Oleh Taufiq Firdausi
BENAR-BENAR dia berasa terbeban. Nasib sekujur jasad amat memerlukan kekuatan yang ada padanya. Dia kini tersepit di antara azab dan kekentalan semangat. Jasad yang disaluti daging dan jutaan sel lain itu tidak lagi setenang dulu. Layu melihat diri, sama ada pantas lagi untuk bernyawa esok hari atau maut akan menjemput bila-bila saja.
Tidak ada lagi yang mampu membahagiakan emosinya. Jika ada pun sesiapa yang memainkan lagi ciptaan pemuzik terkenal, tidak mungkin dia tergoda mendengarnya. Mainkan saja lagu ciptaan Beethoven, Mozart atau lagu kontemporari ciptaan M Nasir, dia tidak punya waktu untuk memikirkan soal seni.
Dia kini berdepan dengan satu tanggungjawab yang amat besar. Satu peperangan!
"Aku takkan menyerah kalah selagi kudrat ini masih mampu bertarung!" Getus nalurinya.
Benar, ini pertarungan maruah untuk keturunannya. Dia diamanahkan untuk menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. Dirinya sama seperti robot, komputer atau apa saja ciptaan yang diarah untuk memperhambakan diri pada tuannya walaupun jelas, tuannya itu manusia yang salah dan berdosa. Dia rela mengorbankan segalagalanya demi sekujur jasad. Dia tidak akan berganjak daripada pendirian itu, berjuang sehingga jantung berdenyut untuk kali yang terakhir. Dia bertekad demikian.
Suasana menjadi celaru bila tiba-tiba saja sejenis bahan asing masuk ke dalam ruang kehidupan mereka. Si laknat itu memporak-perondakan segala sistem di dalam tubuh seorang insan. Mengganggu sistem saraf dan immuniti. Dan tugasnya sebagai seorang jeneral pun bermula.
Siren dibunyikan. Semboyan perang ditiup. Itu semua atas arahannya. Dia berkewajipan mengisytiharkan perang besar-besaran ke atas makhluk halus yang kejam itu. Jika tidak, masa depan dirinya dan seluruh keturunannya pasti terancam. Ini satu peperangan untuk survival manusia pada abad. Ia lebih hebat daripada perang dunia.
Dia harus bijak merancang taktik perang. Dia mesti lebih hebat daripada makhluk halus itu. Lawannya kini bukan calang-calang makhluk. Makhluk yang dilengkapi dengan budaya ilmu canggih, alat perang terkini dan strategi perang yang cukup berseni.
Jeneral T4 Limfosit memanggil semua panglima perangnya untuk memaklumkan perkembangan terkini. Semua panglima kanannya yang terdiri daripada askar yang gagah dan terpilih itu kelihatan murung dan membisu. Mereka sama-sama memikul satu tekanan emosi yang amat payah. Persidangan di dalam majlis CD4 AR tidak mampu untuk menelurkan banyak strategi baru.
Peperangan semakin hebat dan kian berlarutan. Panglima-panglima kanannya bagaikan gadis sunti yang amat pemalu untuk mengangkat muka. Wajah Jeneral T4 Limfosit terjeruk serius. Dia perlu meniup semangat waja kepada panglima kanannya, malah kepada seluruh bala tenteranya.
"Apapun yang berlaku, kita mesti berjuang. Kita mesti mempertahankan tanah air kita, daerah kita. Ini amanah kita daripada Allah!" Tegas Jeneral T4 Limfosit. Raut wajahnya agak cengkung kerana sejak kebelakangan ini, dia sukar sekali mahu berehat, malah untuk melelapkan mata pun sukar.
Bagaimana hatinya boleh tenteram jika saban hari menyaksikan semakin banyak kemusnahan berlaku di depan matanya. Tentera yang sakit, mayat bergelimpangan, kubu yang ranap dan benteng pertahanan yang kian lemah. Fikirannya kian buntu, dan semakin sukar untuk mencari idea baru.
