Oleh Sharol Lail Sujak
DI LORONG selebar lima depa, dengan beralaskan selipar Jepun, Bee Hock bercangkung dengan kedua-dua lututnya hampir mencecah dagu. Tangan kurus berselirat urat-belurat timbul, tergari di hadapan. Di depannya beratur tiga orang yang juga mencangkung dengan tangan juga tergari. Dengan pakaian seragam kain kasa, baju teluk belanga lengan pendek warna putih serta celana biru separas betis melambangkan mereka wajar akur perintah penjaganya.
Pada bahagian dada sebelah kiri baju masing-masing tertera nombor empat angka tulisan hitam sebesar batang pensil, identiti individu penghuni kurungan itu. Mereka semua menghadap pintu kecil pada pintu besar berdinding besi tebal. Pintu kecil itu, pintu kepada pintu besar lorong Bee Hock bercangkung. Pintu kecil itu boleh dilolosi seorang saja dalam satu laluan. Kegunaannya untuk staf atau tahanan keluar-masuk kurungan. Kiri kanan lorong tempat Bee Hock dan tiga orang bercangkung itu, dipagari dinding batu bangunan tiga tingkat yang menempatkan Pejabat Kelola Kurungan itu.
Ada seorang penjaga yang kelihatannya hampir pencen berdiri berhampiran pintu kecil, mungkin penjaga pintu hari itu. Sementara dua langkah di kanan Bee Hock berdiri penjaga bermisai dan berjambang tebal, memakai daster berlilit kemas dengan bahagian bucu hadapannya berlambang logo Jabatan Kurungan. Di pundak bajunya tersusun tiga bintang daripada keluli kilat menunjukkan hierarki yang dipikulnya. Di sisi kiri pinggangnya tersisip pistol. Tangannya yang berbulu lebat bercekak pinggang, sambil mata bundarnya meliar memerhatikan Bee Hock dan tiga tahanan yang mencangkung di hadapannya.
"Mungkin dia penjawat baru." bisik hati Bee Hock yang sebelum ini belum pernah tengok penjawat berbintang tiga itu. Dari arah belakang, kedengaran dua penjaga sedang berborak sakan dengan berselangselikan kekehan-kekehan ringan mereka. Bee Hock tidak pasti apa yang sedang di borakkan mereka. Mungkin mereka berborak mengenai fiil rakan setugas mereka.
Walaupun sendinya lenguh dan perut mual dan loya, Bee Hock cuba berdisiplin dengan menikuskan diri. Jika gerak atau tingkahnya tidak kena, nanti tak tentu fasal habuannya akan hinggap. Dia takut kena sebagaimana tahanan sebiliknya semalam. Oleh kerana tergoyang-goyang ketika berbaris hendak mandi, tiba-tiba saja belantan sampai di peha rakannya itu.
Bandar adalah destinasi lawatan dan pelancongan yang indah dan bersejarah. Setiap hari bandar tidak kering dikunjungi pelancong atau pelawat lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, suasana jadi lebih meriah lagi. Sekiranya melawat bandar, pastinya dengan secara tidak dirancang mereka akan mengunjungi Kurungan Bandar juga. Bukit Peranginan Damai terletak tidak jauh dari Kurungan Bandar, jalan untuk ke Bukit Peranginan Damai, melalui tepi tembok Kurungan Bandar. Tapak Kurungan Bandar pula terletak sebahagiannya di kawasan Saujana Taman Tenteram.
Tasik yang membiru nyaman dengan pesisirnya dicecahi hujung ranting pohon-pohon hijau menjajari jalan mengelilingi tasik menjadi tumpuan pelancong melepaskan lelah. Teduhan pohon hijau menambahkan kedamaian taman itu untuk muda-mudi memadu kasih dan yang berkahwin membaharui kasih. Pusat Antik yang menyimpan cerita lama negeri selalu dikunjungi kanak-kanak sekolah yang membuat kajian sejarah tempatan terletak bersebelahan dengan Kurungan Bandar. Di sebelah timur Saujana Taman Tenteram, bertentangan Kurungan Bandar terpelihara hutan simpan tempat haiwan hutan dipelihara untuk tontonan manusia.
Selalunya apabila terserempak dengan kurungan, setiap pelawat pasti akan terdongak-dongak mengintai kehidupan di dalamnya. Maklum sajalah pelbagai cerita didengar berkenaan kurungan itu. Begitu juga dengan Bee Hock, walaupun biasa dengan bentuk fizikal luaran kurungan itu, tetapi lehernya akan terjulur-julur seperti ibu ayam memerhati gerak helang yang hendak menyambar anaknya, cuba meninjau isi dalamnya. Bee Hock pernah mendengar cerita suasana dalam kurungan itu daripada penjaga yang melanggan sayurnya. Kerap juga Bee Hock nampak kenderaan kurungan membawa tahanan ke rumah sakit atau tempat kerja atau membawa mayat pesalah yang mati dihukum gantung pada paginya ke rumah sakit untuk disimpan dalam bilik mayat.
