Oleh Mohd Syamirullah Rahim
Satu MATA coklatnya memandang ke arah jalan raya. Pagi itu, seperti mana pagi- pagi lain yang biasa. Kesibukan kenderaan memenuhi Gagarine Avenue, tatkala penduduk bandar Nizhniy Novgorod mula bergerak bertali arus menuju ke tempat kerja. Bas yang dinaikinya juga sendat dengan manusia. Mujurlah dia berjaya mendapatkan tempat duduk di dalam bas bernombor dua tersebut.
Bukan baru dia berada di bandar itu. Sudah lima tahun, Suhayl berada di bandar tersebut. Sudah lima tahun, Suhayl meninggalkan kampung halamannya.
Bandar Silwan, terletak betul-betul bersebelahan Baitulmaqdis. Di bandar inilah, Khalifah Umar Al-Khattab menjejakkan kakinya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman kerajaan Rom. Cerita itu terkenal dalam sejarah. Ketawadukan Umar al-Khattab memasuki Baitulmaqdis dengan berjalan kaki, sambil memimpin untanya. Sedangkan beliau pemimpin umat Islam ketika itu. Tidak perlu diusung. Tidak perlu diiringi. Tidak berbaju mewah, tiada kuda yang gagah. Hatta tiada payung yang meneduhi khalifah tersebut daripada terik mentari yang menyinari Al-Quds.
"Sesungguhnya kita dahulu adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam. Barang siapa mencari kemuliaan selain daripada Islam, nescaya akan dihina oleh Allah."
Terngiang-ngiang ucapan khalifah Islam tersebut di telinga Suhayl. Matanya memandang ke arah Dvorets Sporta, pusat hoki ais bandar Nizhniy Novgorod di luar tingkap. Bas bernombor dua tersebut masih tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas awal pagi.
Matanya berkaca terkenangkan Silwan 10 tahun lalu.
"Lari! Lari, Suhayl!" Jerit Harith, rakan sepermainan. Nun di hujung jalan utama yang menghubungkan Silwan dan Al-Quds, segerombolan skuad tentera Israel memasuki bandar tersebut. Rutin mingguan, mengiringi sekumpulan arkeologis Yahudi menjalankan kajian di perkampungan tersebut.
Silwan memang terkenal dengan peninggalan artifak-artifak sejarah. Sejak zaman purba, menjangkaui ke zaman batu dan logam, Silwan mengandungi khazanah-khazanah arkeologi yang mencatat sejarah manusia. Mungkin kerana itulah Israel ghairah ingin memiliki Silwan. Sejak perang Arab-Israel 1948, Silwan diselamatkan oleh tentera Jordan, sebelum 20 tahun kemudian dirampas kembali oleh tentera Israel.
Kedatangan kumpulan arkeologis itu, tetap diiringi tentera Israel, kononnya atas tujuan keselamatan. Bukan mereka tidak tahu, kawasan perumahan Al-Bustan itu adalah perkampungan biasa. Tiada pergerakan militari di situ. Yang ada hanyalah ibu-ibu tua yang tiada suami, sama ada syahid ataupun ditawan. Yang ada hanyalah anak-anak yang tidak kenal erti kemewahan, apatah lagi mengecap nikmat makanan yang lazat dan Suhayl adalah salah seorang anak itu. Ayahnya syahid sebelum sempat Suhayl memanggilnya ayah.
Dia dan Harith sudah kenal lama. Sejak mereka boleh berjalan dan bermain bersama lagi. Seni bina Arab di Al-Bustan yang menempatkan rumah rapat- rapat, menjadi taman permainan mereka. Bumbung mana yang tidak mereka pijak. Celah mana yang tidak mereka jejak.
"Sini, Suhayl! Masuk ke sini!" Harith menarik Suhayl ke celahan sebuah rumah. Mereka tahu, skuad Israel itu `buta'. Buta dalam erti kata pengecut. Israel tak dapat membezakan, yang mana pejuang, yang mana orang awam. Bagi mereka, semuanya sama saja. Sesiapa yang ditemui, pasti akan disoal siasat. Adak alanya dimalukan di tengah jalan. Adakalanya dipukul tanpa sebarang alasan.
"Hoi!" Sergahan mengejutkan Suhayl dan Harith. Derap langkah yang gagah terngiang di telinga.
