Oleh Ahmad Sabu
"HIDUP ini adalah satu perjuangan yang berterusan. Kalau kau tidak berusaha mempertingkatkan dirimu, kau akan ketinggalan dan menyesal sepanjang hayat." Demikian kira-kiranya kata nasihat dan perangsang guruku suatu senja lebih kurang sesuku abad yang silam. Aku berjumpanya sekadar mendapatkan nasihat apabila gagal dipilih melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Bagi anak muda yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk melanjutkan pelajaran, kegagalan masuk ke tingkatan enam itu adalah satu kekecewaan yang terlalu sukar diterima.
"Berusahalah lagi. Duniamu tidak kiamat di sana," nasihat guru tua itu lagi. Bagiku, kata-katanya itu adalah seperti perangsang pemimpin tentera kepada anak-anak buahnya untuk berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Katakata itu telah mendorong dan memberangsangkan aku untuk belajar lagi secara sendirian. Kegigihanku yang berterusan itu telah berjaya membawa aku buat kali kedua berada di England. Kali pertama, ketika membuat ijazah pertama dan kini dalam membuat ijazah sarjana.
Kesunyian dan kerinduan pada kampung halaman dan anak isteri sering membawa aku berada di Oxford Street di Kota London yang terlalu sibuk itu. Dalam kesibukan manusia yang terlalu ramai, aku sering kehilangan dan kesunyian dalam hingar-bingar manusia pelbagai bangsa dan nasionaliti. Aku sesat dalam kesibukan dan keadaan kelam-kabut Oxford Street. Dan dalam kesunyian itu aku sering duduk-duduk saja sambil melepaskan kepenatan di bangku yang jarang-jarang kosong di pinggir Oxford Street yang sentiasa sibuk itu.
"Ahmadkah?" Tiba-tiba pendengaranku menangkap satu kalimat yang terlalu sukar hendak dipercayai. Aku tidak terus menjawab teguran itu. Sebaliknya aku mengamati seorang lelaki yang berdiri tegak di sebelahku. Agak kaget aku dibuatnya.
"Apakah aku tidak bermimpi?" Aku mengatakan keterperanjatanku.
"Waktu siang hari di Oxford Street?" Dia meningkah cukup akur dengan keadaanku.
"What bring you here?" Aku cuba menyiasat, acuh tidak acuh saja.
"What bring you here?" Dia pula mengajukan pertanyaan kepadaku sambil kami berjabat erat. Kemudiannya dia duduk di sebelahku membuatkan seorang gadis, aku kurang pasti keturunannya, menyisih diri dengan hormat memberi ruang untuk rakan yang telah terlalu lama tidak kujumpa.
"Aku datang sebagai pelajar di sini," jelasku, dengan terus terang.
"Sudah tua bangka gini masih belajar lagi?" Tempelaknya, yang pada hematku, adalah satu gurauan yang agak sinis.
"Yalah. Apa salahnya. Dan you buat apa di sini?" Aku sekali lagi inginkan penjelasan.
"Aku ada bisnes. Aku sudah kerap benar ke sini," jelasnya dengan megah, yang pada hematku, juga adalah satu penonjolan betapa berjayanya dia dalam perusahaannya.
"Bisnes apa?" Aku inginkan kepastian.
"Macam-macam. Dalam dunia antarabangsa apa saja boleh dilakukan untuk berjaya," jelasnya untuk meyakinkan aku.
"Where do you stay?" Tiba-tiba dia menukar tajuk perbualan.
"Di MSD." Maksudku, Malaysian Student Department, tempat pelajar Malaysia berkumpul di Kota London.
"Aku tak suka di sanalah." Tiba-tiba pula dia mengatakan pandangannya tanpa dipinta.
"Mengapa pulak?" Aku sekadar ingin penjelasan, walaupun aku tahu apa agaknya yang hendak dikatakannya.
"Banyak pelajar kita keterlaluanlah. Ada yang rambutnya terlalu panjang, bahkan lebih panjang daripada rambut orang putih di sini, ada yang tak pandai langsung cakap kita lagi." Dia meluahkan pandangannya.
"Yang lebih buruk, ada di antara mereka more orang putih than orang Malaysia," sambungnya lagi dengan bahasa yang pada pandanganku bercampur dan tercemar.
