Oleh Arena Wati
(Dari fragmen memoir berjudul Enda Gulingku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia)
KETIKA musim gugur baru mulai pada tahun 1983, Mr Sullivan mengadakan majlis pertemuan suaikenal di kalangan penghuni apartment Fairview Height dengan Fairview Square, Cornell University, Ithaca. Di sanalah saya berkenalan dengan seorang Negro pegawai tentera Marin Amerika. Dia ditemani isterinya dan anaknya yang masih belajar di High School, tinggal dalam sebuah apartment di Fairview Square. Kalangan penghuni umumnya orang kulit putih. Orang berkulit warna hanya kami suami-isteri, Negro itu sekeluarga, seorang Cina Profesor dari Shanghai University, dan seorang wanita Cina kaya dari Singapura bersama dua orang anaknya; seorang gadis Jamaika, dan Flora, wanita tua peranakan Mulatto-Chikano-Red Indian.
Sambil minum dan nikmati makanan ratah-ratah saya lihat orang-orang kulit putih tidak keberatan berbual dengan kami, tapi mereka sisihkan keluarga Negro ini. Waktu sedang berbual dengan seorang Profesor Yahudi dari Hebrew University, di Israel bersama isterinya, Halimah datang dan menguit tangan saya, lalu berbisik:
"Kasihan Negro itu. Tidak ada siapa yang mau berbual dengan mereka."
"Pergilah," kataku. "Nanti saya susul."
Keluarga yang disisihkan ini terlalu gembira apabila kami mendampingi mereka. Dalam perbualan, saya dapat tahu bahawa dia seorang kolonel dalam pasukan Marin Amerika. Dia dipinjamkan buat sementara selama semester musim gugur untuk memberi kuliah dan latihan pada bahagian Angkatan Laut Amerika di Universiti Cornell. Pejabatnya di Barton Hall. Anaknya sudah dapat biasiswa dari Pentagon, untuk calon tentera Marin.
Pada suatu hari saya sedang sibuk sisihkan buku-buku cetakan opset dan jilid seperti album yang mengandungi data-data perang Amerika dan Vietnam. Ini bahan-bahan yang dibenarkan oleh Pentagon untuk rujukan kakitangan akademik saja dan ditempatkan pada ruang bawah tanah di Olin & John M Echol Library.
"Wau, brother, awak di sini?"
Saya terkejut mendengar suaranya datang dari belakang bahu saya. Lorong-lorong ini jadi tempat khas bahan-bahan yang berkaitan dengan belanja perang Amerika dan anggota pasukan kategori MIA (Missing In Action).
Saya angkat bahan-bahan itu ke meja tempat saya meletak beg sandang, dan tak menolehnya lagi. Tapi tidak lama kemudian dia datang dan minta dibenarkan bergabung dengan saya di meja yang sama. Mulanya saya tidak hiraukan, kerana kami sibuk dengan kerja-kerja sendiri. Tapi akhirnya saya sedar, bahawa buku yang dibawanya tidak pun dibukanya. Dia duduk bertopang dagu, termenung memandang rak-rak buku. "Sengaja mahu rehat di sini, atau tunggu kawan?" Tanyaku.
Dia geleng kepala. Mukanya sugul.
"Apa hal? Ada apa-apa yang tidak kena?"
"Sudah baca berita Beirut?"
Saya mengangguk. "Dari surat khabar, dan lihat di TV," kataku. "Ngeri juga ya? Tapi dalam perang. Wajar begitu, bukan?"
Ketika itu penduduk Amerika digoncang oleh peristiwa letupan pangkalan Marin Amerika di Beirut oleh TNT yang sarat dalam sebuah lori, dan lebih tiga ratus orang jadi korban. Saya bertambah sedar, dia kolonel Marin.
"Ada teman rapatmu jatuh korban?"
"Anak lelaki saya yang sulung. Leftenan Marin." Suaranya sayu.
Mulut saya bergerak-gerak dan hati saya gatal mahu berkata, `Cuma tiga ratus orang lebih. Orang Arab mati beribu dalam setahun kerana mahu rebut kembali tanahairnya. Anakmu mati di sana bersama tiga ratus orang itu, kerana membantu orang yang merampas tanahair orang Arab.' Tapi mujurlah saya dapat menahan diri. Maka dari mulutku hanya kedengaran bisik yang amat halus:
"Tentu kau bangga atas kematian anakmu dan rakan-rakannya. Seluruh Amerika sudah mengutuk orang Arab."