Bukan dia seorang saja mengalami dilema. Panglima kanannya yang lain pun begitu. Jeneral B Limfosit pun serupa. Begitu juga Laksamana Udara C Monosit. Begitu juga Laksamana Laut Tisu Makrophage. Tiga wajah di hadapannya itu amat sugul. Mungkin kerana memikirkan mereka itu panglima besar, mereka malu untuk menangis macam anak kecil.
"Saya tidak tahu bagaimana harus kita tangkis bencana ini tuan. Saya tidak ada strategi lagi," keluh Jeneral B Limfosit. Riak-riak kekalahan sudah semakin jelas di wajahnya. Jeneral B Limfosit kini pesimis untuk meneruskan perjuangan.
"Keupayaan kita kian lemah tuan, tentera kita tidak punya keyakinan untuk berperang lagi," ujar Laksamana Udara C Monosit dalam nafas yang tersekat-sekat. Biji mata Laksamana Udara itu merah macam biji saga. Sudah tiga malam dia tidak tidur. Pangkalan udara di bahagian sitoplasma sel sudah banyak yang dibom dan diambil-alih musuh.
Hebat sungguh serangan pihak musuh. Satu demi satu kubu jatuh dan ditawan. Virus HIV menternak berjuta-juta askar baru. Kuat, bersemangat untuk menguasai seluruh sel. Dibawanya viral RNA untuk ditukar dengan viral DNA melalui bantuan logistik dari kilang enzim Reverse Transcriptase.
"Kita menyerah saja tuan. Kekuatan mereka terlalu besar berbanding dengan kita," simpul Laksamana Laut Tisu Makrophage. Nyata sekali semangat juangnya sudah tidak terpimpin lagi.
"Aku kecewa dengan pendirian kamu semua! Kita tidak boleh kalah. Kita masih bertahan! Apa kamu semua sudah lupa kewajipan kamu di dalam majlis CD4 AR? Aju Jeneral T4 Limfosit. Dia amat terperanjat dengan maklum balas daripada jeneral bertiga itu.
Hakikatnya nyata, Jeneral tertinggi T4 Limfosit tidak mahu menerima hakikat. Wajah kekalahan sudah kian dekat, malah di ambang pintu. Luar biasa sungguh kehebatan tentera virus HIV. Rasanya mereka banyak mempelajari strategi purba Cina dalam seni perang.
Tentu sekali panglima besar HIV sudah membaca buku Lure The Ti- ger Out of The Mountains yang ditulis oleh Gao Yuan. Tidak hairanlah mereka pantas sekali menguasai kehebatan otak manusia yang dianggap begitu bertamadun tetapi mampu ditundukkan oleh makhluk seni seperti HIV.
"Kita tidak mampu bertahan lagi tuan. Kita tidak perlu mempertahankan diri lagi kerana pengabdian yang membuta-tuli kepada manusia," protes Laksamana Laut Tisu Makrophage. Kini dia adalah orang yang paling lantang menyanggah arahan pegawai atasan.
"Apa kamu bukan manusia?" Tanya Jeneral T4 Limfosit keras.
"Saya cuma sel halus, bukan manusia!" Tegas Laksamana Laut Tisu Makrophage.
"Bukankah jasad manusia itu hasil daripada jutaan sel yang membentuk organ, saraf dan bendalir? Apa kamu enggan menerima hakikat itu?" Jeneral T4 Limfosit semakin meninggikan suaranya. Ya, pendiriannya benar. Manusia wujud kerana terbentuknya sel akibat percantuman sperma dan telur ovum manusia. Ketiga-tiga jeneral yang hampir-hampir tidak punya semangat itu diam terpaku. Jeneral T4 Limfosit bangun dan berjalan perlahan ke arah jendela. Dia memalingkan wajahnya ke luar.
"Apa kamu semua tidak mahu menerima hakikat yang kita ini sebahagian daripada manusia itu?" Ulanginya lagi.
"Tetapi manusia yang menganiaya kita. Mereka mengundang kehadiran pembunuh itu ke dalam kehidupan kita. Mereka melakukan maksiat, menagih dadah dan bebannya, kita yang tanggung, ini tidak adil sama sekali!" Bentak Laksamana Laut Tisu Makrophage.