Memang ada kebenaran kata-kata kawan yang terlalu lama tidak kujumpa itu. Nampaknya, perpisahan yang hampir sesuku abad belum menyurutkan ingatannya padaku. Kami masih semesra dulu, ketika kami masih sama-sama di bangku sekolah menengah di tanah air. Memang sesuku abad adalah terlalu lama untuk tidak bertemu di negeri sendiri.
Setelah tamat sekolah kami masing-masing membawa haluan sendiri. Agaknya kerana berlainan profesion, kami tidak pernah berjumpa sejak meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1966. Pada dirinya tidak banyak perubahan. Aku tidak sukar untuk mengenalinya.
Aku tidak mahu melayannya dalam meluahkan pendapat dan pandangannya mengenai penuntut Malaysia yang aku terserempak di MSD. Memang benar ada di antara mereka terlalu ego, mungkin kerana berpeluang menuntut sejauh itu. Mereka terlupa agaknya bahawa mereka berpeluang berada sejauh ini adalah untuk menuntut ilmu dengan wang dan hasil titik peluh rakyat. Keangkuhan segelintir anak Malaysia yang lupa daratan itu kadang-kadang membuat aku mual dan jelek juga. Mereka seolah-olah ingin menunjukkan kononnya mereka anak bangsa yang terpintar dalam dunia ini.
"Where do you stay?" Aku tanya dia lagi untuk mengubah tajuk perbualan yang menghilangkan kemesraan antara kami itu.
"B & B di Sussex Garden," tegasnya.
"Orang bisnes seperti kau bolehlah tinggal di sana," tingkahku, ingin hendak menyanjunginya sebagai orang yang punya wang banyak.
"Commonlah. What is 40 pounds per night? You can afford it," jelasnya dengan agak megah sekadar untuk menyenangkan pendengaranku.
"Sebagai pelajar, itu terlalu besar," tingkahku sebagai mengingatinya betapa pentingnya wang itu kepadaku.
"I can only afford five pounds per night," jelasku merendah diri.
"Lagipun memang I suka di MSD. Dapatlah jumpa orang kita. Sekurang-kurangnya boleh rasa makanan Malaysia. I miss our Malaysian foodlah," ujarku dengan panjang lebar.
"Commonlah. Ini England. Apa saja you nak ada di sini. You perlu mencarinya di seluruh Kota London ini," ujarnya dengan bangga lagi.
"I know. Without money, you can't afford our dishes in this country," tingkahku sekali lagi hendak menyampaikan kepadanya aku memang tidak mempunyai wang untuk itu.
"Apakah makanan itu terlalu penting? Atau ada alasan lain kau ke sana?" ujarnya lagi sambil mengatur kaca mata hitamnya yang pada sangkaanku baru dibelinya. Pasti dari jenama yang terkenal.
"Sudah kujelaskan tadi. Aku terlalu suka bertemu orang kita di sana," kujelaskan dengan ikhlas.
"Ayoh! Kita jalan-jalan. Aku nak tunjuk padamu keindahan Kota London," pelawanya dengan mendesak sambil menarik lenganku.
"Ke mana kita?" Aku agak berat menuruti ajakannya.
"Aku akan bawa kau melihat apa saja hari ini. On my expenses," tegasnya yang pada hematku agak menunjuk-nunjuk juga.
Kami beredar dari kesibukan Oxford Street yang tidak pernah tenang itu. Kebisingan kereta dan manusia pelbagai bangsa dan keturunan membuat kami bercakap-cakap agak nyaring.
Kelainan bahasa pelbagai pengunjung Kota London yang lain agaknya membuat kami terlalu selesa berbahasa Melayu di tengah-tengah kesibukan kota itu. Kami terlalu pasti tidak ada orang lain yang akan memahami bahasa kami.
Dari Marble Arch kami menaiki keretapi bawah tanah untuk ke destinasi pertama kami hari itu. Dalam perjalanan, kami banyak bercakap walaupun topiknya tidak menentu. Nampaknya dia terlalu senang mengingati kembali cerita lama ketika di bangku sekolah dulu.
Lima tahun lamanya kami bersama, cukup lama untuk mengakrabkan kami sehingga menjadi sahabat karib. Malangnya, setelah tamat persekolahan kami tidak pernah bertemu. Sarawak terlalu luas agaknya untuk mempertemukan kami di tanah air sendiri.
"Ini London Bridge," jelasnya apabila kami berdiri di tengah-tengah jambatan yang menyeberangi Sungai Thames yang mengalir malas itu.