"Awak tau berapa ramai `black' yang mati?"
Saya geleng kepala. "Tidak ada berita tentang itu. Korban di Vietnam pun saya tidak temui datanya berapa White dan berapa `black' yang gugur di sana."
Dia menangis, tapi dikuasai dirinya. Saya tahu, tidak mungkinlah saya buat kerja untuk beberapa jam selagi dia masih di meja ini. Dia sendiri sudah tidak ada niat akan bekerja. Tapi saya tidak sampai hati meninggalkannya. Saya tutup buku-buku saya dan menulis nota pada meja, menandakan saya akan ulang, meja dan buku itu.
"Mari kita keluar," kataku memujuk.
Saya lihat buku yang diletaknya. Di depannya ialah laporan suruhanjaya yang menyiasat tentang MIA di Vietnam. Kami ke kafeteria di Sage Graduate Centre, dan masing-masing pesan makanan ringan.
Kesedihan yang dialaminya dan curahan perasaan yang dilepaskannya menimbulkan kesedaran saya, bahwa Negro ini sama juga dengan bangsa apa pun, dan warna kulit apa pun di dunia.
"Saya seharusnya jadi pensyarah di Columbia University," katanya kemudian setelah meluahkan terlalu banyak perasaan.
"Tapi perang di Vietnam telah mengubah karier saya."
"Ya, perang. Selalu mengubah nasib manusia."
"Kau pernah jadi tentera?"
"Tidak. Pegang senjata jenis apapun tidak pernah."
"Kau beruntung, brother."
"Barangkali. Tapi saya tidak pernah dapat pangkat apa pun dalam hidupku, walau pun sekolah saya terhenti selama sepuluh tahun kerana perang."
"Perang Dunia Kedua?"
"Ditambah perang revolusi kemerdekaan Indonesia."
Dia tanyakan umur saya, dan saya jelaskan. Dia terangkan umurnya dan bercerita bahawa dia kawin ketika tahun akhir di High School. Dan anaknya yang terkorban di Beirut itu lahir ketika dia di tahun pertama di Universiti Columbia." Dengan isterimu yang sekarang?"
Dia mengangguk. "Kami sama-sama dari High School. Dia kerja dan saya masuk universiti."
"Kenapa tidak belajar bersama-sama?"
Dia memicu jari-jari tangannya. "Ini," katanya.
"Kami tidak ada wang. Kami perlu hidup." Dia mengeluh, "Kami sudah berumahtangga."
"Biasiswa?"
Ketawanya dipengaruhi rasa sedih. Dia bercerita, bahwa di Amerika, dan kalau kau `black', terlalu sedikit pundi-pundi yang akan berikan biasiswa. Di Amerika tidak ada pelajaran percuma dan perubatan percuma.
"Jadi dengan hasil usaha isterimu kaubelajar, setelah tamat taraf apa yang kauterima dalam angkatan tentera?"
"Master. Sedang bersiap kerja-kerja kajian untuk Ijazah Kedoktoran."
"Dan kau ditarik begitu saja?"
"Kalau saya tidak ke Vietnam pun, tidak akan saya dapat teruskan pelajaran. Tempat saya pastikan penjara."
Saya mengeluh. "Kau rugi besar!"
"Yahudi pemakan babi yang untung."
"Kau sudah terlalu kasar, kolonel. Tidak ada siapa yang untung dalam dan dari perang."
"Yahudi pemakan babi yang untung," suaranya menggetar.
Saya berusaha mengelakkan cerita pedih-pedih ini dan membawanya kepada perbualan lain. Saya sedar, bahawa walaupun dia tidak pakai uniform, tapi pastilah ramai mahasiswa yang tahu apa tugasnya di universiti ini dan apa pangkatnya. Pastilah ramai mahasiswa yang hadir pada meja sebelah-menyebelah kami telah terdengar sumpah-seranah dan kemarahannya. Tapi setiap kali saya membuka bual tentang kehidupan kampus, setiap kali itu pula dia akan kian banyak menyelongkar nasib buruk Negro di Amerika.
