Oleh Rafaie Ismail
SEBAIK saja pesawat Fokker Friendship yang aku naiki mencecah halaman lapangan terbang Bintulu, aku berasa lega dan senang. Kegembiraanku bukan kerana kembali ke tempat asal, tetapi kepingin sekali merasai nikmatnya menyeelaam, meredah sungai Kemena mencari rezeki sungai. Ini adalah pengalaman hidup yang amat menarik dan mencabar. Satu nikmat yang tidak terhingga. Aku senang mengharungi hidup di air selepas bergelumang dengan buku dan tugasan di kelas.
Menyeelaam dalam bahasa suku kaum Melanau ialah pekerjaan tradisi mencari ikan di sungai yang diwarisi turun temurun. Kemahiran dan kepakaran menyeelaam hanya diperolehi sendiri setelah dua atau tiga kali mencuba sendiri atau ikut perahu orang lain. Ini kulakukan sejak kecil bersama ayah dan nenekku.
"Eh! Kau Sin?" sapa seorang lelaki di ruang menunggu beg. Kuperhatikan wajah lelaki itu. Aku tidak segera membalas sapaannya kerana aku kurang cam. Sejerus kemudian aku mulai pasti, dan yakin yang lelaki itu adalah Semaun Haji Sabil, dua pupuku.
"Oh! Kitak padu tik...maaf kamek sik ngelala!" jelasku. Kuhulurkan tangan kanan dan kiriku untuk bersalaman dengan lelaki itu. Dia hanya tersenyum melihat gelagatku. Di sebelahnya ada seorang perempuan muda bermini skirt sedang bersama memerhatiku. Aku senyum padanya, tanda hormat. Pak Semaun menarik tanganku dan menyuruh aku bersalam dengan anak perempuannya. Kami diperkenalkan satu dengan lain. Aku sedikit berasa malu kerana itulah pertama kali aku diperkenalkan dengan saudaraku sendiri. Paling kukesali, mereka sebelon denganku.
Daripada perbualan Pak Semaun, aku tahu mereka mengurus sesuatu di Kuching. Hal itu kuperhatikan daripada jumlah barangan yang dibawa bersama. Pak Semaun seperti menyembunyikan sesuatu daripadaku. Aku yakin dia sudah membina hidup baru setelah bertahun bergelumang dengan laut dan badai. Dulu dia seorang nelayan. Kini aku kurang pasti. Esok aku ingin memulakan menyeelaam. Kali ini tidak seperti masa lalu. Aku akan bawa banyak pembaharuan. Aku akan perkenalkan yang baru dan canggih belaka. Biar Usu Lodin, Ngah Piee, Pak Jeman dan rakan-rakanku tahu yang aku bawakan sesuatu yang baru untuk mereka. Kali ini juga aku ingin merasa lazatnya ikan sungai dan ikan asli yang bukan dipelihara di kolam. Ada sedikit keenakannya jika dibandingkan dengan ikan air tawar.
"Baru balik dah nak memancing?" emak seperti tidak bersetuju dengan tindakanku. Emak mungkin segan hendak berterus-terang, takut aku berkecil hati.
"Ajak si Sudin budak sebelah rumah kita tu, dia rajin dan selalu mengail udang galah atau kadang kala ambil ikan Lajung di Ulu Kemena tu!" ayah tiba-tiba bersuara dari sudut dapur. Tangannya ligat menggulung rokok daun nipah, jenama asli buatan sendiri. Kemudian kulihat ayah menyedut tembakau cap nenas itu dengan penuh keasyikan. Asapnya dikeluarkan dari mulut dan dua lubang hidungnya berbunga-bunga.
"Perahu ayah ada?" tanyaku.
"Pinjam perahu Pak Nik kau. Enjin kita ada ayah simpan di bawah rumahnya. Kalau kau mahu, ayah beritahu dia petang nanti!"
Aku hanya mengangguk-angguk kepalaku beberapa kali persis seekor burung belatuk memahat rumah di atas sebatang pohon mengkudu tua di belakang rumah. Emak macam orang merajuk, menghilang entah ke mana. Aku kurang pasti. Kemudian emak datang semula membawa seberkas kayu api dari bawah rumah.
"Alah rehatlah dulu, Sin. Kau tu baru sampai. Belum lama di rumah dah nak pergi menyeeelaaam. Nanti tak baik yang berlaku!" sanggah mak dari arah dapur.