"I know." Acuh tidak acuh saja aku menjawabnya.
"Kau ingat tak, waktu kita bersekolah dulu, sering benar kita diajar lagu London Bridge is Falling Down. Celaka. Kita ditipunya. Jambatan ini terlalu kukuh untuk falling down," rungutnya sambil menyepak-nyepak pagar jambatan itu.
"Apa kau percaya dengan lirik lagu itu?" Aku mengusiknya.
"Tentulah. Kita tak pernah tengok London Bridge. Lagipun di mana London pun kita tak tahu. Sekarang kau tengoklah sendiri. Agaknya dari hasil titik peluh bangsa yang mereka jajahlah jambatan ini dibina," dengan agak marah dia melepaskan kata-kata itu. Pada hematku dia persis bersemangat kebangsaan yang terlalu tinggi.
Aku tidak mahu melayannya dengan perasaannya yang segeram itu. Sambil melihat Sungai Thames yang mengalir lesu itu aku cuba mengenangkan kembali kampung halaman, tanah air dan anak isteri yang tertinggal jauh. Terlalu sayu aku mengenangi semuanya. Alangkah baik kalau anak-anak dan isteri ada bersamaku dalam menikmati kesibukan dan kebisingan Kota London yang terlalu mencabar.
Dari London Bridge kami menaiki lagi keretapi bawah tanah untuk ke destinasi lain. Apabila kami sudah berada semula di permukaan jalan, dia lantas menunjuk ke arah satu kawasan lapang yang agak sibuk dengan ribuan manusia, yang pada hematku, cuma mundar-mandir saja.
"Ini Trafalgar Square," perkenalnya.
"I tahu," jelasku ikhlas.
"Kau tengok betapa bodohnya kita. Satu kawasan lapang diserbu ribuan burung merpati, sudah menjadi kita tertarik. Di sekolah dulu kita lastik burung itu. Dan kita makan sama-sama." Dia cuba mengingat kembali kenakalan kami waktu di sekolah dulu. Akibat daripada perbuatan kami itu, aku masih ingat, kami dihukum oleh guru berdiri empat masa di hadapan kelas. Aku berasa malu benar.
"Apa yang orang putih buat semuanya baik. Burung yang berak kita pun, kita anggap tempat itu baik juga. Begitulah bodohnya bangsa kita, Mad. Asal orang putih buat semuanya kita sanjungi. Kan baik kalau Dataran Merdeka di KL atau Padang Merdeka di Kuching dibuat seperti ini? Tentu banyak pelancong datang ke tempat kita." Dia persis orang berkhutbah.
"Itulah baiknya orang bisnes seperti kau, berkesempatan melihat negara maju. Apabila pulang nanti dapatlah kau buat sesuatu untuk menjadikan negara kita maju dan makmur." Aku cuba membidas saranannya tadi. Sebenarnya aku terlalu ingin mengetahui apakah bisnes yang diceburi rakanku itu sehingga dia berjaya menjelajah sejauh ini.
"Bisnes apa yang kau ceburi sekarang?" Aku cuba hendak mengungkit rahsia kejayaannya itu. Tetapi pertanyaanku itu dibawanya menyimpang ke perkara lain, pada hematku, tiada sangkutpaut dengan perkara yang aku ingin tahu. Aku kehairanan kerana sudah beberapa kali pertanyaan yang sama kuajukan, tetapi belum mendapat jawapan yang mantap daripadanya. Dia seakan-akan hendak merahsiakan bisnesnya daripada pengetahuanku.
"Kau dan aku sama-sama menempuhi zaman penjajahan dulu, Mad," ujarnya kemudian setelah kami hanyut dalam kesibukan dan keghairahan memberi burung merpati itu makanan.
"Kita tiada peluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Aku hendak menebus kerugian itu dengan menjatuhkan maruah keparat ini." Demikian dia meluahkan perasaan marahnya, yang pada perhitunganku, persis orang yang hendak membalas dendam.
Aku tidak dapat meneka apakah yang tersembunyi di sebalik kalimatnya yang agak payah untuk ditafsirkan itu. Agaknya ini ada sangkut-pautnya dengan bisnes yang diuruskannya. Katanya dia sering benar ke London kerana urusan bisnesnya. Dalam perhitunganku pasti bisnesnya itu bisnes yang ganjil, kalau tidak masakan sampai menjatuhkan maruah orang lain. Aku benar-benar ingin mengetahui urusan bisnes sahabat lamaku itu.