"Kau mesti ingat satu amanah penting. Tugas kita hanyalah untuk melindungi manusia. Soal menjalankan hukuman ke atas manusia bukan tugas kita. Itu tugas malaikat."
"Tidak perlu kita bertengkar lagi. Kita berada di sini untuk memikirkan jalan terbaik untuk menyelamatkan generasi kita," ujar Jeneral B Limfosit lembut.
"Kita kembali kepada tugas kita, pendapat Jeneral T4 Limfosit itu ada benarnya, kita mesti bertahan," balas Laksamana Udara C Monosit.
Mereka berempat tidak punya banyak waktu untuk bertengkar. Mereka perlu bertindak. Nasib mereka sekarang sama seperti rakyat Islam Bosnia yang terhimpit. Diperangi puak Serb dan Croat. Dizalimi oleh sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dianiaya dengan sedar oleh masyarakat Eropah yang buta hati mengenai pengertian hak asasi manusia dan mahalnya demokrasi. Mereka perlu berjuang dengan apa yang ada. Biar mati asalkan melawan. Itulah fitrah.
Masa masih sama, keadaan sudah jauh sekali berbeza. Panglima besar Kor HIV I ketawa berdekah-dekah. Pendekar di sekelilingnya berpesta besar. Ada yang menari, minum arak sepuas-puas hati. Bercanda. Menjamu nafsu yang begitu membuak-buak dengan niat yang jahat dan sadis.
Panglima kanan Kor HIV II juga ketawa besar. Berdekah-dekah. Dewan pesta itu dipenuhi dengan hilai-tawa. Sarat dengan kerja mungkar. Maksiat. Perempuan laknat dipeluk serakus-rakusnya oleh askar HIV yang lahap. Panglima kanan kor HIV II yang berasal dari Afrika Barat itu gembira sekali dengan prestasi bala tenteranya.
Malam ini mereka minum puaspuas air kencing iblis sampai mabuk. Begitu juga Panglima besar Kor HIV I, mereka berdua sama saja. Jahat macam pemimpin yang dilaknat, yang dikutuk dunia. Bakal penghuni negara jahanam!
"Kita semakin hampir menguasai seluruh dunia ini. Manusia kini tunduk kepada kekuasaan kita. Kita menang, kita pemimpin baru kuasa besar dunia," laung Kor HIV I dengan angkuh. Semua bala tentera yang berpangkat rendah dibenarkan turut bersorak.
"Yaaaaa...kitalah kuasa baru! Kuasa besar!"
Sebagai kuasa besar mereka mewajarkan diri mereka angkuh dan takbur. Ini pengajaran untuk umat manusia. Virus ini ternyata canggih sekali perancangannya. Mereka ada unit rahsia untuk menjatuhkan manusia. Agen mereka sama hebatnya dengan perisik FBI, KGB atau Mossad. Telinga dan mata mereka cukup peka menggeledah maklumat manusia. Mana tidaknya, tidak ada satu pun antibiotik yang mampu membunuh mereka. Baru tadi Unit Perisikan Capsid diberitahu, manusia menemui unsur pokok Bintangor dari Sarawak yang boleh membunuh anak-pinak HIV. Ini satu ancaman besar. Ini tidak boleh dibiarkan.
"Bagaimana penemuan baru tentang tindak-balas bahan kimia pokok Bintangor itu panglima?" Tanya panglima besar HIV kepada orang kanannya, Kor HIV II.
"Jangan risau tuan, reaksinya cukup hebat, boleh membunuh," Kor HIV II menjawab dengan penuh yakin.
Dalam keadaan yang mabuk begitu, Kor HIV I pun tersentak.
"Itu berita buruk. Kenapa kau masih tersengeh, bukankah itu ancaman buat kita?"
"Unit penyelidikan kita di bahagian Envelop itu bijak-bijak tuan, manusia takkan menggunakan ubat dari pokok itu. Kita ini hidup di dalam sel dan aliran darah manusia. Jika kita mati, bererti sel juga turut mati, kesimpulannya maut akan menjemput manusia. Tuan fikir manusia mahu cepat mati?" Jelas panglima kanan Kor HIV dengan panjang lebar.
