Oleh Naziah Naziri
ALOP...
doh berladoh lanang
lanang jua di kako dulang
molai mabok bukan setegal pinang
mabok beraie si anak urang.
Alop...
anak boyak ilir bertenong
singgah ke lubuk memakan bangkai
molai, rasa hati memelok gunung
gunung di pelok tangan sik sampai.
Alop...
sudah padi padi ku juak
padi ndak dapat di kobah lagi
molai, sudah hati hati ku juak
hati ndak dapat di ubah lagi.
Alop...
sebaka dua sebireh
urang bergendang ulu terusan
molai, ilang kakak adik dipilih
dendam tidak dengan putusan.
Alop...
ribu ribu biji nangka ku
cincin permata jatuh ke ruang
molai, kalau rindu sebut namaku
airlah mata jangan dibuang.
Alop...
padi arang taburan arang
padi muda dilurut juak
molai, makin seribu urang melarang
hatilah muda di turut jua.
"Itulah lagunya Seli, esok petang ayah akan ajar lagi..."
II
Matahari terik yang memancar seperti membakar isi kulitnya. Terasa benar panas, begitu panas membahang tubuh tuanya. Peluh di dahi disapunya dengan lengan baju panjang berwarna kelam dan kelihatan lusuh.
Didongaknya ke langit, matahari memang galak memancar - menyilau matanya. Terendak daun nipah bercat merah yang sedikit terlondeh itu diangkatnya sedikit ke atas. Begitu juga dengan baldi biru kecil yang disangkut pada pinggangnya, diaturnya berkali-kali agar betulbetul di tengah belakang. Perca kain yang dijadikan sebagai tali pinggang itu ditariknya ketat. Apabila terasa selesa, Pak Sukun meneruskan semula kerjanya, mengambal.
Sudah berpuluh tahun Pak Sukun membuat kerja-kerja ini apabila tiba musimnya. Pak Sukun diajar oleh gemulah ayahnya Wahab, ayahnya pula diajar oleh datuknya Suut dan kerja itu turun-temurun menjadi warisan. Nanti bila anaknya Seli menghanggau usia sepuluh tahun, Pak Sukun berikrar akan mengajar Seli. Seli mesti tahu!
Tiba-tiba saja perasaan Pak Sukun menjadi sayu. Lebih-lebih lagi apabila teringat akan Seli. Satu-satunya anak yang bakal diwarisi dengan ilmu mengambal. Keresahan amat terbayang di wajah yang sekian lama mengabadikan hidup bersama laut.
Nanti, apabila tiba masanya, Seli akan diajar satu persatu mengenai makanan laut itu. Seli perlu dilengkapkan dengan segala pantang-larang dan adat. Bukan sembarangan, kena ada cara, mesti tahu petua begitu dan begini. Apabila Seli berusia sepuluh tahun nanti, sempatkah Seli melakukan ini semua? Persoalan itu bermain-main dalam fikiran Pak Sukun.
Dikhuatirinya andai Seli tidak dapat diperturunkan ilmu mengambal. Keadaan sekarang tidak lagi seperti dulu. Kebebasan menangkap ambal tidak lagi sebebas dulu. Dan Seli yang berusia tujuh tahun sekarang ini akan tidak berpeluang merasai dan menikmati enaknya ambal dimasak serai.
"Bang! Kita balik sekarang, cepat!"
"Mana dia?"
Pak Sukun menoleh ke arah yang ditunjuk oleh isterinya. Sah, dia telah datang, dengan tergopoh-gapah Pak Sukun dan isterinya meninggalkan pantai apabila dilihat yang lain turut bergegas pulang. Tidak ada siapapun yang berani menunggu kalau dia telah datang, semua kena pulang, walaupun ketika itu baru hendak menyucuk lubang ambal yang sebesar kepala anak mancis itu dengan batang lidi atau ketika ambal hendak keluar kerana rangsangan dari serbuk kapur pada batang lidi itu mesti dibiarkan saja, yang penting, pantai mesti ditinggalkan, mesti pulang!
Sekarang, ketibaan musim mengambal tidak lagi semeriah dulu. Tidak lagi seperti musim-musim yang lalu di mana pantai akan penuh dengan penduduk kampungnya dan ketika dipandang dari jauh, pantai seperti berwarna-warni dengan baldi, terendak, baju dan seluar panjang yang pelbagai warna. Sekarang segalanya telah terancam! Celaka! Pak Sukun menyumpah di dalam hati. Geram Pak Sulun sehingga mukanya merah menyala.
Kalau diturutkan hatinya, mahu saja Pak Sukun menunggu si dajal itu. Kerana dialah, sekarang ini, kegiatan mengutip makanan laut bermusim itu tidak lagi seperti dulu. Dulu, kalau datang musim ambal, penduduk kampung Wangi Serai akan merasalah sedikit duit lebih. Waktu itulah mereka akan merasa sedikit `berduit'. Harga ambal di pasaran amat menguntungkan dan permintaan dari restoran juga menyebabkan rezeki musim ambal berlipat ganda.
