Oleh Abang Median Said
SEMEMANGNYA Sanse tidak tahu. Sesungguhnya dia betul-betul tidak faham. Segala-galanya berlaku di luar dugaan dan jangkaan. Pagi hari itu cuaca cerah tetapi hati Sanse sendiri tidak ikut cerah. Mega mendung yang tiba- tiba muncul dan bergerak pantas melintasi pertentangan dalam dada memberitakan akan datangnya badai. Sanse masih lagi duduk termangu di atas katil. Dia sedar, dirinya bukan lagi insan yang sempurna. Dia sekarang tidak ubah seperti sampah yang hanya menunggu hakisan bolos-bolos.
Sekonyong-konyong fikirannya menerawang jauh pada kisah-kisah semalam yang mengocak hati dan perasaan. Wajah Kundai tiba-tiba kesangsang di tubir ingatan. Lesung pipitnya terserlah menampakkan senyuman yang begitu manis. Perempuan yang berkulit kuning langsat dengan bangun tubuhnya yang sederhana dan berhidung mancung itu begitu jelita pada pandangan Sanse. Bagaimanapun bukan itu sahaja yang membuahkan cintanya. Kundai mempunyai tutur kata yang lemah lembut. Renungan matanya sungguh-sungguh mendebarkan. Inilah yang sering membutakan mata Sanse.
Kebahagiaan keluarganya yang baru berputik diserikan lagi oleh kerdipan bintang yang bergemerlapan apabila Kundai melahirkan anak tunggal mereka, Atie. Kalau diikut-ikutkan hati mahu sahaja dia bertempik, mahu sahaja dia melenting dan menggelinjang untuk meluahkan segala kegembiraan yang terbuku di hati.
Namun keseronokan itu tidak kekal lama. Keseronokan telah bertukar menjadi sejarah hitam yang sukar untuk diputihkan. Sanse tahu setiap makhluk di muka bumi ini akan menemui kematian. Nadi akan berhenti berdenyut suatu hari nanti. Roh akan terpisah dari tubuh, degupan jantung akan terhenti dan jasad akan terkulai patah.
Sanse tidak pernah kesal pada kematian. Allah berkuasa menentukan segalanya. Sanse tidak hirau. Dia juga tidak kisah kalau Malaikat Izrail yang merentap nafas Kundai hingga putus, tetapi nafas Kundai direntap oleh sifat keparat manusia. Sifat kebinatangan mengatasi segalanya.
Hati Sanse diruntun kepiluan apabila mengenangkan saat-saat akhir Kundai bersamanya. Kesayuan menikam jiwanya yang sudah lama dibawa oleh bayangan keresahan. Segala rasa kesayuan itu tertumpah pada wajah Kundai yang sudah pucat dan tiada berseri lagi. Seluruh tubuhnya lembik tidak berkenyal. Keduadua matanya kuyu dan layu, tidak sanggup melihat apa-apa. Hanya mulutnya yang berkecumik untuk meluahkan sesuatu yang misteri.
Perasaan ngeri menyambar tiba-tiba. Akhirnya maut datang juga menjemput Kundai. Ah! Kau sudah tiada lagi, Kundai. Segalanya dirasakan sepi seperti sudah mati. Hati Sanse pedih sengsara. Dia menahan penderitaan yang menyeruak dan menggerenggau kalbunya yang pedih kesedihan. Seorang yang menahan penderitaan boleh menjadi gila. Kegilaan itu akan meraung-raung di dalam kalbu biarpun kegilaannya tidak ditunjukkan kepada orang lain.
Kundai kena polong!
Kundai kena santau!
Kundai kena ... !
"Ah! Persetan itu semua. Pokok persoalannya Kundai mati dibunuh orang. Dikhianat manusia keparat!"
"Tapi... sesuatu perkara itu tidak akan berlaku tanpa hidayat Allah. Ini bermakna Malaikat Izraillah yang bertanggungjawab di atas segala-galanya. Manusia biar sekeparat mana sekalipun hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya di bawah adikara-Nya."
"Tidak! Tidaakkk!!! Aku tahu siapa yang melakukan perkara terkutuk ini." Seketika dia dihanyuti oleh perasaan aneh yang mendalam. Sanse mencongak- congak untuk memastikan siapakah yang seharusnya bertanggungjawab di atas kematian Kundai. Fikirannya berserabut. Sanse tercari-cari kepastian di dalam dirinya.
"Izrail! Izrail yang sebenarnya menyebabkan kematian Kundai." Jiwa Sanse menjadi kalut. Kewarasan fikirannya menjadi genting.
