Oleh Julio Cortzar
ADA ketikanya aku asyik memikirkan axolotl. Aku ke akuarium di Jardin des Plantes untuk melihatnya dan aku duduk di situ berjam-jam melihatnya, memerhatikan kelakuannya, geraknya yang amat sedikit. Sekarang aku sendiri sudah menjadi axolotl.
Aku terpikat dengannya secara kebetulan pada suatu pagi musim bunga sewaktu Paris dibenderangi cahaya aneka warna saujana mata memandang selepas perayaan Lent musim sejuk. Aku sedang melewati boulevard Port- Royal, kemudian masuk ke jalan Saint-Marcel dan L'Hopital, di situ aku melihat kehijauan di antara kekelabuan dan teringat pula kepada singa itu. Aku adalah sahabat kepada singa dan harimau kumbang, tetapi tidak pula aku pernah masuk ke dalam bangunan lembab dan gelap di situ.
Aku menyandarkan basikalku pada kekisi dan kemudian pergi melihat bunga tulip. Singa itu kelihatan bersedih dan hodoh sementara harimau kumbangku pula sedang tidur. Aku pun membuat keputusan berkunjung ke akuarium, melihat secara sepintas lalu ikan yang biasa. Dan dalam pada melihat itu, tidak kuduga, aku tertarik kepada axolotldi situ. Selama satu jam aku duduk melihatnya dan kemudian keluar, tidak dapat hendak melupakannya.
Di perpustakaan di Sainte Genevieve, aku merujuk sebuah kamus dan aku dapati rupa-rupanya axolotl ini dalam peringkat larva (beringsang) dari spesies salamander dari genus Ambystoma. Aku tahu bahawa axolotl ini berasal dari Mexico dengan melihat wajah kecil merah jambu Aztecnya dan pelekat penunjuk di atas tangki.
Aku membaca dan mengetahui ada beberapa spesiesnya ditemukan di Afrika, sesuai hidup di atas tanah kering pada musim kemarau, dan kemudian meneruskan kehidupannya di dalam air apabila datang musim hujan. Aku ketemukan nama Sepanyolnya, ajolote, dan keterangannya mengatakan ia boleh dimakan, dan juga minyaknya digunakan (kini tidak lagi digunakan, kata pernyataan itu) seperti minyak ikan kod.
Tidak pula aku mengambil berat merujuk kepada kajian terperinci mengenainya, tetapi pada hari esoknya aku pergi lagi ke Jardin de Plantes. Aku bercadang hendak ke sana setiap pagi dan petang pada hari-hari tertentu.
Pengawal akuarium tersenyum bingung sambil mengambil tiketku. Aku akan bersandar pada besi kalang di hadapan tangki dan mula memerhati pada axolotl itu. Tidak ada apa yang aneh dalam hal ini, kerana setelah beberapa ketika aku tahu bahawa ada semacam perhubungan di antara kami, bahawa ada sesuatu yang sudah hilang secara abadi dan jauh membuat kami tertarik di antara satu sama lain.
Sudah cukup untuk memaksaku berdiri sepanjang pagi di hadapan kepingan kaca yang di dalamnya buih mengapung ke atas, di dalam air itu. Axolotl itu berkumpul di atas lantai sempit yang teruk keadaannya (cuma aku saja yang tahu betapa sempit dan teruknya), penuh dengan lumut dan batu di dalam tangki itu. Terdapat sembilan spesimen, dan kebanyakannya menekan- nekankan kepala masing-masing ke keping kaca, dengan mata emas memandang kepada sesiapa saja yang datang hampir dengannya.
Berasakan kurang senang, dan hampir termalu, aku seperti terberahi untuk meneliti bentuk kaku dan diam terlonggok di dasar tangki. Secara mental aku mengasingkan seekor, yakni yang berada di sebelah kanan dan agak terpisah daripada yang lainnya, untuk kuteliti dengan lebih terperinci lagi.
Aku melihat tubuh kecil berwarna merah mawar, lut cahaya (aku terfikirkan patung kecil Cina diperbuat daripada kaca berwarna kuning susu), kelihatan seperti seekor cicak kecil yang panjangnya kira-kira enam inci, dan ekornya seperti ekor ikan yang amat lazat, yakni bahagian paling sensitif pada tubuh kita. Di atas belakangnya terbaris sirip yang lut sinar yang tersambung pada ekornya, tetapi yang memenuhi fikiranku ialah kakinya, runcing dan amat indah, yang pada hujungnya terserlah kukunya yang halus seperti kuku manusia. Kemudian aku menemukan matanya, mukanya. Wajah menarik, tanpa sifat lain kecuali mata dan lubang seperti kerongsang, bersifat kental atau lut sinar keemasan, tidak bernyawa tetapi memandang, mengizinkan dirinya ditembusi pendanganku, yang nampaknya bergerak pantas menerusi paras keemasan dan kemudian hilang di dalam misteri yang jarang dan halus.
