah setahun saya di sini. Pak Ngah bersusah payah mencari makan. Sekarang Pak Ngah dah tak berapa sihat. Biarlah saya ke kota dan bekerja. Gred tiga sekurang-kurangnya boleh jadi kerani. Bolehlah saya bantu Pak Ngah," pujuk Azimah kepada Pak Ngah pada satu petang.
"Pak Ngah bukan tak bagi kau pergi. Kau tu perempuan. Macam-macam boleh terjadi. Bukan kau tak baca dalam akhbar. Tiap-tiap hari, rogol, pelacuran dan buang anak. Siapa yang menjadi mangsa? Perempuan, kan?" Pak Ngah cuba pertahankan Azimah di kampung itu dengan hujahnya.
Malam itu tanpa pengetahuan Pak Ngah Azimah bertolak ke KL untuk mencari kerja sebagai kerani. Hanya secebis nota ditinggalkannya.
"Budi baik Pak Ngah hanya Tuhan yang akan dapat membalasnya. Mah minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan dan minum Mah selama ini."
Sampai di Puduraya, Azimah terkebil-kebil. Tak tahu ke mana hendak pergi. Di mana hendak tinggal?
"Nak, pagi-pagi buta ni nak ke mana?" Soal seorang perempuan separuh umur.
"Saya baru sampai di sini mak cik. Tak tahu ke mana nak tinggal. Saya nak cari kerja." Semenjak itu Azimah tinggal dengan perempuan yang dipanggilnya mak cik itu. Dia juga bekerja dengan mak cik.
Malam itu suara ghaib datang lagi.
"Mama. Mama. Kasihanilah saya."
Azimah bingkas bangun. Diusapnya perut yang sedikit memboyot. Dia takut kini. Dia malu.
"Kalaulah mak cik tahu, tentu aku dihalaunya," bisik hati Azimah.
Ramli, di mana kau sekarang? Mana janjimu sewaktu kita bersama di Pantai Merdeka dahulu. Di mana tanggungjawabmu? Lihatlah Ramli. Anak kita sedang membesar. Sekarang dia dah pandai menendang-nendang. Sudah tentu wajahnya setampan engkau, Ramli.
Bagaimana harus aku hadapi segala dugaan ini? Kalaulah mak cik tahu sudah tentu aku diusirnya. Pergi seperti anjing kurap. Ke mana aku akan pergi lagi? Di mana aku akan tinggal di kota raya ini?
Aku tak mahu jadi pelacur. Aku tak mahu jadi perempuan simpanan. Hanya aku mahu engkau. Aku mahu menjadi isterimu sehingga akhir hayatku. Syukur Ramli, aku bunting pelanduk. Tak ada orang yang perasan walaupun anak kita dah enam bulan aku kandung, bisik Azimah sendirian.
"Apa yang harus aku lakukan sekarang? Haruskah aku gugurkan saja kandungan ini? Atau, aku akan melahirkannya dan membiarkan masyarakat mencemuh aku?" Cetus hati Azimah.
"Aku tak mahu minum! Busuk. Jijik. Hanyir. Bau bangkai. Aku manusia, bukan binatang. Manusia minum air bersih, bukan air danur bercampur nanah."
Azimah teringat kembali mimpinya tadi. Mimpi yang sama seperti dia di kampung dahulu.
"Anak haram itu tidak hina. Anak haram itu tidak berdosa. Janganlah kamu menggugurkannya. Janganlah kamu membunuhnya. Walaupun dia anak luar nikah, anak haram. Tapi bayi itu suci. Didiklah anak itu sebaik-baiknya seperti mana kamu mendidik anak-anak halal. Yang berdosa ialah ibu dan bapa anak itu. Ibu dan bapa yang tak bertanggungjawab. Lelaki dan perempuan jenis itu macam binatang. Binatang pun tahu sayangkan anak. Ini tidak, bila mengandung bunuh anak itu. Gugur anak itu." Azimah teringat kembali kata- kata ustaz sewaktu memberi ceramah di dewan masyarakat dua tahun lalu.
"Apa yang harus aku buat sekarang? Ya Allah, ampunlah dosaku, peliharalah maruahku dan panjangkanlah usiaku," itulah doa yang diucapkannya sepanjang lima bulan lalu. Doa yang muncul selepas peristiwa bersama Ramli di Pantai Merdeka.
Pagi itu, setelah siap memasak di kedai, Azimah ke Klinik Chow. Keputusannya nekad. Biar habis tujuh ratus wang simpanannya. Janji, arang di mukanya dicuci. Dibasuh sebersih-bersihnya. Putih, bersih dan berseri selama tujuh keturunan.
Sepanjang perjalanan, suara ghaib datang mengganggu. "Mama. Mama. Jangan bunuh saya."
"Orang yang menggugurkan bayinya secara haram, orang yang membunuh bayinya semata-mata untuk menutup malu neraka jahanamlah tempatnya. Minumlah air danur bercampur nanah. Kalau bayi itu dibuang berlipat ganda dosa yang kita dapat. Pertama, dosa berzina dan kedua, dosa membunuh." Kata-kata ustaz sewaktu memberi ceramah bermain-main dalam benak Azimah.
Klinik Chow hanya tiga pintu lagi. Azimah berhenti. Fikirannya kacau kini. Antara dosa dan maruah, Azimah berpatah balik.
