Oleh Hariza Mohd Yusof
RISYA memandangku. Pandangan kami bertaut erat. Tetapi lidahku kelu.
"Kenapa Kamal harus tergesa-gesa. Kami masih perlukan saudara di sini."
Aku menghela nafas dengan agak berat. Kata-katanya jelas menikam tangkai jantung hatiku.
"Entah bila saya boleh berjumpa Kamal lagi"
Risya yang kukenal sebagai gadis tabah terisak-isak. Air matanya sudah mengalir laju membasahi pipi gebunya. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangisan.
"Risya, saya akan kembali ke sini lagi. Insya-Allah, jadikan pertemuan ini sebagai satu permulaan bagi kita, tetapi saya harus kembali ke Malaysia dahulu. Panjang umur, kita akan berjumpa lagi."
Aku keraskan hatiku. Sesungguhnya ini pertama kali hatiku terikat kuat dengan seorang gadis yang jauh beribu-ribu batu. Satu perasaan yang agak aneh menular dalam hatiku. Perasaan yang tidak pernah ada sebelum ini. Aku tidak pasti dan takut menyatakan apakah perasaan itu sebenarnya.
Jip UN kedengaran nyaring enjinnya. Dr Sideq kulihat sedang memerhatikan enjinnya. Mungkin pemeriksaan kali terakhir sebelum bertolak.
"Kamal, kita harus bertolak sekarang. Penerbangan akan berlepas dalam masa tujuh jam. Perjalanan ke Zegreb agak panjang." Panjang lebar Dr Sideq mengingatkan aku. Aku mengangguk tanpa jawapan. Mengiakan saranan Dr Sideq. Aku tahu dari Pristina, aku terpaksa berhenti di Tirana. Sekurang- kurang aku memerlukan lima jam untuk sampai ke Zagreb. Hembusan angin tidak berupaya melenyapkan perasaanku yangg tidak tahu apa kepastiannya. Kakiku seakan beku melekat di tanah. Risya memainkan jemarinya tanpa tujuan.
Isakannya makin jelas kedengaran. Risya menggigit bibirnya menahan tangis. Dan aku mula berasakan kelelakianku makin cair apabila setitis air jernih hening mengalir di pipiku. Berat. Terlalu beratnya kaki untukku meninggalkan bandar Pristina. Pristina yang mengikat hatiku.
Aku menghulurkan tangan. Risya memandangku dengan matanya merah berair. Agak lambat tangan lembutya menyambut tanganku.
"Semoga kita berjumpa lagi," suaranya lirih antara kedengaran dan tidak. Dalam tapi berat. Dan aku hanya mampu mengangguk. Terus aku berpaling dan menaiki jip tanpa menoleh. Kukeraskan hatiku dari mendengar isakannya yang betul-betul menjerut hatiku.
Langkahku terasa berat. Gelagat penumpang yang tidak seberapa dan boleh dibilang dengan jari tidak kuhiraukan. Aku lebih senang melukiskan kembali kenanganku dengan Risya. Gadis Albania Muslim yang tega semangat juangnya. Entah bila aku akan berjumpanya lagi. Hanya Tuhan yang mengetahui.
Sesungguhnya Pristina meloretkan kenangan yang sukar kumengerti. Yang pasti, hatiku terasa sakit, pedih dan sedih. Bercampur baur. Meremuk redam perasaanku sendiri. Entah apa gerangannya yang betul-betul mengikat hatiku pada Pristina, aku sendiri tidak pasti. Kecelaruan ini membuatkanku terawang dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan teguran yang sayup-sayup kedengaran di telingaku.
Waktu jam 6.00 pagi, aku mengharapkan aku dapat bersenang-lenang di bawah selimut lagi, tetapi mentari yang memancar di Kasova seakan begitu cemburu melihat aku. Pristina sudah dibaluti kehangatan mentari, walaupun cuacanya tidaklah seterik di bumi Malaysia sekarang ini.
"Di sini tidak ada masa untuk kaubersenang-lenang. Kami terpaksa bekerja keras sekarang. Kami mahu membina kembali kehidupan kami di sini. Anak- anak kami perlukan pembelaan. Meskipun perjalanannya jauh lagi, tapi kami harus teruskan juga. Keadaan di sini masih tidak menentu, entah lebih baik dan mungkin juga lebih buruk." Kata-kata Risya masih tergiang-ngiang di telingaku, membuatkan aku bingkas bangun menyiapkan diri.
