FIZA rakan baikku. Dia agak pendiam, itu jika kita tak kenal tapi ...
"Apa kena dengan kau nie Fiza? Jalan macam ular kena palu saja!"
"Tu ... hah, budak baru tu. Aku terpikatlah. Kau tahu Nisa sejak kali pertama aku terpandang wajahnya, jantungku berdegup kencang, bila malam wajahnya terbayang-bayang dan bila siang ...
"Sejak hari pertama pelajar lelaki baru di sekolah, aku terpaksa menahan telinga mendengar Fiza bersyair, bersajak penuh perasaan. Kadang-kala aku rasa tension. Tapi nak buat macam mana, dialah satu-satunya tempat aku meluahkan segala permasalahan.
Pagi itu, seperti biasa kami akan ke perpustakaan untuk mencari rujukan. Tiba-tiba, satu kejadian yang tidak dijangka terjadi.
"Eh ... maafkan saya, tak sengaja." Aku terlanggar budak baru tu. Fiza kebetulan ada di situ.
"Tak mengapa, Saya Eric ... awak?"
"Saya Nisa ... ni.."
"Saya Fiza, kawan baik dia. Kami sekelas." Fiza memotong percakapanku. Aku pelik sendirian. Kenapa Fiza ni, terlalu terburu-buru. Kalau ya pun sabarlah dulu. Sejak dari pertemuan pertama dengan Eric, Fiza semakin anggun cinta. Dan akulah tempat luahannya.
Suatu hari ... "Hai, Nisa termenung panjang nampak. Ni hah ada kad `special'," beritahu Hairi, rakan sekelasku.
"Ha ... siapa bagi?" Aku kehairanan seketika. Hairi hanya mengangkat bahu. Tersengih tiba-tiba.
Keesokan harinya di dalam lokerku terdapat kad seperti semalam. Cuma yang lainnya, ada bunga mawar merah sekuntum, wanginya ...
Fiza pula semakin sibuk dengan Ericnya. Setiap malam sebelum tidur akan menjadi rutin Fiza untuk bercerita mengenai Eric. Apabila terlalu kerap kali, aku berasa bosan dan mula merancang sesuatu. Kebetulan, Hairi yang sekarang merupakan sahabat baik Eric, menawarkan suatu idea.
"Nisa ... apa kata kau pikat Eric," cadangan Hairi memeranjatkan aku.
Aku hanya menjungkit bahu, meninggalkan Hairi yang masih terpinga-pinga. Tetapi, aku terfikir semula tawaran Hairi. Mungkin usaha aku mengalihkan perhatian Eric boleh melegakan telinga aku yang terpaksa mendengar Fiza melalut mengenai hubungannya dengan Eric saban waktu. Biar padan muka Fiza!
Dan Hairi pun mengatur pertemuannya dengan Eric.
"Hai ... Nisa ... ingat Eric lagi tak?" Dia memulakan bicara.
"Ingat sangat, orang yang digila-gilakan budak perempuan sekolah ni... betul tak?"
"Er ... Tak adalah mereka tu cuma kawan biasa saja," Eric agak kelam kabut.
Ketika itu, Fiza diheret Hairi melintasi aku dan Eric. Dia terpusing-pusing ke belakang, menoleh ... apa yang aku buat di situ. Pada ketika itulah, Eric memberiku sekuntum mawar merah dan sekeping kad biru yang amat kukenal. Jangan ... jangan ...
"Eric ... macam mana idea aku tadi ... bagus tak?" kata Hairi bangga, selepas itu.
Eric hanya mengangguk, kemudian menoleh ke arahku sambil tersenyum. Aku memandang tepat ke arah anak matanya. Bersinar ... seperti ada sesuatu tersembunyi yang tak dapat dikeluarkan.
Entah mengapa sejak itu, aku rasa selalu sangat nak jumpa Eric. Bila dah jumpa, tak tahu pula apa yang nak dikatakan. Adakah aku sudah mula meminatinya?
Fiza pula aku perhatikan sudah berubah. Dia mula selalu ponteng kelas. Tegur aku pun dah jarang sekali. Aku faham perasaannya tapi ....apa saja yang dapatku buat. Fiza ... aku tak berniat merampasnya, kau sendiri puncanya.
"Nisa, kau sibuk tak sekarang?" tanya Fiza pada suatu petang.
"Tak, kenapa?" Aku berpura-pura tak tahu.
"Kau couple dengan Eric ke?" Ada nada tajam di situ.
"Taklah,.. kami hanya kawan. Kalau ya, kenapa? Kau cemburu?"
"Macam mana perasaan kau merampas teman istimewa aku? Kau dah seronok... Sia-sia sahaja persahabatan kita selama ini..." Fiza bersuara sayu sambil terus meninggalkan aku.
"Hei, aku dengan Eric tak ada apa-apa. Jangan nak buat cerita," jeritku.
Tanpa aku sedari, air mataku mengalir deras. Satu-satunya teman suka duka aku pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Aku menjadi serba salah. Aku tersepit di antara dua insan yang amat kuperlukan. Sahabat atau ..
Suatu hari Fiza memberi aku sekeping kad `Selamat Hari Jadi' yang diselitkan kata-kata sindiran.
"Ke manakah persahabatan yang sejati selama ini? Kenapa muncul istilah kawan makan kawan?"
Aku rasa bersalah pada Fiza dan aku tahu jalan terbaik mengatasi segala-galanya ...
Eric ...
Masa ini mungkin Nisa dalam perjalanan ke `airport'. Maaf kerana tidak beritahu Eric bahawa Nisa akan pergi. Pergi jauh daripada Eric. Ini untuk kebahagiaan Eric juga kan ... Nisa harap Eric dapat lupakan Nisa. Janji ya. Segala kenangan manis kita tetap Nisa kenang. Ericlah insan pertama membuka pintu hati Nisa ... selamat tinggal ...
Eric kelihatan begitu kecewa ... air matanya mengalir ...

No comments:
Post a Comment