Oleh Abang Adeni Abang Jol
MATAHARI sudah meninggi. Suasana di sekitar kawasan itu lengang. Bunyi kicauan burung memecah kesunyian. Nun di jauhan, sayup kedengaran bunyi enjin kenderaan meluncur laju di jalan raya. Tempat begini memang digemari oleh pencinta alam.
Tidak jauh dari rumah batu yang terbiar ada sebatang sungai, airnya sejuk dan jernih. Batu-batan yang berwarna kekuningan dan kehitaman di dasarnya amat menarik dipandang. Rumah batu itu dijadikan gelanggang perjudian haram. Ramai yang mencuba nasib dalam pertaruhan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Begitu juga halnya dengan mereka yang bergantung pada nasib.
Petang itu, pertarungan dijangka sengit. Dua orang jaguh akan menurunkan `pendekar' yang sudah cukup terlatih. Ah Meng menurunkan `pendekar kumbang hitam', manakala Tim Boon pula menurunkan `pendekar swallow'. Hampir lapan puluh peratus berpihak kepada `kumbang hitam' kerana sudah dua kali menang. Ketangkasan `pendekar swallow' belum diketahui oleh pengemar pertandingan itu.
Gumpalan asap rokok sesekali menutupi pandangan terus ke tengah gelanggang. Bagi mereka yang tidak merokok berdengkus hidung terhidu bau asap rokok. Kerana sudah ketagihan candu judi perkara itu dianggap tiada kesan sampingan.
Kedua-dua pendekar sudah siap dilepaskan. Pengadil tidak rasmi menerangkan syarat pertandingan. Sekiranya salah satu syarat ditetapkan dilanggar, pendekarnya diumumkan kalah. Di tepi empat penjuru gelanggang penonton berteriak. Mereka mahu pertandingan dijalankan secepat mungkin. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak melihat pendekar yang handal.
"Siapa mahu angkat gua punya duit! Sini mari! Gua pilih kumbang hitam! Gua kasi sepuluh dua! Sepuluh dua! Mari! Mari!" Masih ada juga mereka yang mencari pencabar untuk menerima cabaran.
"Kumbang hitam sangat handallah, kawan! Sepuluh empat bolehlah! Amacam, mau tak?" Sahut pihak yang mahu menerima cabaran menetapkan suatu pertaruhan empat kali ganda. Kalau sudah gian candu judi dan diramalkan boleh menang, lima kali ganda pertaruhan pun sanggup diterima. Masing- masing mempunyai ramalan sendiri.
Pengadil tidak rasmi yang berbadan sasar dan bermisai jarang memulakan perlawanan. Dia dibayar gaji RM100 dalam sekali perlawanan. Rumah batu yang lantainya dipenuhi tahi kelawar semakin gamat dipanah oleh suara mereka yang berkumpul untuk menyaksikan perlawanan yang dianggap memberi saham berlipat ganda seandainya menang.
"Serang kumbang hitam! Lanyak kepala dia sampai lebam! Lompat! Elak! Awas, kumbang hitam! Lanyak kuat-kuat!" Ah Meng begitu asyik dan bersuara lantang memberi perangsang kepada jagoan harapannya.
"Terkam! Lawan sampai mati! Jangan cuak! Jangan mati langkah! Terus mara! Alamakkk! Sial punya pendekar. Tak boleh harap!" Tim Boon yang sedaya upaya memberi semangat kepada jaguh tambatannya tidak berhasil. Ternyata kumbang hitam bukan lawannya. Tim Boon pulang kehampaan. Kalah begitu banyak. Namun semangatnya masih kuat untuk membawa pendekarnya yang lain.
Ah Meng begitu gembira meraya kemenangan buat kali ketiga. Dia pulang dengan saku berisi seribu dua. Itulah impian setiap mereka yang terbabit.
Minggu hadapan sudah ada pendekar lain yang hendak menentang kumbang hitam. Ah Meng belum memberi keputusan sama ada kumbang hitam akan diturunkan. Terpulang kepada Zainal, pembantunya, memilih pendekar yang akan diturunkan.
"Ini pasti budak Melayu itu pakai jampi!" Bisik hati Tim Boon ketika perjalanan pulang. Tim Boon mencurigai Zainal melakukan sesuatu yang membolehkan pendekar Ah Meng mengalahkan pendekarnya tiga kali berturut- turut.
Keadaan rumah batu lengang semula setelah semua penggemar bergegas pulang. Sejak harga getah menjunam jatuh dan diikuti harga lada mengalami keadaan yang sama, pemilik rumah berkenaan beralih kepada profesion pembalakan. Tidak hairanlah pada pandangan mata kasar, kaum Tiong Hua lebih kehadapan kalau dibandingkan dengan Bumiputera. Mereka lebih berani menongkah pancaroba. Tinggallah pokok-pokok getah dikalungi pokok temidin yang memanjat seberapa tinggi.
