Oleh Taha Abd Kadir
SIBUK betul stesen pagi itu. Manusia berjejal-jejal. Entah dari mana dan entah nak ke mana. Sudah hampir dua jam aku di situ. Macam tu juga. Tak pernah reda. Macam Puduraya di musim perayaan. Manusia di sini lebih suka membaca atau mengunci mulut. Anak-anak muda menutup telinga dengan walkman, kaset musik kecil untuk sendiri. Inilah budaya bangsa yang sudah maju.
Di tengah lapangan terminal stesen dipenuhi manusia. Begitu luas pun masih sesak. Cuma tempat lalu lalang saja yang tak boleh diganggu. Tapi kuperhati ramai belia mat saleh duduk dan lepak-lepak. Mereka cukup bebas, lelaki perempuan. Tak siapa kesah. Memang di kota-kota besar macam itu orang tidak mempedulikan orang lain.
Aku perhati kawan-kawanku; Ali, Zul dan Piei. Entah ke mana mereka. Rashid dan Mazlan yang kusuruh menunggu beg-beg masih di situ. Berlonggok macam busut jantan. Nak diheret berat. Nak biar takut dikebas orang. Tapi tak apa. Nanti kusuruh yang lain gantikan. Kami terpaksa begitu sementara menunggu jam dua. Petang nanti kami bertolak ke Dover. Dari Dover kami akan ke Ostende, Belgium. Kami akan meneruskan perjalanan kami ke beberapa buah negara di Eropah. Itulah sebenarnya kenapa kami berada di situ sejak pagi.
Tiba-tiba seseorang melanggarku dengan kuat. Hampir saja aku terjatuh. Kertas dan brosur di tanganku bertaburan. Nasib baik kamera kecilku tersangkut di bahu, kalau terjatuh tentu jahanam.
"Maaf tuan," suara seorang budak lelaki sekitar lapan tahun. Dia turut membongkok menolongku mengutip kertas-kertas yang bertabur. Selamba saja macam tak ada apa yang berlaku. Aku perhati bebola matanya yang biru. Tak sedikitpun menampakkan rasa bersalah. Mungkin kerana dah minta maaf padaku.
"Siapa nama kamu?"
"Willy, tuan. William Henson."
"Bagus. Kamu dah bersekolah?"
Dia mengangguk dan senyum. Dia juga memegang tanganku.
Eh, eh, ada apa ni Willy? Kau ambil barang tuan ni ke?" Seorang wanita muda menghampiri. Aku pasti dia adalah ibu budak lelaki tu. Boleh tahan rupanya. Berpakaian kemas, macam wanita bekerja atau isteri pegawai.
"Maaf tuan. Dia ni Willy, anak saya. Dia ni memang nakal." Wanita itu menjegilkan mata pada anaknya. Willy cuma senyum.
"Saya Nancy, Nancy Henson." Dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan. Aku sambut salamannya.
"Oh, saya gembira berkenalan dengan puan, saya Tajudin, panggil saja Deen. Saya dan tujuh kawan lagi dari Malaysia. Kali pertama ke sini. Kami dalam rangka melawat sambil belajar ke England dan Eropah. Aku bercerita. Hatiku sungguh seronok. Maklum dapat berbual dengan wanita mat saleh di London.
"Teror juga aku ni." Aku senyum sendirian.
Wanita itu bersama anaknya sedang menanti bas untuk ke Manchester. Dia seorang suri rumah beranak dua. Lulusan institut kesetiausahaan. Dah berhenti kerja kerana ikut suaminya, seorang pegawai bank di London timur. Anaknya yang kecil perempuan tidak ikut, tinggal bersama pembantu rumah.
"Apa Nancy pernah datang ke negeri saya, atau dengar nama Malaysia?" Tiba-tiba aku ingin bertanya begitu. Sambil itu kuberikan beberapa helai brosur padanya. Dia membelek, semacam tertarik nampaknya. Tapi dia menggelengkan kepala pada soalan aku. Aku jelaskan tentang Malaysia sambil mencadangkan agar melawat ke sana bila suaminya bercuti nanti. Aku boleh pandu. Dia gembira sekali. Mudah-mudahan sarananku menjadi kenyataan pada keluarga Henson ini.