"Ayuh, lari!" Harith menarik Suhayl. Buruk padahnya jika tentera Israel itu dapat menangkap mereka. Walaupun umur mereka baru menginjak 12 tahun, itu tidak menjadi penghalang kekejaman Israel. Banduan termuda di penjara Tilmond milik Israel adalah seorang bayi berusia satu setengah tahun. Bayi lelaki tersebut, bersama ibunya Manal Mahmood, ditahan Israel atas tuduhan cubaan membunuh. Manal yang menderita Thalassemia, tidak diberikan kemudahan rawatan oleh tentera Israel. Demikianlah keadaannya di neraka penjara Israel. Defence of Children International menyenaraikan hampir 400 banduan kanak-kanak Arab di penjara Israel, setakat 2006. Kementerian Palestin menyenaraikan 3,000 kanak-kanak yang menjadi tahanan Israel, walaupun hanya dengan kesalahan membaling batu.
Harith tidak sanggup. Suhayl tidak sanggup. Mereka tidak sanggup ditahan dalam penjara Israel. Semua pejuang Al-Quds mengetahui, itu bukan penjara.
Itu neraka. Mereka dibogelkan dan diseksa. Mereka dipisahkan daripada keluarga. Harith sendiri, tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah. Ayahnya ditahan Israel sejak 1990 lagi, ketika Harith berusia 2 tahun. Sehingga sekarang, tiada siapa tahu nasibnya.
Dua
"PERHENTIAN Lyadov Square. Perhentian Lyadov Square."
Pengumuman dari pembesar suara bas bernombor dua itu mengejutkan Suhayl daripada lamunan. Penumpang bertukar arah laluan. Segerombolan yang keluar, diganti dengan segerombolan yang masuk. Suhayl segera bangun tatkala seorang nenek tua menghampiri tempat duduknya. Sudah menjadi adat di Russia, seorang pemuda harus mendahulukan warga tua.
Bas tersebut meneruskan perjalanannya. Suhayl menyandar pada tiang di dalam bas itu. Masih terasa sengal di belikat belakangnya. Belikat belakangnya menjadi saksi peristiwa 10 tahun lalu itu. Belikat belakangnya menjadi saksi, syahidnya Harith. Kenangannya diimbau kembali.
Tiga
TATKALA askar Israel itu mengacukan senapangnya ke arah Harith. Harith mengambil seketul batu yang berada di sisinya. Lantas diacukan kepada askar itu. Askar itu membalas dengan senyuman yang sinis. Lucu agaknya, peluru mahu dilawan dengan batu.
"Kau tak akan dapat menghinakan maruah orang Islam." getus Harith. Giginya diketap. Bulat mata askar tersebut mendengar kata-kata itu dari mulut seorang budak. Benarlah Harith adalah anak Silwan sejati. Persis ungkapan Khalifah Umar al-Khattab ketika menjejakkan kaki ke Silwan, ratusan tahun lalu.
"Mulia kami kerana Islam, maka hinalah engkau wahai Yahudi laknatullah!!" Jerit Harith. Dia tahu walau bagaimanapun, mereka tetap akan ditangkap. Mereka tetap akan disumbat ke penjara Israel. Mereka tetap akan diseksa, dibogelkan, didera dan sebagainya. Takkan mereka biarkan diri mereka dihina!
Batu dilontar ke arah askar Israel. Tepat mengenai dahi Yahudi celaka itu. Darah merah berjejeran.
"Celaka anak Arab!" Raifal askar itu dihalakan. Picu ditarik. Perkampungan Silwan bergema dengan bunyi dentuman raifal. Harith tersungkur ke tanah. Suhayl cuba melarikan diri.
"Jangan harap kau boleh lari!" Satu lagi dentuman kedengaran. Suhayl juga tersungkur. Puas hati askar laknatullah. Dia segera berlalu. "Dalam proses mempertahankan diri, saya terpaksa menyerang balas. Dua remaja Arab terbunuh", itu yang akan dia laporkan. Luka di dahinya menjadi justifikasi pembunuhan. Padan muka, anak Arab bedebah!