Setiap kali sampai di rumah, Ah Meng terus duduk di kerusi panjang. Kadang-kadang menereluh di situ beberapa waktu. Acapkali batang rokok yang dihisapnya terlepas dari bibir tebalnya kerana terlelap tidur. Tabiat seperti itu amat sukar diubah. Beberapa helai kemeja T yang dipakainya berlubang kecil akibat terkena api rokok.
Sejak akhir-akhir ini perangainya luar biasa, asyik marah kalau ditegur. Ah Meng lebih mementingkan pendekar belaannya daripada masalah keluarga. Anak sulungnya sudah lama terlantar di rumah sakit. Membantu isterinya di kedai jahit jauh sekali. Candu judi sudah melekat dalam tubuhnya, amat payah diubati.
"Ah Meng! Rokok awak jatuh tu. Kalau ngantuk sangat, tidur saja dalam bilik. Hidup kita dapat susah nanti, kalau awak asyik main judi setiap hari." Nasihat Mary Ann, isterinya.
"Ahhh! Awak mana tau. Aku menang lagi! Pendekar aku jaguh! Aku menang besar!" Balas Ah Meng yang membujur di atas bangku panjang.
"Ini bulan kita terima banyak tempahan. Kalau awak dapat bantu, ringan beban aku di kedai. Menjenguk Su Lian di rumah sakit pun awak tak ada masa. Tak kasihankah awak dengan dia?" Pujuk Mary Ann bernada sedih.
"Ehhh! Kan aku dah kata. Tak cukup orang gaji tambah lagi! Jangan kacau aku, aku nak relaks. Kejap lagi aku nak bagi pendekar makan." Jawab Ah Meng seperti marah dengan suara meninggi. Mary Ann tetap juga memujuk barangkali Ah Meng dapat membantu barang dua tiga hari.
"Ah Meng, besok aku nak ajak awak tengok Su Lian. Hari-hari dia tanya awak. Aku selalu bilang awak sibuk. Aku tak mahu membohongi dia lagi." Pujukan Mary Ann lagi, tetapi Ah Meng memejamkan mata seperti hendak tidur.
"Ayooo! Kau tak reti cakap ke? Aku cakap tak ada masa, tak ada masalah. Ini minggu aku mahu taruh besar! Aku mahu jaga dan latih pendekar cukup- cukup. Sudah. Cakap saja sama Su Lian apa yang dapat bikin hati dia senang." Tempelak Ah Meng.
"Nampaknya you lebih sayang pendekar jahanam tu dari anak kita." Balas Mary Ann dengan suara pilu.
"Cisss! Berani kau cakap macam itu! Kau tu jahanam! Anak tepi jalan!" Gertak Ah Meng garang. Satu tamparan kuat singgah di pipi gebu Mary Ann. Ah Meng mengusir Mary Ann. Jasa bakti Mary Ann selama mereka menjadi suami-isteri tidak dikenang oleh Ah Meng yang seperti singa lapar membaham mangsa. Ah Meng lebih mementingkan judi yang tidak menjamin masa hadapannya.
Orang gaji mereka mendengar dari dapur perbalahan yang dianggap serius. Orang gajinya membatal kehendak ibu bapanya yang ingin menjodohkan dia dengan sepupunya. Ketidaksefahaman dalam rumah tangga majikannya membuat orang gaji itu memilih hidup membujang sampai ke tua. Isteri yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi seperti Mary Ann sepatutnya tidak menjadi mangsa lelaki bengis.
Seperti lipas kudung Mary Ann menghayun langkahnya menuju ke kereta. Air matanya menitis membasahi pipi. Kereta dipandunya meluncur laju. Mary Ann menuju ke hospital. Su Lian menunggu kedatangannya. Selepas itu menuju ke kedai jahitnya.
"Kau tu jahanam! Anak tepi jalan!" Ingatan Mary Ann pada kata-kata kesat tadi. Pertengkaran di rumah tadi masih mengocak mindanya. Anaknya yang terlantar di rumah sakit perlu penjagaan dan kasih sayang, sekurang- kurangnya dapat juga meringankan kesakitan yang dihidapi. Walaupun begitu, dia tetap berusaha juga menasihati suaminya, walaupun membahayakan dirinya.