Suatu lingkaran cahaya hitam halus melingkari matanya dan terguris pada isinya yang berwarna merah jambu, pada batu berwarna merah di atas kepalanya, berbentuk tiga segi dan kelihatan samar-samar, tetapi tepinya melengkung dan tidak sekata, semacam patung yang dihakis zaman.
Mulutnya ditopengi paparan rata mukanya yang berbentuk tiga segi, saiznya yang agak besar itu hanya boleh diagak dengan melihat pada profilnya; di depannya terdapat rekahan yang amat halus yang hampir membelah batu tidak bernyawa itu.
Di kedua-dua belah kepala yang sepatutnya terletak telinganya, tumbuh pula tiga tangkai berwarna merah seperti karangan, terbonjol, yang pada fikiranku tentu itulah insangnya.
Dan benda itu saja yang tampak bergerak cergas; setiap sepuluh atau lima belas saat tangkai itu tercangak keras dan mengendur semula. Sesekali sebelah kakinya akan bergerak sedikit, dan aku melihat jari kakinya yang sangat kecil bergerak lembut di atas lumut.
Bukannya kami tidak gembira untuk melakukan lebih banyak pergerakan, cuma kerana tangki itu terlalu sesak amat sukar buat kami bergerak ke arah mana pun dan kami menyentuh sesama kami dengan ekor atau kepala kami hingga menimbulkan kesusahan, pergaduhan, keletihan. Waktu berasakan seperti tidak bergerak sekiranya kami terus berada dalam keadaan diam.
Keadaannya yang diam itulah menggalakkan aku bersandar ke arah mereka, mempesonakan aku apabila pertama kali melihat axolotl itu. Secara samar- samar nampaknya aku mula mengenali rahsia azamnya, untuk menghapuskan ruang dan waktu dengan suatu kekakuan yang bersahaja.
Kemudian aku mula lebih memahaminya; pengecutan insangnya, pergerakan kakinya yang seni yang boleh dikira di atas batu, renangnya yang tiba-tiba (beberapa ekor berenang dengan tubuhnya beralun senang) membuktikan kepadaku bahawa axolotl itu berupaya menyelamatkan diri daripada kelesuan mineral yang menjadi tempat tinggalnya selama waktu itu.
Yang paling mempesonakan aku ialah matanya. Di kedua-dua tangki bersebelahan, beberapa jenis ikan mempamerkan kepadaku kebodohan bersahaja pada mata mereka yang kacak yang sama seperti mata kita sendiri. Mata axolotl itu berkata kepadaku mengenai kehadiran suatu kehidupan yang berbeza, suatu cara lain untuk melihatnya.
Aku melekapkan mukaku pada kaca (pengawal itu akan terbatuk-batuk marah sekali dua), untuk melihat titik runcing keemasan yang amat kecil itu, pintu masuk ke dunia abadi yang amat perlahan dan terpencil bagi makhluk berwarna merah ini.
Tidak ada guna menjentik dengan sebatang jari pada kaca bertepatan muka mereka; sedikit pun mereka tidak memberikan tindak balas. Mata yang keemasan itu terus menyala dengan cahaya lembut, menakutkan; mata itu terus memandang kepadaku dari dasar yang tidak terduga yang memeningkan aku.
Namun mereka amat dekat. Ini aku sudah tahu terlebih dulu, sebelum aku menjadi seekor axolotl. Aku mengetahuinya pada hari aku mendekatinya buat pertama kali. Sifat antropomorfik seekor monyet menampakkan kebalikan yang dipercayai kebanyakan orang, jarak yang bergerak dari mereka ke kita. Ketiadaan langsung persamaan di antara axolotl dengan makhluk manusia membuktikan kepadaku bahawa pengamatanku itu adalah sah, bahawa aku juga tidak mengangkat diriku dengan anologi mudah. Cuma tangan kecil itu ... Tetapi sejenis cicak kecil, mengkarung air, juga ada tangan seperti itu, dan di antara kami tidak langsung ada keserupaan. Pada pendapatku itulah kepala axolotl yang berbentuk tiga segi dengan mata kecil seperti emas. Itulah yang memerhati dan mengerti. Itulah yang menuntut. Mereka itu bukannya haiwan.