"Di Westminster Abbey inilah demokrasi Inggeris berputik dan melalui bangunan agung inilah kita dijajah," ujarnya apabila kami sudah berada di perkarangan bangunan itu. Sekali lagi aku dihamburnya kata-kata kejian yang diatur dengan cukup sempurna dan kemas. Ternyata perasaan marah dan benci tersirat di sanubari rakanku itu.
"Kenapa sampai semarah itu kau kepada orang putih? Sepanjang perjalanan kita, kau nampaknya marah-marah saja." Aku ingin menggali apa yang tersirat di sanubarinya sekali lagi.
"Penindasan keparat ini, sampai ke anak cucu tidak boleh kita lupakan, Mad. Terlalu seksa generasi kita dulu kerana penindasan mereka." Dia meluahkan kemarahannya tanpa ragu-ragu. Pada perkiraanku ada terselit perasaan benci di sebalik kalimatnya itu.
"Kalau gitu kita perlu bekerja keras untuk menuntut kembali kehilangan dulu. Tidak guna kita terus merintih di atas takdir yang menimpa generasi kita." Aku cuba mengajaknya menerima apa yang telah berlaku sebagai cabaran dan bukannya dengan dendam dan marah.
"Kau hiduplah dengan falsafah kau itu, Mad. Bagiku, luka yang terguris itu pasti berparut juga dan tetap menjadi igauan sepanjang hayat." Demikian dia menyindir dengan serius, yang pada hematku, terlalu dalam untuk difahami. Agaknya aku tahu ke mana maksud kata-katanya itu.
"Ya. Tapi apakah dengan kemarahan dan kebencian, sesuatu yang tidak kita nikmati dulu dapat kita perolehi kini? Terimalah itu sebagai takdir pahit yang menimpa bangsa dan tanah air kita pada zaman penjajahan. Kita, kau dan aku, pastikan ia tidak akan menimpa anak bangsa kita lagi." Aku meluahkan nasihat, tidak ubah memberi peringatan kepada pelajar sekolah.
"You know. This year negeri kita Sarawak menyambut tiga puluh tahun kemerdekaannya dalam Malaysia. Sebelum I bertolak dulu persiapannya cukup rancak dan hebat. It's a pity you'll miss the celebration." Dia mengubah tajuk perbualan.
"Apa nak kata. I cuma tamat pengajian I awal Oktober ini. You tengoklah untuk I." Aku meningkah, sekadar untuk meredakan kerinduan hendak bersama-
"I salute you, Mad. Kau menagih kerugianmu di zaman muda dengan menyambung pelajaranmu sampai ke tua," ujarnya yang membuat aku agak malu. "Siapa yang menaja perbelanjaanmu?" Tanyanya.
"Aku dapat biasiswa British Council."
"You're damned lucky."
"Kan itu takdir namanya. Dasar Inggeris yang menghalang kita melanjutkan pelajaran dulu, kini ku tagih dengan mendapat biasiswa daripada mereka."
"Berapa orang dalam dunia ini yang bernasib baik seperti kau?"
"Satu dalam sepuluh ribu," aku meningkah secara bergurau.
Kami meneruskan lagi perjalanan dengan menyusur satu jalan yang memanjang dan lurus tetapi cukup lengang. Tidak begitu banyak kenderaan yang lalu-lalang di situ. Yang ketara sekali ialah ramai orang berjalan kaki menuju satu haluan.
Nampaknya ada sesuatu yang menarik, menjadikan semua orang menuju ke satu arah. Kelengangan jalan itu membuat kami bertambah selesa berjalan sambil menyambungkan lagi perbualan yang tidak berkisar kepada sesuatu yang tertentu. Perbualan kami itu kebanyakannya mengenai masa silam, walaupun terlalu pahit untuk diimbas kembali, tetapi kami tidak terelak daripada mengungkitnya.
"Apakah perlu I perkenalkan tempat itu padamu?" Dia meneruskan semula perbualan apabila kami sudah bersesak-sesak dan menjenguk-jenguk di celah- celah ribuan manusia yang datangnya entah dari mana.
