Oleh A. Samad Ismail
SIAM meninggalkan Warta Malaya dan berkhidmat dengan Utusan Melayu menyahut seruan kebangsaan untuk bekerja di sebuah akhbar yang dikendalikan dan dimodali oleh bangsa Melayu. Gajinya lebih rendah di Utusan tetapi Man Siam tak keberatan barangkali kerana dia hidup bujang.
Saya berkenalan dengan Man Siam ketika minum sarbat penjaja Benggali di kaki lima Utusan pada suatu pagi kira-kira seminggu saya mulai bekerja di Utusan. "Awak budak baru yang nak jadi pengarang?" Dia menyapa saya. Saya tersipu malu dengan pertanyaannya tetapi saya mengangguk. Man Siam kurus dan agak tinggi, kulit badannya hitam, muka leper dan matanya sepet seperti Cina. Dia berseluar panjang warna biru hitam pekat, bersinglet lusuh dan robek-robek. Dia bekerja di bahagian mesin di tingkat bawah. Sejak berkenalan pagi itu, kami selalu minum air sarbat bersama-sama. Ataupun bersama-sama sarapan roti canai di kedai India di seberang jalan bangunan Utusan.
"Saya merapati Man Siam kerana melaluinya saya dapat berkenalan dengan pekerja-pekerja lain. Man Siam murah hati. Boleh dikatakan dia sahaja yang selalu membiayai sarapan pagi saya tiap hari. Bila saya hendak membayar air sarbat atau roti canai sarapan kami, Man Siam cepat-cepat mengangkat tangan melarang saya. "I gotta haf pa dollah," katanya. "Jangan bayar... aku ada lima puluh sen pagi ini," dia menambah dalam bahasa Melayu.
Dari mana dia belajar menyebut "I gotta haf pa dollah" itu, saya kurang pasti. Menurut cerita teman-teman, Man Siam pernah menjadi kelasi kapal seberang laut hingga tinggal beberapa tahun di bandar Chicago, Amerika Syarikat, berkahwin dan berumahtangga pula di sana. Ada pula cerita mengatakan Man Siam pernah bertahun-tahun lamanya tinggal di Bangkok, beranak pinak di sana. Itulah sebabnya orang menggelarnya Man Siam. Nama Siamnya ialah Nai Chit Chai, kata teman-teman.
Tentang asal-usul Man Siam, tidak siapa yang tahu. Setengahnya mengatakan dia berasal dari Bandung, Jawa. Ada pula yang mengenalinya sejak kecil mengatakan Man Siam sebenarnya anak Teluk Saga, Pulau Berani. Ketika masih budak lagi. kerja Man Siam ialah sebagai penyelam di Pelabuhan Singapura. Bila kapal-kapal besar masuk ke pelabuhan, pelancong-pelancong kulit putih akan mencampakkan duit dari atas kapal dan Man Siam serta kawan-kawannya akan terjun ke laut, menyelam dan mengambil duit sepuluh sen yang dilontar oleh mem-mem dan tuan-tuan Mat Salleh dari dek kapal.
Itulah sebabnya Man Siam sakit semput sekarang, kata teman-teman kerana banyak menyelam di laut masa dia budak-budak. Teman-temannya segan kepada Man Siam. Barangkali kerana Man Siam telah `mengenal' dunia, telah banyak makan garam daripada mereka, telah merantau ke hujung dunia. Ada pula yang membisik kononnya Man Siam memakai tangkal Siam. Itulah sebabnya, kata mereka, Man Siam membujang sahaja sejak dahulu hingga sekarang kerana dia mudah berkenalan dengan wanita. "Mana dia nak kahwin. Mad...dia ada tangkal tu...tangkal Siam...tak ada betina boleh melawan godaannya," kata Leman Boyan yang bekerja bersama Man Siam menjaga mesin cetak.