Tampak mudah, dan agak jelas untuk terhumban ke alam mitologi. Aku mula melihat penjelmaan dalam diri axolotl yang gagal membatalkan misteri kemanusiaannya. Aku membayangkan mereka sedar, hamba kepada jasadnya, terkutuk buat abadi di kesepian jurang yang amat dalam, bertafakur yang tidak mempunyai apa-apa harapan.
Renungan butanya, cakera emasnya yang amat kecil tanpa perasaan sebaliknya bersinar menakutkan, menusuk diriku seperti membawakan semacam pesanan: "Selamatkanlah kami, selamatkanlah kami." Aku dapati diriku menggumamkan kata-kata nasihat, menyampaikan harapan yang kebudak-budakan. Axolotl itu terus memandang kepadaku, masih kaku; dari semasa ke semasa ranting insang berwarna merah itu menegang. Pada ketika itu aku berasakan sakit yang amat sangat. Mungkin mereka melihat aku, menarik tenagaku untuk menembusi benda yang tidak boleh ditembusi dalam kehidupan mereka.
Mereka bukan makhluk manusia, tetapi belum pernah aku dapati dalam mana- mana haiwan hubungan yang amat jelas dengan diriku. Axolotl itu adalah seperti saksi kepada sesuatu, dan pada waktu tertentu seperti hakim yang menggerunkan. Aku berasa terhina di hadapan mereka; kerana terlihat semacam kesucian yang menakutkan dalam mata yang lut sinar itu. Mereka itu adalah larva, tetapi larva bermakna menyamar dan juga fantom. Di sebalik wajah Aztec, tanpa perasaan tetapi kezaliman yang tidak mudah dibujuki, apakah yang diperhatikan pada waktu itu?
Aku berasa takut pula menghadapi mereka. Fikirku, kalaulah aku tidak berasakan yang diriku hampir dengan pelawat lain dan juga pengawal, pasti aku tidak cukup berani untuk tinggal seorang diri bersama axolotl itu. "Hei, kamu makan binatang tu hidup-hidup dengan mata kamukah?" kata pengawal, ketawa.
Pada fikirannya aku ini sudah miring. Apa yang dia tidak lihat ialah mereka itulah yang sedang membaham aku sedikit demi sedikit dengan mata mereka, dalam kanibalisme keemasan.
Dalam jarak mana pun aku berada di akuarium itu, aku hanya memikirkan mereka, seolah aku dikesan dari jarak yang jauh. Sampai setiap hari pula aku ke sana, dan pada waktu malam aku memikirkan mereka kaku di dalam kegelapan, perlahan-lahan menghulurkan tangan yang dengan segera pula menemukan yang lain. Mungkin mata mereka dapat melihat dalam gelap malam, dan bagi mereka siang akan berlanjutan tidak berpenghujung. Mata axolotl itu tidak punya kelopak.
Sekarang aku tahu tidak ada yang aneh. Ia terpaksa berlaku begitu. Sambil membongkokkan badanku di hadapan tangki setiap pagi, tampak lebih jelas segalanya. Mereka sedang terseksa, setiap gentian dalam tubuhku menjangkau ke arah sakit yang melemaskan, penyeksaan yang kaku di dasar tangki.
Mereka dalam keadaan menunggu sesuatu, kemusnahan sebuah kuasa yang terpencil letaknya, zaman kebebasan apabila dunia menjadi seperti axolotl itu. Adalah mustahil kelahiran yang menakutkan yang berupaya menggulingkan kekosongan yang dipaksakan pada muka batu mereka harus membawa sebarang pesanan selain daripada rasa sakit, sebagai bukti hukuman abadi, neraka cecair yang sedang mereka lalui itu.
Aku gagal membuktikan kepada diriku sendiri bahawa kewarasanku sebenarnya sedang melunjurkan kesedaran yang tidak wujud terhadap axolotl itu. Mereka dan aku sendiri memang tahu. Jadi tidak ada apa yang aneh dengan apa yang terjadi. Mukaku terlekap pada kaca akuarium, mataku sekali lagi mencuba menerjah misteri mata emas itu. Aku melihat dengan lebih dekat lagi pada muka seekor axolotl yang kaku di sebalik kaca. Tidak bergerak, malah tidak juga terkejut, aku melihat mukaku tertampan pada kaca. Aku melihatnya di luar tangki, aku melihatnya di sebelah sana kaca. Kemudian mukaku tersentak dan fahamlah aku.
