Oleh Marsli N O
JIKA tidak salah ingatan dia sebenarnya tidak berada di sini tetapi di suatu tempat yang lain. Bukan di tengah rimba banat ini, tetapi di tengah kota yang hingar dan riuh. Tetapi bagaimana dia tiba-tiba boleh berada di tengah rimba banat ini sekarang.
Itulah yang sangat menghairankan dia. Hendak dikatakan dia telah berjalan sedemikian jauh hingga ke tengah rimba banat ini pun tidak juga. Dia berasa masih tidak ke mana-mana. Masih di tengah kota yang hingar dan riuh itu. Tetapi yang sedang melingkunginya kini sama sekali lain. Bukan lagi deretan gedung yang melangit tinggi, tetapi pohon-pohon sebesar pemeluk yang menjulang tinggi ke angkasa.
Itulah yang sangat menghairankan dia.
Tidak mungkin ada suatu kuasa ghaib yang telah mencampakkan dia ke mari. Tidak mungkin. Dia berasa masih berada di tengah kota yang hingar dan riuh itu.
Tetapi yang dia lihat kini adalah sama sekali asing dan lain. Bukan di tengah sebuah kota yang hingar dan riuh, tetapi di tengah rimba banat.
Rasa hairan itu kian mencengkam dirinya. Apakah aku ini sedang bermimpi? Tanya dia berkali-kali kepada diri sendiri. Sambil berkali-kali pula mencubit peha dan lengan kiri.
Jelas bahawa dia tidak bermimpi. Kenyataannya ialah dia sekarang sedang berada di tengah rimba banat dan bukan di tengah sebuah kota yang hingar dan riuh. Meski pun dia berasa dia masih tidak ke mana-mana.
Jadi bagaimana sekarang? Apa yang mesti dia lakukan? Hendak berteriak meminta tolong? Tetapi pada siapa? Tiada sesiapa di sini kecuali diri dia sendiri. Otak dia ligat berfikir. Sesekali dia meraba-raba kedua-dua belah bahu, untuk memastikan apakah di situ telah ditumbuhi kepak dan dengan kepak itulah dia telah terbang sehingga akhirnya tercampak ke tengah rimba banat ini. Tetapi ternyata tidak. Kedua-dua belah bahunya masih seperti biasa dan tidak ditumbuhi kepak.
Jadi kenapa? Apakah yang menyebabkan dia tiba-tiba berada di tengah rimba banat ini meskipun dia berasa dia masih tidak ke mana-mana? Sungguh menghairankan.
Otak dia semakin ligat berfikir. Berfikir dan terus berfikir. Tersangkak-sangkak, kembali dia susuri alur peristiwa di dalam ingatan. Jam di pergelangan tangan kiri lama ditenung. Kurang tiga minit jam delapan. Ini bererti sudah dua minit dia berada di tengah rimba banat itu. Dia masih ingat. Pada jam 7.55 dia sedang berada di sebuah warung. Sedang menunggu kopi yang dipesannya tiba. Masih jelas di ingatan dia. Telinganya terasa bingit diterjahi deru kenderaan dan bualan.
Dia membatukan diri di bangku. Membiarkan fikiran dia yang sentiasa menerawang itu ke mana-mana. Dengan mata tidak berkedip dia perhatikan apa saja yang bergerak di sekitar. Dan tersenyum-senyum sendirian tanpa sebarang sebab. Di hadapan dia, kelihatan seorang pemuda sedang tekun merenungi sebuah akhbar tabloid. Tanpa mempedulikan cawan kopi yang tergeletak di hadapannya yang kelihatan sudah entah berapa belas kali dihurungi lalat.