Aku tanya Nancy apakah dia ternampak iklan Tahun Melawat Malaysia 1990 di dinding teksi kotaraya itu. Kataku ada seratus teksi macam tu di sekitar London seperti berita yang pernah kubaca dalam akhbar sewaktu di Kuala Lumpur dulu.
Nancy menggelengkan kepala. Aku sendiripun belum pernah nampak teksi macam tu walaupun dah seminggu berada di sini. Beberapa hari lalu aku sengaja mundar mandir sepanjang Oxford Street dan lain-lain tempat menarik. Tak sebuahpun aku nampak teksi membawa iklan Tahun Melawat Malaysia. Iklan lain tu banyak macam-macam. Jangan-jangan mat saleh tu temberangkan akhbar kita, mana tahu.
"Hey Din. Dah ada member sekarang. Padanlah kita orang cari rata tempat tak jumpa." Zul tiba-tiba menerpa. Aku terkejut. Nancy juga kehairanan dengar kami bercakap Melayu. Azmi dan Ali juga datang. Aku kenalkan Nancy kepada mereka.
Waktu dah hampir pukul sebelas. Bererti dua jam lagi kami akan meninggalkan tempat itu. Kuperhati Rashid dan Mazlan masih berada dekat beg. Aku terpaksa beredar dari situ. Ada urusan. Aku perhatikan Zul memberi Nancy sesuatu, Ali dan Azmi juga sama. Beri sesuatu pada Nancy dan anaknya.
"Piei mana Zul?" Aku bertanya, serius. "Nak ke mana-mana sorang-sorang. Tak mahu bagi tau. Sesat nanti padan muka. Dia ingat London ni macam Seremban." Aku geram pada kawanku yang berasal dari Seremban tu.
Kawan-kawanku senyum. Seriusku tak menjadi.
"Tadi lagi aku dah ingatkan. Pukul satu setengah tak ada sini, tinggal. Peduli apa. Degil semacam." Zul juga marahkan Piei.
"Eh, mari kita pegi cari dia." Azmi menyarankan. "Okay."
"Kau tengok kat tingkat atas, Azmi bawah dan aku cari kat sini." Aku mengarahkan. Mereka akur.
Rupa-rupanya Piei ada kat situ. Padanlah, cari tempat lain, mana nak jumpa. Dia sedang duduk dan berbual-bual dengan seorang gadis. Lawa nampaknya. Badan sederhana dan rambut terurai panjang mencecah belakang. Pakai jeans kulit, kelihatan kemas macam pelajar universiti.
"Di sini rupanya kau, Piei. Macam nak gila kita orang mencari. Lain kali nak ke mana-mana berilah tahu. Jangan pergi sorang," aku bersuara. Marah campur geram. Kuperhati gadis itu merenungku. Tajam renungannya. Aku serba salah dan buat-buat senyum.
Sebelah tangannya memegang setangkai bunga, warna putih kemerah-merahan, kecil-kecil kuntumnya. Ada tiga kuntum, dua berkembang daunnya juga tiga helai. Masih segar. Aku tak pasti bunga apa. Ia bukannya mawar atau orkid. Pandanganku bertukar di antara mukanya, bunga dan pada Piei. Kembali pada wajah gadis itu.
"Din, mari aku kenalkan. Ini Virginia, kawan yang baru aku kenali. Dia ni gadis Jerman. Berasal dari Hamburg."
Dalam hatiku berkata, padanlah Piei ni hilang begitu lama.
Virginia menghulurkan tangannya. Kusambut dan genggam erat-erat.
"Saya Deen, kawan Syafiei. Apa khabar Virginia?"
"Virginia. Saya gembira berkenalan dengan saudara." Dia senyum. Kuperhati bebola matanya, hitam. Dia semacam bermasalah dan nampak tidak begitu riang.
"Din, Virginia ni ketinggalan bas. Dia sepatutnya dah bertolak ke Hamburg pagi semalam. Tapi terlewat sampai sini. Tiket bas dia dah beli, 40 pound. Masalahnya bas ke Hamburg dua hari lagi baru ada. Duitnya pula dah habis, cuma tinggal siling-siling aje. Piei memberitahuku. Dia dah dengar semua kisah gadis itu, sejak tadi.