"Manusia tidak pernah diamanahkan untuk membunuh. Setiap insan berhak untuk hidup. Hanya Allah sahaja yang berhak memutuskan nyawa kita." Agitasi itu mencengkam dan menghimpit naluri Sanse. Kata-kata itu hanya berupa gumamnya kepada dirinya sendiri. Sesungguhnya persoalan ini semakin kerap mengetuk pintu fikiran. Ketukan ini dari sehari ke sehari semakin kasar memukul hingga ke sudut-sudut fikiran.
Menjelang tengah hari itu, cuaca mulai redup. Tompok-tompok awan sudah berhimpun mengelilingi kaki langit. Sejalur sinarpun tidak mampu memecah tembok awan yang menghitam sekaligus menghilangkan pijarannya.
Sanse masih lagi tidak faham mengapa dia harus berada di tempat gila itu. Dia ingin meminggirkan dirinya jauh-jauh dari kenangan silam. Sudah berhari-hari Sanse memikirkan persoalan ini. Hati Sanse gelisah. Lebih gelisah daripada segala kegelisahan yang dialaminya selama ini.
Sanse ingin mati. Matilah yang dapat menemukan dirinya dengan Kundai. Dunia mereka terpisah disebabkan kematian. Dia tidak ingin hidup teralun- alun dalam dunia yang penuh noda dan dosa sahaja. Biarlah kenangan masa lampau berkubur bersama kematian, kerana kenangan itulah yang sering mencakar-cakar otaknya. Dia bukan pesimis. Dia optimis sekali bahawa suatu hari nanti dia akan hidup bahagia.
Sanse sudah tidak ada apa-apa lagi selain roh dan hatinya yang seketul itu. Dia dapat merasakan dirinya yang semakin halus dan bening. Nyawanya pasti akan tercabut suatu hari nanti. Namun semua ini ditentukan oleh Allah azza-wajalla yang meruntuhkan setiap kehebatan dan menjahanamkan segala impian. Tiada Kebajikan yang dapat membatalkannya dan tiada air mata yang dapat menangguh ketetapannya. Begitulah!
Tiba-tiba Sanse hilang di dalam dirinya sendiri. Dunianya menjadi gelap. Cahaya matahari sudah tidak ada lagi. Kepulan awan yang redup dengan cahaya yang memijar hilang dari pandangan. Dia benar-benar tidak mengerti. Cahaya merah mulai bergelut dengan kegelapan bola api yang bertelau-telau kian pudar bertindih dengan kesuraman. Adakah ini yang dikatakan kematian? Sanse mulai resah dan takut. Tubuhnya menggigil. Giginya menggelatuk. Manakala bibirnya pucat terbuka tetapi tiada suara yang keluar darinya.
Sanse memejamkan mata. Dan apabila dia membuka matanya semula, hatinya bergerunyut melihat sepasang mata yang lain. Mata Mungkar? Mata Nakir? Dia terpelengak ketakutan. Panahan cahaya yang memancar itu ibarat suatu semburan dahsyat dan singkat seluruh perasaannya bergetar. Dia bagaikan mati. Jantungnya berhenti berdenyut dan jasadnya terasa hanyut.
"Tiddaaakkkk!!!"
Betapa saat itu dia mengharapkan agar masa berhenti dan semua ini cuma igauan sahaja. Satu fantasi. Sanse terperangkap atas risikonya sendiri. Dia melacuri kata-kata yang mendajali fikiran dan melaknati perasaan. Serta-merta perasaan marah yang luar biasa menyeruak di dalam batinnya. Apakah perlu meminta kematian? Apakah yang dapat dia katakan tentang permulaan dari satu akhiran atau akhiran dari satu permulaan.
"Kau bunuh Kundai! Kau pembunuh! Pembunnuuhhh!"
Tuduhan itu menggerutup bersimpongang menojah dan memukul anak telinganya. Sanse cuba gagah-gagahkan dirinya untuk menidakkan tuduhan itu tetapi ingatannya tiba-tiba luput. Dia terjatuh rebah bagaikan selonggok kain lusuh yang tersepuk di dalam lubang najis. Tubuh tuanya benar-benar kendur, terhempuk di permukaan yang entah permukaan apa. Semua ini adalah tuduhan gila. Adiknya Anen telah lemas oleh kegilaan nafsu yang sentiasa menindih dan menggilas sifat kemanusiaan yang tertancap di atmanya.
Sanse menangis kepiluan. Hanya air mata darah yang dapat menyanggah segala tuduhan tersebut. Bayangkanlah betapa gemuruh darah berderau dibuyung dadanya. Kepalanya menjadi berat dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Rasa seram, takut yang berbaur marah amat hebat mencengkam hatinya.