Tiap hujung minggu pada hari gaji, Man Siam mengajak saya menonton wayang gambar. "I gotta haf pa dollah," katanya, "Mari kita tonton wayang," dia mempelawa saya. Man Siam memakai suit flannel warna kelabu, kemeja, merah, tali leher lebar dan sepatu hitam yang bergilap seolah-olah dia berhari raya. Setahu saya itulah sahaja kesukaan Man Siam - menonton wayang. Dia tidak seperti sesetengah pekerja Utusan yang berjudi atau menghabiskan wang gaji minuman di kedai tuak ataupun tiap kali mendapat gaji, akan mencari pelacur di Jalan Besar.
Kegemarannya ialah menonton cerita-cerita koboi dan berhari-hari selepas menonton, Man Siam akan mengulang cerita-cerita itu kepada teman-teman di pejabat ketika berbual-bual dengan mereka sambil minum air sarbat atau roti canai di kedai kopi.
Selain menonton wayang, Man Siam selalu ke kedai makan Kak Suri dekat taman hiburan New World. Paling kurang sekali dalam seminggu, kami makan malam di kedai Kak Suri. Bila Man Siam memberitahu saya, "I gotta more than haf pa dollah," ertinya dia mengajak makan di kedai Kak Suri. Kak Suri menumpang di kedai kopi Cina, menjual nasi rawan, nasi jenganan dan lontong. Dia kira-kira sebaya dengan Man Siam, berumur 35 tahun. Antara pelayannya ialah anak gadisnya sendiri, Rokiah berusia kira-kira 16 tahun, berbadan, ramping, selalu memakai kebaya ketat dan batik, hitam manis dengan tahi lalat di pipi kiri. Kak Suri berbadan gempal, peramah dan mudah mesra.
"Ini kawan baru Bang Man," Kak Suri bertanya bila Man Siam memperkenalkan saya kepadanya. "Mahu makan apa malam ini... saya buat begedel special untuk Bang Man malam ini...saya tahu Bang Man mesti datang malam, jadi saya buat begedel khusus untuk Bang Man," dia menambah.
"Dia pun mahu special juga... Ri," kata Man Siam menunjuk kepada saya. "Panggil Kiah... aku mahu Kiah layan pecial adik saya ni," Man Siam menambah. Kak Suri segera memanggil anaknya yang cepat berkejar di meja kami dan sesegera itu juga Kak Suri memperkenalkan saya kepada anaknya.
"Ini adik pamanmu..." Kak Suri memperkenalkan saya kepada Rokiah.
Man Siam senyum dan saya rasa peluh mulai membasahi pipi saya. Rokiah memberikan senyum paling menawan kepada saya.
"Ini adikku...kau layan dia seperti kau layan aku... Yah," kata Man Siam.
"Sudah tentu... kalau adik paman, macam saudara kita jugalah," Rokiah masih tersenyum.
Kami berada di kedai Kak Suri hingga kira-kira jam sebelas. Lepas makan, Man Siam berbual panjang dengan Kak Suri di belakang kedai sedang saya dilayan oleh Rokiah, yang seperti ibunya juga cepat mesra dan ramah.
Semenjak malam pertama saya ke kedai Kak Suri diajak oleh Man Siam, tiap hujung minggu kami ke kedai wanita itu. Ada waktunya kami ke kedai itu selepas menonton pertunjukan jam enam di panggung wayang Alhambra atau Capitol, sampai di kedai Kak Suri jam sembilan malam, sedang perut lapar betul, lalu makan dilayan oleh Kak Suri sendiri dan Rokiah, kemudian minum kopi dan ngobrol-ngobrol dengan mereka hingga kira-kira jam 11 malam.
Manakala saya telah mulai diterima secara rasmi sebagai pekerja bergaji oleh Utusan, Man Siam mengajak saya merayakannya di kedai Kak Suri.
"Ri... Samad belanja makan malam ini... dia baru dapat gaji," Man Siam mengumumkan kepada Kak Suri dan Rokiah.
"Tak kiralah... siapa yang belanja, Bang Man... makan sahajalah apa yang ada... saya buat mee rebus Bandung untuk Bang Man malam ini...... kata Kak Suri.
