Oleh Median Dahlan
NORISA mengeluh panjang. Dia masih berpakaian gaun serba putih daripada kain sutera lembut buatan negeri China Wilayah Chongqing. Potongan gaun itu labuh panjang hingga mengheret ke lantai apabila Norisa melangkah. Lengan bajunya mengembang besar. Bahagian pergelangan tangan dan bahagian perut dibuat ketat, tetapi bahagian dada mengembang. Bahagian punggung hingga ke bawah lebih mengembang dan besar seperti pakaian puteri Mary of England pada tahun 1821. Di belakang tersemat sejambak reben yang kelihatan seperti kuntum bunga besar yang sedang subur di tangkainya.
Rambut Norisa yang panjang bak mayang mengurai melampaui hingga ke paras paha. Kemerlapan cahaya kelihatan terpancar dari setiap sudut dan celah- celah pakaiannya. Norisa kelihatan sungguh cantik dan lebih-lebih lagi apabila memakai sepatu bertumit tinggi. Sepatu itu bersadurkan kaca air emas yang bercahaya berkilau-kilauan. Tidak hairanlah belanja besar diperlukan untuk ikut serta dalam peraduan `Puteri Santubong' yang baru julung-julung kali diadakan itu. Tidak semua gadis tempatan mampu turut serta.
Malam itu Norisa sibuk. Dia menatap wajahnya berulang-ulang dalam cermin, hinggakan duduk pun tidak senang dan berdiri tidak selesa. Dia juga asyik membelai-belai dan memandang-mandang ke arah pakaiannya. Norisa seperti tidak percaya bahawa dia berjaya merebut gelaran Puteri Santubong itu. Mahkota yang bernilai $30,000 masih melekat di kepalanya. Kononnya mahkota itu disumbangkan oleh Persatuan Pemuda Negeri. Memanglah hasrat Persatuan Pemuda Negeri ialah untuk mendedahkan sesuatu yang tidak mustahil kepada masyarakat hari ini. Persatuan Pemuda Negeri juga berseru kepada Persatuan Wanita Negeri supaya bersikap toleran dan bertindak positif terhadap kegiatan seperti peraduan Puteri Santubong itu.
Kata Jurucakap Persatuan Pemuda Negeri:
"Mulai hari ini kita tidak mahu ketinggalan di dalam apa-apa aspek. Peraduan Puteri Santubong ini wajar juga kita adakan untuk menghidupkan semula legenda cerita rakyat tempatan. Peraduan seperti ini patut benar diberi galakan dan perhatian oleh semua pihak dan golongan masyarakat yang setia sebagai penghuni negeri ini."
Tambah Jurucakap itu lagi:
"Kita tidak mahu Puteri Santubong hanya terkenal di kalangan rakyat Sarawak sedangkan rakyat Malaysia khasnya dan penduduk dunia amnya tidak pernah mendengar ceritanya. Untuk itu kita harus ada kajian mengenai perkara ini. Perlu juga dibuat pratikalnya dari semasa ke semasa." II
Malam sudah semakin tua. Udara pagi yang dingin dan nyaman sudah mula terasa. Mata Norisa yang tadinya berkelip-kelip cergas kini sudah mula terasa layu dan tidak bermaya. Mhakota Puteri Santubong yang dimenanginya dalam majlis malam itu membuat hati Norisa semakin ghairah dan bercita- cita besar. Lantas mahkota itu dilucutkan perlahan-lahan dari kepalanya dan diletak di atas meja solek dengan cermat. Norisa sendiri terus berbaring di atas katil sambil merenung tajam ke arah kerlipan-kerlipan permata yang bertaburan di keliling mahkota itu.
"Tidak kusangka sama sekali bahawa aku boleh mengalahkan ramai peserta yang terbilang kecantikan mereka. Berbekalkan semangat Puteri Santubong aku berjanji dan berhasrat akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga ke peringkat Ratu Dunia supaya dapat kutampilkan nama negara Malaysia ke mata Dunia." Norisa memejamkan matanya sedikit demi sedikit.
Kamar nombor 1101 di tingkat atas Santubong Resort masih kelihatan lengang dan sepi kerana pengurus Norisa belum mahu membenarkan orang datang menghampiri kamarnya kerana Norisa masih penat. Biarlah esok saja, selepas Norisa bertukar pakaian, mereka datang untuk menemubualnya.
Norisa sudah mula lelap.
Tiba-tiba suasana menjadi kabus. Udara dingin waktu pagi mula menyusup masuk dari celah-celah cermin jendela yang ternganga. Norisa cepat-cepat menerkam semula ke mahkotanya.
