Oleh Abdul Malek Bidu
BUSUL Imam semakin ghairah. Nafsunya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Matanya bulat, kaku. Sesekali liar. Ghairahnya benar-benar berbaur marah. Antologi tiga ratus muka surat itu dilepaskannya ke atas meja dengan keras, mengejutkan beberapa ekor cicak yang menunggu rezeki di kesamaran cahaya lilin sepi.
"Ah! Akukah yang bersalah? Ooo, tidak! Tidakkkk!" Busul Imam memekik, semakin kalut. Dia capai keris hadiah kemenangan karyanya tiga bulan lalu. Baginya, daripada keris itulah dia mendapat ilham menangani Alam Ilangnya yang kedua. Dan kini, hasil yang ditanganinya telah berpadu dalam kertas tiga ratus muka surat itu.
Tetapi, dia baru ternadah semalam, ternadah oleh ketukan-ketukan tukul dan bunyi pahat yang berdesing. Ketukan dan bunyi pahat itu memang nyata kesalahannya.
Dan dia akui kesalahan itu.
"Apa yang harus aku lakukan sekarang? Aku tak mahu ..." Dia mengeluh. Kepalanya berdenyut. Tubuhnya terasa sejuk.
Dia tarik serbuk putih dari sudut meja sebelah kiri. Sejak pagi tadi dia lupakan seketika serbuk itu. Kemudian perlahan-lahan serbuk itu disedutnya. Dia kembali segar, kembali bertenaga. Keris tadi dicapai semula, digenggam erat-erat, padu - bersama semangat, bersama tekad.
"Heeeiii! Kau siapa? Kau orang asing jugak, ya?" Tiba-tiba satu suara memecah kesunyian.
Busul Imam terpinga-pinga. Hilang ghairahnya. Hilang marahnya. Bukan kerana takutkan tubuh di hadapannya sekarang. Yang pasti, dia mula hanyut. Dia renung dan amati tubuh itu, kemudian mengangguk perlahan-lahan.
Kenal. Memang dia kenal benar tubuh itu. Mustakim. Ya, Mustakim. Tidak salah lagi. Tetapi bagaimana ini boleh terjadi? Fikirannya kacau.
"Kau pekak, ya? Baik, aku beri kau peluang. Pergi dari sini! Cepaaattt!" Suara Mustakim meninggi.
Busul Imam masih membisu. Kaku. Tubuh Mustakim diamatinya sekali lagi. Tubuh yang sasa berisi, berambut panjang, tanpa baju.
"Ah! Tak mungkin. Atau, apakah ini satu misi bagiku?" Busul Imam berteka-teki. Dia masih tidak percaya.
"Hah! Apa lagi yang kau tunggu? Berambus dari sini sebelum kau juga kubunuh bersama-sama tikus Belanda itu." Mustakim memeikik lagi.
Busul Imam tersentak. Tikus Belanda? Dia cuba menoleh. Dia benar-benar terkejut apabila diketahui di belakangnya ada lagi satu tubuh. Tetapi tubuh itu agak kurus, tinggi, berkulit putih, bermata biru, juga tidak berbaju, berseluar panjang. Dia mengangguk. Dia juga kenal dengan tubuh itu. Abbas. Ya, memang dia Abbas.
"Kau ... Abbas bin Abdullah, bukan?" Soal Busul Imam.
Tubuh itu tersenyum, mengangguk, tetapi kehairanan. Mustakim juga melopong. Busul Imam yang tiba-tiba muncul seperti jin itu mengenalinya dan Abbas. Benar-benar menghairankan. Tiba-tiba Mustakim sedar dari kehairanannya. Bencinya datang lagi. Kali ini datangnya bertali-arus.
"Oooooo! Dia sahabat kau, ya? Patutlah kau tiba ke mari tepat pada waktunya. Baiklah. Kalau kau tidak mahu lari, bermakna kaulah mangsa kerisku yang kelapan setelah tikus Belanda itu kojol." Mustakim membuka bunga Betawinya. Mula pusing ke kanan, ke kiri, ke hadapan dan ke belakang.