Kor HIV I tersenyum. Dia mengatur sedikit kaca matanya yang sedikit melurut ke bawah kerana terkejut tadi.
"Kamu memang boleh diharap panglima, tidak sia-sia aku menjemput kau dari Afrika Barat. Kamu cukup pantas bertindak," pujinya melangit ke atas panglima kanan Kor HIV II.
Kembang kuncup hidung Kor HIV II. Dia amat bangga kerana memiliki otak yang bergeliga. Macam otak Jeneral Collin Powell yang menjadi perancang utama dalam Operasi Desert Storm ketika menundukkan Iraq di Kuwait.
"Bukan matlamat akhir kita untuk menakluki rakyat Amerika Syarikat yang suka liwat, dan berbuat onar itu!" Sahutnya bangga sambil ketawa. Air anggur di dalam gelas yang dipegangnya berkocak.
"Saya ada berita terkini untuk tuan," sambung Kor HIV II lagi.
"Berita apa, aku harap berita baik," sahut Kor HIV I.
"Saintis kita sudah mencipta satu gencome baru yang bakal bergelar HIV III yang mempergunakan setiap tisu, sel atau bendalir tubuh untuk menyerang sel kromosom yang berpusat di bahagian nuklius tempat terkubunya Jeneral T4 Limfosit," jelas panglima kanan Kor HIV II.
Kor HIV I mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia menepuk bahu rakan karibnya, panglima kanan Kor HIV II. Panglima kanannya itu memang pantang dipuji. Cepat mengembangkan dada, tanda ego atas keupayaannya.
"Aku harap kita akan segera membinasakan markas CD4 AR. Kalau boleh kita tangkap Jeneral T4 Limfosit hidup-hidup. Aku ingin sekali melihatnya melutut di kakiku," kata Kor HIV I sambil mengetuk-ngetuk tongkat panglimanya ke tapak tangannya.
"Tetapi tuan, cuma ada sedikit lagi kekurangan kita," ujar panglima kanan Kor HIV II. Dia menjeling tuannya, takut-takut tuannya itu meradang. Mana tahu, silap-silap tongkat panglima dicucuknya pula ke perut gendutnya itu.
"Kurang apa lagi, apa bahan makanan yang kita sedut dari glaikoprotein sel itu tidak mencukupi?"
"Bukan itu, soal bahan makanan dan bantuan logistik lebih dari cukup, cuma kita masih gagal menguasai manusia Islam yang kuat berpegang kepada ajaran syumul al-Quran."
"Ya, benar katamu, kita memerlukan bantuan daripada iblis laknatullah untuk menggoda mereka. Nanti aku cuba berunding dengan penghulu iblis mengenai strategi terbaru kita. Kalau boleh kita akan beritahu iblis supaya mengajar anak muda Islam menjauhkan diri daripada gerakan dakwah Islamiah. Aku dapat tahu kumpulan cendiakawan Islam bekerja keras siang malam untuk menghalang generasi baru daripada mengamal hidup ala Barat yang terlalu bebas itu," jawab panglima besar Kor HIV I.
Dengan pantas dia menelefon penghulu iblis menggunakan telefon ATURnya untuk merancang strategi terbaru. Perbualan sulit itu hanya didengar oleh mereka berdua saja. Tiada siapa pun yang boleh tahu, takut nanti perancangan rapi yang bakal diatur akan terbongkar dan rahsianya akan pecah. Agak lama juga mereka berunding. Dia kemudian meletak telefon bimbit itu ke tempat asalnya. Dia senyum.
"Panglima kanan Kor HIV II, esok kau atur satu pertemuan penting. Kita akan mengadakan mesyuarat luar biasa peringkat tertinggi majlis persidangan eksekutif dengan kabinet iblis laknatullah. Tempatnya di Bukit Golan, tepat pukul 10.00 pagi. Dalam pada itu, perhebatkan serangan udara ke atas benteng pertahanan CD4 AR. Kalau boleh bunuh saja semua sel yang degil dan tak berguna itu," perintah panglima besar Kor HIV I. Kemudian dia beredar meninggalkan pesta menuju ke tempat semayamnya.