Di bandar Dechan, aku tidak menyaksikan bangunan yang sempurna sifatnya, keruntuhan yang diakibatkan oleh keganasan puak Serb memang tidak mengambil masa yang panjang, tetapi mahu membinanya kembali, aku tidak tahu bila. Segalanya kucatatkan dalam diari kecil yang sentiasa tersemat dalam poket belakang seluarku. Sepanjang aku di sini sudah beberapa tempat aku lalui. Pristina merupakan hentian terakhir sebelum aku berangkat kembali ke Malaysia.
Risya, berkerut wajahnya memandangku. Aku yang berasa diperhatikan berhenti seketika. Lantas menoleh ke arahnya, dan pandangan kami bertembung buat sekian kalinya.
"Saudara tidak menyesal datang ke sini?"
Aku memandangnya kembali. Kulit putihnya bermanik halus akibat mengangkat barang-barang dari lori. T-shirtnya agak lencun. Ketinggiannya menyamai ketinggianku. Bibirnya merah tanpa lipstik. Anak matanya masih merenung tajam kepadaku. Dia masih mengharapkan jawapan kepada pertanyaannya.
Aku masih diam. Sengaja melambat-lambatkan jawapan. Roti pintal yang bersalut daging di dalamnya kumamah dengan agak lahap. Keenakan rasa puri tomato tidak dapat menahan seleraku.
Risya mendengus pelahan.
"Buat apa saya perlu menyesal. Saya bangga datang ke sini."
"Isteri encik tidak menghalang?
Aku ketawa. Bukan ketawa buat-buat lagi. Mataku berair menahan ketawa. Entah mengapa soalan itu kurasakan lucu pulak. Risya memasamkan mukanya. Dia mungkin sakit hati melihat aku seolah-olah mempermainkannya.
"Minta maaf. Soalan itu melucukan. Saya tidak ada isteri lagi. Masih mencari." Aku menjawab dengan diselang-selikan ketawa kecil.
Risya senyum. Minuman Coca cola diteguknya perlahan. Aku memerhatikan botol Coca cola yang nampaknya masih dapat meluaskan pasarannya dalam keadaan yang genting macam ini.
"Saya tidak menyesal datang ke sini. Itu pilihan saya."
"Orang Malaysia macam mana?"
"Macam orang sini juga, semuanya ada dua mata, satu hidung, satu mulut, semuanya sama."
Risya ketawa lepas. Tangannya tidak semena-mena menampar lembut bahuku.
"Saudara memang pandai. Sudahlah saya tak mahu bercakap dengan saudara lagi."
Risya merenung jauh ke depan. Melihat sesuatu yang tidak pasti.
"Dahulu, kawan saudara yang menghantar bantuan kepada kami cakap, tempat saudara tidak ada peperangan. Semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak ke sekolah dengan damai, kaum perempuan diberi hak yang sepatutnya, tidak ada apa yang patut ditakuti, semuanya berjalan dengan aman. Saya impikan semua kehidupan seperti itu. Tentu suasananya berlainan dengan di sini. Setiap hari kami dalam ketakutan. Takutkan askar Serb yang tidak berperikemanusiaan. Kaum perempuan takut ingauan ngeri berulang, takut kehilangan harga diri dan kehormatan, takut kehilangan anak-anak, dan juga suami. Sesaat nafas penghidupan amat bererti bagi kami di sini." Risya bercerita. Sebenarnya meluahkan rasa hatinya.
Aku diam. Membiarkan Risya dengan luahan perasaannya. Matanya tepat merenung ke depan. Khemah yang berpacakan itu direnungnya seperti menghitung satu persatu manusia yang menghuninya. Rumah-rumah yang ada sudah hilang bumbungnya. Kayu-kayu yang patah jelas kehitaman rentung dimakan bedilan Serbia.
"Saudara lihat di sana!" Risya menunjukkan ke satu arah sebelum menyambung ceritanya. "Dulu, kami ada rumah, semua ahli keluarga berkumpul di bawah satu bumbung. Kami ada bilik sendiri. Setiap waktu makan, kami berkumpul di ruang makan. Keluarga kami besar tetapi sangat rapat. Selepas berkahwin kami lebih suka tinggal di bawah satu bumbung, rumah yang ada kami besarkan, tetapi lihat apa yang kami ada sekarang. Hanya arang dan debu. Hanya kehancuran."
Risya meneruskan ceritanya.
"Rumah kami sudah musnah. Saudara tahu sebulan lagi musim sejuk akan tiba, kami persiapkannya sebelum musim itu. Khemah yang ada sekarang tidak mampu untuk melindungi kami daripada kesejukan."
Risya memandang aku. Mata coklatnya mengandungi seribu pengharapan yang aku sendiri tidak pasti.