Detik-detik yang bergerak adalah waktu yang penuh tanda tanya bagi Sanse. Dia tidak sedar di mana dia berdiri sekarang. Dia seolah-olah seperti pelaut yang kehilangan pedoman di tengah samudera. Apakah sekarang dia benar-benar mengalami kematiannya? Dia sekarang seperti pencari yang mencari dirinya yang tersembunyi di sebalik dirinya sendiri.
Sanse merasakan kewajarannya untuk membunuh Kundai adalah sifar. Segala- galanya tidak mungkin berlaku. Dia amat mencintai Kundai. Hatinya sudah bersemi di situ. Malah semua isi hati sudah tercurah bahawa mereka tetap akan bersatu biarpun kematian yang memisahkan mereka. Sanse tetap dengan bebanan dalamannya yang terpaksa dicabar dan diperjuangkan juga.
Anen! Kau yang sebenarnya membunuh Kundai.
Anen! Kau yang sepatutnya bertanggungjawab.
Anen! Kau yang menyebabkan aku melanggar sumpah.
Anen! Kau yang menyebabkan aku dituduh membunuh.
Anen! Kau yang mengakibatkan aku gila.
Anneeennnn!!!
Sanse mengepal-ngepalkan genggamannya. Menggelegak darah panasnya meruap hingga ke kepala. Wajahnya yang cengil mencerlong ke arah Anen. Namun sedetik kemudian wajah Anen luput dari penglihatannya. Sanse tidak boleh berbuat apaapa. Lagipun kegelapan alam yang penuh dengan kemisterian ini masih mengganggu kewarasan fikirannya.
"Kau bodoh! Kau dungu! Ahmak! Kau telah mati sebelum mati. Kau biarkan orang lain melenyek-lenyekkan kepala kau. Kau biarkan mereka memijak-mijak martabat yang kau miliki ..."
"Diaammm!!! Dari tutur katamu terpancar kebodohan yang menunjukkan pegangan hidupmu yang goyah tanpa berlandaskan kepada agama. Bukankah Allah maha berkuasa. Maha adil. Adil seadil-adilnya. Segala yang tidak dibalas di muka bumi akan dilaksanakan di alam akhirat." Suara Sanse bergelandangan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Suara itu bertindih dengan bisikan hatinya. Semua ini seakan-akan menimbulkan permusuhan sesama mereka.
Sanse masih terus terseret dengan langkah-langkah kebimbangan yang penuh kegetiran. Kebimbangan yang ruwet. Sekarang dia menemukan dirinya yang lain, terasing dari lingkungan. Apabila dia mengenangkan dunia yang menjadi riwayat kehidupan yang serba sementara, dadanya terasa sesak.
Ya! Dia sebatang kara sahaja sekarang, laksana musafir yang terperangkap oleh sejenis ribut pasir dan sendirian dalam kilatnya yang sabung- menyabung. Namun kematian adalah lumrah dalam kematiannya. Dia telah mati sebelum mati. Dia sememangnya ingin meneruskan lakonannya di pentas dunia. Biarpun lakonannya sumbang. Sungguh dia belum bersedia menemui kematian tetapi dia amat merindui Kundai. Dia seharusnya mati.
"Adakah Kundai juga berada di sini?" Sanse menyoal dirinya sendiri tanpa mengharapkan apa-apa jawapan.
Sanse merasakan dirinya berkhayal di dalam mimpi. Tubuhnya terasa cukup kelu. Rasanya dia sedang berdiri di tepi sebuah neraka dengan nyalaan yang menggeraung bunyinya dan ibarat luncuran cahaya, entah apa namanya, percikan api neraka hinggap di muka.
Dan secara tiba-tiba, Kundai melintas dengan kejipan kedua-dua belah matanya. Sanse gabus matanya. Digosoknya dengan telunjuk kanan. Benar- benar Kundailah itu. Sanse mencubitkan pipinya yang cekung melengkung. Amat terasa peritnya. Nah!
Segala yang dilalui sekarang bukan mainan mimpi tetapi kenyataan. Sanse melantam sepuas-puasnya. Mungkin sudah terlalu lama Kundai menunggu kedatangannya? Bukankah mereka telah bersumpah melangkah ke syurga bersamasama, terjun ke neraka berdua-dua.
Sanse merenung Siratulmustaqim yang merentangi jurang yang memisahkan dirinya dengan Kundai. Gentar menyelubungi perasaannya. Sedetik kemudian perasaan takut ghaib dari dadanya tetapi menjelma kembali. Sanse cuba melangkah tetapi kakinya tidak dapat bergerak. Kakinya seolah-olah tidak mempunyai sendi. Api neraka menggelegak dalam kilauan yang panas membara.
