Oleh Muhammad Sahidan
EMAK kepak ranting bunga raya merah sebesar ibu jari kaki di halaman rumah. Emak getu daun-daunnya. Satu demi satu daun itu jatuh ke tanah.
Emak kibas ranting bunga raya merah yang bogel itu dua tiga kali. Lepas itu emak tadah telapak tangan kanan. Emak pukul telapak tangan kanannya. Emas puas hati. Dengan ranting bunga raya merah di tangan, emak berjalan pantas menuju ke sungai.
Emak akhirnya sampai ke Sungai Bakong. Terkulat-kulat emak berdiri atas ban, dekat titi batang nyiur. Adik tidak ada! Khabar Wa Esah pada emak tadi, di sinilah dia lihat adik dengan beberapa orang kawannya mandi.
"Ke mana adik pergi?" Emak tertanya-tanya.
Mahu emak menyusur ban sungai hingga ke selekoh di bawah sana, kalau-kalau adik mandi lepas dari selekoh itu. Tetapi selekoh itu jauh kelihatan pada mata emak. Emak tidak sanggup melangkah hingga ke sana. Emak rasa penat sahaja kalau adik tidak ada.
Untuk mengekori adik arah ke atas, emak rasa tidak mungkin. Ban sungai yang lurus sebelah atas itu jelas pada mata emak tidak ada budak-budak mandi. Akhirnya, dengan hati dibalut hampa, emak meninggalkan ban sungai.
Emak akui, kalau Wa Esah tidak beritahu emak yang adik sudah berjinak dengan sungai yang dalam dan deras alir airnya itu, emak tentu tidak tahu. Selama ini adik tidak pernah mandi-manda di sungai. Adik mungkin ke sungai kerana kebelakangan ini pergaulan adik dengan kawan-kawan sebaya di kampung semakin luas.
Dua hari lalu, Wa Esah jugalah yang beritahu emak, adik mandi di sungai. Kemudian emak tanya adik, pernah tidak adik mandi di sungai. Waktu itu adik sedang siap hendak pergi mengaji Quran. Adik kata tidak pernah. Emak kata Wa Esah khabar dekat emak yang adik mandi di sungai. Adik diam. Emak lihat muka adik kecut macam orang kesejukan.
Emak tidak buat apa-apa pada adik. Emak cuma nasihat adik jangan mandi di sungai lagi. Emak tidak suka. Emak kira adik faham dengan nasihat emak. Rupa-rupanya nasihat emak masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Adik ke sungai juga. Adik mandi di sungai juga. Ini yang emak geram!.
Dalam senyap, emak ambil keputusan untuk intai adik di sungai kalau ada orang beritahu emak yang adik mandi sungai sambil tengok adik mandi. Biar adik terkejut. Di situ juga emak akan pukul adik, bagi adik serik.
"Dari mana ni Kak Jah?" Tegur Mak Leha yang bertembung dengan emak di jalan.
"Dari sungai. Tengok kalau-kalau ada budak-budak mandi di sungai." Emak jawab lurus. Teguran Mak Leha itu sekeligus mencantas fikiran emak tentang tindakan yang akan diambilnya di atas kedegilan adik.
"Saya dah ligan mereka. Lintang-pukang mereka lari."
"Dia yang lari dulu apabila saya kata pada dia yang saya akan beritahu Kak Jah," kata Mak Leha dalam gelaknya mengingatkan gelagat adik yang takut apabila dia menyebut nama emak.
Emak geleng kepala. Kalaulah emak yang terserempak dengan adik di sungai tadi, nahas adik emak kerjakan di dengan ranting bunga raya merah di tangannya. Emak tidak peduli. Asalkan cara itu dapat menyedarkan adik betapa emak tidak suka adik mandi di sungai.
"Kalau Leha nampak Puli di sungai," tolonglah tegur sama," pinta emak. "Saya ni mana daya nak awas selalu. Alpa mata saja, dah lesap dia. Pukul pun tak apa, saya tak marah."
Mak Leha menyanggupi untuk menegur adik kalau dia nampak lagi adik mandi di sungai.
Tidak lama emak sembang dengan Mak Leha di jalan. Mak Leha kemudian mengajak emak ke rumahnya. Emak menolak. Emak minta diri. Emak dan Mak Leha berpisah menuju arah masing-masing.
Ketika emak naik ke rumah, emak nampak adik sedang baca buku. Rambut adik disisir rapi. Emak rapat dengan adik. Emak lihat mata adik merah.
"Puli ada samakah?"
"Kau mandi di sungai Puli?" Tanya emak sebaik berdiri dekat adik.
Adik macam tidak dengar emak tanya. Adik macam bersungguh-sungguh menghayati buku yang dibacanya.
"Dengar tak apa yang emak tanya?" Kali ini suara emak lebih kuat daripada tadi. Dalam suara emak ada tersimpan nada marah.
Adik dongak mukanya. Adik pandang muka emak. Mata adik macam minta simpati emak.
