Oleh Mohd Johari Ab Hamid
BILA masuk saja ke dalam studio tidak ada apa yang menarik lagi. Semuanya seperti kosong dan sepi. Keadaan gelap, kotor, berhabuk dan terbiar tanpa diurus. Beberapa buah kanvas separuh siap atau yang masih kosong berselerak di atas lantai. Bersepah. Ruang studio berukuran dua puluh kaki kali dua puluh kaki persegi yang dulunya cukup terurus kini terbiar sepi. Jarang sekali jendela studio itu terbuka seperti sebelumnya. Atau membiarkan saja udara segar masuk setiap pagi, tidak berlaku lagi.
Dulu, dia seorang pelukis dan penulis yang cukup prolifik. Dia cukup bertenaga dan rajin berkarya. Terlalu banyak idea yang bakal tersimbah di atas kanvas-kanvas kosongnya. Ada saja falsafah, gagasan dan buah fikiran yang bakal tercerna di ruangan forum atau ruang-ruang kosong kanvasnya. Dia kerap mengadakan pameran solo dan bersama rakan-rakan pelukis lain. Bersamasama sahabat seni yang lain, mereka berazam mahu memperjuang dan memartabatkan seni tanah air. Itulah matlamat dan hala tuju selepas pulang ke tanah air setelah agak lama berada di luar negara.
Kini, dia masih merenung dirinya yang terasa kosong. Seperti kosongnya dada kanvas sejak beberapa lama dulu. Entah kenapa pada saat usianya berbaki dan lewat tujuh puluhan itu, maka keazaman untuk memartabatkan seni tanah air belum termampu dilakukan. Sepanjang itu dia dan temanteman pelukis sibuk berkarya untuk diri sendiri. Namun gagasan dan citacita itu dilaungkan. Berulang kali. Seolah-olah itulah perjuangan sebenar mereka yang bergelar pelukis. Kononnya demi agama, bangsa dan negara. Maka pertauliahan dia sebagai profesor pun atas nama perjuangan peribadi juga. Apakah bezanya dia dengan perjuangan orang politik? Yang bijak menabur dan menggulagulakan rakyat dengan janji-janji manis?
Setelah lama dia bersumpah untuk mogok berkarya dua puluh tahun lalu, terdetik hatinya untuk memasuki semula studio yang telah lama ditinggal sepi itu. Ingin berkarya semula. Dia mencapai bekas warna yang kusam dan mulai berhabuk itu. Dikibas-kibasnya debu itu dengan tangannya. Kemudian dia menghembus-hembus. Berterbanganlah debu-debu halus itu diiringi pula batukbatuk kecil yang terhabur keluar dari kerongkongnya itu. Sesekali tangan kanannya mengipas debu yang berterbangan itu.
Hatinya seperti terpanggil-panggil semula untuk menyambung tugas pengkaryaan itu. Mahu menyebarkan semula idea, ideologi dan sumber inspirasi dalam dunia pengkaryaan itu. Entah beberapa kali timbul pertanyaan, perlukah dia meneruskan kesinambungan perjuangan pelukis seperti zaman silam itu? Jika dulu, dadanya seperti terpahat kukuh untuk meneruskan kesinambungan itu. Dengan beberapa orang teman mereka menubuhkan persatuan pelukis. Bergerak aktif mencari ruang pameran untuk menonjolkan nama masing-masing. Atas nama persatuan itu juga mereka berjaya mengelilingi dunia sambil berkarya. Atas nama perjuangan seni tanah air, karyakarya seni yang berharga ribuan ringgit itu terjual. Dan menjadi koleksi jutawan, bank dan sebagainya. Tapi, untuk rakyat-rakyat bawah yang tidak berkemampuan bolehlah sekadar membeli buku katalog atau menggigit jari.
Kesedaran dan keinsafan itu mula menjelma ketika dia berada di bawah. Ketika berada di puncak dia lupa segala-galanya. Ketika namanya disanjung, dia lupa segala-galanya. Aku pelukis palsu?