Bee Hock langsung tidak pernah terfikir dia akan menjadi warga kurungan. Tapi kini takdir menempatkan dia salah seorang penghuninya.
"Inilah yang dikatakan takdir," keluh kecewa Bee Hock kepada isteri yang dikasihinya Mei Ling yang gemuk itu, sebaik saja dia dijatuhi hukuman menjalani kurungan selama setahun oleh Badan Penimbangtara Negara. Dadanya sebak.
"Adinda pun tahu bukan, dalam hal ini abang tidak bersalah. Cuma," suaranya tersekat di situ.
"Kita bersalah kerana kita miskin," sambung Bee Hock dengan perasaan kesal kepada isterinya ketika dalam mahkamah sebelum dibawa ke kurungan.
Sambil merenung anak-anak yang ada dalam dakapan Bee Hock "Kekanda, saya akan teruskan usaha bagi memastikan anak kita tidak akan menjadi orang yang bersalah," tekad Mee Ling dengan suara halus bernada tegas dalam sayu.
Berdentang kunci selak yang sebesar ibu jari menghantuk penghadangnya, setelah ditarik penjaga yang hampir pencen yang berdiri di sebelah pintu kecil itu. Bee Hock terkejut, badannya tertegak, mata terbeliak ke arah bunyi itu dan nafasnya terhenti sebentar. Berdecit-decit bunyi ensel pintu bergeseran ketika pintu kecil itu diselak. Sebaik saja pintu kecil itu ternganga kelihatan pengangkutan yang dindingnya tertulis "Jabatan Kurungan Negara" bersedia menunggu mereka di luar pintu.
"Bangun! Bangun, semua masuk dalam pengangkutan," suara garau dari kerongkong penjaga berperut gendut dengan dua calit keluli kilat di lengan bajunya, tiba-tiba kedengaran di sebelah kanan Bee Hock. Tadi penjaga berperut gendut itu tiada di situ, tapi tiba-tiba saja berada di situ, mungkin penjaga yang berborak di belakang aku tadi, getus hati Bee Hock.
Mereka yang bercangkung semuanya bangun menurut perintah. Bee Hock juga bangun, tetapi terasa badannya melayang-layang hendak tumbang. Pandangannya kabur dan berpinar-pinar, kepalanya berdenyut mencengkam- cengkam begitu menyeksa sekali. Kakinya yang kebas dengan sendinya rasa ngilu sekali, menyebabkan langkahnya terhencut-hencut. Dengan keting dan peha yang kurus itu Bee Hock menahan badannya yang terhoyong hayang dari tumbang. Nasib baiklah badannya kurus, bolehlah digagahi berjalan.
Dalam pengangkutan, Bee Hock duduk di kerusi sebelah kiri paling hadapan. Ketika pengangkutan yang dinaiki itu melalui Jalan Lurus, Bee Hock melemparkan pandangannya sekejap ke kanan, Bangunan Pentadbiran Bandar, Kompleks Pusat Antik, sekejap ke kiri lalu pandangannya ditaburkan ke arah taman yang air tasiknya sejuk menyegarkan mata memandang.
la sungguh rindukan semua pemandangan itu, sehinggakan, seolah-olah ia tidak pernah melihat bangunan dan tempat di kiri kanan jalan itu.
Apabila pengangkutan yang membawa Bee Hock melintasi Pasar Besar Bandar, semena-mena hatinya merudum pilu. Selain kebun sayur dan rumah teduhan keluarganya, di Pasar Besar Bandar itulah usianya selama ini dihabiskan. Di Pasar Besar Bandar itulah juga dia menyambung nyawa anak isterinya.
Seawal ayam jantan pertama berkokok, walau dalam keadaan cuaca apa pun, Bee Hock dengan basikal tua warisan ayahnya yang sarat dengan berbakul- bakul sayur segar pasti menuju ke Pasar Besar Bandar. Kerjaya itu dilakukannya semenjak lebih 30 tahun, diwarisi dari ayahnya. Dia mengambil alih tugas ayahnya ketika baru berusia 15 tahun. Pengambilalihan perniagaan itu berlaku selepas bapanya mati dilanggar lori ikan ketika membawa sayur ke Pasar Besar itu.
Belumpun sempat dia menyusun sayur yang dibawanya di lot atas meja simen, pengunjung pasar telah ramai mengerumuni meja itu. Selain sayur yang dijualnya itu segar bugar, pengunjung Pasar Besar Bandar sangat senang pada Bee Hock kerana dia pandai menghormati pelanggan, dan sikapnya yang pemurah. Biasanya, pelanggan tetap akan mendapat sayur lebih daripada sepatutnya dan harganya pula lebih kurang saja. Oleh itu, selalunya dalam masa dua tiga jam saja sayurnya akan habis dijual.
