Oleh Ghazali Lateh
HAJI KADOK melihat wajahnya sekali lagi sebelum keluar bilik. Dia membetulkan serbannya yang agak ke depan dan menutup dahi jendulnya. Dia menarik bahagian tepi serbannya menutup rambut berceracak yang lebih banyak putih daripada hitam. Dengan tangan kanan dia melurut janggut sejemput, juga bercampur warna hitam dan putih. Janggut melambangkan kealimannya.
Setelah berpuas hati barulah dia keluar. Tujuannya petang itu ialah untuk ke surau kampung Caruk Kemuning. Dia akan mengetuai mesyuarat ahli jawatankuasa partinya. Rancangan untuk menganjurkan rapat raksasa parti itu mesti dijelaskan kepada seluruh ahli jawatankuasa. Idea itu ideanya sendiri. Dia akan memastikan rancangan itu berjalan dengan lancar. Banyak faedah yang diperolehinya dengan rapat raksasa itu. Berjaya atau gagalnya rapat raksasa itu menjadi kayu ukur pengaruhnya dalam parti politik pimpinannya di daerah itu.
Sebaik sahaja memakai selipar Jepun warna biru yang dibeli dari kedai Ah Tong di Pekan Sik, terlihat olehnya kelibat Doman, anak sulungnya, satu- satunya anak lelaki miliknya. Usia anak itu menjangkau suku abad, namun anak muda itu tidak terurus. Sudah beberapa kali keluar masuk hospital kerana sakit mental. Kini Haji Kadok mahu menjaganya sendiri. Haji Kadok sedar itu semua dugaan Tuhan ke atas keimanannya sebagai seorang Islam. Dia pasrah.
Sejak awal dua puluhan budak itu menghadapi tekanan mental. Bukannya tidak pandai. Sebaik sahaja lepas sekolah, dia diterima masuk ke universiti. Setahun kemudian dia diberhentikan. Khabarnya semasa di kampus, Doman lebih banyak terlibat dengan kegiatan agama. Pelajaran telah diabaikan. Setiap kali peperiksaan Doman gagal. Lama-kelamaan dia mengalami gangguan mental yang serius.
"Doman! Mu nak ke mana tu?" Tanya Haji Kadok melihat anak sulungnya itu menjinjit sebuah baldi, menghala ke sawah tinggal milik bapanya juga. Sawah itu sudah lama tidak dikerjakan. Rumput menerung menghijau subur. Dulu ada juga Haji Kadok turun ke sawah sesekali. Namun, semenjak memegang jawatan sebagai pengerusi parti Mualim, dia tidak sempat lagi berbuat demikian. Kegiatan hariannya lebih banyak berceramah ke sana ke mari.
"Aku nak gi tangkap belalang!" jawab Doman dalam loghat Sik dan pekat dengan pengaruh Pattani. Rata-rata orang kampung Caruk Kemuning berbahasa sebegitu, sejak dahulu lagi.
"Mu nak buat apa dengan belalang. Tiap-tiap hari tangkap belalang?!" sahut Haji Kadok lagi. Sengaja dia menguji akal anaknya yang tidak cukup itu. Dia bukan tidak tahu kegemaran Doman. Saban hari itulah kerjanya. Tangkap belalang, masuk dalam baldi. Katanya di akhirat esok belalang itu boleh bawa dia terbang ke syurga. Oleh sebab itu dia nak bela belalang banyak-banyak. Dia nak bawa Haji Kadok masuk syurga. Dia nak bawa ibunya Mek Huduh masuk syurga. Seluruh orang Caruk Kemuning akan masuk syurga. Adik beradik jauh dan dekat juga akan dibawa terbang dengan belalang peliharaannya masuk syurga.
Haji Kadok tersengih mendengar jawapan anaknya. Betullah anaknya itu tidak sempurna akalnya. Namun, dalam tidak sempurna akal itu pun dia masih tahu syurga dan neraka. Tidak seperti orang sekarang yang tidak dapat lagi membezakan antara syurga dengan neraka. Gerutu Haji Kadok, sambil berbangga dengan anaknya yang tidak cukup akal itu.
"Mana kopiah putihmu?!" tanya Haji Kadok dengan tegas. Sering benar anaknya lupa pesanannya itu. Kopiah putih mesti sentiasa ada atas kepala. Itu menjadi identiti parti yang dipimpinnya di kampung itu. Kopiah hitam itu jati diri parti lawan. Yang pakai kopiah hitam itu semua tidak Islamik. Di akhirat besok hanya yang memakai ketayap putih yang berbaris ke Jannah. Yang hitam tidak!