"Universiti Cornell ini termasuk beberapa buah yang terbaik di Amerika," katanya. "Lihat? Berapa ramai `black' di sini?"
Saya mengangguk, dan berkata, "Barangkali kerana terlalu jauh ke utara. Barangkali kalau di New York City, Washington DC dan Chicago, tentu lebih ramai!"
Dia tidak menyahut, hanya luahan ketawanya yang pahit, sarat dengan ejek.
"Peluang tidak terbuka lebar?" tanyaku kembali.
"Hak kami sama atas kertas," katanya dan mengeluh. "Tapi ingatlah, kami hanya untuk mati di medan perang mana pun, sebelum orang kulit putih mati, walaupun kami dalam satu batalion yang sama dengan kulit putih."
"Sebab itukan ramai `black' yang putus asa, lalu jadi apatis, dan berkelakuan menggila-gila?"
"Ini yang mendorong mereka jadi penjenayah."
"Saya lihat ramai polis yang terbaik terdiri daripada `black'," kataku.
"Tentu! Supaya `black' tangkap `black'. Supaya `black' bunuh `black'. Dan tau? Undi `black' itu terlalu diperlukan."
"Ironi ya? Undi `black' diperlukan untuk memenangkan pembuat dan pelaksana dasar kenegaraan Amerika. Dan pelaksanaan dasar itu lebih banyak yang menekan `black' dibandingkan dengan unsur yang mengapungkan `black'. Begitu?"
"Saya kadang-kadang terfikir," katanya. "Salah satu jalan untuk `black' perlihatkan bantahannya secara diam-diam, ialah pulaukan kerja mengundi itu."
Saya terdiam. Saya teringat cerita keluhan dan sumpah seranah dari petani dua suami-isteri yang berjualan di pinggir jalan Dryden Road.
"Tahu kenapa Amerika terbabit di Vietnam?"
"Perjanjian Geneva tahun 1954."
"Inggeris!" suaranya padat. "Politik, ekonomi dan kewangan Britain juga dikuasai Yahudi pemakan babi. Permainan Yahudi Britain dan Yahudi Amerika menyebabkan Britain sebagai salah sebuah negara pengerusi bersama persidangan damai Vietnam-Perancis di Geneva itu, menyebabkan ada dua peruntukan tertentu yang mengikat Amerika di sana."
"Apa tujuan mereka?"
"Saudagar-saudagar Amerika, yang memang sebahagian besarnya Yahudi, terlalu marah kerana kehilangan pasaran dan bahan mentah di Tiongkok akibat kekalahan Kuo Min Tang tahun 1949."
"Lalu?"
"Wang mereka dalam bank akan dipinjamkan ke mana? Hasil industri perang mereka akan dijual ke mana? Salah satu jalan termudah ialah pinjamkan kepada pemerintah Amerika sendiri, dan jual kepada pemerintah Amerika sendiri semua senjata dan segala peralatan perang dari industri itu."
"Tragik," saya mengeluh. "Nasibmu terikat di dalamnya. Gagal jadi pensyarah."
"Sekarang anakku mati di Beirut."
"Kerana Yahudi juga?"
"Kenapa tidak?" Suaranya agak tenang, tajam. Tahu? Tidak sampai tiga persen orang Yahudi di kalangan penduduk Amerika. Tapi Yahudi yang tidak sampai tiga persen itulah yang paksa orang Amerika yang sembilan puluh tujuh persen lebih itu supaya mendukung Israel dan bersama-sama memerangi orang Arab."
"Semoga anakku yang masih di High School itu tidak dibawa ke Timur Tengah nanti."
"Saya dapat pastikan berapa lama perang Timur Tengah itu? Amerika sedang persiapkan diri untuk buka medan perang baru."
"Kolonel, saya tahu benar, umumnya orang Amerika tidak suka perang."
Dia mengangguk kecil, tapi matanya merenung saya. "Berita TV dan surat khabar sudah cukup jelas," katanya kemudian. "Di depan pintu kami sendiri." Dia diam seketika. "Amerika Tengah dan Kepulauan Carribean."

No comments:
Post a Comment