Ah Meng masih megah akan kebolehan pendekar belaannya yang menguntungkan. Ah Meng tidak menggunakan duit kedai untuk membuat pertaruhan sampai RM1,000 dalam sekali perlawanan. Kalau sudah tiba gilirannya yang tewas berkali-kali, mahu tidak mahu duit kedai jadi sasaran.
Walaupun kesat sekali tuduhan Ah Meng padanya, dia berusaha menyelesaikan masalah. Dia akan berunding dengan suaminya.
Ah Meng sudah kecanduan judi. Kemenangan demi kemenangan menggalakkan minatnya condong ke arah itu. Mary Ann tidak menyalahkan sesiapa walaupun hubungan Ah Meng terlalu akrab dengan Zainal - seperti abang dengan adik. Zainal dibayar upah untuk menjaga dan melatih pendekarnya.
Mary Ann lewat pulang. Dalam perjalanan pulang, perselisihan faham dengan Ah Meng bermain di benaknya. Tidak diduganya sama sekali Ah Meng bertindak sekasar itu.
Setiba di halaman rumah, pembantu menyongsongnya untuk mengambil barang yang perlu dibawa, jika ada.
"Ah Meng ada di rumah ke?" Tanya Mary Ann perlahan.
"Dia keluar sama Zainal." Balas pembantu rumahnya.
"Su Lian macam mana, Puan?" Tanya pembantu rumah.
"Masih macam tu jugak. Tipis harapan nak sembuh." Balas Mary Ann hiba. Pembantu rumahnya menangis teresak-esak mengenang akan nasib anak majikannya yang menghidap penyakit jantung berlubang.
"Lepas makan malam nanti, kita sama-sama jenguk Su Lian di rumah sakit, ya." Pujukan Mary Ann pada pembantu rumahnya yang asyik bersedih.
"Buat apa dibawa ke rumah, bukannya rumah ini boleh menyembuhkan penyakit anak awak tu. Buang masa aku saja!" Ingat Mary Ann akan kata-kata Ah Meng semasa Mary Ann hendak membawa Su Lian balik ke rumah. Ah Meng membantah keras. Mary Ann menuruti kehendak suaminya, tidak baik bergaduh dan bertengkar ketika dalam kesusahan. Sial.
Rumah banglo mempunyai empat bilik tidur, satu ruang tamu cukup besar dan istimewa, bilik dapur dipasang jubin buatan Italy dan setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi berserta tandas. Manakala halamannya dihiasi bunga yang berbagai-bagai jenis. Bonsai dan bunga orkid mengindahkan lagi halaman rumah mereka. Rumah itu juga mempunyai sebuah stor, di situlah tempat Ah Meng membela pendekarnya.
Dalam seminggu ini, Ah Meng tidur dalam stor sempit itu bersama dengan pendekar kesayangannya. Kasih sayangnya dicurahkan pada pendekar belaannya. Bau hanyir dalam stor itu tidak dihiraukan, malah sudah serasi dengannya.
Mary Ann masuk ke bilik tidur. Tatkala menyandarkan badan di kepala katil, dia merenung gambar pengantin yang tersangkut di dinding. Kemudian mengalih pandangannya pada gambar Su Lian, ketika dia berusia tiga tahun lebih. Berbagai-bagai tanggapan mengenai masa hadapan Su Lian.
"Mama sayang Su Lian tak? Su Lian tak mahu mati dulu, Mama! Su Lian mau bantu Mama di kedai!" Kata-kata Su Lian petang semalam seperti alamat tidak baik. Su Lian seperti tahu bapanya tidak membantu emaknya di kedai.
"Tuk! Tuk! Tuk!"
"Puan dah siap ke?" Tanya pembantunya.
"Maaf. Aku terlena. Tunggu sekejap!"
Mary Ann dengan cepat berpakaian dan menyikat rambutnya. Selesai berserapan mereka berdua tidak berlengah lagi ke hospital. Pintu belakang dan tingkap semuanya sudah ditutup pembantunya terlebih dahulu. Anjing peliharaannya dilepaskan oleh pembantunya untuk mengawal rumah semasa ketiadaan mereka. Ah Meng entah pulang atau tidak.
"Tingkap dah kau tutup semuanya?"
"Dah Puan." Jawab pembantu rumah.
"Ada baiknya Su Lian dibawa ke rumah aje, Puan. Lagi pun tahun baru dah dekat. Boleh kan?" Celah pembantunya. Mary Ann belum menjawab. Pandangannya tertumpu pada jalan raya.
"Bapa Su Lian tak membenarkan! Dulu-dulu lagi aku dah cadangkan." Jelas Mary Ann geram.
"Ini mesti bahana pendekar," bisik dalam hati pembantu rumahnya.