Sanse menutup kedua-dua belah matanya dengan jari tangan kanan tetapi tangan itu direntap oleh tangan kirinya sendiri sehingga terbelalak kembali matanya. Matanya dipejam-pejam tetapi ada kuku dajal dari jarinya mengopak-ngopak kelopak mata itu, sehingga terbeliak biji matanya melihat letusan api neraka yang meruap kepanasan.
Tangan-tangan menggerapai sesuatu dengan tulang berceracak di sana sini bagaikan lambaian maut. Sanse menyalahkan dirinya sendiri kerana melanggar sumpah. Dia telah mengahwini Setty dan sekaligus menduakan cinta Kundai. Pandangannya berpinar-pinar, berpendar-pendar. Langkah kakinya sumbang. Akhirnya jasad Sanse menggelepai dan melayang seperti batu kecil yang tidak tentu arah dan tujuan.
"Arghh! Agrhhh!!!"
Mimpinya tiba-tiba terputus. Dia tersedar dari lamunan mimpi yang ganas. Dia mengurut dadanya. Memang dia merasa dia telah dikalahkan sekarang. Kulitnya terasa pedih. Semuanya menggelupas. Dia dapat merasakan kekecilan pada dirinya. Untunglah ini hanya mimpi. Dia tidak dapat menggambarkan bagaimana jikalau dia benar-benar mati dan dimasukkan ke dalam neraka.
Ya Allah! Bukan maksudku untuk melanggar sumpah. Aku cuma kasihan pada ayahku. Aku mengahwini Setty hanya untuk menudung malu. Pada waktu itu perutnya membusung seperti buah labu. Kundai, maafkan aku kerana terpaksa melanggar sumpah yang telah kita patrikan bersama.
"Demi Allah! Aku tidak pernah menyentuh Setty. Anak yang dilahirkan adalah anak Anen. Anenlah yang sepatutnya bertanggungjawab di atas segala- galanya." Sanse ingin menangis tetapi tangisan tidak mendatangkan apa-apa. Sememangnya Anen tidak mahu bertanggungjawab setelah mengetahui Setty mengandung benih yang ditanamnya. Dari situ Sanse memainkan peranannya sebagai bapa - bapa kepada kesanggupan.
"Kau memang dayus! Kau bagai tunggul buruk!"
"Kau lelaki yang tiada kelelakian lagi! Insan asfal!"
"Kau insan..."
Sanse membiarkan sahaja kata-kata itu tanpa jawapan. Dia sedar, Anenlah yang bertanggungjawab di atas segala-galanya. Suatu ketika dahulu, Anen pernah menyimpan perasaan pada Kundai. Namun perasaan Anen itu berkubur bersama kesumat dendam apabila Kundai dikahwinkan dengannya. Manusia tidak boleh hidup dan bernafas kerana cinta semata-mata. Cinta boleh mengakibatkan manusia berbunuh-bunuhan, bercakar-cakaran dan juga bisa mengakibatkan seseorang itu menjadi gila. Tiada cinta yang suci di dalam dunia ini. Cinta suci hanya milik ilahi. Cinta di dunia adalah cinta saduran belaka. Cinta palsu.
Dunia sememangnya sentiasa berputar hingga berbelit-belit. Berputar bukan sahaja dari erti kata di atas paksinya tetapi juga dari kata-kata manusia di dalamnya. Yang tidak berputar dan berbelit bukanlah kata-kata namanya. Sumpahan dan kata-kata adalah permainan yang amat menyeronokkan. Itulah yang kadangkala mengejutkan Sanse, bagaimana kata-kata itu boleh terbit dari mulutnya.
Mungkin ada pihak lain yang menjelma masuk ke dalam tubuhnya dalam personaliti yang hina dan terkeluar dari realitinya. Kehinaan memang terawang-awangan dalam perjalanan hidup. Kakinya tidak pasti memijak di bumi yang nyata. Dia senantiasa di dalam igauan, malah igauan itulah yang sering bergentayangan di dalam atmanya.
Pengadilan di dunia sentiasa kesasar dari kebenaran. Yang perkasa boleh melakukan apa sahaja, termasuk juga dalam suasana bercinta.
Sanse masih tidak mengerti mengapa dia harus berada di hospital sakit jiwa itu. Dia sedar, dia tidak gila. Tapi Sanse lupa siapakah yang menghantarnya ke situ. Ingatannya terhenyak putus. Dia terus terkedang macam batang pisang atas katilnya.
Manusia adalah makhluk berdosa. Manusia tidak seharusnya bersumpah kerana sumpah boleh makan diri. Mungkin sumpah yang menyebabkan dia berada di situ. Mungkin inilah balasannya terhadap mereka yang melanggar sumpah. Sanse masih tercari-cari jawapan yang tidak pasti.
Di luar, matahari tetap bersinar.

No comments:
Post a Comment