Busul Imam menelan air liurnya sambil berundur selangkah ke belakang. "Maafkan aku, Mustakim. Aku tak berminat nak jadi jagoan. Aku ke mari pun kerana ada satu tujuan. Satu misi," katanya tenang.
Pencak langkah Mustakim terhenti. Mati. Dia memandang kosong ke arah Busul Imam, kemudian meneruskan semula bunga silatnya. "Aku tak peduli! Visi atau misi. Yang penting, aku perlu hapuskan tikus asing ini, termasuk kau," katanya bersungguh-sungguh.
Busul Imam berundur selangkah lagi. Kuda-kuda Mustakim diamatinya. Benar-benar hebat. Bukan calang-calang orang boleh menumpaskannya. "Tapi untuk apa?" Tanyanya, cuba mengganggu konsentrasi Mustakim. Dia berjaya. Mustakim terhenti lagi.
Benci benar Mustakim dengan kehadirannya ketika itu. Kalau dia tidak ada di situ, Abbas sudah pasti rebah ke bumi seperti apa yang sudah tertangan dalam manuskrip asal. Tetapi sekarang sudah lain jadinya. Mustakim pandang Busul Imam. Mukanya merah macam biji saga. Matanya tajam.
"Hei! Kau tak ingat sejarah, ya? Sejarah pahit datuk nenek kita. Dijajah Portugis, dijajah Belanda, Inggeris dan akhirnya dijajah Jepun. Apa kau sudah lupa, atau pun kau sengaja tak serik-serik?" Bentak Mustakim penuh perasaan. Keris di tangannya diacu-acukan sekejap ke arah Busul Imam, sekejap ke arah Abbas.
Bagaimanapun, bunga Betawi Mustakim tersesat. Busul Imam menyedari hal itu. Sekurang-kurangnya dia dapat jadikan Mustakim pelupa, walaupun hanya seketika.
"Dan kau ingin terus jadi protagonis bergelar Melayu, yang kononnya punya semangat nasionalisme agung, yang dibanggakan oleh masyarakat seperti dalam manuskrip asalmu, yang ditangani untuk menjadi satu legenda yang memalukan? Begitukah kehendakmu?" Busul Imam bersuara lantang, kemudian menggeleng-gelengkan kepala, mengejek.
Abbas yang berada di belakang Busul Imam mengeluh panjang, kemudian mengangguk perlahan-lahan. Mungkin dia berfikir kata-kata Busul Imam itu ada benarnya. Yang menghairankannya, dia sedikit pun tidak kenal lelaki ini, dan apakah sebenarnya tujuan kehadirannya ketika itu.
Apakah kata-kata Mustakim tadi bahawa lelaki ini sahabatnya, benar? Fikir Abas, keras. Mungkin juga. Ya, mungkin juga Busul Imam itu pernah menjadi sahabat Mustakim sepuluh tahun atau belasan tahun yang lalu. Atau dia sememangnya ingin bersahabat, dan mencari sahabat sepertiku?
"Setannn! Kau jangan nak cabar aku! Kelak kau juga akan jadi arwah!" Mustakim terus marah. Peluh di mukanya mengalir deras. Dia tidak henti- henti merenung muka Busul Imam.
Baginya, Busul Imam terlalu mentah. Masih hingusan. Dia yakin bunga Betawi satu sudah cukup untuk mememarkan tubuh lelaki ini. Tetapi dalam manuskrip asal, dia bukan bertarung dengan Busul Imam, kerana dia bukan lawannya. Dalam manuskrip itu, dia beradu tenaga hanya dengan Abbas. Abbaslah lawan yang cocok dengannya. Tetapi, sekarang dia mula dapat merasakan perjalanan manuskripnya mulai terpesong jauh. Dia sedar Busul Imamlah punca segala-galanya.
"Hei saudara! Baik saudara pergi dari sini. Saudara tiada dalam manuskrip ini. Tambahan pula, aku tidak perlukan saudara," katanya. "Tolonglah. Aku ingin menghapuskan pengkhianat asing ini. Biar bumi kita langsung tidak dapat disentuh oleh tikus-tikus asing seperti dia." Mustakim berlembut.