Virginia kelihatan sugul dan dia pasti Piei menceritakan apa yang terjadi padanya walau dalam bahasa yang dia tak faham sedikitpun.
"Jangan susah-susah fasal saya. Tak mengapa. Saya boleh uruskan diri sendiri." Pinta Virginia. Dalam hatinya entahlah.
Virginia menceritakan dia sebenarnya baru saja datang ke England. Kira-kira dua minggu. Dia datang kerana bekerja di Leeds sebagai pembantu rumah. Majikannya guru sekolah suami isteri. Dia kena menjaga dua orang anak, umur 5 dan 2 tahun.
Virginia mencari kerja melalui iklan dari surat khabar. Oleh sebab dia boleh berbahasa Inggeris, dia mudah diterima bekerja. Virginia berkelulusan sekolah menengah dan bercita-cita nak jadi penyanyi dan pemain muzik. Dengan itu dia dapat melawat berbagai tempat. Nak cari kerja di tempatnya, susah. Bapanya seorang pekerja pejabat pos dan dia masih ada tiga orang adik yang bersekolah. Virginia bertekad untuk sungguh-sungguh bekerja. Nak bantu keluarga. Dia juga bertekad nak tinggal lama di England sebab itu dia bawa pakaian dua beg besar. Kerana kesukaran membawa beg itulah dia ditinggalkan bas.
Virginia bercita-cita nak cari kerja yang lebih baik satu masa nanti. Buat sementara biarlah jadi babupun. Tapi baru kira-kira seminggu bekerja dia mulai bosan. Sikap pasangan guru itu cukup cerewet, terutama isterinya. Cemburu dan selalu bergaduh. Suaminya pula suka minum dan mabuk. Itu tak jadi soal sangat. Dia masih boleh sabar. Maklum, nak dapat kerja bukannya mudah. Tapi dia menerima berita yang menyedihkan dari kampung. Ayah tersayangnya dilanggar kereta. Kakinya patah dan terpaksa disimen.
Virginia rasa dunia gelap. Tak tahu apa lagi nak buat. Dia tak ada pilihan lain kecuali balik ke Jerman melihat ayahnya. Rindunya pada ayah ibu, adik-adik serta kampung halamannya tidak dapat dibendung lagi. Dia mahu kembali ke Hamburg secepat mungkin. Dengan wang yang masih ada dan sedikit gaji pemberian tuan rumah, wangnya hanya cukup buat tambang bas balik. Untuk belanja atau nak belikan ole-ole buat ibu dan adik, tak ada. Jadilah.
Piei beritahu aku dia dah bawa Virginia makan sebentar tadi. Sejak semalam dia tak makan apa-apa, cuma minum air tin saja. Nak beli, duit tak ada. Lagipun beg besarnya entah mana nak letak, di pejabat kena bayar sewa. Duitnya tak cukup. Nak balik kena tunggu lagi dua hari. Mahu tak mahu duduklah di stesen tu.
Virginia juga menceritakan satu peristiwa yang cukup sedih. Dia menitiskan air mata sewaktu bercerita. Katanya malam pertama dia di situ tiga orang budak muda mendekatinya. Mula-mula mereka hanya berbual-bual. Bila tahu dia macam itu budak-budak itu cuba memperdayakannya. Mereka pura-pura ajak Virginia keluar makan dan tengok wayang. Virginia mulanya tidak syak apa-apa. Tapi bila didengarnya budak-budak tu berbincang nak memperkosanya baru dia sedar. Dia ketakutan dan mendiamkan diri. Lama-lama budak itupun pergi. Nasib baik.
"Saya betul-betul takut. Seram. Saya tak pernah buat begitu." Dia semacam mengadukan halnya pada aku. Virginia juga memberitahu dia mula-mulanya curiga juga dengan Piei dan aku. Tapi bila ditengoknya kami tak ada apa-apa, baru dia mulai percaya.
"Saya tak sangka masih ada orang yang baik hati di kota ini. Tapi yang baik itu bukannya orang putih. Kini saya betul-betul percaya pada saudara." Virginia menyuarakan perasaannya yang ikhlas.