"Budak Piee itu...semakin kurang ajar!" Pak Sukun menggertap bibir - geram. Tangannya digenggamnya erat menahan marah.
"Ada abang baca notis di surau semalam?"
"Abang sudah tidak bersabar lagi Timah, Piee tu perlu diajar!"
Pak Sukun masih ingat apa yang tertera di papan kenyataan surau semalam. Malah masih diingatnya satu persatu perkataan itu: Tidak dibenarkan sesiapapun mengutip ambal, kecuali, mendapatkan lesen dari Piee bin Dollah terlebih dahulu.
Segalanya bermengkal di hatinya.
Marah yang mengangah itu, kalau diturut memang nahas Piee. Mula-mula dulu mereka yang mengutip ambal mesti memberi satu pertiga hasil keuntungan ambal kepada Piee. Kemudian, Piee mensyaratkan juga mereka yang hendak ke pantai mesti mendapat kebenaran darinya terlebih dahulu dan sekarang dengan lantang sekali Piee berlaku biadap, penduduk kampung mesti mendapatkan lesen sebelum ke pantai. Bukan Pak Sukun tidak pernah membantah tindakan Piee, bukan Pak Sukun tidak mengadu kepada penghulu ayah Piee, tetapi segalanya hanyalah sia-sia. Berkali-kali juga Pak Sukun minta Radiah isteri Piee nasihatkan suaminya, tetapi semuanya tidak berhasil.
Piee yang berbadan sasa dan hitam itu seolah-olah ingin menunjukkan kepada masyarakat kampung bahawa dialah yang berkuasa dan berhak ke atas apa-apa saja yang berlaku di kampung itu. Orang lain peduli apa!
"Pak Sukun, ini amaran terakhir, kalau Pak Sukun tidak memberi kerjasama... saya tidak akan teragak-agak bertindak!"
"Hasil hari ini tidak seberapa Piee...Pak Sukun kena simpan untuk sekolah Seli..."
"Ah! Saya tak peduli!"
Tersungkur Pak Sukun apabila dengan kasar Piee menolak Pak Sukun. Wang RM50 hasil ambal pada hari pertama itu berpindah ke tangan Piee. Pak Sukun tidak akan lupa itu, malah masih di telinganya ketawa Piee dengan kawan- kawannya. Masih jelas di ruang matanya bagaimana Piee yang bermisai lebat itu berlagak seperti samseng kampung menyepak terendak dan baldinya.
"Sabar sahajalah bang, Tuhan akan membalas perbuatannya."
Ingatannya telah jauh menerawang sehingga tidak sedar telah sampai ke anak tangga rumahnya.
"Ayah, tadi abang Piee datang cari ayah..."
"Piee cari ayah?"
"Abang Piee suruh ayah ke pantai..."
Pak Sukun dan isterinya berpandangan. Mungkin Piee telah tahu aku ke pantai atau mungkin Piee hendak memberi arahan baru. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Pak Sukun dengan langkah berat menuju semula ke pantai. Ah, kali ini aku mesti menentang. Kali ini biar aku yang mengetuai penduduk kampung bersuara menentang Piee. Selama ini kalau tidak `mengenang' Radiah anak saudaranya, memang telah lama Piee menjadi mangsa parangnya. Kali ini, Pak Sukun akan menentang apa saja arahan Piee. Kenapa harus takut dengan Piee!
Dari jauh Pak Sukun melihat telah ramai yang berkumpul di pantai. Suara Piee amat jelas kedengaran.
"Serbuk baru ini akan menggantikan serbuk kapur yang kita gunakan sekarang ini. Serbuk ini ternyata lebih berkesan."
Serbuk yang berwarna kekuning-kuningan itu ditabur ke permukaan pantai dan tidak sampaipun dua minit kelihatan ambal keluar bagai dipaksa-paksa.
"Serbuk apa itu Piee..."
"Ha, bagus soalan itu Pak Sukun...serbuk ini bernilai dua puluh ringgit sebungkus. Mulai hari ini, terutama mereka yang telah berlesen, dikehendaki membeli serbuk ini."
"Serbuk itu tidak merbahayakah Piee?"
"Pak Sukun ni banyak soalanlah...kalau saya tahu ia merbahaya...takkan saya hendak jual!"
Yang hadir di pantai petang itu semua diam, tidak berani hendak bertanya lagi, tetapi bau serbuk yang dipamerkan oleh Piee itu menyebabkan ramai yang menutup hidung - berbau.
III
"Keadaan semakin parah sekarang, ambal yang kita perolehi semakin sedikit...kulit ambal juga menggelupas...sehingga anak-anak ambal juga turut terjejas sejak serbuk Piee itu digunakan."