Ketika makan, Man Siam membisik. "Kau nak mengurat Rokiah? Ajaklah dia menonton besok... kau sudah ada gaji sekarang... you gotta haf pa dollah...Man," Man Siam ketawa gembira sambil mengetuk-ngetuk sudu kopi di atas meja makan.
Rokiah tidak silu-silu lagi memberi layanan istimewa kepada saya, duduk dan berbual dengan saya, melayani saya makan. Dia menceritakan hal dirinya kepada saya, betapa dia ingin menjadi guru selepas lulus darjah empat sekolah Melayu dua tahun dahulu tetapi kecewa kerana ayah tirinya meninggal dunia dan ibunya terpaksa membuka kedai makan yang ada sekarang. Sebelum itu ibunya membuka kedai jahit di Pasir Panjang dan ayah tirinya terlantar menghidap penyakit lumpuh. Ayahnya sendiri meninggal dunia ketika Rokiah berusia dua tahun. Ketika itu mereka tinggal di Tanjong Pagar dan ibunya bekerja sebagai pelayan di New World, manakala ayahnya pemain muzik. Mereka bercerai dan ibunya bekerja beberapa tahun sebagai pelakon wayang bangsawan menjelejah ke seluruh Malaya dan Siam hingga ke Indonesia. "Sepanjang hidup, ibu tidak pernah rehat...kerja saja tahun sebagai pelakon wayang bangsawan menjelejah ke seluruh Malaya dan Siam hingga ke Indonesia. "Sepanjang hidup, ibu tidak pernah rehat... erja saja, kerja saja, cari duit, cari duit...tak pernah duduk diam, ada-ada saja kerjanya...macam mana tak kerja...kalau tak kerja kita mati," kata Rokiah.
"Ya, manusia mesti kerja," saya menjawab. "Tapi patutkah orang perempuan bekerja?" Rokiah bertanya. "Perempuan patut tinggal saja di rumah...memasak...menjaga rumah...lelaki yang patut bekerja mencari rezeki," kata Rokiah lagi. Saya mengangguk. "Memang benar", kata saya. "Ibumu harus duduk saja di rumah...mesti cari teman lelaki yang baru," kata saya sambil ketawa. "Carikanlah...," Rokiah mengusik saya. Dia pun ketawa juga.
Saya menunjuk ke arah Man Siam yang sedang berbual dengan Kak Suri di meja tidak jauh dari meja kami. Saya berteriak, "Mister haf pa dollah!" Man Siam menoleh kepada saya. Rokiah dan saya ketawa.
Man Siam bangun dan berjalan ke meja saya.
"Apa hal?" Dia bertanya.
"Tak ada apa-apa," jawab saya.
"Kau berdua tadi ketawa besar," kata Man Siam.
Man Siam berteriak kepada Kak Suri. "Ri...dua merpati ini sudah lekat betul," Man Siam menggamit Kak Suri yang berlenggang datang ke meja kami.
"Adik aku ni," kata Man Siam, "dia nak ajak Yah menonton wayang..." Man Siam bersungguh-sungguh. "Dia dah dibayar gaji sekarang.. dia nak ajak anak kau ke Alhambra," Man Siam menyambung.
"Apa salahnya...saya percaya dia...tapi jangan nonton waktu malam... kalau nak nonton wayang, biarlah jam tiga petang atau pertunjukkan sebelah pagi," Kak Suri senyum.
"Wah...cepat sekali kau percaya adik aku ni...kau tahu Mad...dengan orang lain takkan mudah Kak Suri kau beri izin bawa gadisnya menonton," Man Siam menambah.
Hujung minggu itu, saya membawa Rokiah menonton di Alhambra.