"Betapa beruntungnya saudara!" Suaranya kedengaran halus dan lirih.
"Jagalah nikmat yang saudara dapat. Kiranya keadaan sudah jadi begini, terlalu sukar untuk kembali kepada nikmat yang asal."
Aku membiarkan Risya dengan kata-katanya. Apabila Risya mula melangkah ke khemah aku menyusulnya dari belakang. Kubiarkan Dr Sideq, warga Sudan meneruskan kerja pemunggahan barang-barang. Lagi pun dia dibantu oleh Rechan, abang Risya.
Pemandangan memang menghancurkan. Rumah-rumah dengan tiang hitam bercacakan dengan abu di sekeliling menjadi panaroma yang biasa sekarang. Yang bernasib baik masih ada sebahagian dindingnya lagi. Sisa-sisa yang ada hanyalah tunggul-tunggul hitam yang berceracak kaku. Jendela dan pintu utama ditutupi dengan kanvas buat sementara waktu.
Rechan tiba-tiba tergopoh gapah mengambil kunci jip daripadaku. Tidak sempat aku bentanyakan apa-apa, beberapa kawannya menyusul sama dan sesaat jip itu telah hilang daripada pandanganku.
"Ada panggilan dari Peya. Tenaga mereka diperlukan di sana." Suara Risya memecah kebuntuanku.
Aku mengangguk, mengerti.
"Peya adalah kubu kuat kami setakat ini, maksud aku kubu kuat KLA. Rechan terpaksa ke sana. Kalau kami bernasib baik, kami akan berjumpa dengannya lagi," suara Risya kedengaran beku tanpa emosi.
Hatiku sebak sendiri. Menyaksikan mereka bertungkus-lumus mempertahankan maruah dan tanah air sendiri. Mereka tahu sesiapa yang berjuang ke medan, belum pasti akan kembali lagi! Ya Allah kurniakan aku hati yang secekal ini!
"Saudara Kamal, saya akan ke Pristina. Mahu ikut?"
Pertanyanan Risya mengejutkan aku. Agak ragu aku ingin memberi jawapan. Sejenak aku termangu. Tanpa menunggu jawapanku, Risya berlari-lari kecil ke arah lori barang tadi. Belakang lori itu sudah kosong. Dr Sideq sudah menghidupkan enjinnya. Melihat keadaan itu, beg sandang yang berisi dokumen penting kusangkutkan ke belakang. Bahuku terasa ngilu, mungkin kerana beberapa hari ini banyak tenaga digunakan memunggah barang-barang ini. Memikirkan adalah lebih baik aku mengikut mereka, aku memanjangkan langkahku. Lagi pun Pristina bukanlah jauh sangat. Sudah beberapa kali aku ke sana.
Kurasakan pilihan yang terbaik ialah berada di belakang trak itu. Kakiku pantas sahaja memijak palang besi dan sebelah lagi melangkah ke dalam. Risya yang sudah duduk di depan menukar alihnya. Dia nampaknya lebih senang bersamaku di belakang trak kecil ini. Rambut perangnya yang terurai panjang nakal mengibarkan hujungnya di muka. Tangannya pantas menyelitkan anak-anak rambut di dalam skaf ringkasnya.
Kami mendiamkan diri. Agak banyak persoalan yang ingin aku lontarkan, tapi lidahku kelu dan sebu. Terasa semuanya tersangkut di halkumku untuk diluahkan. Lalu terus aku luahkan pemandanganku di sekeliling. Dari jauh kelihatan puncak hijau gunung yang dipanggil black mountain. Hamparan air yang mengalir jernih dengan kerikil kecil jelas memberi satu pemandangan yang menakjubkan.
Kayu-kayu tanda penunjuk jalan jelas berada dalam keadaan tunggang langgang. Tulisan-tulisan Serb sudah dihapuskan. Sebutan dan ejaan digantikan dengan ejaan bahasa Albania. Bangunan di bandar ini tidak banyak yang roboh. Semuanya masih tetap teguh di tempatnya.
"Cuba saudara lihat, kenapa di sini sessi pembersihan etnik tidak ada, kalau ada pun tidak banyak. Bangunan masih teguh berdiri. Mereka sebenarnya pandai dan bijak. Pristina banyak didiami oleh puak dan bangsa Serb. Sebab itulah bandar ini selamat daripada kehancuran. Mereka tidak akan membunuh bangsa mereka sendiri."
Aku memandang sekeliling. Gerai-gerai banyak didirikan di sepanjang jalan. Begitu juga beberapa restoran. Kelihatan wanita tua bertudung hitam dan putih Ialu Ialang di situ. Gadis remaja berseluar jeans ketat dengan t-shirt ranggi bersiar-siar mengambil angin.
