Oleh S Othman Kelantan
DIA tiba lebih awal dari awal pagi.
Dia pun berasa hairan. Tidak terfikir olehnya. Bagaimana dia boleh tiba lebih awal dari awal pagi?
Alangkah paginya ia. Alangkah!
Akan terbangunkah penghuni gua kerana ketibaannya lebih awal dari awal pagi ini? Janjinya demikianlah. Solat subuhnya di sini dengan doa kerinduan yang sejuk dan halus menajam. Pertemuan awalnya yang lebih terkemudian dengan gadis yang putih melepak, putih sepur, dan lembut seperti pasir pantai itu, demikianlah janjinya.
Datanglah ke rumah ana. Tidak susah mencari rumah ana. Lihat saja pantai yang memanjang dengan tanjungnya yang berkeluk-keluk, waktu ombak mengucupnya bertalu-talu dan menimbulkan muzik hakiki, di situlah rumah ana.Getaran daun dengan muzik anginnya yang menjarum, lemparan jutaan bilion tempias busa ombak dari alun beralun dan dengung ajaib suara yang tidak keruan sepanjang zaman, antara selirat menyelirat gurisan jutaan kaki ketam, di situlah rumah ana. Ia wujud dalam terpegun: merenung rona alamiah zaman berzaman.
Ia sebuah gua yang bukan gua. Dan ia bukan gua yang merupakan sebuah gua. Abang akan mengenalnya sebaik-baik saja abang melihat dan menelitinya. Katanya. Abang harus melalui seluruh denai kehidupan di sepanjang pantai. Di akhir denai kehidupan yang melarik-larik dengan kelonakan pasirnya yang landai itulah tercataknya rumah ana. Datanglah dengan segera sebelum nafas terhembus kali kedua. Datanglah, kata gadis yang lembut seperti dada pantai itu.Dan dia pun menjatuhkan matanya ke atas muka gadis yang tinggi lampai berseluar putih-sepur bersama baju ti- nya yang meredupkan cahaya matahari petang itu. Konsep trendy, menurut zaman, kata gadis gebu seperti pasirpantai itu.
"Nur Diana binti Samani. Boleh panggil apa saja. Nama penuh atau Nur saja"
"Siraj'l-Munir bin Samawi. Panggil saja Munir. Ah, secara kebetulan Nur dan Munir dari akar kata yang sama. Makna carangnya berbeza."
"Yang juga membawa makna fikiran kita mungkin berbeza."
"Ya."
Jauh-jauh dalam ruang dadanya dia berasa ucapan Nur terlalu cepat. Dia agak hairan. Dia berasa aneh. Gadis yang putih dan gebu seperti tepian pantai, seperti taburan pasir halus pantai sepanjang zaman itu, boleh menentukan lebih awal perbezaan fikiran. Mungkin ini benar. Dia segera merenung diri sebagai siraju'l-munir dalam fitrah zauq syi'rinya. Segera dalam batinnya dia menolak perbezaan. Wajah Nur yang lembut seperti busaran awan yang mengapas, dengan pipinya seperti roti nan, dan matanya yang lembut dan menyinarkan kerinduan sepanjang hayat, dan suaranya yang manja seperti hempasan ombak di musim kemarau, dengan gerak lakunya seperti seorang penari istana purbakala, Nur pasti tidak mewujudkan perbezaan. Pasti tidak. Nur juga mewujudkan Munir.
Tanpa perbezaan. Munir dan Nur atau Diana atau Dian itu sinonim. Kedua- duanya hakikat cahaya. Mewujudkan cahaya hakiki. Hakikatnya tanpa berbezaan.
Perkenalan itu mampat seperti mata putih dengan mata hitam. Secara mampat dari batinnya, dia seakan-akan melihat sebuah gua dalam bentuk manusia sepanjang pantai. Apakah isi gua di depannya sekarang?
Dalam waktu yang sama dia menikmati senyum Nur yang membariskan mutiara putih berkilau-kilauan berlalui wajah diri masing-masing. Keanehan dalam perkenalan itu, Nur sangat dan cepat amat mesra. Dan aksara kemesraan itulah dia menapak mencari Nur. Dia belum menemui Nur badani. Belum melihat Nur sekali lagi. Dia hanya menemui tubir pantai yang memanjang. Apakah Nur itu sebuah pantai yang memanjang dalam lekuk-lekuk tanjung yang berteluk-teluk?
Nurkah yang sedang dia jalani sekarang?
Munir menapak dengan sebongkah debaran dalam rongga dadanya. Matanya segera jatuh ke atas dua buah bukit kecil yang seakan-akan terbelah. Dia cuba memanjatnya. Bergantung kepada dua bukit kecil yang lembut dengan rumput halus kemerah-merahan. Kemuncaknya yang seolah-olah ditatah dengan dua permata seakan-akan batu hitam itu amat menakjubkan. Dia lama bertenggek dan bergantung di situ. Jari-jemarinya mengepai-ngepal kemuncak permata yang indah itu.