Dan saya tidak lagi hanya ke kedai Kak Suri pada malam hari gaji. Ada waktunya saya makan di kedai Kak Suri pada hari biasa. Adakalanya tiga kali seminggu. Saya pergi bersendirian tanpa ditemani oleh Man Siam. Saya pergi khusus untuk menemui Rokiah. Kak Suri mengerti maksud saya datang bersendirian kerana dia tak bertanya pun mengapa saya tidak membawa Man Siam bersama.
Bila Man Siam sakit semput dan terpaksa dirawat di rumah sakit selama dua hari, saya kesal kerana terpaksa menziarahinya tiap hari. Man Siam tiba-tiba lelah waktu bekerja pada suatu petang dan terpaksa dirawat oleh teman-teman. Nafasnya tiba-tiba sesak. Badannya berpeluh. Mujur ada seorang pekerja yang menjadi bomoh sambilan yang berperanan sebagai doktor di ofis pada waktu-waktu pekerja jatuh sakit atau sebelum pesakit dihantar ke klinik atau ke hospital, Salleh (nama teman itu) bertindak mengubati si sakit. Kebetulan Salleh bekerja waktu Man Siam tiba-tiba sesak nafas. Salleh menanggalkan baju Man Siam, melucuti seluarnya dan mengurut serta memicit seluruh badannya, menyapu minyak angin di dada Man Siam, hinggalah Man Siam dapat bernafas semula. Setelah itu Man Siam kami hantar ke rumah sakit Kandang Kerbau. Doktor menahannya selama dua hari di wad kelas tiga dan saya mulai berulang alik ke hospital, membawa makanan, buah-buahan dan majalah serta suratkhabar untuk Man Siam.
Selepas sahaja kerja kira-kira pukul enam petang, saya akan ke rumah sakit membawa buah tangan untuk Man Siam. Saya hairan juga Man Siam rupa-rupanya takut kesunyian. "Kau jangan tak datang esok," katanya kepada saya. "Aku di sini sendirian, sunyi," dia merengek. "Aku tak tahan kesunyian," dia mengeluh. Bila saya sarankan agar saya memberitahu Kak Suri, dia membantah. "Jangan ganggu dia," kata Man Siam. "Bang Man mahu saya beritahu keluarga Bang Man?" saya bertanya. "Aku tak ada keluarga..aku bukan nak mati besok," dia mengherdik saya.
Tetapi Man Siam pulih sediakala dua hari kemudiannya. Dia sesak nafas hari itu kerana minum air batu dan makan bahan sejuk. "Aku bukan sakit... aku cuma langgar pantang sahaja," katanya. Bila saya memberitahu Leman Boyan bahawa selama dua hari saya terpaksa berulang alik menziarahi Man Siam di rumah sakit, untuk menjadi temannya, menghilangkan kesunyiannya, dia merengus, "Aku dah kata lama dulu...Man Siam mesti cari bini...mana boleh jadi hidup membujang saja...bila dah sakit, baru merasa sunyi."
Tiga minggu kemudian Man Siam sakit lagi. Kali ini dia tiba-tiba semput di kedai Kak Suri ketika berbual-bual dengan Kak Suri di bilik belakang kedai kopi itu. Ketika itu kedai hampir tutup kerana telah lewat malam. Saya tidak ikut bersama Man Siam pada malam itu kerana terpaksa bekerja hingga larut malam untuk menyiapkan sebuah berita penting.
Saya hanya mendapat tahu Man Siam sakit setelah dia tidak datang kira-kira seminggu ke pejabat. Kebetulan selama seminggu itu, saya terpaksa bekerja lewat kerana memangku kerja seorang penyunting kanan yang bercuti panjang untuk pulang ke Kuala Lumpur menghantar isterinya yang sedang sarat hamil. Leman Boyan memberitahu saya Man Siam sudah seminggu tak datang kerja. Saya mulai risau. Peraturan di Utusan sangat keras terhadap mereka yang tidak datang kerja tanpa izin. Dia sakit agaknya, kata Leman Boyan. Dia mesti sakit, kalau tidak, dia tentu datang kerja, kata Leman Boyan lagi.
Malam itu saya bekejar ke kedai Kak Suri.