Namun dia tidak menyedari, pelurunya hanya mengenai belikat Suhayl. Ajal Suhayl masih jauh. Umurnya masih panjang. Sebaik berlalunya tentera Israel itu, penduduk Arab sekitar yang mendengar bunyi dentuman segera mengerumuni tubuh dua kanak-kanak yang terbaring di lorong itu. Satu hanya tinggal jasad, satu nyawa-nyawa ikan. Segera Suhayl dikejarkan ke hospital berdekatan.
Empat
"JOM, Suhayl!" gesa Syam yang berada di sebelahnya. Suhayl terkejut daripada lamunan. "Kita dah sampai Hospital Semashka," ujar Syam. Bas bernombor dua tersebut berhenti di perhentian Hospital Semashka. Mereka melangkah keluar dari bas tersebut.
Segera angin sejuk menyapa muka Suhayl. Syam, membetulkan selendang bulunya. Sudah lima tahun, mereka berkenalan. Allah mentakdirkan, Suhayl yang baru tiba berbekalkan passport Jordan tersebut, diletakkan bersama- sama Syam di dalam satu kumpulan pengajian yang sama - Kumpulan 531-L. Lima tahun mereka berjuang bersama demi menggapai ijazah perubatan.
Suhayl dan Syam mengorak langkah ke Hospital Semashka, hospital rasmi bandar Nizhniy Novgorod tersebut. Terbayang wajah pensyarah subjek Otorinolaringologi mereka, Dr Yuri Alekseevich. Mereka mempercepatkan langkah, enggan lewat tiba ke kelas itu. Syukur, mereka tiba ke kelas beberapa minit saja sebelum Dr Yuri Alekseevich memulakan kelas.
Setelah dua jam, mereka diberi waktu rehat. Rakan sekelas yang lain, mula bergerak ke kantin. Suhayl dan Syam, walau bagaimanapun, berpuasa sunat pada hari itu.
Suhayl memandang ke arah Syam. Sedikit rasa cemburu di hatinya. Rakan karibnya itu berasal dari Malaysia. Sebuah negara Islam yang aman damai. Bebas beribadah di mana-mana masjid. Bebas berkunjung ke kampung halaman. Bebas mencari rezeki yang halal. Syam ditaja kerajaannya untuk melanjutkan pelajaran di sini. Jauh sekali bezanya dengan dirinya.
"Bagaimana kau datang ke sini, Suhayl?" soalan daripada Syam ketika awal perkenalan mereka dulu, menyebabkan Suhayl terkedu seketika.
"Panjang ceritanya, Syam." ujar Suhayl sambil merenung mata Syam.
"Ku sedia mendengarnya."
"Kau tahu, Syam, Silwan adalah tanah istimewa." Suhayl memulakan penceritaannya, setelah menghela nafas panjang.
"Ya, kau pernah ceritakan kepadaku. Tapak arkeologi, bukan?" sampuk Syam.
"Ya, tapi bukan itu saja. Demi menampung bilangan pendatang Yahudi, sejak dari dulu lagi Israel cukup berkehendakkan tanah itu. Seawal tahun 1920-an, saudagar Yahudi Baron Edmund De Rothschild telah membeli tanah- tanah Silwan. Tahun 1968, Israel menawan kampungku itu dari Jordan."
"Pada 1990, Menteri Perumahan Israel ketika itu, Ariel Sharon mengeluarkan arahan untuk mendapatkan tanah Silwan daripada penduduk Arab walau dengan apa jua cara sekalipun. Peduli apa mereka dengan 40,000 penduduk Arab yang mendiami Silwan sejak ratusan tahun lampau. Peduli apa mereka dengan keberkatan Wadi Ain' Sulwan yang diwakafkan Khalifah Uthman ibn Affan kepada nenek moyang kami."
Mata Suhayl bergenang. Perit. Otaknya cuba untuk mengingat kembali, kejadian pada pagi 5 Disember 2005 itu. Pagi itu pagi yang suram. Dari arah jalan menghala ke kawasan kejiranan Wadi Abu Zaid, kelihatan empat jentolak besar diiringi oleh tentera dan polis Israel memasuki Silwan. Suhayl dan ibunya berpelukan. Rumah yang mereka warisi daripada datuk dan nenek Suhayl, kini akan bertukar tangan. Akan ranap di bawah jentolak tersebut.
Alasan Israel mudah. "Tiada rekod," justeru tanah tapak rumah Suhayl itu diisytiharkan sebagai tidak bertuan. Perancangan Israel adalah untuk menjadikan kawasan itu sebagai tapak tempat letak kenderaan. Tapak parkir untuk penduduk Yahudi berdekatan.