Mustakim sebenarnya berharap agar Busul Imam pergi dari situ. Sekiranya dia pergi, sudah pasti perjalanan manuskrip akan kembali seperti asal.
Busul Imam tersenyum sinis. Dia dapat menangkap bisikan hati Mustakim. Dia nekad. Dia tidak akan pergi selagi dia tidak berjaya. Dia memerhati Mustakim yang penuh harapan dan tanda tanya. Dia menjangka, sekiranya Mustakim tahu tekadnya itu, sudah pasti dia akan jadi garang dan liar semula.
Kini dia semakin berjaga-jaga. Dia tahu manuskrip asal sudah terpesong walaupun tidak sepenuhnya. Tahulah dia, kejayaan sudah di ambang pintu.
"Aku tahu, kau mempunyai semangat juang yang waja. Semangat Melayumu yang penuh kesedaran itu, aku puji. Tapi cara yang kaulakukan ini adalah salah dari segi penyelesaiannya. Memang caramu ini akan disanjung oleh masyarakatmu dan juga masyarakatku. Dari segi keadilan, kau berpihak ke arah kesesatan!" Kata Busul Imam.
"Ya, itulah yang aku mahu. Sanjungan dan pujian sebagai perisai kepada bangsa dan negaraku. Aku akan dikenang oleh masyarakatku dan juga masyarakatmu. Malah seluruh penghuni cakerawala ini." Mustakim senyum puas.
Busul Imam mengeluh, menggeleng-gelengkan kepala. "Astagfirullahalazim! Kau sedar apa yang kauucapkan itu, Mustakim?"
"Ya, aku sedar. Aku sedar apa yang aku lafazkan. Aku juga sedar kau terlalu inginkan aku berubah dan mati di sini."
"Aku juga punya tugas, Mustakim. Malah lebih besar dan lebih berat daripada tugas-tugas lain. Sekiranya aku berjaya, bermakna masyarakatku tidak akan menghamburkan kutukan keji mereka lagi terhadapku, dan seterusnya akan memperkatakan kejayaan perjuanganku ini, walaupun bukan itu yang aku mahu. Aku cuma mahukan putaran duniamu ini dilayari watak- watak yang benar-benar beridealis rasional. Biar pati karyaku mudah, dan mudah dipermudahkan oleh generasiku. Seterusnya ia dapat ditatap oleh sesiapa saja dengan tatapan ilmu. Itu saja yang aku mahu." Busul Imam bersuara, meleret-leret, cuba meyakinkan Mustakim yang sudah terhenti.
Busul Imam cuba menghampiri Mustakim. Mustakim tersentak. Secara spontan kuda-kudanya terpasang semula. Keris di tangannya menari-nari rancak mengikut irama Betawi alunan Mustakim. Busul Imam terkejut. Dia tidak menyangka Mustakim begitu keras. Keluhan pendek terlepas seketika.
"Aku kata kau jangan cuba masuk campur, faham? Ingat, aku sudah berlembut dengan kau tadi! Sekarang, kiranya kau benar-benar mahu mencabar aku, baiklah. Bersedialah kau sekarang!" Mustakim mengugut. Terdengar keluhan serentak daripada Busul Imam dan Abbas.
"Aku sedar, Mustakim. Aku tersilap tika menangani kau dan alam sekelilingmu. Dan kerana rasa bersalah itulah maka aku cuba merubahnya. Inilah misiku. Misi yang terlalu berat. Sekiranya reformasiku positif, generasiku akan datang pasti memperolehi sesuatu daripada apa yang aku tangani ini." Busul Imam menelan air liur. Terasa anak tekaknya kering.
Mustakim terhenti lagi. "Aku tak setuju. Benar-benar tidak setuju. Kau datang terlalu lewat. Mengapa semasa kau menangani dulu kau tak memikirkan itu semua? Ternyata kau adalah penulis hangat-hangat tahi ayam. Penulis yang mengutamakan wang!" Mustakim menyindir sinis. Langkahnya diteruskannya semula.