Mary Ann bukan menghalang Ah Meng berjudi dan berlaga ikan yang jadi kegemarannya itu. Tanggungjawab kepada keluarga perlu dititikberatkan. Sebagai seorang suami yang memimpin sebuah rumahtangga ke arah kebahagiaan bukan mudah seperti disangkakan. Sekiranya jalan sehaluan belum tercapai amat tipis baginya hendak membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Sebaik keluar dari kereta itu, kakinya terasa kaku hendak berjalan.
"Puan kejang otot ke?" Tanya pembantu rumahnya lembut.
"Tidak...cuma perasaan aku kurang sedap." Balas Mary Ann dengan nada yang sedih. Sesampai di katil Su Lian, Su Lian tidak ada di situ. Su Lian baru dimasukkan ke wad kecemasan.
Mereka berkejar ke wad kecemasan. Tidak sampai lima minit, mereka berdua sudah sampai ke situ. Tiada sesiapapun dibenarkan masuk kecuali yang bertugas. Mary Ann semakin gelisah. Matanya yang sedikit merah kerana sangkaannya, Su Lian tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Sudah banyak kali dimasukkan ke wad kecemasan. Tubuhnya yang montel dan berkulit cerah, rambut bertocang kemas. Matanya yang lembut itu nampak layu dan gusar akan nasib yang menimpa keluarganya.
"Macam mana anak saya, doktor?" Tanya Mary Ann kepada doktor yang keluar dari wad itu. Doktor itu memujuk Mary Ann supaya bersabar. Mary Ann tidak dapat mengawal perasaan sedihnya. Dia menangis sekuat hati. Su Lian sudah dipindahkan ke dalam rumah mayat. Dalam keadaan kelam kabut, terfikir juga oleh Mary Ann, menghubungi abangnya yang tua melalui telefon. Diserahkannya pada abangnya menjemput ibu dan ayahnya yang terpaksa menggunakan jalan sungai ke tempat mereka. Keluarga sebelah Ah Meng, senang dihubungi kerana berada setempat dengan mereka. Ah Meng saja susah dikesan, kata kawannya dia sudah balik bersama dengan budak Melayu.
Akhirnya Mary Ann dan pembantu rumahnya cepat-cepat pulang, setelah masuk dalam kereta, menghidupkan enjin kereta lalu meluncur laju. Bentuk bulan di dada langit yang terang benderang, memancarkan cahaya kilauannya pada daun-daun pokok palm yang berjajar-jajar di tepi jalan. Tetapi, kini perasaan Mary Ann bertukar menjadi berani memandu laju, dan tidak memikirkan persoalan yang ada kaitan dengan urusan di kedai. Pembantu rumahnya tidak boleh berbuat apa-apa, sekadar duduk menahan kepiluan di padanya. Tidak ada siapa yang boleh membantunya, mujurlah pembantu rumahnya ada menemani. Mary Ann rasa menyesal kerana tidak sempat berjumpa dengan Su Lian.
Setibanya di rumah, anjing peliharaannya berbaris lurus seperti askar sedang berkawat. Tidak menyalak, dan duduk bertenggek sambil lidah terjelir keluar. Mary Ann berasa hairan, tingkah laku lima ekor anjingnya itu seperti tahu tuannya telah mati. Mary Ann bertambah sedih, melihat perangai anjing belaannya yang mempunyai perasaan seperti manusia.
Baru sejurus Mary Ann menyandarkan badannya di sofa, satu panggilan dari hospital memberitahu Ah Meng kemalangan, sudah dimasuk di wad kecemasan. Perasaan Mary Ann semakin bingung. Berserabut. Bermacam-macam musibah dan kecelakaan yang menimpa.
Mary Ann terpaksa pergi seorang diri ke hospital. Pembantu rumahnya disuruh menunggu rumah. Mary Ann memandu tidak laju dan tidak juga perlahan, yang pasti dia mesti sampai ke hospital dengan selamat. Kenderaan berbagai-bagai jenis, sudah berkurangan meluncur di jalan. Cahaya lampu yang berjajaran di tepi jalan, tetap menerangi jalan yang beraspal. Setelah sampai di hospital, dia bergegas ke wad kecemasan.
Tetapi dia terpaksa menunggu.
"Nyonya tunggu siapa?" Tanya Kelana.
"Suami...dia kemalangan." Jawab Mary Ann. Suaranya tersekat-sekat.
"Jadi! Awak isteri Ah Meng!" Celah Kelana. "Mmmm! Saya yang menelefon tadi. Zainal, anak saya bagi nombor pada saya. Zainal tidaklah seteruk Ah Meng, dia sudah dimasukkan ke wad biasa," jelas Kelana yang baru saja kenal dengan isteri Ah Meng.