Emak dilonjak rasa marah. Marah dengan sikap adik. Adik degil dalam diam. Emak pergi ambil ranting bunga raya merah yang diselitinya di kasau rumah. Emak datang semula, tetapi adik sudah tidak ada. Macam kilat adik hilang. Adik tidak mungkin tunggu untuk menerima hukuman emak.
Emak turun bawah rumah. Emak panggil adik. Adik tidak jawab. Emak agak adik mungkin sudah jauh dari rumah.
Waktu matahati hampir tenggelam, adik belum balik. Sambil tunggu adik balik, emak letak nasi. Sesekali emak jenguk ke luar melalui tingkap, tetapi bayang adik pun tidak nampak. Emak mula risau. Masak saja nasi, emak turun ke tanah. Emak pergi ke rumah Pak Leman. Kata Pak Leman, adik tidak datang ke rumahnya. Emak pergi pula ke rumah Pak Choh. Pak Choh kata adik tidak berani datang ke rumahnya kerana dia telah ugut adik sebab adik selalu ke sungai bersama anaknya Halim.
Risau dan marah pada adik bercampur-baur dalam hati emak. Emak tidak tahu ke mana hendak dituju lagi. Matahari pun telah tenggelam. Kemudian emak terfikir rumah Haji Din. Emak dengar suara budak-budak mengaji Quran. Emak berjalan arah ke dapur. Emak panggil Kak Timah.Emak tanya Kak Timah, ada atau tidak adik datang mengaji.
"Ada," kata Kak Timah. "Naiklah!"
Emak pun naik. Emak duduk bersimpuh. Emak cerita pada Kak Timah tentang adik yang gemar ke sungai sekarang. Emak minta tolong Kak Timah nasihatkan adik. Dengan Kak Timah, adik mungkin takut dan ikut nasihat Kak Timah.
Habis budak-budak mengaji, Kak Timah panggil adik. Adik lihat emak ada bersama Kak Timah. Adik berjalan lambat-lambat arah emak dan Kak Timah. Tertib adik duduk di sisi Kak Timah.
Kak Timah nasihat adik agar jangan mandi di sungai. Sungai Bakong yang adik mandi itu telah menelan orang tahun lepas. Ripin anak Pak Dollah mati dalam sungai itulah! Mayat dia ditemui dalam keadaan kembong. Ripin mungkin direjam oleh hantu air. Hantu air boleh menyamar seperti orang.
"Kalau Puli jadi macam Ripin, tinggallah emak seorang diri. Tak kasihankah Puli pada emak?" Tanya Kak Timah sesudah menceritakan kematian Ripin.
Adik diam. Pertanyaan Kak Timah, adik tidak jawab. Entah adik dengar atau tidak cakap Kak Timah, susah emak hendak teka. Fikiran adik seakan-akan melayang jauh.
"Adik tak mahu lagi mandi di sungai." Adik tiba-tiba mengeluarkan kata-kata yang amat diharapkan oleh emak.
Emak pandang Kak Timah. Emak gembira. Kak Timah juga gembira. Usahanya memujuk adik sudah agak berjaya. Balik ke rumah, emak nasihat lagi adik. Emak mahu adik tunaikan janjinya.
Adik benar-benar menunaikan janjinya Adik tidak ke sungai lagi. Adik banyak habiskan masa di rumah. Balik dari sekolah, adik buat kerja rumah. Tidak pun adik baca buku cerita. Sesekali, sebelah petangnya, adik pergi ke perpustakaan sekolah. Adik buat kerja sekolah di perpustakaan. Sebelum balik adik pinjam buku. Adik tunjukkan pada emak buku yang dipinjamnya.
Emak beri perangsang pada adik. Emak suruh adik belajar betul-betul. Emak mahu adik jadi orang pandai. Jadi orang yang berjaya dalam pelajaran. Nanti emak tua, adik boleh jaga emak.
Emak sungguh gembira dengan perubahan adik. Cemas, risau dan takut adik ke sungai tidak lagi berputik di hati emak. Senang emak melakukan kerja rumah.
Pagi itu hujan turun lebat sekali. Angin juga kencang. Adik tidak pergi ke sekolah. Bagaimana adik hendak ke sekolah dalam hujan lebat dan ribut kencang? Payung pun tidak dapat melindungi adik daripada basah. Dan emak percaya, bukan adik seorang saja yang tidak ke sekolah. Anak-anak orang lain juga ramai yang tidak ke sekolah.
Hujan masih renyai-renyai hingga hari petang. Dalam hujan renyai-renyai itu emak terdengar enjin motosikal di halaman rumah. Emak kuak tingkap. Long Deraman yang memakai baju hujan dan topi hampir tidak dikenali oleh emak.
"Puli ada dalam rumahkah?" Tanya Long Deraman tanpa turun dari motosikal.
"Ada," kata, emak. "Tidur dalam biliknya."
"Betul?" Long Deraman meminta kepastian emak.
"Nanti saya tengok," kata emak lalu beredar dari tingkap.
Long Deraman masih di atas motosikal tanpa mematikan enjin. Long Deraman sapu air hujan yang meleleh di mukanya. Long Deraman mahu tahu betul atau tidak adik ada dalam biliknya. Ada sesuatu yang Long Deraman hendak beritahu pada emak.