Tiba-tiba matanya segera terbang ke sepanjang pantai landai itu. Dia seakan-akan ternampak sebuah kerangka gua. Dia segera menuruni dua bukit berpermata hitam. Dan berlari sepantas-pantasnya sehingga santak ke sebuah gua.
"Inilah lokasi Nur itu." Bisiknya dengan gembira.
Dia segera merapati muka gua itu. Bentuknya kecil dan seakan-akan bulat. Alunan ombak dari alun luatan mengempas dipermukaan gua yang mengadap ke laut luas. Ia menjadi hempasan ombak rindu daripada lautan cinta seluruh makhluk. Pintu gua yang kecil, yang seakan-akan tertutup mengadap ke laut itu merupakan ciptaan Allah yanbg aneh dan mempesonakan. Ada aksara kerinduan insan terlukis di situ. Di atas pintu gua seakan-akan terhias dengan rumput-rampai yang seolah-olah sudah dipangkas. Sekilas lalu dia melihat seperti dipongkas dengan gunting.
Atau dipangkas dengan sabit kecil yang amat tajam. Hutan kecil dengan rumput rampai yang terpangkas itu menambahkan indah bentuk dan permukaan gua itu. Ya Tuhan! Alangkah indahnya gua ini. Alangkah ajaibnya kejadian gua ini. Betapakah gua ini tidak dirindui oleh seluruh insan kerana keindahan yang ajaib ini? Terlukis percintaan dan kerinduan Adam-Hawa dalam aksara yang tidak terlukiskan oleh indera insan. Alangkah terpesonanya dia. Alangkah!
"Nur!"
Dia melaung dalam dadanya Tiba-tiba dia seperti atau seakan-akan melihat gua di Bukit al-Arqam, Gua Ashabul-Kahfi. Bukit al-Arqamkah itu yang menumbuhkan rumput rampai yang terpangkas? Masih adakah ketujuh-tujuh orang pemuda yang beriman dalam gua yang mukanya mengadap ke laut itu? Apakah masih ada anjing yang bernama Qitmir di pintu gua Bukit al-Arqam itu?Dia tidak melihatnya. Tidak mendengar salakannya. Tapi dapat melihat kewujudannya di dalam rongga batinnya. Ya Tuhan!
Dengan penglihatan seribu ajaib, dia seakan-akan melihat Nur. Nurkah yang bercahaya-cahaya di permukaan gua itu? Nurkah itu?
Dia terpegun. Cintanya berlambak-lambak jatuh di situ. Cintanya kian mendalam. Dia sedang mencari Nur di muka gua ajaib setelah turun daripada dua bukit kecil dengan kemuncak permata hitam yang amat indah itu. Dia seakan-akan melihat seorang insan berdiri di muka gua.
Dan benar. Pemuda itu wujud dalam kecintaannya terhadap Nur yang sedang meluap-luap. Pemuda itu berdiri di tengah Nur. Atau di sisi Nur? Mukanya bercahaya-cahaya. Wajah iman sepanjang zaman. Alun dan ombak rindu terus mengempas di muka gua. Gua kecintaan insan sepanjang abad.
"Akulah Tamlikha."
Suara itu mengapung dalam udara sepanjang pantai zaman berzaman. Tertusuk ke dalam dada hatinya. Betapakah indahnya suara iman pemuda itu. Alangkah besarnya rindu pemuda gua itu terhadap Khaliqnya. Alangkah agungnya percintaan antara makhluk dengan Khaliknya. Alangkah!
"Aku Maksalmina."
Seorang pemuda lagi berdiri di sisi Tamlikha. Wajah tawadhu' yang melukiskan hiasan iman dan tawakal kepada Allah.
"Aku ini Martunis."
Pemuda ketiga berdiri di tengah-tengah. Wajahnya meredupkan kebongkakan manusia. Senyumnya meredupkan cahaya matahari.
"Akulah Nainunis itu."
Seorang lagi, pemuda keempat, menempatkan dirinya di sebelah Maksalmina. Wajahnya ceria seperti bulan penuh.
"Aku pula Sariburis."
Mampir ke sisi Nainunis. Memeluk rakannya seperti menyatukan iman mereka bersama. Senyumnya jatuh di sepanjang pantai dan menghidupkan alun ombak bersama ketam dan ikannya. Alangkah ajaibnya. Alangkah!
"Aku Zunawanis."
Berdiri tegak di sebelah Nainunis. Memeluk pinggang Saribunis. Tersenyum memanjang. Gambaran ketenangan sepanjang hayat.
"Dan aku pula Falyastatyunis. Namaku panjang sedikit," Pemuda itu hampir ke sisi Martinus. Tangan kananya memegang pinggang Tamlikha, dan tangan kirinya memegang Martinus. "Kami tujuh orang pemuda, daripada golongan bangsawan, menentang kekafiran Raja Tragan (98-117). Raja Tragan pemuja berhala, dan semua rakyat memberhalakannya."
