Oleh Mohtadi Morshidi
Tiada siapa yang mempedulikan dia datang pada pukul sembilan pagi.
Amri memandang ke sekelilingnya. Esah sedang bergayut pada telefon; Saha tunduk dipukau fail; Kassim seperti biasa, sibuk menyumbat sampul-sampul surat yang berlonggok di meja.
Amri tidak hairan dengan pemandangan itu; pemandangan yang bersifat embun pada waktu pagi, apabila matahari tinggi sedikit hilanglah ia.
Pukul sembilan pagi bukan lewat sangat, hasut hati kecilnya. Kalau boss panggil pun dia nak buat apa! Kalau dia marah pun tak lama. Kalau lama pun lantak dialah; sendiri yang tanggung.
Kata doktor, kalau orang selalu marah tekanan darahnya sentiasa naik dan nyawanya boleh diragut sakit darah tinggi. Kalau kerana itu dia ditukarkan, tukarkanlah; akan bersahut cabarannya. Dia nak hantar ke Kapit, ke Lawas hujung Sarawak, silakan; akan bersahut cabarannya. Apa yang digerunkan kalau setakat ke Lawas, ke Vietnam pun dia sanggup tapi dengan syarat, ada arahan. Kalau bertukar pun bukan bertukar kosong, tapi dengan habuan-habuan yang telah ditetapkan. Kadarnya bukan seratus dua, tapi beribu. Dia tetap untung.
Bisikan-bisikan itu menguatkan lagi langkah Amri ke meja. Begitu yakin dia dengan pendirian itu; seolah-olah tiada apa yang perlu ditakutinya lagi. Dia berasa cukup beruntung memilih jalan itu. Jalan yang mungkin dikurniakan kerana daya usahanya sendiri. Jalan ini terentang di muka setelah berpuluh tahun `sesat'. Jalan ini bukan jalan orang biasa, tapi jalan orang yang telah kecewa.
Amri merapatkan dirinya ke meja; punggungnya membenam di kerusi. Matanya meliar sebentar sambil bersiul-siul. Siulannya tidak mengusik sesiapa kerana tenggelam oleh deruan pendingin hawa jenis `merdeka' yang sudah tua. Deruan itu tiba-tiba saja mengingatkannya kepada bot ekspres. Bot ekspreslah yang telah mempereratkan perkenalannya dengan bandar sehingga dia berjaya mendapat pekerjaan tetap sekarang. Begitu besar jasanya tapi sayang ianya cuma tinggal jadi sejarah. Lambat-laun ia pasti dilupakan.
Bot ekspres sekarang kebanyakannya telah hilang bentuk asal dan ada yang tersadai usang di tebing. Nasibnya tidak ubah seorang tua yang berbiar, ditinggalkan anak-anaknya setelah tidak berupaya lagi. Terlintas dalam fikiran juga hendak menyamakan nasibnya dengan nasib bot ekspres tadi, tapi pengakuan itu tiada siapa yang dapat mengesahkannya.
Apa yang pasti selama ini, tiada siapa yang mengambil peduli. Perkhidmatannya yang berlarutan lebih dua puluh tahun itu seakan-akan tersadai ke tepi seperti tersadainya bot-bot ekspres di tebing pangkalan.
Cepat-cepat Amri membuang gangguan-gangguan itu. Pandangannya dialih ke meja; tangan kirinya digerak untuk mencari cermin muka kecil di dalam laci. Cermin diletaknya di meja. Rambutnya yang tidak terurus disikatnya berulang-ulang kali. Kadang-kadang tugas itu meletihkan tangan. Rambut yang sentiasa didera topi keledar bukan mudah diurus.
Tik...tik...tik...
Waktu pukul sembilan lima belas; Amri masih bermain sikat dan dimain wajah di kaca.
Keadaan di mejanya tidak berapa menyenang hatinya. Beberapa buah fail dibelek-belek kemudian diasingkannya mengikut keutamaan. Fail yang dianggapnya remeh diletakkan di tepi meja. Kau nak tinggi macam gunung Santubong pun aku tak hairan; gerutu hati kecilnya. Dia buka dan belek- belek lagi fail-fail di kirikanan meja. Bagi Amri kebanyakannya remeh- temeh belaka; ditemboknya di tepi meja lagi. Kau nak runtuh, runtuhlah; leter hati kecilnya. Cuma tinggal sebuah saja fail di tangannya.
Kertas minit dan kandungan memorandum ditelitinya beberapa ketika. Dia kelihatan sedikit gelisah. Dia cuba melontar tekanan itu ke deruan pendingin hawa. Sebatang rokok telah berada di celah bibirnya. Asap disedutnya dalamdalam. Terasa olehnya asap menyelinap masuk membelai seketika perasaan yang sedikit berkecamuk. Asap rahmat itu disedutnya dalam-dalam lagi. Terlihatlah beberapa orang gadis Hawaii menari-nari di depan. Tarian gelek pinggul itu menggiurkannya. Terkebil-kebil Amri dibuatnya. Bayangan itu lekas-lekas dilepasnya ke asap rokok yang mencuri keluar ikut lubang kipas pendingin.