Mereka berdua sama-sama menunggu Ah Meng di luar wad kecemasan. Waktu dia dimasukkan ke wad tadi, dalam keadaan tidak sedar dan banyak darah keluar dari tengkuknya.
Kelana dilawati rasa simpati melihat akan nasib Mary Ann, menjanda dalam usia masih muda, selalunya jadi porak-peranda seandainya suaminya menemui ajal. Sekaligus, hidup Zainal akan terumbang-ambing kerana keputusan kerja. Anak bini Zainal pun tidak sepudar hidupnya kini. Segala-galanya, bermain di kepala Kelana. Mary Ann masih tidak membocorkan kematian anaknya kepada ayah Zainal. Mungkin tidak perlu diberitahu.
Pintu bilik kecemasan terbuka, perasaan Mary Ann mendadak diamuk kegelisahan yang amat sangat. Perbualannya dengan ayah Zainal tertangguh. Mereka sama-sama berjalan mengiringi Ah Meng terbaring di atas kereta sorong, dalam keadaan tidak sedar. Suntikan ubat bius masih membuatnya lena. Mary Ann diselubungi keresahan dan kedukaan. Kematian anak sulungnya, membuat fikirannya sasau, tidak menentu - terasa tidak berpijak di bumi yang nyata.
"Haruskah dia diberitahu? Tidakkah menimbulkan kesulitan? Atau, masih ganas ke dia?"
Bermacam-macam soalan pemusnah bermain-main di benaknya. Sambil menggenyeh-genyeh matanya yang gatal dan sudah sedikit lebam, sudah berkali-kali terkuap-kuap. Namun, tetap bertahan selagi Ah Meng belum sedarkan diri. Mary Ann mengharapkan sesuatu, paling-paling dapat menyedarkan fikiran Ah Meng yang bongkak dan angkuh itu.
"Pendekar mana bawa tuah, Zainal? Ini kali, kita menang besar, Zainal! Kenapa kau diam, Zainal? Aku sudah janji, kali ini kita berdua enjoy! Enjoy!" Ah Meng baru hendak sedar, tetapi dia tidak tahu yang dia terlantar di rumah sakit. Ingatannya, belum pulih kerana ubat bius masih menghayalkannya. Ingatannya hanya pada hari yang dinanti-nantikannya, berlaga ikan mempengaruhi jiwanya hingga mengabaikan kewajipan rumahtangga.
Pelupok matanya sudah berkedip-kedip, perasaannya di awang-awangan. Aneh. Hairan. Kenapa dia berada di situ. Waktu bila Mary Ann berada di sampingnya. Kenapa tubuhnya terasa berat. Kenapa orang di sini semuanya bersedih. Mary Ann memegang tangan Ah Meng erat-erat, air jernih yang bergenang di pelupuk matanya jatuh setitik demi setitik ke dada Ah Meng. Kelana menghampiri ke arah mereka, dilihatnya Ah Meng sudah sedar walaupun masih dalam khayalan.
"Ke-la-na a-da di si-ni ju-ga?" Tanya Ah Meng tersekat-sekat. Kelana mengangguk-angguk kepala seperti orang Jepun menghadap Maharaja dalam cerita Shogun. Mary Ann sejak tadi, tidak bercakap-cakap. Barangkali mulutnya sudah tidak tahu apa yang harus diucapkan.
"Suuu-Li-annn, ma-na May?" Ah Meng sudah dapat mengingatkan anaknya yang telah lama terlantar di rumah sakit, sejak dimasuk ke rumah sakit, Ah Meng langsung tidak cukup masa untuk melawatnya. Mary Ann tidak dapat menjawab pertanyaan Ah Meng yang terlalu menyayatkan perasaannya. Ah Meng tercenggang. Mary Ann mengetap bibirnya. Dan, juraian air matanya makin cepat menitis. Kelana sekadar jadi pemerhati.
"Su Liannn ti-dak a-da la-giii!" Jelas Mary Ann yang tidak dapat mengawal perasaan hibanya. Ah Meng pun menghempas-hempas tubuhnya kerana kesal. Kaki kirinya menghalang dia untuk bertindak lebih ganas. Mulut Kelana kelihatan terkumat-kamit seperti membaca sesuatu.
Dengan izin Tuhan, Ah Meng kembali stabil. Dan, ditepuk-tepuk Kelana bahunya supaya tabah menerima ujian Tuhan. Informasi yang disampaikan oleh ayah Zainal menyelinap masuk ke ruang fikirannya. Ah Meng insaf. Dia memohon maaf kepada Mary Ann.

No comments:
Post a Comment