"Dengan takdir Tuhan, kami bersatu menentang kezaliman berhala. Menentang pemujaan kepada manusia. Allah telah menyimpan kami di Bukit al- Arqam dalam gua ini, selama tiga ratus tahun. Dan kami dibangunkan setelah beberapa generasi, dalam zaman Raja Theodoseus (408-450)."
Dia seakan-akan mendengar Tamlikha yang berkata-kata itu.
"Itulah cahaya yang meliputi. Bukahkah Allah itu cahaya langit dan bumi?"
Ya Tuhan! Kamulah pemuda gua itu. Kamulah yang aku hafal namanya penghuni gua yang disebut Ashabu'l-Kahfi itu. Kamulah itu yang wujud dalam al-Quran. Kamulah yang wujud di Bukit al-Arqam itu. Kamulah cahaya itu.
Cahaya sinonim iman. Kamu wali yang tujuh itulah cahaya. Selepas kamu pula adalah para-ulama. Itulah cahaya yang meliputi insan. Alangkah ajaibnya pertemuanku Ya Tuhan. Alangkah indah penemuan ini. Alangkah bermaknanya penemuan teragung awal abad ke 21 ini. Alangkah!Apakah Nur yang aku cari itu merupakan sitesis iman dari semua pemuda wali yang tujuh ini? Kaukah Nur yang berdiri dalam tujuh badan pemuda Penghuni Gua itu? Kaukah itu Nur, sayangku? Atau kaukah Nur yang mewujudkan tujuh pemuda Ashabul-Kahfi itu?
"Kaukah itu, Sirajul-Munir?"
Ya Tuhan! Suara Nurlah itu. Di manakah kau Nur? Apakah kau berada dalam kewujudan tujuh wali Ashabul-Kahfi itu? Atau kau berada dalam rongga dadaku, Nur?
Dia tidak cerat wajah Nur dalam kesepaduan cahaya tujuh wali Ashabul- Kahfi itu. Tetapi dia dapat melihat dengan jelas Nur yang terpancar menembusi dinding dadanya yang mendetakkan debaran cinta dan rindu sebesar gunung.
"Mampirlah ke sisiku, Sirajul-Munir!"
Dia terpaku. Memang benar, itulah suara Nur yang ditemuinya bertahun- tahun yang lalu. Suaranya mersik seperti muzik daunan ketika angin kencang. Menggeletak ke dalam jiwa. Muzik suaranya menumbuhkan kecintaan dan kerinduan sepanjang hayat.
"Di manakah kau, Nur?"
"Di sini!"
"Di manakah yang di sini itu, Nur?"
"Di sisi kau, Sirajul-Munir."
Dia meraba dadanya. Hanya baju tebalnya yang dapat dirasakannya.
"Aku di sini, Di sisi kau. Rasailah aku, Sirajul-Munir."
"Aku melihat cahaya itu, Nur. Bagaimanakah aku akan merasaimu, Nur, dalam kesepaduan cahaya yang meliputi seluruh gua dan disepanjang dada pantai yang landai dan lembut dan indah dan mencarikkan fikiranku akan kejadiannya ini? Bagaimanakah akan aku rasai dan gambarkan ini, Nur? Bagaimanakah?
"Inderamu tidak berguna untuk merasai dan menikmati cahaya ini, Siraju'l-Munir."
"Dengan apakah yang akan dapat kurasakan cahaya ini, wahai Nur kekasihku?"
"Kau dapat merasakannya dengan zauq syi'ri kebatinan tulen. Indera dalaman dalam fitrah yang disebut dhamir. Itulah pancaran cahaya Allah yang disebut fitrah Allah dalam diri manusia. Kau dapat merasakannya dengan zauq itu, bukan dengan indera badani yang rendah ini."
"Pimpinlah aku, Nur. Bimbinglah aku, Nur kekasihku."
Dhamir itulah yang berdaya memimpin dan membimbing kau, Siraju'l-Munir, Dhamir itulah yang menumbuhkan zauq syi'ri, dan membimbing kau menjadi seorang yang insan kamil. Kau capailah itu, kekasihku Siraju'l-Munir."
Tiba-tiba dia dapat merasakan dalam ruang batinnya, nyala cahaya dari Nur dan Dian, kesepaduan cahaya sejuta cinta dan sejuta rindu.
Cinta itu abadi dalam cahaya meliputi dari Gua Ashabu'l-Kahfi yang wujud di situ. Nur dari Dian menjadi lambang cahaya percintaan abadi dalam dirinya. Terus menyala menghidupkan gunung iman dalam dadanya. Sepanjang hayat.
Nur Diana=Dian, cahaya kerinduan tumbuh abadi dalam dirinya di sepanjang pantai yang landai di antara dua buah bukit rindu dan sebuah gua ajaib lukisan Ashabu'l-Kahfi di Bukit Al-Arqam. Ya Tuhan.
Aku telah menemuinya! Alangkah bahagianya, Alangkah!
Subhanaullah!

No comments:
Post a Comment