"Huh....memang dasar telinga kuali, mata batu".
Amri tidak perasan Esah telah berdiri di depan mejanya. "Maaflah..., aku tak ada masa nak menghisap di luar tu; kau bukan tak tau kerja aku ni banyak".
Amri cuba mententeramkan Esah yang sememangnya alah kepada asap rokok. "Jangan khuatir Sah, asap tu kan keluar ikut lubang kipas pendingin". Amri menambah alasannya untuk membujuk Esah yang terkenal berang di pejabat itu. "Kau jangan terlalu fanatik dengan pandangan doktor tu. Takkanlah yang tidak merokok tu sama seperti dengan yang merokok. Asap rokok tu kan disedut oleh si perokok, bukan oleh yang berhampiran; lagipun yang tersedut oleh yang berhampiran tu cuma hampasnya aje. Aku tak mau nak bagi asap yang segar tu pada kau, rugilah aku".
Amri mengulum senyum; Esah menjuih bibir. "Huh...segar tak segar aku tak peduli, yang penting ikut peraturan pejabat. Kalau dah dilarang tu haramlah. Apa gunanya poster terpampang tu kalau tak dipatuhi".
Esah yang mulai digoda perasaan ditatap Amri beberapa ketika. Geli bercampur kasihan tiba-tiba mengusik hati kecilnya. Wanita yang berdiri di depannya telah banyak kali tenggelam dalam emosi bila saja diacah dengan hujah-hujah yang mempersendakan begitu. Kesensitifannya sering kali jadi topik hangat rakan sepejabat semasa ketiadaannya.
Tik...tik...tik...
"Um... Sah... Lepas ni kita minum ya; aku belanjalah..." Cepat-cepat Amri menukar topik untuk mengendurkan suasana yang hampir tegang. Di wajah Esah telah ada tompok-tompok kemarahan. Telah ada ruapan perasaan yang akan sukar dikawal. Amri khuatir perkara buruk berulang kembali. Dalam suasana begini Esah boleh hilang pertimbangan. Dia akan menyerang dengan mulut dan tangan.
Tik...tik...tik...
Syukur! bisik hati kecil Amri. Api kemarahan Esah kelihatan mulai padam. Lamarannya untuk minum di kantin menampakkan tanda-tanda akan berjawab.
"Oi... kau orang nak ikut tak; Amri nak belanja hari ni". Nada suara Esah tiba-tiba berubah. Perasaan geli tiba-tiba menggeletek hati Amri. Sungguh kau ni seorang yang makan pujuk. Suara halus itu tiba-tiba mengamit hatinya. Cepat-cepat Amri melepasnya keluar ikut lubang kipas pendingin.
Tik...tik...tik...
Amri membiarkan kerjanya terkapai sebentar. Ke kantin telah menjadi perkara mesti waktu pagi begini.
Amri dan Esah membuka langkah sambil diikuti Kassim dan Saha. Sepanjang perjalanan mereka bertukar-tukar cerita daripada soal kerja hingga ke soal yang bukan-bukan.
Tik...tik...tik...
Setelah hampir sejam dibuai sarapan dan perbualan, akhirnya mereka kembali di meja masing-masing. Sebentar kemudian Saha pun menghilang ditelan urusan peribadi.
Amri tersandar di kerusi sambil meramas-ramas perut yang telah disumbat mi jawa. Terlintas juga di hatinya untuk menghentikan tabiat makan mi, tapi kerana bimbang mendapat gelaran Haji Bakhil terpaksalah niatnya dilepasnya ke tepi.
Menurut salah seorang kawannya, makan mi boleh menaikkan berat badan. Pendapat kawannya itu tidak meyakinkan dirinya, dia telah begitu lama mengamal makan mi tapi badannya tidak juga naik-naik. Yang naik cuma perutnya saja.
Perhatian Amri tumpuan semula ke fail. Kandungan memorandum ditelitinya beberapa kali. Kelihatan beberapa kali dia meramas-ramas rambutnya tanda tertekan. Dia mencatat-catat sesuatu di kertas kosong. Sesekali dia merenung jauh, memanggil kembali segala peristiwa yang berkaitan dengan kehendak memorandum berkenaan.
Arahan ketua untuk menjawab memorandum perlu diselesaikan segera atas keperluan yang mendesak. Ingin rasa hatinya hendak melepaskan segala kerenah itu kepada pihak terbabit, terutama kepada Tuan Karto untuk ditenyeh-tenyeh ke mukanya sebelum bersara. Projek mengada-ngada tuan Karto cukup memualkan selera bekerja Amri. Oleh sebab dia Boss maka tiada siapa yang berani membantah.