Kulihat ayah macam tadi juga. Tercelepuk macam cina tua gendut perut hisap candu. Aku segera beredar ke bilik. Untuk siap berjalan-jalan ke rumah saudara dan rakan lama. Aku memang dah lama hidup cara orang kampung. Biar pun sekarang aku lebih lama dibesarkan cara orang bandar. Namun aku masih terikat dengan tradisi masyarakat desa; masyarakat kolektif dan ada juga yang masih mengamalkan nilai-nilai animisme. Yang kuamalkan hanyalah tradisi hidup orang kampung; masyarakat desa yang dikongkongi adat dan budaya orang timur.
Petang itu kuhabiskan masaku di luar rumah. Aku ziarahi semua rumah rakan dan saudaraku yang sempat kudatangi. Bukan untuk makan atau minum, sekadar menjenguk muka. Hidup berkampung memang begitu. Hampir sebahagian daripada rumah rakan lama kuziarahi petang itu. Aku sebenarnya mahu mendengar khabar, aku lama tiada di kampung. Banyaklah cerita yang baik dan kurang enak kudengar. Daripada khabar berita yang kuterima, Hashim teman sekelasku dulu, kini sedang menuntut di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan. Leman, kini menjawat jawatan penolong pentadbir di sebuah syarikat swasta di bandar Kuching. Sazali, bekas teman rapat semasa kami darjah enam Sekolah Rendah Kampung Jepak, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa Sarawak merayakan Ulang Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia, tahun lalu. Yang perempuan pula, rata-ratanya sudah beranak-pinak, kecuali Norimah, kini bekerja sebagai pegawai penyelidik di jabatan kimia di UPM, Bintulu, belum berumah tangga.
Di samping itu ada juga di kalangan mereka yang masih bekerja di kampung, mewarisi pekerjaan tradisi sebagai petani dan nelayan. Di antara mereka hanya Haji Hamzah yang amat berjaya, satu-satunya budak yang lembam semasa sekolah dulu. Dia berhenti sekolah kerana tidak tahan ejekan rakan- rakan dan tekanan daripada pihak guru yang tidak suka kepadanya. Ayahnya melatih dia menjadi nelayan. Cuma rezekinya lebih, kerana itu kini dia memiliki tiga buah perahu nelayan untuk menangkap ikan di pesisiran pantai dan sebuah untuk laut dalam. Sudah dua kali dia ke Mekah hasil pendapatannya. Rezekinya murah mungkin kerana ketekunan dan kesabarannya menghadapi rencah rempah hidup?
Cuma aku seorang masih terkantoi. Masih belum pasti masa depan. Jika untung sabut aku timbul; jika tidak aku akan tenggelam seperti Luncahi terjun dengan labu-labunya, biarkan! biarkan! biarkan! Sesungguhnya persaingan mendapat kerja dewasa ini amat ketara dan membimbangkan.
Lulus universiti dan dapat segulung ijazah bukan tiket untuk kerja di pejabat berhawa dingin. Silap hari bulan aku akan digelar penganggur terhormat. Cabaran dunia kini lebih terserlah di mana-mana. Lebih baik hidup di kampung, ada juga tempat cari makan sekadar mengisi perut yang kosong. Kais pagi makan pagi, dan kais petang makan malam.
Pada petang itu juga kami bertiga berjanji untuk pergi menyeeelaaam pada esok pagi. Aku, Sahak dan Mat Piah akan pergi meredah sungai Kemena yang luas dan lebar. Sungai Kemena yang masih belum tercemar alam penghuninya. Aku diberitahu ikan lajung, ikan sembilang dan `proton saga' (ikan baung) masih banyak kerana penduduk desaku sudah mengalih selera makan ikan laut yang melambak di pasar. Harganya pula agak berpatutan. Yang menjadi masalah hanya ikan lajung, ikan sembilang, keli hutan dan ikan dari ulu sungai Sebauh atau Pandan. Sesekali ada juga orang Iban yang bawa ikan tapah, ikan talipia, ikan belida dan beberapa jenis ikan sungai tetapi harganya agak lumayan juga. Musim udang galah juga kadang kala menyeronokkan. Di pasaran harganya kian melambung sekarang; boleh mencecah puluhan ringgit sekilo.