Anak-anak Bee Hock masih kecil belaka, yang sulung 15 tahun dan yang bongsu enam tahun. Bee Hock berazam meninggalkan kemiskinan yang diwarisinya itu. Bee Hock bekerja keras, kerana ia bertekad tidak mahu anak-anaknya mengikuti nasibnya. Dengan itu, ia berusaha keras mengumpul duit untuk menyekolahkan anak-anaknya supaya mereka semua berjaya dan meninggalkan tradisi kemiskinan yang diwarisinya.
Semasa pengangkutan kurungan melintasi pasar besar itu, dia terbayangkan anaknya yang sulung, "Kasihan Bee Hang, dia terpaksa meneruskan tradisi keluarga menggantikan aku, sebagaimana aku menggantikan bapa aku dulu," bisik hatinya. Dadanya dirasakan sesak mengenangkan nasib anak-anaknya yang mungkin akan meneruskan tradisi kemiskinannya itu. Dadanya sebak sesebaknya, hampir saja air matanya berlinang, tetapi tidak sempat...
"Turun! Turun! Semua ikut saya!" pekik penjaga berpangkat tiga calit yang sedia berada di luar pengangkutan. Akibat pekikan itu, seluruh sebak yang membuak dalam dada Bee Hock berderai luluh. Bee Hock dan rakan tahanan lain menurut saja perintah penjaga itu. Mereka berjalan sebaris seperti itik balik ke reban, ke ruang menunggu mengikuti penjaga yang bercalit tiga dengan diiringi penjaga yang tidak bercalit dan di belakang pula diawasi penjaga yang berbintang tiga di bahunya. Seorang penjaga lagi berjalan laju di hadapan membawa fail yang dikeleknya sejak dari dalam kurungan tadi menuju ke kaunter pendaftaran.
Sampai pada satu ruang dalam blok utama rumah sakit, Bee Hock dan rakan tahanan serta penjaga yang ada tiga bintang itu duduk di kerusi pada barisan hadapan sekali. Di hadapannya terdapat pintu. Ada lapan semuanya. Jam dinding yang tersangkut di atas pintu nombor empat menunjukkan jam 9.00 pagi. Bee Hock memerhati sekeliling. Ramai pelanggan menunggu giliran berjumpa doktor. Bee Hock pasti diantara mereka yang menunggu giliran itu, ada yang pernah membeli sayur daripadanya, tetapi tidak seorang pun cuba hendak menegurnya. Ada yang tersenyum sinis. Ada yang melihat dan mengamatinya seolah-olah memastikan bahawa tahanan kurus yang duduk di kerusi di bahagian hadapan itu ialah si penjual sayur di Pasar Besar Bandar. Apabila mereka dapat kepastian bahawa memang tahanan kurus itu si penjual sayur, mereka buat tidak tahu saja. Bee Hock rasa begitu terhina sekali. lngin saja Bee Hock bertempik di ruang menunggu itu memberi tahu mereka, bahawa dia tidak pernah melakukan kesalahan terutama dalam perkara ini.
Penjaga yang membawa fail tadi telah sampai ke kumpulan Bee Hock, "Bee Hock, kamu masuk dulu nanti, tahu".
"Baik encik," akur Bee Hock sambil mengangguk-anggukkan kepalanya dengan gaya penuh hormat.
Selang beberapa minit kemudian, "Bee Hock, itu nombor giliran kamu. Mari kita masuk ha," kata penjaga tidak berpangkat yang membawa fail menunjuk ke arah nombor giliran elektrik berwarna merah yang tertera di atas pintu bernombor tiga.
Dengan tangan bergari Bee Hock diringi penjaga yang membawa fail menuju ke pintu nombor tiga.
Setiap bulan, Bee Hock memang ke rumah sakit ini untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat penyakit darah tingginya. Boleh dikatakan semua doktor di Jabatan Pesakit Luar rumah sakit itu mengenalinya kerana selalunya apabila Bee Hock datang membuat pemeriksaan, doktor, jururawat dan kakitangan di Jabatan Pesakit Luar itu akan merasa hasil tanamannya. Tetapi tidak semenjak tiga bulan ini, kerana Bee Hock sudah tidak mengambil ubat darah tingginya lagi. Mungkin sebab itulah kepalanya rasa pening dan berat. Pandangannya kadangkala berpinar-pinar, mungkin kerana tekanan darahnya telah naik.