Wanita tua bertudung putih kebanyakannya adalah Albania Muslim. Aku lihat juga wanita tua ortodoks Kristian memakai tudung. Tetapi yang membezakannya ialah warna sebagai lambang.
"Saudara lihat itu..."
Aku berpaling ke arah Risya, ingin memastikan apa yang ingin dikatakannya. Trak yang membawa kami sudah sampai, berhenti di sebuah perhentian restoran. Risya melompat turun tanpa menggunakan palang besi lagi. Aku juga melakukan terjunan yang sama, meskipun agak ragu pada mulanya. Risya tertawa melihat aku agak takut-takut.
"Beberapa kurun kami berada di bawa telunjuk Serbia. Setengah daripada kami mula melupakan penghayatan kepada Islam yang suci. Apatah lagi generasi muda kami. Sukar bagi kami mendapatkan segala maklumat tentang perkembangan Islam. Kami diselubungi oleh doktrin sekular dan sosialis. Sehingga generasi kami mula kabur dan berada dalam dilema identiti."
"Kemudian kami diserang. Konon untuk menghapuskan puak pelampau, tetapi sebenarnya mereka ingin menghapuskan saki baki etnik kami yang masih bertahan dengan Islam. Ramai kaum lelaki yang dibunuh. Kami tidak tahu di mana kuburnya, dan di mana mayatnya dihumbankan. Entah! Mungkin nasib kami lebih buruk lagi daripada jiran kami Bosnia"
Aku masih diam. Aku rasakan lebih baik membiarkan dia berkata-kata.
Risya memandangku. Anak matanya tepat merenung aku. Terkejut dengan telatahnya aku juga ikut merenungnya.
"Saudara mahu katakan sesuatu?"
"Apa dia?" Aku termangu. Aku mengeluh perlahan, bila aku rasakan terperangkap dalam perasaanku sendiri.
"Terlalu banyak yang ingin saya katakan. Semuanya seolah-olah tersangkut di dalam dada saya."
"Saudara seorang yang aneh. Pendiam, tetapi penuh dengan idea yang padu. Pendiam, tetapi mampu bertindak dengan pantas."
"Minta maaf, saya memang pendiam. Bukan seorang yang mengatakan, saya tidak pandai bercakap banyak.Tetapi saya rasakan lebih baik banyak diam, tetapi tahu apa yang perlu dibuat."
"Saudari lihat gadis-gadis itu." Aku memandang ke depan. Sekelompak gadis remaja berjeans ketat sedang berbual-bual dengan beberapa askar UN. Risya turut memadang ke arah itu.
"Remaja itu begitu suci. Dalam keadaan sekarang mereka tidak ada satu olehan dan pengisian yang mantap sebagai satu benteng untuk mempertahankan jati diri mereka. Saya takut, mereka akan menjadi seperti krisis di Vietnam. Saudari pernah dengar?" Aku bertanya.
Risya menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku melanjutkan hujahku.
"Di sana ramai askar Amerika yang datang dengan tujuan untuk menjadi benteng atau pertahanan. Kononnya untuk menolong menyelaraskan mereka, tetapi dalam keadaan itu, begitu ramai yang mengambil peluang melepaskan nafsu mereka. Hasilnya lahirlah anak yang tiada bapanya, yang menjadi kecelaruan kepada mereka."
"Anggapan saudara keterlaluan." Risya memandangku. Dia nampaknya tidak senang dengan pendapatku.
"Minta maaf, mungkin anggapan saya terlalu kasar, tetapi itulah yang berlaku. Risya harus berbuat sesuatu untuk kepentingan mereka. Benar mereka masuk ke sini untuk keamanan, tetapi jangan lupa mereka adalah manusia." Agak dalam peneranganku.
Risya diam. Mungkin penjelesan tertelan olehnya.
"Saya akan lakukan apa yang terbaik untuk mereka, tapi saya perlukan pertolongan saudara, bolehkan?" Renungan Risya penuh harapan. Aku mengangguk dengan hati yang lapang dan gembira.
"Saudara, sila tegakan tempat duduk. Kita akan mendarat di KLIA Sepang sebentar lagi. Seorang gadis berbaju kebaya tersenyum manis ke arahku. Wajah Risya lenyap dari pandanganku. Aku memandang gadis yang tersenyum lembut kepadaku. Sepatah ucapan dariku yang tidak difahaminya membuatkan dia berkerut kehairanan.
Faleminderit!

No comments:
Post a Comment