Dia tersenyum-senyum lagi. Beberapa kali mata dia menjeling ke arah huruf-huruf yang terpampang besar di muka halaman tabloid itu. Dan kemudian jelingan dia berpindah pula ke arah sekeping poster yang sudah kumal terpampang di sebatang pokok berhampiran warung itu: AWAS, LALAT MEMBAWA PENYAKIT
Senyum dia semakin panjang meleret. Manusia juga selalu membawa atau menyebabkan penyakit. Spontan dia berfikir. Dan jelingan dia masih tidak lepas dari poster yang sudah kumal itu. Malah bukan sekadar penyakit, tetapi manusia juga memang gemar mencari penyakit. Spontan dia berfikir lagi. Salah seekor lalat yang sedang menghurung cawan kopi yang tergeletak di hadapan pemuda yang sedang asyik menatap akhbar tabloid itu kini telah terjatuh ke dalam cawan. Dia ingin berkata sesuatu. Tetapi belum pun sempat dia berbuat demikian kelihatan pemuda itu dengan rakusnya mereguk isi di dalam cawan itu. Dia merasa geli geleman. Dan cuba dia bayangkan bagaimanakah nantinya keadaan lalat yang sudah terperangkap di dalam usus pemuda itu. Barangkali kakinya yang kecil itu akan menerjang beberapa kali sebelum tubuhnya yang juga kecil itu lumat dicerna bercaing-caing. Dan kemudian akan berbaur dengan segala macam benda lain di dalam usus pemuda yang asyik menatap akhbar tabloidnya itu. Entahkan di mana lalat itu telah hinggap sebelum ini. Mungkin di tepi longkang. Mungkin di mangkuk tandas yang berdaki. Mungkin di rambut seorang gadis. Mungkin di kaki berkudis seorang pengemis. Mungkin. Mungkin. Mungkin. Tidak sanggup rasanya untuk dia lebih lama membayangkan. Entah kenapa persoalan lalat itu agak lama mengitari ruang benak dia. Barangkali kerana poster yang sudah kumal yang terpampang di pokok itu.
Tetapi bagaimana kalau lalat itu tidak apa-apa dan masih dapat terbang serta merayap-rayap di dalam usus pemuda itu. Dan akhirnya, beranak pinak di sana? Bagaimana? Apakah yang akan terjadi? Barangkali, setelah beranak pinak di dalam usus pemuda itu dan jumlahnya menjadi beribu atau berjuta- juta, tubuh pemuda itu akan diterbangkannya ke mana-mana. Mungkin ke tepi longkang. Mungkin ke mangkuk tandas yang berdaki. Mungkin ke atas rambut seorang gadis. Mungkin ke atas kaki berkudis seorang pengemis. Mungkin. Ah, tidak sanggup rasanya untuk dia lebih lama membayangkan segala kemungkinannya.
Dan barulah dia sedari. Ketika itu jugalah tiba-tiba saja dia berasa tubuhnya telah diserap ke suatu ruang kosong. Tubuh dia terasa ringan dan terawang-awang. Pandangan dia tiba-tiba menjadi kabur.
Tidak salah lagi. Meskipun dia berasa masih tidak ke mana-mana, tetapi yang tiba-tiba dialaminya itulah yang menyebabkan dia kini berada di tengah rimba banat itu dan bukan di tengah sebuah kota yang hingar dan riuh.
Mengertilah dia kini akan duduk perkara yang sebenarnya. Jadi yang menjadi persoalan sekarang bukan lagi kenapa dia boleh berada di sini meski berasa masih tidak ke mana-mana, tetapi sebaliknya ialah bagaimanakah caranya agar dia dapat keluar dari rimba banat ini. Itulah yang sedang menjadi persoalan dan sedang dia fikirkan kini.
Menyedari bahawa dengan hanya duduk dan berfikir-fikir sahaja maka dia tidak akan dapat keluar dari rimba banat ini, lalu dengan segera dia bangkit berdiri dan tergesa-gesa mulai menghayunkan langkah. Susup-sasap meredahi segala yang menghalangi langkahnya. Dan dalam ketergesaan itu, hampir saja dia terjerembab jatuh ketika kaki dia tersandung sebongkah tunggul. Untuk seketika, tunggul itu dia perhatikan dan kemudian langkah dia hayunkan lagi. Susup-sasap meredahi pohon-pohon kecil dan renek. Tanpa mempedulikan hujung telapak kaki dia kini yang baru mulai terasa sakit kerana telah menyerandungi tunggul itu.
Tetapi ke manakah arahnya? Tiba-tiba soalan itu menerjahi benak. Dan dia berhenti seketika menyeka pipi. Sambil melangutkan pandangannya mencari kedudukan matahari. Namun langit yang agak mendung dan berkabus itu bagaikan telah menyembunyikan matahari entahkan di mana. Terfikir oleh dia alangkah sia-sianya jika membuta-tuli melangkah begini tanpa arah dan tujuan yang jelas. Tetapi apa? Tanpa matahari sukar bagi dia hendak menentukan di mana arah Barat atau Timur, Utara atau Selatan.
Dia mengeluh dan duduk berteleku di pangkal sebatang pokok. Sekali lagi tergerak hati dia hendak berteriak.