Busul Imam menggeleng-geleng kepala. Telinganya panas seperti baru disambar petir. Peti sabarnya masih kukuh. Kalau tidak dia sendiri pun tidak tahu apa akan terjadi antara dia dan Mustakim.
"Aku tahu, aku sudah terlewat, tapi salahkah aku untuk membetulkan silapku? Salahkah? Atau kau sengaja tidak mahu menolong aku, dan terus sanggup melihat generasi remaja, belia duniaku hilang kemelayuannya? Hilang etika moralnya? Begitukah?" Suara Busul Imam meninggi sedikit.
Ada sekelumit kesal menyerang Busul Imam. Barulah dia sedar betapa rumitnya tugas menangani sesuatu yang berlatarkan ilmu. "Ahhh! Aku tak mahu. Kalau kau nak jalankan tugasmu itu, aku rela mati di sini. Seluk pekasam biar sampai mencuka."
Busul Imam tersentak. Wajah Mustakim ditatapnya tajam. Mulutnya terkumat-kamit. Kuda-kuda Betawinya semakin utuh. Kecut mula menyerang Busul Imam. Terasa dadanya seperti tidak berdetak lagi. Dia sedar, apalah yang ada padanya. Seni silat pun tidak pernah dia pelajari, apatah lagi jenis-jenis bunganya.
"Aku yang menanganinya. Mengapa aku yang harus menentangnya? Ah! Biarlah aku kecundang asalkan manuskrip ini tidak menjadi tontonan, kajian dan ikutan generasiku akhir zaman. Biarlah, aku tak kisah sekarang," kata Busul Imam nekad. Keris yang sejak tadi digenggamnya dijulangnya.
Mustakim terkejut besar dengan gaya Busul Imam. Dia mula disoal hatinya sendiri. "Keris ... ya! Aku ada keris. Aku mesti tentang dia, biarlah aku mati."
Busul Imam berhenti. Cungapnya pantas. Dia cabut keris dari punggungnya. Mustakim tiba, terus membungakan tarian di hadapan Busul Imam. Teratur dan hati-hati.
"Sedialah kau. Aku nak hantar kau ke neraka!" Mustakim mencabar marah.
Busul Imam mula hilang pertimbangan apabila dicabar. Mustakim terus menerkam. Busul Imam melompat menyebabkan Mustakim terbabas ke hadapan. Muka Mustakim merah lagi. Dengan gerak pendekar, dia menyerang Busul Imam bertubi-tubi. Busul Imam tidak dapat bertahan. Pukulan pancung keris Mustakim singgah di tulang dadanya. Darahnya memancut keluar. Dia terhoyong-hayang, kemudian terduduk pedih. Dia membuka bajunya, kemudian melilitikannya di bahagian dadanya yang terluka. Seketika kemudian, dia memandang Mustakim yang masih meneruskan bunganya.
"Hei Mustakim! Aku belum mati lagi, tau tak?" Busul Imam makin ghairah. Dia bangkit kembali. Pada ketika yang sama Mustakim meluru ke arahnya. Busul Imam merendahkan kuda-kudanya, seperti yang pernah dilihatnya di kaca televisyen. Huluran keris di tangan Mustakim terbabas lagi dari sasaran. Kesempatan diambil oleh Busul Imam, sekelip mata keris di tangannya bersatu di perut Mustakim.
Keris di tangan Mustakim terlepas. Darah menyimbah membasah bumi. Matanya terbelalak tidak berkelip. Tubuh yang tegap dengan bunga Betawi itu perlahan-lahan melurut menyembah bumi.
"Aku berjaya! Aku berjaya!" Busul Imam yang tadinya agak tergamam tiba- tiba menjerit kegembiraan.
"Busul Imam! Sedar tak apa yang telah kaulakukan ini?" Sebuah suara menyapanya dari belakang. Dia menoleh.
"Oooo! Kau Hasmir, Zakaria? Apa kamu juga kawan Mustakim?"
"Bukan Busul, kami mahu kau ikut kami sekarang."