"Siap tuan, perintah dijunjung!" Tabik Kor HIV II penuh hormat. cukup berkesan untuk mencapai visi agung pemimpin mereka. Kalau boleh, mereka mahu membuktikan kepada sistem solar bahawa merekalah makhluk halus yang paling besar nafsunya untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Bukan manusia.
Pancutan laser dari senjata berbisa HIV mencairkan seluruh rumah sel yang terkena serangan udara. Di permukaan kulit, bintil merah dan kolam nanah membesar dan merimaskan. Gatalnya menusuk-nusuk minta digaru. Pada tubuh manusia itu, tanda barah kulit Karposi Sarkoma sudah mula merayap, mengembang, membesar.
Unit Viral protein HIV menggeledah liang paru-paru. Merampas, memusnah apa saja yang ada untuk menguasai organ penting itu. Tidak lama kemudian organ itu menjadi sesak dengan kemunculan provirus yang aktif, menonggeng, telentang dan bertengkek di setiap benang saraf menguasai seluruh permukaan paru-paru.
Di Bukit Golan, penghulu iblis dan Panglima Besar Kor HIV I sudah mencapai kata sepakat di meja bulat. Cita-cita mereka senada dan seirama, menguasai manusia.
Sama ada mereka sedar ataupun tidak, perancangan mereka sealiran dengan pendapat George A Steiner dalam bukunya, The Strategic Planning,...dealing with the futurity of current decisions. Mereka telah sebulat suara bersetuju untuk menghasut semua pemimpin Barat walau dengan apa cara sekalipun hendaklah menghalang kebangkitan Islam. Gerakan Islam jika dibiarkan bermakna melemahkan kuasa iblis dan menyukarkan generasi HIV untuk menghasilkan genome baru.
Di medan pertempuran sel di setiap penjuru kian terdesak. Didera dengan hebat oleh tembakan motar pasukan bersenjata HIV dari unit Kavalri GP 120 dan unit GP 41. Sama seperti dada bandar Sarajevo yang tenat didera oleh tentera Serb dan Croat. Peluru berkeliaran mencari sasaran.
Tiada siapa yang mampu menghalang kezaliman ini dari berleluasa. Panglima tertinggi sistem pertahanan badan, Jeneral T4 Limfosit bersama dengan panglima kanannya duduk membisu di bilik persembunyian mereka. Hanya doa pasrah menemani mereka. Ledakan bom bergema di kiri-kanan. Baru tadi dia diberitahu, anaknya Kapten Limfosit gugur syahid di barisan hadapan. Dia terima berita itu dengan nafas yang cukup tenang.
Tentera di barisan hadapan masih gigih berjuang, berpantang maut sebelum ajal. Watikah patriotis menebal di jiwa setiap askar sel immuniti. Segala kesetiaan, mereka pertaruhkan untuk menyelamatkan sekujur jasad seorang manusia yang bertarung hebat untuk hidup. Dunia ini sesungguhnya milik insan yang keras hati.
Gedebammmm!!!!!
Isi perut sel terburai terkena peluru berpandu Tomahawk ciptaan askar Viral RNA, Komando HIV yang cukup terlatih. Wajah bengis mereka tidak kenal erti belas kasihan. Askar-askar sel yang bertahan di segenap penjuru nuklias dan sel kromosom disembelih satu persatu.
Yang degil dipotong kemaluannya. Jijik sungguh tingkah laku mereka. Kejamnya bagai tentera Nazi. Kejamnya bagai tentera Serb. Ketumbukan tentera pembantu provirus HIV muncul berpusu-pusu. Mereka melepas tembakan ke udara, girang menyambut kemenangan yang amat hebat. Markas panglima tertinggi T4 Limfosit sudah ditawan sepenuhnya.