Bagiku, pengalaman menyeeelaaam di sungai Kemena, bukanlah sesuatu yang baru. Semasa darjah empat aku pernah ikut ayah menjala udang dan merawai ikan belida, ikan `proton saga' dan baung hutan. Sesekali ada juga tahan taut dan lukah dalam sebuah tasik di pinggir kebun nenek. Hasilnya cukup baik dan menyeronokkan. Ikan itu dimasak nenek dalam buluh dan makan dengan ulam petai, jering atau buah `embawang'. Ia amat membuka selera.
Kadangkala kami makan beramai-ramai jika ada sanak saudara menziarahi rumah dan `berambih' makan tengah hari. Asam paya, lauk keli salai dan ikan puyu masak cili api, satu-satunya pembuka seleraku. Kami sajikan `linut' sebagai makanan utama di samping `tumpe' dan `tabaloi'. Ini semua makanan tradisi orang Melanau. Jika ada udang galah yang besar; kepalanya dicincang lumat dan dibuat `pais'. Itu juga pembuka selera.
Itu cuma angan-angan beberapa tahun lalu yang telah lama kutinggalkan. Sekarang ini agak jarang juga aku tidak menjamah semua makanan itu. Maklumlah sudah lama merantau dan dipengaruhi kehidupan bandar dan kota. Di kota aku diperkenalkan dengan hidangan Kentucky, Sugar Bun, Sate Ria, Seven Eleven yang tak pernah kuimpikan semasa kecil. Semuanya tidak dapat menandingin selera masa aku di kampung.
Malam itu aku menyiapkan beberapa mata kail udang dan ikan. Ayah asyik memerhatikan kerjaku. Ayah tahu kemahiran itu masih aku kuasai biarpun separuh daripada usiaku dibesarkan di asrama dan di kota. Ayah mungkin bangga padaku. Anak yang masih tidak lupa pada adat dan cara hidup orang kampung. Ayah tentu tidak kesal aku belajar jauh, masih berpegang pada adat dan tahu merawai, menjala, menahan lukah dan menyeelaam.
"Berapa kail kau sedia?" tanya ayah di bawah lindungan sinaran lampu minyak tanah. Samar-samar kuperhati ayah yang masih setia terpelusuk di bucu dinding dekat ruang tamu. Emak masih sibuk di dapur. Aku masih terhangguk-hangguk mengasah kelulu yang telah kukerat pendek untuk sebentuk mata kail udang galah.
"Sepuluh cukup!" jelasku antara dengar dengan tidak.
"Siapa dengan kamu?" tanya ayah lagi.
"Sahak dengan Mat Piah. Mereka berpengalaman!" tukasku. Semacam meyakinkan orang tua itu akan mereka yang akan menemaniku. Mungkin ayah sudah mengesan kelemahanku. Ini kusedari daripada cara dia menyoal.
Satu-satunya ayah tahu kelemahanku ialah tidak pandai berenang. Ini aku akui sungguh. Ayah tahu aku tidak pandai berenang kerana sejak kecil aku dilarang main dan mandi di sungai jika tidak ditemani orang tua. Sekurang- kurangnya aku perlu didedahkan sekali dua dalam sebulan. Ini tidak. Ayah cukup berhati-hati dalam soal ini. Ayah lebih prihatin dan tidak cuai. Kesannya anak ayah yang seorang ini tak pandai berenang. Aku sedikit kesal dalam hal ini. Namun aku tidak menyalahi ayah bulat-bulat. Hanya yang aku kesal, sebagai anak desa aku perlu ada kemahiran itu.
Sebaik saja selesai solat Subuh, aku bergegas menyiapkan bekal. Emak sudah siap dengan kerjanya di dapur. Ayah masih di telaga. Mungkin mandi atau sedang ambil air sembahyang. Aku kurang pasti. Sesungguhnya keaslian sejuk air telaga sukar ditandingi oleh air paip yang berklorin. Air telaga kami dari gunung. Ayah dan Usu Deni menggalinya ketika aku di Tingkatan Tiga. Di telaga itulah kami mandi, basuh kain dan pada musim kemarau airnya dibuat minum; airnya jernih.
"Sin! Sin! Dah siap!"
Aku tahu itu suara Mat Piah yang tercegat di tanah depan pintu besar. Di tangannya tergenggam erat jamung asli yang menerangi sekitar perkarangan rumah. Di luar cuaca masih gelap. Embun jantan dan kabus pagi ada di mana- mana. Aku bergegas ke luar mendapatkannya setelah meminta diri pada emak. Segala peralatan telah kusediakan dari malam tadi. Aku juga tidur lewat; menyiapkan mata kail dan sebahagiannya kuambil dari ayah.