"Oooooo! Kau orang pujuk aku, dan bila aku ikut, kau orang senanglah nak bunuh aku, macam tu, ya? Ooo tidak ... tidak, aku tidak mahu."
"Busul! Kami ka ... " Belum sempat Hasmir menghabiskan bicaranya, Busul Imam sudah melompat dan menerpa ke arah mereka. Hasmir dan Zakaria cemas. Mereka belum dapat berbuat apa-apa apabila keris Busul Imam sudah membolos tubuh mereka. Bagai batang pisang kedua-dua tubuh itu rebah.
Pintu diterajang kuat dari luar. Busul Imam tersentak. Dia menoleh ke arah pintu. Sebujur tubuh berjaket hitam berdiri, tenang.
"Apakah Tuan Busul sudah sedar sekarang?" Tubuh berjaket hitam itu menyapa. Busul Imam masih bisu. Tiga bujur tubuh sudah bergelimpangan di atas lantai.
Bau darah yang melimpah di situ menyusuk hidungnya. Dia menggeleng- gelengkan kepala, semakin tidak percaya. Keris di tangannya diamatinya dengan teliti. Darah merah pada mata kerisnya adalah darah dari tubuh- tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi itu. sedar. Bilik itu adalah biliknya.
Tetapi apa sudah jadi? Dia tidak ingat langsung. Cuma yang dia ingat ... ya. Yang dia ingat ialah Hindun. Ya, Hindun. Hindun penulis janda yang sekumpulan dengannya semasa bengkel penulisan di Indonesia dahulu. Hindunlah yang memberi ubat sakit kepala itu kepadanya sewaktu dia mengadu sering diserang sakit kepala.
Dia masih ingat, kata Hindun kalau bingung, makan lebih banyak lagi. Dan dia mula mengambilnya lebih banyak lagi petang tadi. Kemudian tidak ingat lagi apa yang terjadi padanya selepas itu.
"Tuan Busul termenung? Atau menyesal?"
Busul Imam tersentak dari lamunan.
"Tidak. Aku tidak menyesal. Perbuatan ini bukan aku sengajakan. Ini satu penganiayaan," katanya.
"Walau apa pun alasan tuan, tuan terpaksa ikut saya ke balai sekarang."
"Tidak. Aku tidak mahu. Aku tahu, tidak ada sesiapa akan percaya ceritaku ini."
"Kalau tuan tidak mahu ikut saya, saya terpaksa membawa tuan ke balai secara paksa."
"Aku tidak mahu. Kalau kau nak paksa aku, paksalah. Aku akan bunuh kau juga. Biarlah aku mati daripada menjadi tontonan di tali gantung, kerana dosa yang aku buat ini bukanlah daripada kerelaan naluriku."
"Tuan terpaksa ikut saya!" Pemuda itu mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. Busul Imam mula kecut. Benda itu bukan seperti keris yang dipegangnya.
"Tapi aku tak peduli. Biarlah, biarlah matiku menjadi mati yang berani. Bukankah ini yang Hindun mahu?" Hatinya semakin nekad. Dia terus meluru ke arah pemuda itu.
"Panggggg!" Sebuah dentuman nyaring diiringi raungan menggegarkan suasana. Tubuh Busul Imam tersungkur longlai di atas lantai, tetapi nyawanya belum terpisah lagi. Matanya galak meliar ke atas. Seketika kemudian masuk beberapa lagi tubuh yang sejiwa dengan seninya.
"Busul, kami datang, Busul. Bawalah mengucap," kata salah seorang daripada mereka. Busul memerhati saja setiap wajah yang sempat mengunjunginya kali bagi terakhir sebagai manusia sejati di muka bumi.
Apabila pandangannya tiba pada wajah terakhir, Busul merenung dengan teliti. Sudah sah, itulah dia. Dengan segala tenaga yang masih ada dia cuba menghayun keris di tangannya tetapi gagal sama sekali.
"Kau Hindun? Kau ... kau ... bin ... bina ... " Suara itu terhenti di situ saja. Innalillahi wainnailaihirajiun.
Hindun berdiri. Dia tersenyum, menang.

No comments:
Post a Comment