Penjaga yang mengiringi Bee Hock mengetuk pintu bilik nombor tiga. "Silakan masuk," kedengaran suara halus merdu dari dalam bilik nombor tiga menjemput mereka masuk. Sebaik saja Bee Hock melangkah masuk ke dalam bilik itu, jururawat Juliana dan Dr Mirdad yang sememangnya mengenali Bee Hock menjadi tergamam. Mereka tidak percaya yang berdiri di hadapan dengan pakaian seragam kurungan dan bergari pula ialah Bee Hock si penjual sayur yang mereka selalu beli sayurnya. Dr Mirdad menarik nafas panjang dan perlahan-lahan menyandarkan belakangnya di kerusi pusingnya tanpa melepaskan pandangan pada Bee Hock. Dr Mirdad dan jururawat Juliana berpandangan. Bee Hock tercegat berdiri berhampiran pintu yang perlahan- lahan tertutup itu menundukkan muka.
Dr Mirdad dan isterinya Dr Murni memang sangat kenal dengan Bee Hock. Sayuran yang mereka makan semenjak tiga tahun bertugas di rumah sakit itu adalah hasil peluh Bee Hock. Begitu juga jururawat Juliana dan rakan-rakan bujang rumah sewanya, bagi mereka Bee Hock adalah sinonim dengan sayuran.
Dalam keadaan percaya dengan tidak, yang tercegat di hadapan mereka itu ialah Bee Hock. Jururawat Juliana sudah dapat mengagak masalah Bee Hock lalu mempersilakan Bee Hock duduk di kiri meja Dr Mirdad untuk membuat pemeriksaan tekanan darah.
Dr Mirdad tidak berminat untuk memeriksa Bee Hock, dia membiarkan Bee Hock duduk termanggu-manggu. "Bee Hock, macam mana kamu boleh masuk kurungan ni?" perkara itulah yang sangat ingin diketahui Dr Mirdad, matanya tepat memandang ke muka Bee Hock.
Boleh dikatakan lama juga jedanya, barulah Bee Hock bersuara. "Tuan, saya orang miskin. Memang, yang miskin adalah mangsa, walaupun di sisi undang-undang yang dikatakan adil," suaranya lemah dan tersekat-sekat sambil sekali-sekala memandang ke arah penjaga.
Dr Mirdad tidak menyangka jawapan yang begitu berfalsafah keluar dari mulut Bee Hock seorang penjual sayur. Dr Mirdad jadi bingung mendenga jawapan Bee Hock.
"Lebih 30 tahun saya berkebun sayur, dan itulah saja punca pendapatan untuk menyara keluarga saya," Bee Hock tunduk sayu, ia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dr Mirdad membiarkan saja keadaan berlangsung begitu.
"Saya bersyukur, kerana dapat menyara keluarga saya," semangatnya kembali pulih.
"Tapi doktor, semenjak awal tahun ini, apabila hutan di sebelah bukit sana di bersihkan untuk dijadikan padang golf..." Bee Hock diam dan memandang ke arah bucu bilik pemeriksaan itu dan kemudian ke arah penjaga yang tersenyum.
"Apa kena mengena dengan padang golf itu ?" Dr Mirdad mendesak.
"Bila hutan tempat tinggal mereka dibersihkan, babi-babi itu pastinya ketakutan ditambah pula dengan punca rezeki mereka hilang, maka secara alamiahnya babi-babi itu akan lari masuk ke kampung yang berhampiran mencari perlindungan dan rezeki. Doktor tahu tak, selama tiga bulan saya kehilangan pendapatan kerana sayur-sayuran saya habis di sondol babi hutan," semangat Bee Hock pulih, dengan panjang lebar Bee Hock menjelaskan, umpama seorang Profesor Emeratus ilmu Sains Sosial memberikan Syarahan Perdana.
"Ha, apa kena mengenanya antara babi hutan dan kau kena penjara?" Dr Mirdad begitu ingin mengetahui penjelasan selanjutnya.
Sambil kepalanya digeleng-gelengkan.
"Saya tidak faham," jelas Dr Mirdad ikhlas.
"Apakah tindakan tuan, katakan jika sayuran yang tuan tanam untuk menyambung nyawa keluarga tuan di musnahkan oleh babi hutan seperti yang saya alami?" Bee Hock menyoal Dr Mirdad yang sudah tidak menghiraukan penjaga yang berada di sebelahnya.
Dr Mirdad menung sekejap, "Saya bunuh babi itu," terpacul kata-kata itu dari mulut Dr Mirdad.
"Itulah yang saya lakukan doktor. Saya didapati bersalah kerana membunuh hidupan liar. Itulah fakta undang-undang kenapa saya dipenjarakan! Doktor, saya masuk penjara pada hakikatnya sebagai bayaran pampasan ganti rugi kepada babi yang tempat kediaman dan rezekinya yang dirampas oleh pemaju padang golf!," jawapan Bee Hock membuatkan Dr Mirdad melopong.
Dr Mirdad dan jururawat Juliana lopongnya semakin besar.

No comments:
Post a Comment