Di pangkalan sudah tercegat Sahak dengan lampu suluh tiga bateri. Enjin sangkut sepuluh kuasa kuda jenis Johnson sudah terjongket di buritan. Sauh besi daripada roda keretapi lama tersadai di depan perahu. Ada tiga batang pengayuh jenis kayu berlian disediakan.
"Sejuk betul pagi ini!" suaraku memecah kebuntuan pagi dingin.
"Tentu hampir sama dengan cuaca di England," usik Sahak. Kemudian kami bertiga ketawa terbahak. Kocakan air semasa pengayuh mencecah air; menghasilkan irama yang menghiburkan. Nostalgia itu menjadikan aku rindu pada kehidupan manusia desa. Desa penuh keaslian dan keunikan. Desa penuh dengan pengalaman dan pengetahuan. Desa mengajar aku menjadi manusia yang berdikari, cekal dan sabar. Inilah kelebihan hidup di desa.
Sahak segera menghidupkan enjin. Perahu kami laju membelah pagi dingin ke satu destinasi yang tak pasti. Kami mahu menyeelaam. Kami mencari rezeki air. Rezeki hutan. Setelah sekian lama kutinggalkan. Sepanjang perjalanan ke hulu sungai Kemena, kulihat beberapa tongkang besar berlabuh di sana sini.
"Pukul berapa sampai di ulu sana?" tanyaku dengan suara yang kuat kerana gangguan suara enjin sangkut yang bingit.
"Lebih kurang enam setengah!" jawab Mat Piah dari haluan perahu. Sahak yang mengemudi perahu sesekali terpaksa berdiri bagi mengelak daripada terlanggar kayu kecil yang terapung.
Aku segera mengambil beg berisi bekal. Kuambil sebotol air kopi panas kerana aku masih belum sarapan pagi. Kucapai tupperware berisi nasi aruk berlaukkan ikan sepat goreng. Kuunjuk pada Mat Piah, dia menggeleng. Sahak sibuk dengan kerjanya. Di bibirnya tersepit rokok jarum kretek buatan Indonesia. Dalam pada itu sempat juga aku isi perut yang masih kosong.
Tepat jam 6.30 kami sampai di destinasi. Cahaya mentari pagi di ufuk mula ceria. Kabus sungai memutih di gigi air. Sesekali terdengar bunyi burung hutan, serindit. Ungka bergayutan di pinggir sungai. Kami sibuk memasang umpan.
Langkah pertama dibuat dengan pantas. Mata kail yang dikaitkan pada pin pelampung botol kuning disediakan. Satu persatu ia dihanyutkan di permukaan air. Kemudian perahu menyusuri sungai Kemena dalam nada perlahan. Hampir enam puluh pelampung dan mata pancing dibuang pagi itu.
"Bagaimana open ceremony?" tanyaku.
"Mungkin besar gamaknya?" jangkaan Sahak.
Selepas sepuluh minit perahu kami mula mengekori beberapa pelampung kuning yang berhanyutan di permukaan air. Paling menarik jika mengena. Pelampung itu akan tenggelam-timbul ditarik oleh ikan yang tersangkut di mata kail. Lazimnya ikan lajung. Nasib baik, tersangkut juga keli hutan dan ikan tapah kecil.
Itulah saat yang memuaskan bagiku dan mereka yang gemar menyeelaam. Melihat pelampung yang tenggelam timbul atau menarik ikan yang mengena ialah satu kepuasan yang tak terhingga. Sahak dan Mat Piah agak geli hati melihat telatahku menarik ikan dari gigi air. Kata Mat Piah cara begitu membahayakan. Sengat ikan lajung lebih bisa daripada ikan sembilang. Aku dinasihatinya agar hati-hati. benar-benar gembira dan senang hati. Aku rasa kepuasan mengalir dalam diriku setiap kali memandang kepada ikan yang terloncat-loncat di perahu cari nyawa. Lebih menyeronokkan apabila kami mengepung pelampung yang mengena.
Sewaktu sibuk mencari pelampung yang mengena, mataku terpandang pada sebuah benda yang hanyut dari arah hulu sungai Kemena. Kuperhatikan benda itu betul-betul. Ia seperti sebatang balak daripada pokok meranti sebesar dua pemeluk.