Doman tersengih-sengih. Tangan kirinya menarik kopiah putih dari dalam poket seluar pendeknya. Kopiah putih yang sudah tidak putih itu dilekapkan ke kepala yang separuh gondol. Haji Kadok tersenyum melihat gelagat anaknya. Namun, dalam hatinya berputik sedikit rasa kecewa. Alangkah baiknya jika anak itu nanti bakal menggantikannya memegang jawatan tertinggi parti? Alangkah baiknya jika Doman turut bersamanya dalam mesyuarat hari itu? Alangkah baiknya jika Doman sempurna seperti pelajar universiti yang sering berdemonstrasi? Alangkah baiknya jika Doman pandai memaki hamun ke sana-sini?
"Nanti balik cepat! Jangan sampai malam baru nak balik!!" pesan Haji Kadok kepada anaknya yang berketayap putih berseluar pendek itu. Walaupun disahkan gila, Doman itulah satu-satunya anak lelaki yang ada. Kalau boleh biarlah Doman meneruskan perjuangannya dalam parti Mualim itu. Walaupun parti itu parti pembangkang, kebelakangan ini sokongan rakyat semakin kuat. Barangkali dalam pilihan raya akan datang, mereka akan mendapat majoriti. Haji Kadok sudah tentu akan menjadi orang penting di Caruk Kemuning apabila mereka menang nanti. Itulah hasrat Haji Kadok dan rakan seperjuangannya.
Haji Kadok melangkah meninggalkan halaman rumah. Kelibat Doman pula hilang di celah rumput menerung tinggi di sawah bapanya. Sengaja dibiarkan menerung itu tinggi supaya Doman senang nak tangkap belalang, tak payah pergi jauh-jauh. Sawah itu biarlah tidak berhasil kerana rezeki Tuhan bagi. Nak gaduh apa dengan rezeki, lebih-lebih lagi kalau Parti Mualim menang, tentu rezeki datang dengan sendirinya. Berdoa sajalah!
Sesekali ternampak pokok menerung itu bergoyang menandakan Doman sedang menangkap belalang. Baldi plastik biru dipegangnya kukuh. Semua belalang yang ditangkapnya dimasukkan ke dalam baldi itu. Kemudian ditutup dengan kain supaya belalang itu tidak mati.
Ketika sampai ke surau, rakan seperjuangannya telah sedia menanti. Masing-masing sibuk bercerita tentang kepincangan kerajaan sekarang. Semua yang kerajaan buat semuanya tidak betul. Kerajaan buat kilang dengan banyak juga tidak betul kerana kilang itu akan menjana maksiat. Biarlah anak-anak muda duduk berlonggok di kampung tidak mengapa. Mereka tidak terdedah pada maksiat.
Kerajaan buat projek mega juga tidak betul kerana mana ada orang kampung yang pernah sampai ke bandar untuk melihat projek itu. Penduduk kampung hanya duduk di pondok beratap nipah atau bertam. Yang kaya sikit duduklah di rumah beratap zink. Mereka tidak akan mahu duduk di tempat yang besar seperti yang dibangunkan oleh kerajaan. Semua itu membazir. Malah, pemimpin besar parti mereka telah berjanji untuk duduk di pondok sahaja jika menang dalam pilihan raya yang baru lepas.
"Assalamualaikum semua!" sapa Haji Kadok sebaik sahaja membasuh kaki di tangga surau berbumbung nipah. Salam itu seraya dijawab hampir serentak oleh anak-anak buah yang telah lama menunggu.
Haji Kadok menghulur tangan bersalam dengan semua orang. Sebagai bakal pemimpin Haji Kadok mahu mengambil hati semua orang. Idea menganjurkan rapat raksasa itu datang dari dalam tempurung kepalanya. Dia mesti menjaga hati anak-anak buah agar rancangan itu terlaksana dengan jayanya. Dia mahu menarik perhatian pemimpin parti dari atas supaya buka mata terhadap usahanya itu. Dia bukan mahu takbur, tetapi sekadar mahu orang tahu.
"Bagaimana dengan rancangan kita untuk mengadakan rapat raksasa itu?" tanya Haji Kadok sebaik sahaja bermukaddimah memulakan mesyuarat.
"Nampaknya semua ahli parti peringkat akar umbi menyokong cadangan Tuan Haji itu ", jawab Lebai Halim jelas. Walaupun dia sendiri tidak sempat bertanya pada semua orang, tetapi majoriti orang ditemuinya bersetuju dengan cadangan itu. Orang kampung bukannya ada kerja sangat nak buat. Lepas menoreh atau balik dari bendang, depa duduk melengung sahaja.
"Haji Dolah pula bagaimana?" tanya Haji Kadok sambil mencerlung tunak ke arah Haji Dolah, wakil hujung kampung.