"Bunga api tu Virginia?" Aku buat-buat bertanya. Cuba mengubah topik perbualan. Aku tahu gadis itu susah hati. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakannya, walau sebentar. Dia juga tidak mahu kami bersusah payah kerananya. Baginya kami datang dengan memberinya semangat dan sokongan moral itu sudah memadai. Taklah buntu terus. "Ah, biasa. Nanti bila Deen naik keretapi ke Dover dan di Eropah nanti Deen pasti jumpa. Cukup banyak. Di kiri kanan jalan."
Aku tak faham lagi bunga apa. Betul. Aku tanya dia lagi.
"Ini ialah bunga berry. Bunga liar. Bunga hutan. Tapi aku sukakannya."
"Belum pernah aku lihat bunga ini. Tapi cantik dan menarik." Aku cuba meyakinkannya. Padahal aku ni cukup jahil tentang bunga.
"Tak usah bohong Deen. Bunga berry ni memang tak cantik. Orang memang tak ada yang sukakannya. Aku petik dekat rumah tempat aku bekerja di Leeds dulu. Buat kenang-kenangan."
"Iyalah, tapi bunga berry ni tak ada di negeri saya. Negeri saya di kawasan tropika. Panas. Bunga seperti ini tak boleh hidup."
"Berry ni bukannya jenis bunga. Ia jenis buah. Buah hutan dan liar, tapi boleh dimakan. Kau tahu strawberry dan lain-lain berry, kan?"
"Strawberry aku tahu. Tapi tu bukan bunga strawberry."
"Memang betul. Tapi bunga berry ni comel, kecil dan warnanya lembut.
Ia tahan lama dan boleh buat jambak, cantik juga."
Aku terasa juga bila Virginia kata begitu.
"Ya, Virginia, aku setuju denganmu. Bagiku bunga tu tetap bunga, walau apapun pokok ibunya. Bunga adalah keindahan alam ciptaan Tuhan. Yang berbeza penilaian manusia. Andainya semua orang kata berry ni cantik dan berharga sudah tentu orang mencarinya. Tarafnya akan naik macam orkid atau mawar. Atau macam tulip di negeri Belanda". Aku semacam bermadah. Kulihat Virginia tertarik dengan kata-kataku. Aku mulai berfikir gadis ini juga ibarat bunga berry itu. Bagi sesetengah orang memang tak berharga, tapi bagiku ia cukup bererti. Aku mempunyai caraku sendiri menilainya.
"Virginia, kamu setuju tak kalau aku kata kamu ni macam bunga berry?" Ya, berry adalah lambang gadis desa, sederhana tapi menarik. Dalam hatiku berkata Virginia ni bukan sebarang gadis.
Dia seorang yang pintar. Sebab itu dia berlainan dari gadis-gadis England yang pernah kutemui macam yang kuceritakan dulu.
"Tak mengapa, bagiku berry ni bermakna. Bagimu mungkin sebaliknya." Virginia ni macam menyindir aku saja.
"Ewah, ewah, di sini rupanya bos kita." Azmi mengusikku.
"Padanlah kita jenuh cari kat atas, kat bawah, tak ada." Ali menyampuk. Aku terperanjat sikit tapi cepat-cepat bertindak.
"Ali, Azmi, aku kenalkan. Ini Virginia, gadis dari Jerman. Jerman barat ke timur, Virginia?" Dia senyum. Mereka bersalaman.
Aku cuba bayangkan boleh atau tidak nak bawa Virginia sama naik keretapi. Mereka tak setuju sebab misi kami dari mulanya misti disempurnakan. Lagipun kami beli tiket keretapi Eurorail dari Kuala Lumpur. Macam mana pulak orang nak tumpang. Soalnya gadis itu dahpun membeli tiket bas. Harga 40 pound bukannya sikit, $200 duit kita. Rugi saja kalau naik keretapi. Nak jual balik tak boleh.
Jam sudah pukul satu tengah hari. Semua kawanku sudah berkumpul. Virginia masih bersama kami. Keadaan stesen masih juga macam tadi. Maklum Victoria adalah stesen terbesar kota London. Ia menjadi nadi perhubungan bandaraya itu. Di stesen itu semua perkhidmatan ada; bas, keretapi, tiub dan teksi. Stesen bas ekspres juga ada tidak jauh dari situ.