"Sahak! Awas ada balak di depan!" jeritku sewaktu perahu kami hampir pada benda yang hanyut itu.
Sahak terkejut. Enjin sangkut pada buritan perahu di luar kawalannya kerana pecutannya agak laju tadi. Mat Piah cuba bertindak sesuatu dan aku mulai cemas. Sahak bingkas dan menyerengkan perahu. Kami hampir terbalik.
"Allah!" jeritku cemas.
Sahak pantas mengawal enjin dan pecutannya dikawal. Haluan perahu hampir melanggar tebing sungai yang dipenuhi oleh pokok-pokok nipah dan nibung hutang. Tanganku kemas memegang perahu. Di hatiku hanya menarik rasa lega apabila perahu kami stabil semula dan sempat mengelak balak hanyut sebesar dua pemeluk itu.
Beberapa ekor ikan lajung yang di dalam perahu terhumban ke permukaan air, termasuk botol air jenis plastik. Mujur juga beg dan bekalku masih di tempat asal kerana kuikat kejap pada papan perahu.
Malangnya kami kehilangan jejak. Kami sukar mengesan pelampung kami yang hanyut. Kami terpaksa ke hilir semula dan bermula dari sana lagi.
Cuaca pagi itu kurang baik. Awan hitam bersarang di sebelah barat. Angin bertiup dari arah bukit. Keadaan menjadikan suasana amat sejuk. Aku mengiggil dibuatnya. Mungkin baju sejuk jenama buatan Perancis yang kupakai tidak cukup tebal.
Ada sesuatu yang menusuk ke telingaku menyebabkan aku pantas cemas. Aku memandang Sahak dan Mat Piah dengan pandangan yang cemas.
"Kaudengar tak bunyi tu?" tanyaku cemas.
"Ai...itu air dari ulu Giam Balui!" jelas Sahak pantas.
"Kau takut apa?" tanya Mat Piah macam perli aku.
Aku diam seketika. Masih meragui jawapan mereka. Kerana daripada pengalaman masa lampauku; itu air bah dari ulu sungai yang datang. Sesekali ada juga rasa cemasku bertandang apabila memikirkan keselamatan kami bertiga. Jika betul itu air bah yang datang, bermakna kami dalam nahas. Kami dalam bahaya dan kami dalam keadaan berjaga-jaga. Aku cuba meyakini Sahak dan Mat Piah.
"Itu mungkin air bah dari ulu Balui!" suaraku antara dengar dengan tidak kerana bunyi enjin sangkut yang agak membingitkan telinga.
"Ai jangan risau, abang ada!" usik Mat Piah. Tangan sebelah pantas mengautkan pelampung yang hanyut dan ada isi. Mengena.
"Lihat sana tu!" jerkahku dengan suara yang keras. Kelihatan dua tiga buah pelampung kami tenggelam timbul ditarik ke dasar sungai. Ini tentunya besar; fikirku. Lazimnya tidak sekuat itu pelampung-pelampung kami tenggelam jika saiznya tidak besar.
Sahak pantas menghala perahu ke arah pelampung-pelampung itu. Mat Piah dan aku bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Hatiku tak sabar hendak menarik salah satu daripada pelampung.
Tiba-tiba aku terkejut kerana pelampung itu secara tiba-tiba juga hilang dan tenggelam. Lama kami bertiga mencari dari arah mana ia akan timbul. Berlegar-legar perahu kami berpusing di sekitar sungai Kemena. Dalam diam aku merasakan ia tentunya ikan jenis besar. Jika tidak masakan begitu cepat dan jauh pelampung itu dibawanya ke dasar sungai.
Sahak dan Mat Piah nampak gelisah. Begitu juga aku. Penantian itu amat mendebarkan. Sahak dan Mat Piah berpandangan di antara satu sama lain. Aku turut cemas memerhatikan gelagat mereka.
Puh!!! Pelampung!
Bub! Bushhhhh!!!
Aku terkejut apabila pelampung itu tiba-tiba timbul di sisi perahu. Aku mulai cemas bercampur panik. Kerisauan dan bimbangku memuncak kerana pelampung itu tidak lagi bergerak seperti tadi. Ia stabil seperti tidak ada apa-apa. Perlahan perahu kami mendekatinya. Masih macam biasa. Sahak dan Mat Piah merasakan ada yang tak kena.