Cuma satu saja perkara ganjil: untuk terus berfikir seperti biasa, untuk mengetahui. Untuk merealisasikannya, untuk detik awal, seperti rasa takut seorang yang ditanam hidup-hidup ditakdirkan hidup semula. Di luar, mukaku semakin rapat kepada kaca itu semula, aku melihat mulutku, bibirku menggertap berusaha untuk memahami axolotl itu.
Aku kini seekor axolotl dan sekarang aku segera tahu tidak ada kemungkinan lagi untuk memahaminya. Dia berada di luar akuarium, pemikirannya adalah pemikiran di luar tangki. Aku mengenalinya, dan dia sememangnyalah dia, sementara aku seekor axolotl dan di dalam duniaku sendiri.
Perasaan menggerunkan pun mula aku pelajari pada masa yang sama mempercayai diriku menjadi tawanan di dalam tubuh seekor axolotl, terjelma ke dalam dirinya dengan minda kemanusiaanku yang tidak terjejas, tertanam hidup-hidup di dalam seekor axolotl, terkutuk untuk bergerak bersinar- sinar di antara haiwan yang tidak sedar itu.
Tetapi dia terhenti apabila sebelah kaki menggeser mukaku, sewaktu aku berganjak sedikit ke sisi dan melihat seekor axolotl di sampingku, memandangku, dan faham yang dirinya juga tahu, bahawa tidak mungkin adanya perhubungan, tetapi amat jelas pula. Atau aku juga di dalam dirinya, atau semua kami sedang memikirkan secara manusia berfikir, tidak berupaya untuk melahirkan apa-apa, dan terhad kepada keindahan mata kita yang keemasan melihat pada luka lelaki yang terlekap pada kaca akuarium.
Dia datang lagi beberapa kali, tetapi tidak sekerap sebelumnya. Beberapa minggu pula dia tidak menampakkan diri. Kelmarin ada aku melihatnya, lama dia melihat kepadaku dan kemudian segera berlalu.
Bagiku nampaknya dia tidak begitu berminat terhadap kami lagi, mungkin tabiat sudah berubah. Cuma satu perkara saja aku lakukan, yakni berfikir. Banyak yang dapat kufikirkan. Terlintas padaku bahawa pada mulanya kami terus berkomunikasi, bahawa dia juga amat merasakan misteri yang menjerumuskannya. Tetapi semua jambatan di antara dirinya dan aku roboh, kerana apa sebenar obsesinya kini adalah seekor axolotl, terasing daripada kehidupan manusianya. Fikirku pada mulanya mungkin aku dapat kembali kepadanya dengan cara tertentu ah, cuma dengan cara tertentu dan untu membuatnya berwaspada dengan keinginannya untuk mengetahui kami dengan lebih baik lagi.
Sebenarnyalah kini aku seekor axolotl, dan aku berfikir seperti manusia adalah semata-mata kerana setiap axolotl berfikir seperti manusia di dalam keserupaan batu berwarna merah mawar itu.
Aku yakin bahawa semua ini berjaya dan menghubungkannya dengan sesuatu pada hari-hari awal dulu, sewaktu aku masih menjadi dia. Dan dalam kesendirian terakhir ini apabila dia tidak muncul lagi, aku membujuk diriku dengan memikirkan bahawa mungkin dia akan menuliskan sebuah kisah mengenai kami, bahawa dengan mempercayai dia sedang mereka-rekakan sebuah kisah, dia akan menuliskan segalanya mengenai axolotl.
Terjemahan Nazel Hashim Mohamad
Biodata Penulis Julio Cortzar dilahirkan di Brussels, Belgium pada 1914. Ibu bapanya berbangsa Argentina. Mereka kembali ke Buenos Aires setelah tamatnya Perang Dunia Pertama. Sewaktu menjadi guru beliau mula berjinak-jinak dalam dunia kesusasteraan. Selain cerpen, beliau juga menulis puisi, novel dan terjemahan. Pernah berkhidmat di UNESCO sebagai penterjemah bahasa Inggeris-Perancis-Sepanyol. Antara novelnya yang termasyhur ialah: Opscotch (1963), A Manual for Manuel (1973). Koleksi cerpen pula: All Fires the Fire and Other Stories (1966), A Change of Light and Other Stories (1977), dan We Love Glenda So Much and Other Stories. Cortzar meninggal dunia pada 1984. Dipetik daripada A Hammock Beneath the Mangoes: Stories from Latin America, edited by Thomas Colchie. New York: Penguin Books USA Inc, 1991

1 comment:
blog yang menarik.
jemput singgah ke blog saya
http://idanas.blogspot.com!
Post a Comment