"Kita kena lakukan sesuatu, serbuk itu rupanya serbuk kimia...semalam banyak peraih komplen...ambal kampung kita tidak manis..."
Mesyuarat di surau petang itu berakhir dengan keputusan bahawa perkara ini perlu diadu kepada pihak berkuasa. Penghulu sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.
Pak Sukun merasa amat risau. Serbuk kimia yang diperkenalkan oleh Piee minggu lalu rupanya serbuk yang bakal menjahanamkan kehidupan ambal. Pak Sukun membayangkan bahawa satu hari nanti, apabila tiba musim ambal, tidak akan ada lagi ambal untuk dikutip, tidak ada lagi kemeriahan akan dirasai dan nanti, Seli tidak akan merasa manisnya ambal dimasak serai.
Oh! Seli, ayah tidak akan membiarkan ia berlaku. Ambal perlu terus hidup, untuk diraih hasilnya pada musim akan datang dan Seli mesti tahu bagaimana mengambil ambal.
"Duit boleh habis Piee, tetapi ambal kalau pupus bermakna sampai ke anak cucu kita nanti tidak akan merasa ambal."
"Pak Sukun, jangan nak naikkan darah saya, kalau saya suruh tauke Chong jangan beli ambal Pak Sukun teruk Pak Sukun nanti."
Pak Sukun melepaskan keluhan. Ingatannya kepada pertengkaran dengan Piee beberapa hari lalu masih terang di telinganya. Dan ugutan Piee benar-benar menimpanya. Tauke Chong menolak ambal yang Pak Sukun jual. Tauke Chong beri pelbagai alasan dan Pak Sukun sudah mengagak bahawa tekanan daripada Piee itu akan menjejaskan pendapatannya.
Tetapi tindakan Piee yang semakin menjadi-jadi itu adalah juga yang menaikkan darah Pak Sukun. Piee bahagi-bahagikan kawasan pantai. Bukan itu saja malah Piee juga borong semua hasil daripada penduduk kampung dan hasil yang diperolehi itu mesti juga dibahagi kepadanya. Bukan lagi satu pertiga tetapi separuh! Piee betul-betul sudah dirasuk lintah darat.
Pak Sukun membulatkan tekad. Petang ini juga dia akan bertemu dengan Piee. Waktu petang begini Piee mesti berada di pantai. Selama ini tidak ada seorangpun yang berani membantah Piee, menentang Piee apalagi untuk bersemuka. Kali in Piee perlu diajar!
Bagi Pak Sukun segala tindaktanduk Piee perlu disekat, ditentang, sebelum ambal pupus. Serbuk yang diperkenalkan Piee dan digunakan secara berleluasa sekarang ini bukan setakat membunuh ambal malah kehidupan laut itu sekarang akan terus hilang di muka bumi ini kalau terus dibiarkan.
Seli, satu-satunya anak yang bakal diwarisi dengan kerja-kerja `mengambal' dan tekad Pak Sukun sendiri agar anak cucunya nanti masih berpeluang melihat kehidupan laut yang bermusim itu.
"Pak Sukun! Pak Sukun!"
Pak Sukun menoleh ke arah datangnya suara. Piee datang dengan langkah marah.
"Dengarnya Pak Sukun hendak buat aduan..."
"Aku bukan saja buat aduan Piee tetapi akan panggil orang akhbar...lihat sendiri apa yang berlaku di kampung kita ini."
Hampir saja Piee hendak menerpa ke arah Pak Sukun, Pak Sukun sudah bersedia untuk mengeluarkan parang panjang yang tersisip di pinggangnya. Kali ini aku benar-benar sanggup melakukan apa saja untuk Seli, cucu-cicit aku nanti.
Piee yang terasa tercabar dengan tingkah berani Pak Sukun dengan tidak berlengah lagi cuba menentang Pak Sukun. Piee turut mengeluarkan parangnya.
"Aku lebih rela kamu mati Piee, daripada kamu bunuh ambal!" Pak Sukun menyerang Piee, parang panjang hampir-hampir mengena bahu Piee kalau Piee dapat dipatahkan oleh Piee yang ternyata juga tidak mahu beralah.
"Pak! Pak tolong pak!"
Piee berhenti dan Pak Sukun juga menoleh ke arah anak Piee yang termengah-mengah. Anak Piee yang sebaya dengan Seli datang dengan kepenatan dan muka pucat.
"Pak, mak...makkk..."
"Kenapa dengan mak kamu?"
"Mak mun...muntah ....kemudian...re..rebah..."
Piee yang sedikit terperanjat, memandang Pak Sukun kemudian beralih ke arah anaknya Budi. Piee melepaskan parang di tangan dan dengan pantas Piee berlari menuju ke rumah. Pak Sukun dan Budi turut mengekori Piee. Terdengar jerit Piee. Radiah!!!

No comments:
Post a Comment