Suhayl dan ibunya memandang dengan genangan air mata, tatkala jentolak besar itu memulakan kerjanya. Dinding demi dinding, dirobohkan. Mereka tidak mampu berbuat apaapa. Polis dan tentera Israel mengawal, agar tidak ada tentangan daripada penduduk tempatan. Tatkala dinding terakhir rumah mereka dirobohkan, ibu Suhayl membisikkan ke telinganya.
"Kita sudah tiada apa, Suhayl. Kita sudah tinggal sehelai sepinggang. Pergilah engkau ke Jordan, Suhayl. Di sana, pak cikmu masih ada. Dia pasti membantumu, Suhayl. Tiada apa yang ummi dapat berikan padamu, wahai penyejuk mataku. Melainkan seuncang 50 dinar Jordan ini, diiringi dengan doa daripadaku. Malam ini akan ada sekumpulan daripada puak Al-Abassi bertolak ke Jordan. Mereka juga dirampas tanahnya oleh Israel. Pergilah, bersama mereka. Doa bonda bersamamu."
Syam menanti Suhayl menyambung ceritanya. Air mata Suhayl berlinangan. "Pak cikku Hashim itulah yang menyaraku selepas itu. Aku memohon menjadi warganegara Jordan. Kemudian, pak cikku itu menghantarku ke sini, dengan biaya sendiri.
"Aku tahu, aku mungkin dilabel pengecut. Masakan anak Al-Quds lari dari medan perang.
Tapi aku bersumpah, Syam. Aku akan kembali. Ini pengorbanan yang akan aku lakukan. Aku ingin balik berjihad, Syam. Aku ingin jadi seperti Dr Azeez al-Rantissi. Sama sahaja bagiku, mati kerana serangan jantung, mahupun bedilan helikopter Apache."
Syam memandang Suhayl dengan penuh rasa kagum. Dia memang dari dulu lagi mengagumi tokoh Hamas itu, yang syahid akibat bedilan Apache dari tentera Israel yang pengecut. Sungguh, dia iri hati kepada Suhayl, yang tidak gentar ingin menuruti jejak langkah doktor itu.
"Suhayl,"
Panggilan Syam mengejutkan Suhayl daripada lamunan. Waktu rehat yang diberikan oleh Dr Yuri Alekseevich sudah hampir tamat. "Ya, ada apa Syam?"
"Kau sudah ada perancangan mengenai Aidiladha pada bulan depan?" Soal Syam. Suhayl termenung seketika. Ya, bulan depan, perayaan terbesar umat Islam itu menjelma lagi. Sudah lima tahun Aidiladha disambut di perantauan.
"Aku tiada apa-apa perancangan lagi, Syam."
"Kalau begitu, datanglah sertai sambutan Aidiladha yang kami pelajar Malaysia anjurkan. Insya-Allah, tahun ini seekor lembu dan dua ekor kambing akan kami korban." ujar Syam lagi.
"Wah, banyak itu. Cukup untuk sekalian penduduk kampungku!" Suhayl cuba berseloroh. Mengubat kerinduannya terhadap Silwan. Tawar senyumannya.
"Syam, aku berhasrat untuk melaksanakan ibadah korban, sekurang- kurangnya sekali sebelum kita graduasi. Insya-Allah." Suhayl mengajukan hasratnya.
Lima
KEESOKAN harinya, Syam menanti Suhayl di depan hostel untuk bergerak ke Hospital Semashka, seperti kebiasaan. Namun Suhayl tidak kunjung tiba.
"Ah, dia dah bertolak dulu ke Semashka, agaknya." fikir Syam sebelum memulakan perjalanannya sendiri. Pelik, biasanya memang mereka selalu bergerak bersama-sama.
Setibanya di Hospital Semashka, Dr Yuri Alekseevich masih belum masuk ke
kelas. Syam mendapati Suhayl masih belum tiba. Aneh, fikirnya. Yang kelihatan hanyalah rakannya yang lain, Gopinath, Shanjif, Kanitha, Izyan dan Azzam sedang sibuk bergosip. Rutin harian pelajar kumpulan 531-L.
"Mana Suhayl?" tanya Syam kepada rakan-rakannya, memecahkan suasana.