Saya segera menemui Kak Suri bertanyakan hal Man Siam.
"Oh...Bang Man semput malam itu... tengah makan...tiba-tiba semput... dia semput dada...kakak segera bawa dia ke rumah...panggil beca lalu bawa dia ke rumah...nak panggil doktor-...Bang Man tak mahu...lagi pun sudah malam sangat...nak ke hospital pun, cerewet sangat nanti...jadi kakak bawa saja dia ke rumah...untung juga kakak pandai rawat orang sakit semput... kakak buka bajunya kakak sapu minyak angin di dadanya...dia terbaring di rumah kakak menjaganya...kakak suruh dia rehat-rehat saja...jangan bangun, jangan kerja, jangan bergerak-gerak dari tempat tidur...rehat, rehat kata kakak...kakak leterkan dia mengapa minum air batu, mengapa langgar pantang ...kakak selalu ingatkan dia...jangan langgar pantang.
"Kerjanya tak kan lari ke mana...kakak yang tahan dia jangan kerja dulu...kena buang kerja pun tak mengapa...kakak boleh tanggung dia makan...yang mustahak kesihatannya...rezeki di tangan Tuhan...jodoh, maut di tangan Tuhan-...kerjanya tak kan lari...kalau ada rezeki di Utusan, dia tak kan ke mana..."
Kak Suri bercerita dan saya terpegun mendengar.
Akhirnya saya bertanya: Di mana dia sekarang...di rumahnya...di mana?"
Kak Suri senyum, mukanya seperti bercahaya di sinari bulan purnama.
"Ikhirnya saya bertanya: Di mana dia sekarang...di rumahnya...di mana?"

"Itu dia...itu di sana...tengah kerja. Entah apa dibuatnya pun, kakak tak tahu...kakak larang dia datang...tapi dia mahu juga datang...Bang Man keras hati, Mad...tak makan nasihat," Kak Suri leterkan teman saya.
Saya memandang ke arah orang yang di tunjuk oleh Kak Suri. Dalam cahaya samar lampu dari tiang letrik di tepi jalan yang menerangi kaki lima gerai Kak Suri, saya melihat Man Siam sedang membongkok membasuh pinggan.
Saya berteriak kuat, "Hullo...hullo...mister haf pa dollah!"
Man Siam tiba-tiba berdiri tercegat. Dia menoleh ke belakang mengarah ke dalam kedai. Kemudian dia berjalan mendapatkan saya.
"I say, mister haf pa dollah. Di mana awaklah...sudah seminggu tak datang kerja..nanti kena buang kerja baru tau..." saya ketawa.
"Begini ceritanya Mad..." Man Siam membisik ke telinga saya.
"Aku terpaksa tolong Suri...aku kesian dia bekerja bersendirian... kerja separuh mati, siang malam nak cari rezeki," dia membisik.
"Bang Man...rehatlah dulu...jangan kerja, lagi...pulang ke rumah sahaja" Kak Suri mencelah.
"Aku dah baik...sumpah...aku dah baik...bosan duduk di rumah..." jawab Man Siam.
Kemudian dia memandang kepada saya. "Besok...aku datang ofis," katanya.
"Bang Man...Jangan kerja dulu...rehat di rumah, baring, makan, tidur di rumah...biar saya dan Rokiah bekerja," Kak Suri berleter manja.
"Aku dah puas leterkan dia...Bang Man ni degil..." Kak Suri menyambung.
Man Siam agak gelisah seketika. Dia merenungi saya. Tiba-tiba dia ketawa.
"Kak Suri kau...dah berani ngomelkan aku sekarang," Man Siam berkata.
"Berleter...kerana sayang..." Kak Suri mencelah dan melihat saya tertawa, dia menyambung:
"Kau...Mad...mulai sekarang, kalau kau mahu mengajak Rokiah menonton wayang...kau mesti minta izin bapak Rokiah...ini." Kak Suri menunjuk kepada Man Siam.

No comments:
Post a Comment