"Kita mungkin dipermainkan!" jelas Sahak. Mat Piah kulihat kumat kumit membaca sesuatu. Sedang aku hanya tahu al-fatihah dan ayat kursi dan beristighfar. Jauh di sudut hati; rasa cemas ada di manamana. Aku kebingungan. Mulut Sahak kian jelas kumat-kumitnya. Seperti seorang dukun membaca mentera dan jampi serapah. Mat Piah turut sama. Sedang aku seperti bodoh dimarahi oleh seorang guru yang bengis dan garang di hadapan kelas.
Bunyi deras air mengalir kian hampir. Aku tak salah pendengaran lagi. Ini mungkin air bah dari ulu Balui dan sungai Binyo, fikirku bercampur cemas. Jika betul bererti kami dalam bahaya. Nyawa kami di hujung tanduk. Sahak pasti akan tewas. Perahu kami pasti akan tenggelam dan hanyut dibawa air deras. Meredah hutan dan pesisir semak hutan pokok nipah dan nibung.
Berruuuuuup! Busss! Raaaappp!
Tiba-tiba kami terperanjat melihat satu lembaga muncul di permukaan air. Aku kian cemas. Rupa-rupanya binatang jahanam ini yang aku sangkakan `batang kayu' bentak hati kecilku. Anehnya dia tidak mengganggu kami. Buaya itu beredar dan mengejar arah pelampung-pelampung yang tenggelam timbul. Aku menarik nafas lega dan berdoa agar buaya itu jangan datang lagi.
"Sahak! Kita ke tepi sungai. Biarkan pelampung-pelampung tu!" pintaku. Sahak akur. Begitu juga Mat Piah yang kulihat agak pucat. Enjin sangkut dihidupkan. Perahu kami pantas menyusuri permukaan air yang kulihat seperti berkocak dan bergelombang.
Kami betul-betul malang. Air bah dari ulu sungai benar-benar hampir. Gelombang dan riak permukaan air begitu menjadikan aku terlalu kecil ketika itu. Aku terbayang wajah ayah dan ibuku. Aku teringat pesan emak semalam sewaktu aku menyatakan hasratku hendak menyeelaam.
"Lekas! ke tebing sana!!! Lekas Hak! Lekas Hak!" jerkah Mat Piah dari haluan perahu. Perahu kami terumbang ambing meredah arus yang begitu deras dan kulihat perahu kami menyereng melawan arus air yang kian deras dan laju.
Sahak menggunakan semua pengalamannya yang ada. Aku kian panik. Sahak kulihat seperti seorang pahlawan yang mengetuai angkatan perang di medan peperangan. Mat Piah terloncat-loncat di haluan perahu seperti tidak sabar. Aku lihat sesuatu muncul di tebing sebelah sana. Sahak tak sempat mengelak dan merempuh benda itu dengan deras. Tanganku masih kejap memegang perahu. Aku sudah bertekad; jika perahu itu pecah aku akan pegang pada papan perahu sebagai pelindung yang terakhir.
Degung! Bedebaaab! Praaak!
Satu bunyi yang kuat yang kudengar. Aku hanya tunduk dan tanganku kemas memegang perahu. Mat Piah terpelanting dan selepas itu aku tak tahu apa- apa. Kucapai bilah-bilah perahu yang tinggal sisa. Saat itu aku tak lagi ingat pada Sahak atau Mat Piah. Yang kutahu aku sudah sampai ajal. Satu kalimah syhadat yang panjang kulaung sekuat hati dan tanganku kejap memegang perahu.
Hanya kurasakan tubuhku terapung dan dihanyutkan air yang deras. Tubuhku dibawa begitu pantas dan pantas ke satu destinasi yang tak pasti. Hampir tanganku terkehel ketika bertahan pada papan perahu yang hanyut bersamasamaku.
"Sin! Sin!"
Ada suara yang memanggil namaku. Aku tak sempat hendak bertindak lebih jauh daripada itu. Bunyi air yang deras mengalir bagai taufan yang meredah hutan belantara. Aku ketakutan dan kebingungan. Dalam diam hatiku memanjat doa pada Illahi dan mengucapkan salawat kepada Nabi Muhammad, penghulu segala rasul. Aku seperti dalam satu perjalanan yang belum pasti di mana akan aku berlabuh?

1 comment:
As Salam....first time dtg sini...ade sambung tak citer ni?? best laa baca.. :)
Post a Comment