"Siapa yang tak tahu dengan Buckingham Palace. Tempat terkenal di Kota London ni." Aku menyampuk cepat, sekadar juga untuk mengingatinya bahawa aku bukan baru di sana.
"Mahkota Inggeris kini bergelora. Seluruh dunia mengetahui masalah yang melanda kerabat diraja England tu. Kaudengar tak?" Dia tiba-tiba mengaju soalan itu kepadaku. Aku mengangguk-angguk perlahan.
"Begitulah dunia mengagungkan negara ini, Mad. Hal cerai-berai keluarga diraja England pun seperti goreng pisang panas. Tapi masalah yang menimpa tanah air kita dulu cuma menjadi bahan yang remeh saja. Yang berlaku di sini, semuanya penting. Semua negara mahu tahu. Yang berlaku di negara kita, tak bermakna untuk mereka. Bangsa ini terlalu angkuhlah," khutbahnya lagi, yang pada hematku, juga adalah luahan ketidakpuasan hati dan kemarahan yang terpendam. Terlalu benci agaknya rakanku itu pada bangsa yang pernah menjajah tanah airku dulu.
Aku tidak menyalahkannya. Sebagai generasi bangsa yang pernah dijajah oleh Inggeris dulu, aku sungguh simpati kepadanya. Seperti aku juga dulu, dia pun terkandas dalam cita-citanya hendak ke menara gading, akibat dasar penjajah yang cukup halus dan terancang.
Kemiskinan dan tanpa bantuan kewangan memusnahkan citacitanya hendak menjadi peguam walaupun mendapat pangkat satu dalam peperiksaan Senior Cambridge. Dengan keputusan secemerlang itu, generasi hari ini dengan senang menempah tempat di universiti tempatan atau di seberang laut.
Hari itu kami berpisah dengan gembira sekali. Aku bergegas hendak pulang ke Bristol, dan dia pula katanya, hendak menyempurnakan bisnesnya yang tidak pernah kami bincang lagi pada hari itu. Memandangkan dia tidak begitu mahu memberitahu aku, aku pun tidak hendak bertanya lagi.
Bagiku itu tidak penting. Sekurang-kurangnya pertemuan ringkas yang tidak diduga di Kota London yang terlalu sibuk itu telah mengeratkan lagi persahabatan lama yang hampir putus ditelan zaman.
Sepanjang perjalananku ke Bandaraya Bristol senja itu ingatanku menular ke tanah air yang kini sibuk menyambut kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia. Pasti meriah, jangkaku. Dalam usia yang sedewasa itu aku masih gagal menahan perasaan terharu, gembira dan lapang. Linangan air mata memenuhi kelopak yang mula basah.
Kalau sesuku abad dulu, apabila aku gagal melanjutkan pelajaran, aku cuba mengukir senyum tanda bersabar di hadapan guruku. Sebenarnya aku berbuat demikian sekadar untuk menahan titisan air mata. Tetapi kini aku menitis air mata kegembiraan kerana Sarawak tanah airku telah mencapai kemerdekaan dan kini sedang sibuk menyambut ulang tahun ketiga puluh kemerdekaan itu.
Beberapa minggu selepas pertemuan dengan rakanku itu, aku agak terperanjat apabila pada satu pagi, dalam perjalanan ke universiti, aku terbaca sebuah berita dalam akhbar tempatan, The Daily Mail. Beritanya memenuhi muka depan. Scotland Yard telah berjaya menumpas satu sindiket antarabangsa yang berpangkalan di Asia Tenggara yang terlibat dengan penyeludupan dadah dari Kawasan Segi Tiga Emas. Sindiket itu juga terlibat dalam membawa banyak gadis England ke Asia Tenggara kononnya sebagai pelancong tetapi sebenarnya untuk melacur di sana.
Aku menggigil menyesal pagi itu. Gambar rakanku bersama beberapa ahli sindiket itu yang terdiri daripada rakyat England, Jepun, Singapura dan Filipina diheret oleh polis terpampang di muka depan akhbar itu. Pada perhitunganku, terlalu jauh rakanku itu membawa dendam dan bencinya terhadap bangsa yang pernah menjajah tanah airku dulu.
Aku berdoa, janganlah sampai negeri dan negaraku tercemar kerana kebencian seorang rakyatnya yang tidak kunjung padam. Aku benar-benar berharap janganlah hendaknya pertemuan kami di Kota London itu, pertemuan terakhir.

No comments:
Post a Comment