III
Aku cemas. Lalu kubukakan segera jendela kamarku. Yang kunampak hanya Gunung Santubong terpacak megah dan menjulang tinggi. Aku tiba-tiba jadi serba salah, dan mulai meragui sesuatu. Aku seakan-akan berada dalam khayalan. Banyak tanda tanya timbul di kepalaku.
Kemudian aku membuka sebuah jendela lagi di sebelah sudut yang lain. Nun di sana ternampak Laut China Selatan seluas saujana mata memandang. Hanya beberapa kerlipan api di tanjung dapat membezakan, di mana langit, di mana lautan dan di mana daratan.
Kabus pagi sudah semakin menebal di sekitar kawasan. Hatiku yang sudah tidak menentu mulai memikirkan perkara yang bukan-bukan yang mungkin akan berlaku ke atas diriku. Pakaian yang serba putih melayang-layang ditiup bayu.
Tiba-tiba saja aku terasa tubuh badanku mula bertukar menjadi ringan dan seakan-akan terapung di udara. Hawa pagi yang hening ditambah lagi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mencerahkan lagi sang suria yang baru mula menyinar. Semakin kencang angin bertiup semakin melayang-layang pakaianku dibuatnya. Akhirnya aku juga terheret dan melayang dibawa angin.
Aku terapung-apung seperti burung terbang bebas. Mula-mula aku amat takut dengan kejadian yang ganjil itu. Lalu aku cuba bertahan di segenap sudut dan palang pintu. Angin semakin bergerak kencang dan aku tidak dapat bertahan lebih lama. Aku terhumban keluar dari jendela lalu melayang ke angkasa luas.
Aku melolong-lolong meminta tolong, tetapi launganku itu tenggelam jauh ditelan bunyi nada lagu Puteri Santubong yang seakan-akan memecah ruang angkasa. Sebelum menyusup ke dalam awan yang putih bersih aku sempat mengucap selmat tinggal sambil melambai-lambaikan tangan ke arah kamar 1101 Santubong Resort itu.
Kini aku terbang melayang-layang seperti burung tanpa sebarang gangguan. Sedikit demi sedikit aku melungsur laju menembusi awan kelabu. Aku amat gembira kerana boleh terbang jauh. Sedikitpun aku tidak berasa penat dan letih. Nada lagu Puteri Santubong yang sungguh manakjubkan itu terus mengiringi aku dengan bunyinya yang pilu dan sedih.
Sejurus kemudian suasana alam bertukar cerah. Aku tidak menduga bahawa aku sudah pun sampai di sebuah tempat yang sungguh mengkagumkan. Di lebuh raya yang bersimpang siur keadaannya amat menyeramkan. Aku berada di tengah-tengah persimpangan seorang diri.
Aku tidak tahu arah mana harus dituju. Sejak sampai di situ tidak ada seorang insan pun datang menemuiku. Aku langsung tidak tahu berbuat apa- apa selain menunggu apa saja kemungkinan yang akan berlaku.
Akhirnya, aku bergerak perlahan menuju arah suatu tempat. Di situ aku berdiri tercegat sambil membaca perkataan yang tertulis di setiap lapisan papan tanda yang sedia terpampang di sebatang tiang yang besar: Amerika, Australia, London, France, Eropah, Afrika, Timur Tengah, China, Russia, Pakistan, India, Iran, Iraq, Mesir, Turkey dan Algeria. Di samping nama- nama negara itu terdapat pula nama-nama tempatan: Santubong, Sejinjang, Sejingkat, Kelambu Lang, Pulau Kera, Pulau Lake, Pulau Sampadi, Pulau Talang-Talang.
Sebelum memilih nama-nama tempat yang hendak dituju aku terpaksa berehat sebentar untuk membuat keputusan. Aku tidak mahu ke London kerana aku sudah lama berada di situ ketika menuntut sebagai pelajar Perancangan dan Kemajuan Bandaraya. Aku memilih ke Santubong kerana mahu balik semula ke tempat asal dan kampung halaman yang dicintai. Aku mahu balik ke Santubong segera!
Aku berteriak semahu hatiku. Teriakan itu sungguh mencabar bunyinya. Belum pun habis bunyi laungan itu menghilang wanita-wanita jelita yang tidak terkira ramainya muncul di hadapanku. Mereka mengucapkan selamat datang kepadaku dan mengajak aku pergi bersama mereka ke Santubong. Beberapa orang yang berpakaian mengancam serba putih seperti diriku masing-masing mahu membimbing tanganku. Apabila aku tidak membenarkan, mereka pun segera beredar ke belakang. Setelah berada dalam kedudukan yang dikehendaki kami pun terbang beramai-ramai di udara. Semuanya kelihatan gembira. Ada yang terbang tinggi, ada yang terbang sederhana dan ada yang terbang rendah. Kami bersorak-sorai sambil menyanyi lagu Puteri Santubong.