Tetapi untuk apa? Tidakkah itu juga suatu kerja yang sia-sia? Dia kembali berfikir. Berfikir. Berfikir. Dan berfikir. Akhirnya dia nekad. Tubuh kembali dia tegakkan. Kaki kembali dia hayun. Biar apa sekalipun. Akan dia hadapi. Pokoknya dia mesti keluar dari rimba banat ini. Dan tanpa menoleh-noleh lagi, menonong dia mengaturkan langkah menuju ke hadapan. Tanpa menoleh-noleh lagi. Tetapi baru sembilan tapak dia mengaturkan langkah tiba-tiba terdengar sesuatu bergerak di belakangnya. Sepantas kilat dia menghentikan langkah dan menoleh ke belakang. Namun tidak kelihatan apa-apa. Kecuali bongkah tunggul yang jika tidak salah ingatannya telah dia serandungi sebentar tadi. Hatinya mulai dipergoki cemas. Mungkin ini cuma khayalan. Begitu fikir dia dan kembali meneruskan langkahnya. Sambil menelinga seteliti mungkin. Dan jelas di pendengaran dia. Itu bukan cuma khayalan dia. Sesuatu yang bergerak itu kembali terdengar apabila setiap kali dia mengaturkan langkah.
Untuk menduga dan kepastian, dengan sengaja dia semakin mempercepatkan langkah. Dan sesuatu yang bergerak di belakang dia turut kedengaran mempercepatkan gerakan. Lalu sepantas kilat, dia kembali menghentikan langkah dan sepantas kilat juga dia menoleh ke belakang.
Sudah jelas kini. Yang bergerak di belakang dia itu sesungguhnya tidak lain dan tidak bukan adalah bongkah tunggul yang jika tidak salah ingatan telah dia serandungi sebentar tadi. Rasa cemas yang memergoki hati dia sedikit mereda. Dan untuk mengejapkan dugaannya, dia tiba-tiba berlari sekuat-kuat hati susup sasap meredahi pohon-pohon kecil di hadapan dia sambil sesekali menoleh ke belakang. Ternyata bongkah tunggul itu juga ikut meloncat-loncat di belakang dia dan sesekali kelihatan berguling- guling di tanah.
Kini rasa cemas yang memergoki hatinya telah bertukar menjadi rasa lucu. Terpecik akal jahat dia untuk sengaja hendak mempermain-mainkan bongkah tunggul itu. Lalu tatkala bongkah tunggul itu semakin menghampiri dia, segera dia meloncat dan berlindung di sebalik sebatang pohon besar yang paling hampir dengan dia. Dan seperti yang dia duga, bongkah tunggul itu menonong menyerandung banir pohon tersebut. Terpelanting dan kemudian tergeletak di tanah. Dia ketawa terpingkal-pingkal. Bongkah tunggul yang tergeletak di tanah itu kini kelihatan bergolek ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah sedang berusaha untuk kembali menegakkan dirinya.
Setelah ketawa reda, dia kembali mengaturkan langkah menonong lurus menuju ke hadapan. Tanpa menoleh dan mempedulikan bongkah tunggul yang mengekori dia. Hampir satu jam dia melangkah tanpa henti. Seluruh tubuh dia kini sudah pun kuyup dibasahi peluh. Perut dia terasa pedih bukan kepalang kerana masih belum disendati dengan apa pun. Pandangan dia sudah mulai terasa berpinar-pinar.
Tiba-tiba, di hadapan dia kelihatan terbentang sebuah padang. Dan di permukaan padang itu kelihatan berceracak sejumlah bongkahan tunggul. Dia terpinga-pinga untuk seketika. Tanpa suara, dihitungnya tunggul-tunggul yang berceracak itu satu demi satu. Kesemuanya berjumlah 24.
"Nah, bagaimana sekarang? Mahu mempermainkan aku lagi?" Tiba-tiba terdengar suatu suara di belakang dia. Dia lekas-lekas berpaling. Mencari- cari dari arah manakah datangnya suara itu. Tetapi tiada sesiapa kelihatan di belakang dia, kecuali bongkah tunggul yang mengekori dia itu.
"Bagaimana sekarang? Mahu mempermainkan aku lagi? Nah, silakanlah. Tetapi awas. Kau sekarang sedang dikelilingi oleh kerabat-kerabatku."
Dia terkesima. Rupa-rupanya yang bersuara itu adalah bongkah tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu.
"Hei, apa tujuanmu mengekori aku sejak tadi hah?" tanya dia.
"Aku sekadar ingin berkenalan dan bertanyakan khabar," jawab bongkah tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu.
"Khabar? Khabar apa?" tanya dia lagi. Masih tidak mengerti duduk persoalan yang sebenarnya.