"Anak tak guna. Nak bagi malu muka mak bapak. Tak sedar diri. Umur baru setahun jagung dah pandai ada boyfriend. Apa? Kau nak tiru anak-anak perempuan zaman sekarang? Berkepit sana, berkepit sini. Tak tahu mana haram mana halal?" Leter Mak Mah, mak cik yang ditumpangi Azimah kepada anak perempuannya yang berusia tiga belas tahun.
"Apa kau nak jadi, Idah? Kau muda lagi. PMR pun belum lulus dah ada kekasih. Kau tak malukah, nanti gagal dalam PMR? Sekali lagi, kalau kau berjalan lagi dengan budak jantan tu, mak nak repot pada cikgu kau. Faham?" sergah Mak Mah.
Idah hanya menangis. Azimah yang baru sampai terkebil-kebil. Dilihatnya muka Mak Mah. Merah macam udang kena bakar dan nafasnya menyinga. Terlalu marah barangkali. Azimah naik perlahan-lahan.
"Azimah. Ke mana kau tadi? Tak nampak pun di kedai?"
"Saya ke klinik mak cik," jawab Azimah.
"Apa, kau sakit ke, Azimah?"
"Batuk sikit," jawab Azimah acuh tak acuh.
Petang itu Mak Mah berleter lagi. Leteran kali ini membuatkan Azimah menjadi cuak.
"Apa nak jadi dengan dunia hari ini? Hari-hari cerita buang anak. Kalau tak mau anak jangan lakukan kerja terkutuk itu. Itulah orang betina, kena pujuk sikit serah semua. Bila dah menjadi siapa nak tanggung?"
Azimah keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu, duduk bersebelahan Mak Mah dan sama-sama melihat Berita Wilayah.
"Apa yang mak cik bising tadi?" Soal Azimah memulakan perbualan.
"Tu hah. Tiap-tiap hari TV beritahu anak yang baru lahir dibuang. Tak ada langsung hati perut. Tak kesian kepada budak tu. Dia bukan tahu apa- apa. Kalau tak mahu anak jangan mengandung!" Mak Mah mula bersyarah.
"Mak cik, kalau ada anak macam tu, mak cik bunuh. Biar masuk jel. Biar dihukum mati oleh mahkamah, mak cik rela daripada tanggung malu. Perkara macam inilah mak cik takut berlaku ke atas Idah. Dia budak-budak. Bukan tahu apa. Yang dia tahu nak syok, nak seronok," sambung Mak Mah sambil menceritakan mengapa Idah dimarahinya tengah hari tadi.
"Yalah mak cik. Orang hari ni tidak ada langsung sifat kemanusiaan. Budak kecil bukan tahu apa-apa. Yang salah lelaki dan perempuan yang buang anak tu." Azimah menyokong pandangan mak cik.
Petang itu perbualan Azimah dan Mak Mah hanya tertumpu kepada masalah sosial hari ini. Masalah pembuangan bayi dan penderaan anak-anak.
Malam itu Azimah tidak dapat melelapkan matanya. Kata-katanya sewaktu berbual dengan Mak Mah memerangkapkan dirinya. Dia rasa malu kini. Dia hipokrit.
"Kalau Mak Mah tahu mati aku," bisik hati Azimah. Dia takut kini. Dia takut Mak Mah tahu dia mengandung tanpa suami.
"Mama. Sekiranya mama mati, saya akan doakan keampunan untuk mama. Saya akan menjadi anak yang saleh. Saya akan jaga segala kebajikan untuk mama. Mama, janganlah bunuh saya. Mama kasihanilah saya."
"Buat apa mereka buang bayi itu. Kalau malu, kalau tak sanggup bela, serah pada Mak Mah. Mak Mah boleh bela budak-budak tu. Mak Mah boleh jaga mereka. Harta Mak Mah cukup kalau setakat nak bela sepuluh orang budak."
Suara ghaib dan kata-kata Mak Mah petang tadi silih berganti dalam fikiran Azimah. Azimah semakin kacau kini. Kalau memikirkan bala yang sedang dikandungnya. Azimah mesti membuat keputusan sekarang. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi bayi itu akan dilahirkan.
Kini, Azimah telah mendapat keputusan. Anak yang dikandungnya akan dipelihara. Dia akan mendidik anak itu sebaik-baiknya. Dia akan pastikan anak itu menjadi anak yang beriman. Biar anak itu nanti berdoa akan kesejahteraannya.
Dia bertekad. Pagi esok dia akan terangkan segala yang berlaku ke atasnya kepada Mak Mah. Mungkin Mak Mah akan menerimanya. Azimah tidak mahu menjadi orang yang tidak bertanggungjawab. Berani buat berani tanggung.
Dia tidak mahu disula dan didiangkan di atas bara api yang panas. Dia tidak mahu meminum air danur bercampur nanah. Dia tidak mahu menjadi penghuni neraka. Dia berjanji kini. Selepas diberitahu kepada Mak Mah dia dikatakan oleh ustaz dalam ceramahnya.
Malam itu Azimah tidur dengan nyenyak sekali. Fikirannya lapang. Tidak ada lagi suara anak kecil yang bertelanjang bulat mengganggunya.
MAYAT BAYI DALAM BUNGKUSAN PLASTIK DITEMUI DALAM TONG SAMPAH.
Demikian bunyi tajuk sebuah berita yang tersiar dalam akhbar hari itu. Dan di rumah Mak Mah, Azimah didapati telah menghilangkan diri. Hilang bersama maruah dan tanggungjawab yang baru malam tadi diyakininya.

No comments:
Post a Comment