Akhirnya sampailah kami di sebuah kota raya yang tersergam indah. Tidak pernah kulihat tempat yang seindah kota raya itu. Bangunannya tinggi mencakar langit. Semuanya diperbuat daripada bahan kaca dan cermin. Penduduknya ramai dan padat. Pada mulanya aku ingin juga menjejak kaki di tempat itu, tetapi gadis-gadis jelita yang terbang bersamaku tidak mahu berhenti. Sebaliknya aku terus dibawa ke sebuah gunung yang tinggi. Di puncak gunung itu aku nampak ada sebuah istana yang tersergam indah. Apabila kami sampai di hadapan istana itu aku dan beberapa orang gadis jelita tadi dibenarkan masuk oleh pengawal.
Ketika melangkah masuk ke dalam istana aku seolah-olah merasakan wajahku semakin berseri-seri daripada biasa. Hanya beberapa langkah saja aku ditemani oleh gadis-gadis jelita tadi. Selepas itu aku dibiarkan berjalan seorang. Nada irama lagu Puteri Santubong terus mengiringi langkahku.
Semakin jauh aku berada di dalam istana itu semakin bertambah ngeri pula rasa di hatiku. Istana itu mempunyai lebih kurang dua atau tiga puluh menara semuanya. Tingginya tidak kurang daripada tujuh tingkat. Di tingkat bawah aku menempuhi banyak cabaran dan ujian. Bermacam-macam jenis ular ada di mana-mana. Ada ular kecil, ada ular besar, ada ular pendek, ada ular panjang. Semua ular itu cuba menggigit aku. Di tingkat dua banyak terdapat lipan dan kala merayap-rayap laju menuju ke arahku. Eeeee! Geli aku melihatnya. Aku terpaksa berteriak.
Di tingkat tiga sarang labah-labah terdapat di sana-sini sehingga menghalang laluan menuju ke tingkat atas. Katak banyak terdapat di tingkat empat. Bermacam-macam jenis semut terdapat di tingkat lima. Di tingkat enam ada kelawar dan burung bermacam-macam jenis dan rupa. Semuanya berukuran sebesar kepala manusia.
Apabila sampai di tingkat tujuh barulah lega sedikit rasa di hatiku. Di kawasan itu suasananya aman dan tenteram. Kalau boleh aku mahu tinggal lebih lama di situ. Terdapat puluhan kamar yang besar-besar di tingkat itu. Masuk kamar ini, keluar kamar itu. Masuk kamar itu keluar kamar ini dan seterusnya masuk kamar keluar kamar tidak berhenti-henti. Aku mengeluh panjang, tetapi masih boleh bersabar. Mujurlah aku berjaya sampai di kamar yang penghabisan. Di situ aku ternampak seorang wanita yang amat cantik paras wajahnya. Dia sedang berbaring di atas katil yang diperbuat daripada batu permata yang bergemerlapan memancar-memancar seperti bintang kecil. Katil yang diperbuat daripada batu permata itu ditutup dengan kain kasar warna kekuningan diperbuat daripada benang sutera emas yang halus dan lembut. Wanita itu memakai mahkota yang membuat dirinya semakin cantik apabila dipandang dari dekat. Dia sedang nyenyak tidur.
Apabila sampai di hadapan katil aku pun terus memberi salam sambil menyanyikan lagu Puteri Santubong. Apabila mendengar irama lagu itu, wanita itu pun tiba-tiba bergerak perlahan-lahan. Dia menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan sambil tangannya merayap-rayap mencari sesuatu yang mungkin tersimpan di sisinya. Sejurus kemudian dia pun terjaga. Dia bangun dan melangkah keluar dari katilnya.
Kemudian dia menghampiri perlahan-lahan. Dia segera mengunjuk tangan semacam mahu bersalaman. Untuk lebih menghormatinya, aku sambut tangannya sambil berlutut dan membongkokkan kepala. Kemudian aku mengangkat kepala sedikit untuk memerhati wajahnya dengan lebih jelas. Sebaliknya dia memandang pula kepadaku. Dia merenung lama mahkota yang tersisip di kepalaku. Aku pula merenung tajam mahkota yang ada tersisip di kepalanya. Aku yakin mahkota itu tentu lebih mahal dan pasti tidak dapat dinilai harganya.