Dia gagahi juga secara paksa untuk menyiapkan sebuah catan itu. Tapi dada kanvas itu masih lagi kosong. Dari semalam dia asyik memandang kosong pada kanvas itu. Menurut pelukis terhebat dunia, Michelangelo, hanya pelukis yang bijak dapat mengeluarkan imej dari catannya. Fikirannya kembali menerawang. Mencari-cari imej dari dalam kanvas kosong itu. Warna- warna pekat pada pelet yang telah mulai keras dan terbiar, ditekan-tekan dengan ibu jarinya. Warna merah pekat kehitaman itu direnungnya lagi. Tajam. Dan telah beberapa kali warna itu disapunya di atas kertas lakaran, sebelum dipindahkan di atas kanvas.
Namun, adunan warna itu seperti darah dan mulai mengalir. Cukup memberikan kesan langsung dalam dirinya. Terasa pedih yang amat sangat. Dia mencuba memicit tiub warna merah itu lagi. Perlahanlahan warna itu dicampur dengan warna kuning. Ada sedikit merah dan kekuning-kuningan. Dia mencampur sedikit air. Kemudian diigaulnya beberapa kali, tapi kurang sebati. Warna itu seperti warna darah yang mengalir. Persis darah yang mengalir dari kaki seorang kanak-kanak perempuan yang terputus dua akibat kekejaman Yahudi di Semenanjung Gaza dulu.
Dia seperti merasai sendiri penderitaan itu. Apatah lagi pengalaman ngeri seperti itu bukan asing baginya. Dia pernah bersama-sama dengan sukarelawan lain turut membantu dengan apa yang terdaya. Adakah bantuan kemanusiaan itu dilakukan secara ikhlas atau sekadar mencari populariti? Hatinya berdetik. Waktu itu, popularitinya suram. Selepas kembali dari Gaza, nama dan karyanya melonjak tinggi. Dia popular dan kaya raya semula.
Isu kemanusiaan itu dimainkan sehingga popularitinya mengalahkan bintang ternama.
Idea itu juga yang mahu dipaparkan pada kanvas kali ini. Iaitu penderitaan manusia. Penderitaan manusia disebabkan perbuatan manusia gila. Gila kepada kuasa. Gila manusia kerana egonya. Manusia gila berperang. Kerana peperangan itu memberikan penderitaan sesama manusia. Manusia memang suka berperang. Tidak kira apa bentuk peperangan pun. Berperang untuk membina satu tamadun baru.
Dia menconteng dan menekannekan berus yang telah berwarna merah itu pada kanvas. Beberapa imej mulai terjelma. Amat perlahan sekali. Beberapa keping kanvas lain yang tersandar di dinding seperti terpaku melihat imej yang terjelma itu. Warnawarna akrilik bertampukan di merata kanvas itu. Tumpuan dan perhatiannya terhadap idea yang telah lama terbuku dalam benaknya itu, tiba-tiba saja menjelma. Tetapi, amat perlahan dan perlahan.
Sebelum matanya ditutup rapat, dia ingin meninggalkan satu tanda abadi. Dia mahu dikenali sebagai pelukis sejati. Pelukis yang ada jati diri. Pelukis yang berjuang untuk agama, bangsa dan negaranya secara jujur dan seikhlas mungkin. Tidak lagi seperti sebelum ini yang perjuangannya hanya untuk dirinya, kelompok rakanrakan dan kroninya saja.
Apakah yang disumbangkan selama dia menjadi pelukis? Selain tugas-tugas di universiti yang terpaksa dipikulnya tanpa rasa bersalah. Yang dia juga ada kepentingan menggunakan nama institusi itu untuk dirinya? Memohon jawatan kanan, Profesor Madya dan seterusnya profesor yang kononnya dia banyak memberikan jasa pada universiti.
Hampir dua puluh tahun dia menyepi, sekalisekala saja dia hadir apabila dijemput. Sama ada sebagai penceramah atau pembentang kertas kerja. Lebih banyak dia hadir sebagai peserta.