Emak muncul semula di tingkap. "Tak ada pula," kata emak kebingungan sambil memandang Long Deraman.
"Kalau begitu mari ikut aku. Kita ke Sungai Bakong," ajak Long Deraman.
Apabila Long Deraman sebut Sungai Bakong, emak rasa tidak sedap hati.
"Mengapa pula? Puli mandi di sungai tu lagi kah?" Berbagai persoalan timbul dalam kepala emak.
"Tadi Usop nampak tiga empat orang budak-budak main rakit dalam sungai tu. Dia nampak dari jauh. Dia tak kenal anak-anak siapa. Di bawah selekoh sana, dekat dengan pokok jawi. Chin jumpa rakit batang pisang berkecai dan laju dihanyutkan air sungai yang deras tu," cerita Long Deraman pada emak setelah melihat emak tidak berganjak daripada tingkap.
Mendengar berita yang dibawa oleh Long Deraman, emak bukan kepalang terkejut. Emak lari-lari anak ke pintu besar. Emak buka pintu. Emak turun anak tangga dengan pantas. Emak terus membonceng motosikal Long Deraman. Emak minta Long Deraman bawanya ke sungai.
Sebaik tayar motosikal Long Deraman mencecah ban sungai bertanah merah itu, terasa oleh Long Deraman tayar motosikalnya dilarikan oleh tanah ban yang licin itu. Sekali tayar motosikalnya dilarikan ke kiri, cepat Long Deraman mengawal motosikalnya. Sekali tayar itu lari ke kanan. Entah berapa kali tayar motosikalnya dilarikan oleh tanah ban sungai yang licin itu ke kiri dan ke kanan, akhirnya Long Deraman sampai juga dekat pokok jawi di tebing sungai lepas dari selekoh. Orang sudah ramai berhimpun.
Belum pun sempat Long Deraman memberhentikan motosikalnya, emak sudah turun.
"Tak tahukah siapa yang main rakit tu?" Pertanyaan itu emak tuju pada sesiapa saja yang ada di situ.
"Kami pun tak tahu! Tapi Pak Leman dan Pak Choh serta beberapa orang yang lain telah menyusur ke bawah," kata salah seorang lelaki yang ada di situ.
"Anak Pak Leman!"
"Anak Pak Leman!"
Lelaki seperuh umur yang memakai kain pelikat sekerat kutut itu berlari-lari untuk mendekati orang ramai dekat pokok jawi. Semua mata tertumpu pada lelaki separuh umur itu. Beberapa orang berlari mendekatinya sebelum dia sempat tiba tiba dalam kumpulan itu.
"Siapa lagi?"
" Matikah dia?"
"Berapa orang semuanya?"
Bertalu-talu soalan menerpa lelaki separuh umur itu. Tidak tahu mana satu dia hendak jawab dulu. Semua menggesa! Semuanya hendak tahu serentak!
"Dia sudah tidak bernafas lagi," beritahu lelaki separuh umur itu termengah-mengah.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji`uun."
Orang ramai yang berhimpun dekat dengan pokok jawi di tebing sungai itu meluru ke bawah. Mereka mahu menyaksikan dengan mata sendiri keadaan anak Pak Leman. Mereka mahu memberi pertolongan yang tersemat dalam hati sejak mereka keluar dari rumah tadi.
Hati emak sudah tidak tenteram. Adik sering bersama anak Pak Leman dan anak Pak Choh ke sungai sebelum dia berjanji dengan emak dan Kak Timah tidak mahu ke sungai lagi. Mungkin adik juga main rakit bersama-sama anak Pak Leman, fikir emak.
Emak memandang mereka yang meluru ke bawah setelah mendengar anak Pak Leman ditemui. Kaki emak seperti terkunci di situ. Ada air yang tergenang dalam lopak mata emak. Genangan air mata itu mengaburkan pandangan emak. Dalam kekaburan itu emak melihat mereka menemui adik tersangkut pada rimbunan pohon ditebing sungai yang mencecah air itu. Mereka mengangkat adik. Ramai yang membantu. Adik dibawa balik ke rumah. Adik dimandi dan dikapankan. Jenazah adik kemudian dibawa ke tanah perkuburan dan disemadikan, dan kemudian dipacakkan nisan menandakan adik telah pulang ke alam barzakh. Adik dikebumikan dengan sempurnanya sebagai seorang Islam.
Adik lebih dulu menemui Tuhan. Dalam usia masih amat muda.
Adik meninggalkan emak keseorangan.
Adik juga meninggalkan kawan-kawan sepermainannya.
Adik membawa rasa degilnya, seorang kanak-kanak yang aktif dan pintar.
Anak kesayangan.
Itulah yang tergambar di mata emak sepertimana emak melihat jenazah Ripin dikebumikan tahun lalu.
Itulah gambaran yang amat menakutkan emak dan membuatkan emak membisu dan terpacak di situ beberapa lama.

No comments:
Post a Comment