Tiga panglima kanan Jeneral T4 Limfosit gugur syahid kerana melindungi tuannya. Alfatihah untukmu Jeneral B Limfosit. Alfatihah untukmu Laksamana Udara C Monosit. Alfatihah untukmu Laksamana Laut Tisu Makrophage.
"Angkat tangan dan jangan bergerak!" Perintah seorang komando HIV. Serentak dengan itu penendang sulung singgah ke punggung panglima tertinggi sel Jeneral T4 Limfosit.
Dia tersungkur, tetapi tidak mengaduh. Wajahnya tenang walaupun kepucatan. Dia berusaha sehabis upayanya untuk mempertahankan daerah sucinya. Tempat dia berteduh dan menumpah taat setia. Lantas dia diseret mengadap musuh ketatnya, panglima besar Kor HIV I. Matanya berpinar, cecair merah mengalir dari mulutnya. Sebagai pejuang, dia telah bersumpah, dia tidak akan merintih atau mengemis agar dikasihani. Dia pejuang kebenaran.
"Kau tumpas panglima," kata panglima Kor HIV I sebaik saja masuk ke bilik panglima laknat itu. Jeneral T4 Limfosit tersungkur menyembah bumi apabila tolakan keras mengena pinggangnya. Sakitnya bukan kepalang. Dia terdiam. Dia cuba bangun. Dia kini berhadapan dengan serangan pembunuh paling sadis abad ini, Kor HIV I. Pemimpin penyakit yang paling dahsyat dan ditakuti. AIDS atau nama timangannya Angkara Iblis dan Syaitan!
"Memang kau menang tetapi aku tidak pernah memerintah askarku tunduk pada kau. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Aku rela mati daripada menyerah pada kau tanpa melawan!" Bentak Jeneral T4 Limfosit. Dia sudah tidak mampu berdiri tegak lagi. Tubuhnya terlalu lemah. Hilai ketawa pengganas HIV bergema meraung memenuhi segenap ruang.
"Syabas panglima, syabas Jeneral besar, aku kagum dengan semangat patriotikmu, tetapi pokoknya kau sudah kalah di tanganku. Sekarang bersiap-sedialah untuk menikmati maut!" Ketawa Kor HIV I memanjang. Dia cukup puas melihat mangsanya yang tidak berdaya itu. Dia puas kerana mampu menangkap seorang jeneral hidup-hidup dan membunuhnya dengan tangannya sendiri.
Kor HIV I, ketua pembunuh mengambil pistol dari pinggangnya. Serentak dengan itu, dua orang komando provirus HIV menghentak kepala jeneral T4 Limfosit ke lantai.
Tammmm!!!!
Darah panas memancut keluar. Otak seorang jeneral terburai berceceran membasahi bumi. Pembunuh Kor HIV I terus terkekeh-kekeh.
"Allahh!!!" Hanya itulah kalimat yang sempat diucapkan oleh seorang pejuang yang syahid sebelum maut menjemputnya. Roh Jeneral T4 Limfosit menerawang ke angkasa raya. Semangatnya mengembara mencari satu destinasi bagaikan lukisan seni halus Mindscape, lakaran Ismail Latif, tercerna santun antara keindahan dan nilai psikologi.
Indah kerana matinya utuh di dalam keimanan, mempertahankan amanah Allah sebagai seorang pejuang yang gugur syahid. Kuat dengan semangat dan minda yang kental. Gigih memimpin orang lain tanpa menggadai maruah. Tabah biarpun rentetan peluru bersimpang-siur menguji pendiriannya.
Benarlah kata Nabi Adam Alaihissalam: "...inna dzalamna anfusana." Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Manusia tumbang kerana keterpesonaan mereka menilai kebebasan. Lalai dibuai hawa-nafsu yang tiada batasnya. Dunia kini tunduk kepada panglima besar Kor HIV I, yang perkasa, yang gagah, yang angkuh, yang kejam, yang membunuh apa saja yang bernyawa.
Mayat Jeneral T4 Limfosit terbujur kaku.
Panglima besar Kor HIV I ketawa berdekah-dekah, memanjang, bergema, berpantulan.

No comments:
Post a Comment