Senyuman wanita itu sungguh lembut sehingga membuat aku terpesona. Bagaimanapun, aku masih takut untuk memulakan perbualan kerana menunggu reaksi daripadanya.
Dia memandang balik kepadaku sambil tersenyum: "Sayalah Puteri Santubong..." katanya.
"Kalau anda Puteri Santubong...jadi aku siapa?" Tanyaku sedih.
"Anda adalah anda! Anda bukannya Puteri Santubong."
"Kalau saya bukan Puteri Santubong seperti yang anda anggapkan, jadi mengapa pula saya boleh berada di sini bersama anda?"
"Anda hanyalah tetamu yang sangat bertuah kerana terpilih memenangi warisan gelaran Puteri Santubong. Sebaliknya saya tidak akan mengundang walau sesiapapun jika tidak patuh kepada sumpah dan janji. Oleh kerana anda sanggup bersusah payah dan berusaha untuk menemui saya dengan sebuah mahkota palsu itu, maka permintaan anda diterima tanpa sebarang syarat. Setakat hari ini anda adalah seorang insan yang berazam mahu mendapatkan mahkota Puteri Santubong. Tetapi sekarang belum sampai masanya untuk penduduk kota raya Santubong memilikinya."
"Bagaimana pula dengan mahkota yang saya pakai ini? Sedangkan harganya mahal juga. Dan mahkota ini bukan sembarangan. Ia ditempah oleh perasaan, hati dan fikiran orang ramai yang mahu menghidupkan semula warisan dan legenda Puteri Santubong yang kian menjadi popular."
"Walaupun mahkota itu mahal, tetapi itu hanya di tempat anda. Di tempat kami mahkota itu tidak bermutu. Mahkota anda tidaklah semahal mahkota Puteri Santubong. Mahkota kami nilainya sebuah istana dan sebuah gunung Santubong. Kerana anda berjaya menghadapi cabaran dan ujian yang amat getir dengan mahkota palsu itu, maka kami ingin menghadiahkan anda dengan satu pakej pelancongan untuk melawat seluruh kawasan pergunungan dan
"Kalau begitu, terima kasih Puteri Santubong. Saya rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan hadiah itu. Di tempat kami pun kami menggalakkan orang melancong. Faedah melancong memang banyak."
"Baiklah! Sebentar lagi kita akan mulakan lawatan."
Selepas meninggalkan pesan Puteri Santubong pun bergerak beberapa langkah menuju ke kamar peraduannya. Sejurus kemudian dia pun keluar membawa bersamanya sebatang tongkat emas yang berkepala bintang bercahaya- cahaya memancar di hujungnya.
"Tentulah tongkat itu mempunyai kuasa sakti," fikirku. Aku ikut saja ke mana aku dibawa. Kami berpegang tangan dan bergandingan bersama-sama terbang menjelajah beberapa tempat yang dianggap istimewa dan mengkagumkan. Aku sungguh tertarik dapat melihat sendiri tempat-tempat seperti Santubong, Sejinjang, Sejingkat, Kelambu Lang, Pulau Kera dan Batu Buaya. Aku tidak ada pilihan lain, tetapi menurut saja kata-kata Puteri Santubong. Aku berasa sungguh seronok ketika terapung-apung di udara.
Perjalanan dari satu pulau ke pulau yang lain dan dari satu tempat ke tempat yang lain ada banyak caranya. Dari Gunung Santubong menuju ke Gunung Sejinjang, Gunung Sejingkat, Gunung Gading, Gunung Serapi dan berpatah balik ke Pulau Talang-Talang, Pulau Sampadi, Pulau Lake dan Pulau Kera semuanya menggunakan kereta kebel.
Apabila di dasar laut perjalanannya banyak menggunakan perahu layar, `hovercraft' dan kapal biasa. Tempat-tempat itu seperti dipenuhi tumbuhan cendawan. Setiap pulau dan gunung penuh dengan bangunan pencakar langit. Ramai pengunjung datang ke Pulau Kera dan tidak kurang pula yang berehat di Batu Buaya sambil berbaring dan mandi-manda.
Kami berada agak lama di Kelambu Lang. Di situ ada dua ekor naga raksasa yang nyenyak tidur. Di tempat yang bernama Susur Naga terdapat gemala naga, gemala ular, katil emas, kerusi emas dan bermacam-macam lagi. Ada Jin Alfred tinggal di situ, berjawatan sebagai Penghulu. Aku semacam kurang yakin apabila melihat pembangunan yang begitu canggih. Kalau keadaan seperti itu benar-benar sudah wujud, mereka sudah 30 tahun lebih awal maju daripada wawasan.