Wajarkah dia terus menerus menconteng tanpa bahasa itu pada sepanjang masa. Fikirannya membukam perasaan. Adakah orang sepertinya tidak menyumbangkan apaapa? Atau mereka adalah pelukispelukis palsu yang perjuangan mereka tidak memberikan apaapa makna pada agama, bangsa dan negara?
"Prof seorang pelukis dan Prof juga seorang penulis dan pengkritik seni tidak asing lagi di negara kita. Dan kata-kata yang pernah Prof ucapkan ialah dalam dunia seni kita, ramai pelukis palsu? Ia menjadi satu isu yang hangat sekarang?"
"Tepat sekali." Dia yakin. Yakin dengan idea barunya yang bukan baru.
"Tapi, Prof tidak memberikan bukti. Andaian itu memakan diri, Prof ramai pelukis terasa hati. Seolah-olah apa yang mereka buat sekarang siasia dan semuanya dianggap palsu? Tidak menyumbang apaapa kepada agama, bangsa dan negara. Hanya mementingkan karya itu laku dan wang masuk kocek sendiri."
"Betul tu." dia menelan kata-kata itu lagi.
Siapa yang makan cili, dia terasa pedas. Hatinya berdetik.
"Prof tidak menjawab soalan saya, tadi?" Ulang penulis muda itu lagi.
"Seni itu satu bentuk kepalsuan. Kepalsuan yang dihalalkan.
Malah ungkapan seni itu satu bentuk peniruan telah diterima oleh semua orang sejak ribuan tahun lagi. Katakata ahli falsafah klasik, Socrates dan seterusnya Plato dan Aristotle menjadi rujukan semua orang. Tidakkah itu pun palsu?"
"Maksud, Prof?"
"Seni itu pada dasarnya adalah satu kepalsuan. Peniruan kepada bendabenda yang wujud. Melukis semula. Kemudian mengolah semula tanpa ada rasa tanggungjawab kepada pencipta. Kalau karya abstrak, entah apaapa yang diabstrakkan. Cedok dari Barat bulatbulat dan menilaikannya sebagai karya tempatan yang ada nilai estetikanya."
Penulis muda yang menulis dan mencatat tadi, berhenti dan memandang tepat ke wajahnya.
"Cuba awak senaraikan apakah sumbangan pelukis kita terhadap agama, bangsa dan negaranya?" Belum terfikir penulis muda itu akan persoalan tadi, dia diasak dengan soalan-soalan seterusnya.
"Senaraikan pada saya berapa orang pelukis yang benar-benar asli dan mempunyai jatidiri yang kuat, hebat dan boleh dibanggakan."
"Prof sendiri...?" dia ketawa sekuat-kuatnya.
Penulis muda di depannya itu tidak puas hati. Tentu ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Profesor itu. Pasti ada falsafah yang tersembunyi di sebalik ungkapan yang dianggap cukup bermakna itu. Kenapa dia mengeluarkan kenyataan itu? Adakah dia sendiri termakan cili yang dipegangnya?
"Dalam kehidupan manusia termasuk pelukis telah ada satu struktur perjalanan hidup yang bermula dengan permulaan, bergerak ke pertengahan dan seterusnya menuju keakhiran iaitu kemusnahan." Profesor itu cuba merungkaikan kenyataannya setelah dia diasak menjelaskan apa itu kepalsuan dalam dunia lukisan.
"Perjalanan hidup pelukis memang begitu. Tapi, di negara kita perkembangan seni terlalu muda. Kehidupan pelukis masih berada pada peringkat awal. Pada peringkat permulaan. Tetapi, di Barat dan di Eropah telah mengalami perubahan-perubahan itu."
"Berlaku kelahiran semula?" Penulis muda itu bertanya.
Dia terdiam sambil merenung.
"Apa kaitan dengan konsep peniruan tadi, Prof?"
"Sepanjang kehidupan itu, manusia amat memerlukan seni. Seni dapat `melembutkan' jiwa dan perasaan manusia. Jika manusia yang dan jiwa seni, tidak akan melakukan keganasan dan kerosakan."
"Tapi, manusia juga yang memusnahkan seni. Tidakkah kenyataan Prof ini boleh memusnahkan orang seni?"