Projek memberi pinjaman kepada kakitangan yang ingin berniaga kecil- kecilan itu bagi Amri adalah satu projek yang sia-sia. Ianya tak ubah seperti membina jambatan maut. Tabung untuk tujuan itu bukan perkara mudah. Kalau hendak mengharap sumbangan daripada kakitangan berkemungkinan projek itu berkubur. Tidak tahan Amri bergelut dengan masalah itu. Dia melepaskan semua usikan itu ke arah deruan alat pendingin hawa itu kemudian hilang ditelan bunyi deruan alat itu.
"Amri, telefon!"
Amri bergegas merampas telefon daripada tangan Kassim. Dia duduk di tepi meja Kassim macam koboi. Nada suaranya kadang-kadang ditinggikan untuk memeriahkan lagi suasana. Sekali-sekala ketawanya yang berderai-derai itu turut mengusik Esah yang seakan-akan telah tercium tajuk perbualan itu.
Perbualan mereka sudah jauh merayap ke topik-topik yang kurang wajar. Perbualan mereka begitu lama menjerat, sehingga kelihatan Amri begitu sukar melepaskan diri dalam waktu yang singkat.
Bila tangan kanan dan telinga kanan terasa letih, tangan kiri dan telinga kiri pula yang mengganti. Sekali-sekala Amri mengesat peluh di dahi dan telinga.
Tik...tik...tik...
Apabila telefon sudah hampir berasap baru Amri melepaskannya. Waktu sudah hampir pukul dua belas tengah hari. Senyum-senyum kambing Amri kembali ke meja. Di wajahnya tergambar satu kepuasan. Karim yang sebulu dengannya telah banyak berkongsi cerita dan pengalaman.
Bagi Amri di antara mereka sudah tiada rahsia lagi. Keintiman persahabatan mereka sering disalahertikan oleh rakan-rakan. Cukup menyakitkan Amri bila mereka diusik-usik dan disindir-sindir sebagai `gay'. Jodoh bagi Amri kadang-kadang terlalu sukar untuk dimengertikan.
Sejak berpisah dengan Kartini hatinya begitu sukar untuk menerima seorang wanita bakal jadi calon isteri. Dia kurang faham dengan kerenah nalurinya. Dendam yang disimpannya selama ini seolah-olah telah menentukan hidup matinya. Usikan bujang tua telah menjadi pemanis mulut rakan sepejabatnya. Tiada apa yang perlu dijawabnya lagi selain daripada mendiamkan diri, atau menghalalkan semua tindak-tanduk mereka.
Tik...tik...tik...
Waktu kini pukul dua belas tengah hari. Hampir semua kakitangan sudah lesap. Amri terkejut sedikit dengan pemandangan itu. Dia seolah-olah tidak percaya waktu telah sejauh itu beredar. Dia mencapai kunci lalu bergegas lari ke pintu meninggalkan pejabat dengan berjuta rakaman peristiwa.
Tik...tik...tik...
Sebetulnya Amri datang jam lima petang, tapi dalam buku catatan kehadiran tercatat jam empat lima belas minit petang. Tiada siapa yang peduli, lagipun perbuatan itu sering dilakukan oleh siapa saja di antara mereka.
Belumpun sempat Amri memegang pen Kassim menggamitnya untuk meminta pemetik api. Saha yang pada mulanya tidak tergugat oleh suasana itu tiba- tiba saja bingkas lalu marah. Beberapa ketika fikiran mereka melayang dibawa asap rokok yang terapung-apung. Sedutan demi sedutan; cerita demi cerita telah mengheret mereka ke jam lima empat puluh lima petang.
Apabila Kassim kembali ke mejanya barulah suasana reda, tetapi Amri dan Saha yang masih kelihatan liat untuk memulakan tugas.
Bagi Amri kerja lebih masa sebanyak sedikit telah membantu masalah kewangannya. Tapi kebelakangan ini dia terusik sedikit oleh rakannya. Rakannya itu telah menganggapnya seperti Drakula penghisap darah. Dia dituduh menipu masa. Walaupun dia menganggap enteng tuduhan itu, namun di hatinya tetap membekas. Rakannya itu mengatakan yang rezeki kerja lebih masa itu tidak halal.
Walaupun hujah rakannya itu dapat dibenamnya namun bisikan-bisikan halus tetap mengiakan pendapat rakannya itu. Terlintas juga di hati kecil Amri untuk menukar haluan hidupnya, tapi pelbagai cerita tentang orang atasan dan rakan-rakan lain menyebabkannya tawar hati. Setiap kali berada di dua persimpangan, Amri pasti meminta bantuan rokok dan asapannya. Niat dan tekadnya hanya dapat diapungkan oleh asap yang kemudiannya lenyap disedut kipas pendingin pejabatnya.

No comments:
Post a Comment