"InsyaAllah. Kita akan dapat menganjurkan rapat raksasa ini. Saya telah meminta ahli-ahli parti dari daerah seluruh negeri supaya turun bersama- sama di dalam rapat raksasa ini. Biar berpuluh ribu orang. Kita mahu tunjukkan kepada kerajaan bahawa parti kita bukan calang-calang sokongannya," bersemangat amat Haji Dolah menjawab.
"Allahuakbarrr!!" tiba-tiba laungan itu bergema setelah Haji Dolah habis bercakap. Memang itulah laungan yang akan dijeritkan apabila percakapan mereka berbaur semangat dan emosi.
"Bagus..!! Ana sangat berbangga dengan semangat anak-anak buah. Biar kita tunjukkan sokongan terhadap parti kita besar", Haji Kadok meluahkan rasa puas hatinya. Dia mula mendapat keyakinan bahawa rapat raksasa itu dapat dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan. Halaman surau yang luas itu akan dijadikan tapak perhimpunan puluhan ribu penyokong parti yang akan datang dari segenap pelosok negeri.
Haji Kadok mula membayangkan suasana pada hari itu berlangsung. Dia sendiri akan menjadi pengerusi majlis. Dialah yang akan menjemput pemimpin besar parti tampil berucap. Dialah juga yang akan menjadi pemimpin laungan takbir. Dialah juga yang membacakan doa selamat. Dialah segalanya!
Akhir-akhir ini Doman semakin teruk penyakitnya. Mentalnya semakin teruk. Aktiviti menangkap belalangnya pula semakin tidak mengikut jadual. Siang-malam dia asyik ke bendang dengan baldi buruk teman setianya. Dalam baldi itulah dimasukkan beribu-ribu belalang yang masih hidup terloncat- loncat. Dengan baldi itulah dia buang air. Dalam baldi itu jugalah dia melepaskan isi perutnya. Mentalnya benar-benar terganggu.
Haji Kadok dinasihati agar menghantar anak lelaki tunggalnya itu ke hospital, tetapi dia enggan. Hospital itu hospital kerajaan. Menggunakan hospital kerajaan bermakna memberi sokongan kepada kerajaan. Nanti penyokongnya berkata dia kroni kerajaan. Doman pula akan makan ubat kerajaan, sedangkan makan segala yang diberikan oleh kerajaan itu tidak halal kerana kerajaan tidak Islamik.
Biarlah Doman dengan dunianya. Dunia yang telah ditakdirkan oleh Allah ke atas anaknya. Itu kehendak Tuhan. Jika ditakdirkan sembuh, akan sembuhlah penyakit anak itu nanti. Apa yang hendak dirisaukan? Yang penting Doman tidak mengamuk dan membunuh orang seperti yang sering berlaku sekarang ini.
Lagipun, dia akan bawa Doman berubat dengan bomoh partinya jika ada masa nanti. Jampi bomoh itu sangat mujarab. Semua orang tahu akan hal itu. Biarlah! Masa ini dia lebih bersemangat dengan rapat raksasa yang diilhamkannya. Yang lain biar dahulu!
Mengikut jadual asal, lepas solat Asar rapat raksasa itu akan dilaksanakan. Malah, semenjak sebelum itupun sudah ramai anak-anak buah parti yang datang awal-awal lagi. Mereka membawa anak-bini sekali untuk mencetuskan semangat perjuangan. Namun mereka yang datang tidak seramai yang disangkakan.
"Kenapa lambat sangat jemaah kita datang?!" tanya Haji Kadok kepada Haji Dolah dengan perasaan risau yang mula menebal. Waktu Asar sudah lama habis. Seharusnya waktu itu laman surau Caruk Kemuning sudah merenyut dengan manusia berketayap putih dan berserban. Kini yang ada hanya beberapa kerat sahaja, iaitu yang datang awal.
"Katanya, ada sekatan jalan raya di sepanjang jalan masuk ke Sik," jawab Haji Dolah menceritakan kembali apa yang didengarnya.
"Sekatan jalan raya?" terkejut sedikit Haji Kadok.
"Enta ada minta permit atau tidak untuk buat perhimpunan ini?" tanya Haji Dolah lagi. Tangannya membetulkan ketayap putihnya sebagai menunjukkan rasa prihatin terhadap ketuanya itu.
"Kena ambil permit ke?" soal Haji Kadok kembali.
"Mestilah! Jika tidak rapat raksasa ini akan dianggap sebagai perhimpunan haram oleh kerajaan. Mereka memang mencari peluang untuk menggagalkan usaha murni kita ini," terang Haji Dolah. Dalam hatinya ada rasa menyesal kerana tidak menerangkan perkara itu kepada Haji Kadok terlebih dahulu. Sangkaannya Haji Kadok memang tahu selok-belok menganjurkan rapat raksasa.