"Aku fikir begini saja. Kau orang bolehlah ke platform. Ikut Piei dan Zul. Aku nak tunggu Virginia sekejap." Aku memberitahu.
Aku kembali duduk dengan Virginia. Aku membuka beg sling dan memberinya sedikit makanan. Mee maggie dan serunding daging. Aku tak tahu sama ada dia gemar atau tidak. Serunding tu pedas dan panas. Aku beritahu dia supaya hati-hati memakannya.
Aku juga menghadiahkannya dua helai baju kemeja `T' yang bertulis Tahun Melawat Malaysia. Biar dia ingat. Tak ingat aku dia ingat negeriku. Dia juga memberiku suatu bungkusan. Entah apa dalamnya aku tak tahu. Dia minta supaya aku membukanya semasa di atas keretapi.
Kami dah buat keputusan seperti waktu datang dulu. Ke mana-mana pergipun mesti bersama. Virginia memahami itu. Aku akur. Tapi hati kecilku dan rasa kemanusiaanku membuat hatiku begitu berat nak tinggalkan gadis itu. Berat memikirkan apa pula yang terjadi padanya semalam dua lagi ni. Kami dah tak ada.
Bagaimanapun kami semua dah setuju memberi gadis itu sedikit bantuan kewangan untuk menolongnya. Kira punya kira kami dapat kumpul kira-kira 40 pound juga cukup untuknya buat belanja dua hari sementara menunggu bas ke Hamburg.
Dalam hatiku berkata memanglah Virginia menolak ajakan aku kerana dia serba salah. Tapi kalau aku pujuk betul-betul dan yakinkan dia dan kawan-kawanku tentu dia mahu ikut. Sebelum menuju ke platform keretapi aku sempat memberitahu Virginia tentang tempat-tempat yang bakal dilawati. Satu salinan artiniari lawatan kuberi padanya berserta tempat yang ingin dihubungi. Dia juga memberikan alamat dan nombor telefonnya di Hamburg.
Ketika keretapi ke Dover tiba aku menjadi semakin gelisah. Aku perhati Virginia juga sama. Dia menitiskan air mata. Aku sentiasa di sisinya pada saat itu. Dan aku tak sedar apa yang telah terjadi.
Aku bergegas naik apabila pengawal landasan mengarahkan supaya lekas. Tangan Virginia serasa tak mahu kulepaskan. Pintu koc tertutup sendiri dan keretapi mulai bergerak meniti bilah-bilah besi landasannya. Makin lama semakin laju. Dari tingkap kuperhati sambil melambai-lambai Virginia. Kawan-kawanku juga melambai dan memberikan flying kiss.
Aku merasa sungguh pilu ketika itu tapi aku sedar perpisahan adalah saat-saat yang cukup menyakitkan dan ia pasti berlaku.
Keretapi semakin jauh meninggalkan stesen, meninggalkan gadis yang baru sebentar tadi bersamaku. Aku masih berdiri di tingkap, memandang entah apa di luar. Fikiranku masih berserabut.
Di tempat duduk aku keseorangan. Memandang ke luar. Memerhati bunga-bunga berry seperti yang dikatakan Virginia. Tak nampak pun. Yang kulihat bukit-bukit gondol, ladang jagung dan gandum yang luas dan rumah-rumah perkampungan. Kawan-kawanku entah kemana merayaunya. Biarkanlah.
Aku teringat bungkusan yang diberikan Virginia tadi. Kubuka beg dan keluarkan.
"Eh, apa pulak bendanya ni, ringan aje." Fikirku.
Aku dapati benda tu ialah bunga berry yang tadinya milik Virginia.
Tapi dicelah kuntumnya ada secebis kertas. Kubuka dan baca.
"Selamat berpisah Deen, kau sungguh baik. Terima kasih atas pertolonganmu dan kawan-kawanmu. Aku tetap mengingatimu dan kita pasti akan bertemu lagi." Yang ikhlas, Virginia."

No comments:
Post a Comment