"Eh engkau tidak bacakah berita semalam, Syam? Ada dipaparkan di CNN." ujar Shanjif. Syam terpinga-pinga. Memang semalam dia keputusan talian internet. Syarikat perkhidmatan internet, MTS, memang sering bermasalah sejak akhir-akhir ini.
Syam segera mengeluarkan telefonnya. Hasratnya untuk melayari internet melalui telefonnya itu. Setelah puas mencari, sepotong berita mengejutkan Syam:
"Baitulmaqdis (Ma'an), 15 Oktober - 10 penduduk Palestin cedera ditembak peluru getah, manakala berdozen lagi diserang dengan gas pemedih mata dalam sebuah pertempuran dengan tentera Israel selepas solat jemaah di kawasan Al-Bustan, berhampiran Silwan di Timur Baitulmaqdis.
Pemimpin Fatah, Hatem Abdul Qader dan Sheikh Ikrima Sabri adalah antara yang diserang gas pemedih mata. Beliau memberitahu bahawa pihak tentera menyerang mereka penduduk Palestin tanpa sebarang sebab.
Abdul Qader juga melaporkan bahawa gas pemedih mata itu berlainan daripada gas biasa dan menyebabkan kesakitan pada otot."
"Eh, Al-Bustan, ini kawasan tempat tinggal Suhayl! Ibunya masih berada di situ! Nauzubillah!" ujar hati Syam.
"Shanjif, engkau tahu tak mana Suhayl pergi?"
"Kalau tak silap aku, dia pergi pejabat dekan. Khabarnya, dia tergesa- gesa mahu pulang. Dia risaukan sangat keselamatan ibunya di sana. Tengah hari ini, dia bertolak ke Moscow dengan kereta api." Balas rakannya itu.
Syam bergegas keluar dari bilik kuliah. Dia tekad, biarpun tidak menghadiri kelas. Dia ingin bertemu Suhayl buat kali terakhir.
"Sekarang baru jam 11, Insya-Allah sempat ke stesen kereta api Moskovskiy!" Syam berlari menaiki bas menuju ke satu-satunya stesen kereta api di bandar Nizhniy itu.
Enam
10 Zulhijjah 1431H. Pagi Aidiladha itu, Syam sugul. Sebuah e-mel diterimanya, daripada pak cik Suhayl di Jordan.
"Assalamualaikum, Syamirullah.
Ana diberitahu Suhayl, bahawa Syamirullah adalah rakan Suhayl di Nizhniy Novgorod. Justeru itulah, ana menghubungi Syamirullah, bagi menyampaikan berita mengenai Suhayl.
Alhamdulillah, Suhayl tiba di kampungnya Silwan tepat pada masanya. Sehari selepas ketibaannya, pihak Israel menghantar sekumpulan skuad tentera elit mereka ke kawasan itu. Pertempuran berlaku antara mereka dan ditakdirkan Allah, Suhayl syahid bersama-sama ibunya."
Suhayl menyampaikan pesan, bahawasanya dia memohon agar Syamirullah memaafkan segala kesilapan yang pernah beliau lakukan. Dia memohon maaf kerana meninggalkan Syamirullah dengan tergesa-gesa. Bukan ijazah di dunia yang beliau dambakan, tetapi ijazah di akhirat yang beliau nantikan. Alhamdulillah, beliau `graduasi' dengan cemerlang.
Suhayl memohon Syamirullah, agar jangan melupakan Al-Quds. Kerana Al- Quds tidak pernah melupakan kita."
"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahil hamd."
Takbir pagi Aidiladha bergema dari pembesar suara komputer ribanya. Syam memandang ke luar tingkap. Butiran salji putih turun dari langit. Nizhniy Novgorod menyambut salji musim sejuknya yang pertama.
"Sesejuk Salji Silwan" bisik bibirnya.
Air mata Syam berlinangan. Suhayl, mengajar Syam erti pengorbanan pada pagi Aidiladha itu.
"Aku bersumpah, Suhayl As-Silwani. Demi pengorbananmu, aku bersumpah. Takkanku lupakan Al-Quds. Takkan!"
Info
MOHD Syamirullah Rahim, pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air adalah pelajar Tahun Kelima Jurusan Perubatan di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Rusia.

No comments:
Post a Comment