"Tak tahu pula aku tentang itu", jawab Haji Kadok dengan perlahan. "Peduli apa dengan permit. Kita buat juga rapat raksasa ini. Jika tidak sempat petang ini, malam nanti pun kita buat juga," entah dari mana datang semangat baru di dalam nafas Haji Kadok. Selama ini pun dia tidak pernah mendapatkan permit untuk membuat ceramah politik. Apa perlu permit? Ini bukankah tanah air kita? Kita perlu bebas di tanah air sendiri.
Akhirnya malam itu datanglah juga penyokong parti Mualim walaupun tidak seramai yang dijangkakan. Ada yang datang dari Caruk Sirih, Paya Terendam, Cepir, Gulau, Sik Dalam, Caruk Sejuk hinggalah ke Sungai Pau. Ramailah juga walaupun agak mengecewakan Haji Kadok.
Haji Kadok memulakan acara yang terlewat itu dengan suara yang lantang berdegar-degar. Dialah yang akan bercakap banyak malam itu kerana pemimpin besar partinya tidak dapat datang akibat sekatan jalan raya ke semua jalan masuk utama ke Sik. Katanya kerajaan memang zalim tidak membenarkan perhimpunan mereka malam itu. Kerajaan takut, kerajaan tidak adil dan macam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan. Semuanya buruk belaka. Dan setiap kutukan itu akan diikuti pula dengan laungan takbir yang menggegar semangat.
Semakin lama Haji Kadok semakin bersemangat cakapnya. Berbuihlah mulutnya berceramah diselang-selikan dengan ayat-ayat suci dan hadis. Semua diberikan tafsiran mengikut seleranya sendiri. Orang bukan tahu walau apa sahaja katanya. Mereka hanya tahu melaungkan takbir.
Tiba-tiba Haji Kadok terhenti apabila seekor belalang hinggap pada baju jubahnya. Dikaisnya belalang itu sehingga terpelanting dan mahu menyambung ceramah politiknya lagi. Ceramah tanpa teks yang penuh dengan maki hamun itu memang susah untuk diberhentikan. Banyak lagi perkara yang belum dikutuk olehnya.
Kemudian hinggap lagi seekor belalang yang lebih besar pada jubahnya. Seekor lagi pada kainnya. Pada mikrofon dan pada mukanya. Apabil dipalingkan mukanya ke belakang, terlihat olehnya ahli jawatankuasa parti sedang mengibas-ngibas sesuatu dengan tangan mereka. Sebelah tangan pula menutup hidung seperti terbau sesuatu yang sangat busuk. Tahi!
Tidak lama selepas itu seluruh pentas dipenuhi belalang. Datang pula bau yang tengik memenuhi segenap ruang pentas. Bau busuk najis itu semakin kuat sehingga memaksa orang yang khusyuk dengan ceramah menutup hidung dan ada yang muntah-muntah.
"Bau apa ni? Siapa yang lepas angin?"
"Allahuakbarrrr!!!"
"Ini bukan angin lagi, dah betul-betul ni!! Siapa yang punya kerja?!"
"Allahuakbarrr!"
Suasana menjadi kelam-kabut. Seluruh hadirin malam itu memandang ke kiri dan ke kanan seperti mencari sesuatu. Akan tetapi yang ada hanyalah belalang berterbangan memenuhi kawasan. Belalang bukan sebarang belalang tetapi yang membawa bersama najis manusia yang busuk. Selepas ramai yang meninggalkan rapat belalang itu, barulah Haji Kadok ternampak kelibat seorang lelaki berketayap putih dan berseluar pendek menjinjing sebuah baldi berlalu meninggalkan kawasan surau.
Perhimpunan malam itu berakhir tanpa raksasanya. Yang ada hanya belalang busuk. Hampir seluruh kawasan padang depan surau itu penuh dengan belalang tahi. Habis baju Melayu dan jubah mereka yang datang dipenuhi bau busuk.
Pagi besoknya, Haji Kadok menatap akhbar rasmi parti anutannya. Terpampang tajuk besar "Rapat Raksasa Di Sik Disabotaj Pihak Kerajaan". Ketika itu juga dia ternampak Doman berjalan ke sawah dengan baldinya untuk meneruskan rutin harian sebagai seorang yang tidak sempurna mentalnya.
Tapi apapun dia tak peduli. Dia telah ajukan kepada ketua partinya di Markaz Wahid partinya supaya mengadakan Perarakan 1 juta pada suatu masa nanti. Perarakan yang menuju ke Parlimen. Kalau ada yang bertanya apa maknanya perarakan itu, dia akan menjawab: Perarakan ini penting, kerana ini perarakan 1 juta rakyat.

No comments:
Post a Comment