"Orang seni memang sensitif. Hanya mahu dipuji, disanjung, dipuja dan dihargai sepanjang hidup mereka? Melenting dan mengamuk bila dikritik sedikit? Lagi palsulah mereka." Dia ketawa terbahak-bahak lagi. Penulis muda yang mencatat temubual tadi pun turut ketawa. Setuju juga dengan sindiran itu.
"Manusia yang tidak ada seni saja yang memusnahkan manusia." Dia menyambung selepas beberapa ketika berhenti ketawa.
Rakaman temubual dengan penulis muda yang berlaku lebih dua puluh tahun tiba-tiba menjelma dan segar kembali dalam ingatannya. Kini penulis muda itu tidak lagi muda. Khabarnya aktif menulis dan menghasilkan beberapa buah buku seni.
Dia melihat kembali kanvas di hadapannya. Ada sedikit-sedikit imej. Kabur dan seperti tidak bermaya. Kemudian dia berpaling pada kanvas yang tergantung di hujung studionya.
Entah telah berapa lama tidak disentuhnya lagi. Sentuhan dan palitan warnanya pada catan itu tetap rapi dan ada gaya impressionis.
Bentuk dan isinya tidak lagi penuh bermakna seperti dulu. Yang tersirat dan tersurat terungkai lemah.
Tiba-tiba fikirannya melayang pada sebuah karya kubisme yang tergantung di sebuah galeri di Paris. Pandangan dan lontaran ideanya tidak sama dengan rakanrakannya seperti Denniger, Wylie Sypher dan Webber yang pernah berpameran dengannya dulu. Mereka pernah berdebat setelah mengkaji karyakarya Rocoo To Cubism In Art and Literature yang menekankan bahawa fiksyen karya Andre' Gide adalah "Cubist" dalam penggayaannya. Ataupun merenungkan istilah Baroque atau Impressionistic ialah menjadi metafora pemikirannya yang amat kritikal. Tetapi, sarat dengan persoalan kemanusiaan sejagat.
Aku pelukis palsu?
Mencari jati diri tidak perlu berkiblatkan Barat atau Eropah. Barat dan Eropah telah hilang harga diri. Barat dan Eropah telah hilang keperikemanusiaannya. Dia yang pernah menerima pendidikan di Barat dan Eropah mengalami sendiri situasi itu. Hilang harga diri dan tenggelam dengan keegoan sendiri.
Dia cuba hendak mencalit ideaidea itu pada kanvas kosong itu. Tapi tidak terdaya.Imej dan warna-warna sekunder yang telah sebati yang dicampur itu seperti tidak mahu menyinar lagi. Imej itu tidak lagi menjelma. Apa yang dilihatnya seperti satu wajah misteri dan kusam. Katakata dan sindiran Profesor Dr Brian Ellison, rakannya dari de Montfort University itu tibatiba terngiang-ngiang.
"Jika terlalu banyak warna yang dicampurkan pada imej, lama kelamaan imejimej itu akan `mati." Kini, dirinya seperti imej itu, kusam, tidak bertenaga dan `mati.' Dia menyandar lesu di dinding studionya. Batuk-batuk kecil yang kedengaran tadi semakin kuat. Semakin lama, batuk-batuk itu menjadi semakin galak dan berwarna merah seperti darah kanak-kanak perempuan tadi. Aku pelukis palsu?
Info
MOHD Johari Ab Hamid berasal dari Kampung Simpang Tiga Pasir, Merbok, Kedah. Meminati dunia seni kreatif seperti lukisan, sajak, cerpen, novel dan teater.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah PhD (Seni Halus), dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Menulis sajak, cerpen dan novel.
Menggunakan nama samaran Mohadry AH. Aktif membentang kertas kerja, penyelidikan dan menulis artikel berkaitan seni dan budaya. Turut menulis beberapa buku ilmiah dan antaranya ialah Falsafah Dan Kritikan Seni, Asas Seni Visual, Metodologi Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Seni Visual dan Muzik, Apresiasi dan Kritikan Seni. Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI, Tanjung Malim, Perak.

No comments:
Post a Comment