"Apa khabar kalian?"
"Kalian?"
"Kalian. Kalian yang bernama manusia. Seperti kau."
"Hei, apa perlu kautahu?" Dia membentak.
"Sekadar untuk melepaskan rindu yang tidak terperikan."
"Rindu?"
"Sudah terlalu lama aku dan kerabat-kerabatku di sini menanggungnya. Sejak sumpahan itu."
"Sumpahan? Siapakah yang telah disumpah?"
"Aku dan kerabat-kerabatku," jelas bongkah tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu.
"Kenapa?"
"Terlalu panjang kisahnya."
"Apa kisahnya?"
"Jadi kau tidak tahu kisah yang sebenarnya?" tanya bongkah tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu.
Dia menggeleng-geleng.
"Kisah ini terjadi kira-kira empat abad yang lalu."
Apa kisahnya?"
"Aku dan sekalian kerabatku di sini dahulunya adalah manusia seperti kau juga. Tetapi kerana keingkaran dan penyelewengan yang kami lakukan maka kami telah disumpah. Disumpah menjadi tunggul di tengah rimba banat ini."
Dia terhenyak duduk.
"Mungkin kaufikir ini hanya kisah dongengan. Tetapi percayalah. Ini bukan dongengan. Aku tidak mendongeng. Atau berdusta. Dan aku mengekori kau sejak tadi pun, selain mahu berkenalan dan bertanya khabar, juga kerana mahu menceritakan kisah ini. Agar dengan begitu dapat kaujadikan teladan. Dan kemudian agar dapat pula kau sebarkan kepada yang lain. Supaya dapat sama-sama dimanfaatkan. Agar yang telah tertimpa ke atas diri aku dan kerabat-kerabatku di sini tidak pula tertimpa ke atas diri kau dan yang lain-lain. Maksud aku, biarlah hanya aku dan kerabat-kerabat aku saja yang disumpah menjadi tunggul."
Kini dia mulai mengerti duduk persoalan yang sebenarnya. Dan berasa menyesal pula kerana telah mempermain-mainkan bongkahan tunggul itu tadi.
"Aku ingin berpesan. Jika diberikan kuasa, usahlah diselewengkan. Jika diberikan harta, usahlah diperkecilkan yang tidak berpunya. Jika diberikan tugas, laksanakanlah dengan jujur serta ikhlas. Kerana sekarang aku sedar. Kerana keingkaran dan penyelewengan kamilah maka bangsa hampir porak dan peranda. Mujur ada tokoh yang bijak menanganinya. Jika tidak kerananya entah bagaimana jadinya nasib bangsa serta negara ini. Dan kerana dosa- dosa yang pernah kami buat, memang sudah sewajarnyalah jika kami telah disumpah menjadi tunggul. Memang kami ini layaknya hanyalah tunggulbelaka. Tunggul yang tidak memberi guna. Tidak memberi guna kepada sesiapa. Apa lagi bagi bangsa dan negara," tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu meneruskan bicara. Dengan suara yang hiba dan bergetar- getar.
Dia mengangguk. Apa yang baru sebentar diceritakan oleh bongkahan tunggul yang mengekori dia sejak tadi itu terasa sangat berbekas di hati dia. Dan pada detik yang sama, kisah bagaimana Melaka telah dialahkan oleh Peringgi itu kembali menerjahi ingatan dia.
"Saudara, kopinya sudah sejuk. Sudah sampai ke mana lamunannya?" terdengar pemilik warung menegur.
Dia tersentak. Pemuda di hadapan dia yang tadinya menghirup kopi yang direnangi lalat itu juga kelihatan ikut tersenyum. Tersenyum seribu erti.
Lekas dia menghirup kopi. Dia tahu dia sudah terlalu lewat masuk ke pejabatnya. Masuk pagi ini sudah empat belas kali dia lewat. Dia tak mahu kalau nanti diri dia akan sama disumpah menjadi tunggul. Disumpah kerana mengkhianati amanah yang telah diserahkan oleh rakyat kepada dia. Amanah yang perlu dia tunaikan seikhlas dan sejujur mungkin. Walau hanya sebagai seorang kerani di sebuah pejabat milik pemerintah. Tetapi itu tetap namanya suatu amanah. Amanah yang perlu dia tunaikan seikhlas dan jujur mungkin.
Dan baru dia sedar kini betapa beratnya memikul sesuatu yang namanya amanah daripada rakyat. Betapa pun pada mula dia anggap kecil!

No comments:
Post a Comment