Sambil bergerak perlahan-lahan di udara aku sempat membuat draf reka bentuk yang terdapat di semua tempat yang telah aku lawati. Puteri Santubong melarang aku membuat sebarang lukisan dan lakaran mengenai kota raya mereka. Aku tidak mempedulikan bantahan itu, sebaliknya terus membuat kerja yang ditegahnya itu. Puteri Santubong menjadi amat marah. Dia pun segera mengangkat tongkat dan menunjuk terus ke arahku. Tiba-tiba aku seperti tidak sedarkan diri. Beberapa saat kemudian aku merasakan diriku tercampak jauh dari sebuah tempat yang tinggi.
Aku terkepul-kepul di angkasa, sebentar menjunam sebentar menyusur ke dalam awan yang berkabus tebal. Sebentar kemudian aku mendapati diriku berada semula di atas katil dalam kamar 1101 di Santubong Resort. Aku sungguh hairan dengan perjalanan yang begitu banyak menimbulkan tanda tanya di kepalaku. Alangkah seronoknya jika aku dapat melancong sekali lagi ke tempat yang begitu mempesonakan.
Aku segera bangun dan terus mendapatkan sekeping kertas serta sebatang pena dari dalam laci meja solek. Aku hendak membuat draf dan melukiskan semua pemandangan serta bangunan yang telah kusaksikan dengan mata kepala sendiri sebelum semuanya hilang dari ingatan. Mujurlah, apa yang aku nampak dan lihat itu sempat kusalin dalam bentuk draf dan lukisan.
Kira-kira pada pukul sembilan pagi Pengurus Peraduan Puteri Santubong tiba-tiba datang ke kamarku. Dia meminta supaya aku bersiap-siap kerana beberapa wartawan dari dalam dan luar negeri sedang menunggu di bilik khas untuk menemubual aku. Aku berasa sungguh petah bercakap dan menjawab beberapa soalan yang diajukan kepadaku. Mungkin kerana segala pengalaman itu telah kuperolehi semasa bersama-sama Puteri Santubong, tetapi segala- galanya adalah rahsia yang harus kusimpan. Bagiku segala jawapan yang diberi hendaklah memuaskan. Umpamanya, salah satu jawapan yang diberi adalah seperti berikut:
Di samping berjaya memenangi Peraduan Puteri Santubong dan menerima mahkota yang begitu mahal aku juga telah dapat banyak ilham mengenai kedudukan yang sebenar bagi kawasan sebelah sini.
Apabila ditanya lagi oleh beberapa orang wartawan aku tersenyum dan tiba-tiba menjawab secara nakal dan berseloroh:
Mungkin mahkota Puteri Santubong ini akan saya jual untuk menambah modal bagi membuka sebuah tempat peranginan yang istimewa di puncak Gunung Santubong. Untuk permulaan, biarlah saya bermula dengan ongkos yang kecil. Nanti, kalau usahanya sudah membesar dan modalnya sudah bertambah, mungkin urusan itu akan dibuat dengan cara yang lebih serius lagi...
Sebaik saja aku berhenti kedengaranlah ketawa yang amat gamat. Bunyinya riuh-rendah seakan-akan memecah suasana dewan yang sepi itu. Aku menjadi emosional mendengar mereka mentertawakan diriku.
"Hey! Cakap saya bukanlah olok-olok, tau! Mungkin suatu hari nanti kamu boleh lihat dan kamu boleh tulis di dalam surat khabar masing-masing apa yang akan berlaku di rantau sebelah sini. Saya yakin pihak berkuasa akan bersetuju dengan draf pembangunan yang mungkin saya sendiri akan sediakan. Katakan boleh! Perkara semacam itu tidak mustahil. Saya ada memiliki ijazah dalam Perancangan dan Pembangunan Kotaraya, Kota Metropolis dan Bandar Satelit. Sebab itulah saya berani cakapkan di sini. Memanglah cita- cita saya mahu melangkah ke era wawasan."
IV
Suasana dewan yang riuh-rendah dengan ketawa tiba-tiba menjadi sepi semula. Pemberita yang hadir dalam majlis itu masing-masing berubah mood. Mereka tidak lagi ketawa, tetapi kelihatan serius. Setiap kata Norisa dicatat dan dirakam untuk dijadikan bahan hangat dalam akhbar keluaran pagi berikutnya.

No comments:
Post a Comment