ENTAH mengapa sejak dua hari yang lalu tubuh badanku berasa lemah semacam dan kepalaku sakit bagai hendak pitam. Aku ingin memberitahu kepada emak tetapi emak selalu pulang lewat malam dan tidak mempunyai masa untuk melayan aku dan adikku Adam.
Aku tahu semenjak kematian arwah ayah lima tahun lalu, emak terpaksa bekerja keras untuk menyara kami berdua. Ayah meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah otak yang kronik. Selepas ayah meninggal, kami tiada lagi tempat bergantung.
Pagi itu aku bersekolah seperti biasa. Selepas bersarapan pagi aku dan Adam berjalan kaki ke sekolah. Jarak sekolah dari rumahku tidaklah jauh hanya beberapa meter saja. Semasa perhimpunan pagi, kepalaku berasa sangat sakit dan aku terus pengsan.
Aku tidak sedar apa yang berlaku. Sedar-sedar saja, aku sudah berada di hospital ditemani emak di sisi. Emak memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku berasa hairan lalu aku pun bertanya kepada emakku, "Mak apa yang telah berlaku kepada Sarah? Kenapa Sarah berada di hospital?" bertubi-tubi aku menyoal emakku.
Emak hanya diam membisu dan kelihatan air mata emak mengalir laju membasahi pipinya. "Sarah, mak memang tak menjangka yang Sarah akan menghidap penyakit yang sama macam ayah, mak memang terkejut apabila mendengar penjelasan daripada doktor tadi. Adakah ini dugaan yang kedua suara emak yang diselang-selikan dengan tangisannya.
Aku hanya terpaku mendengar penerangan daripada emak. Air mataku menitis. Lalu emak mendekatiku dan mengusap rambutku sambil memeluk tubuhku yang lemah ini.
Selepas dua bulan aku di rawat di hospital, penyakitku tidak juga sembuh, malah tubuhku menjadi semakin kurus. Emak sudah mula bekerja. Pada sebelah malam, emak menemani aku di hospital, manakala Adam dijaga oleh makcikku.
Kadangkala aku berasa peluangku untuk terus hidup amatlah tipis, tetapi oleh kerana kata-kata perangsang daripada emak, aku masih mampu mengharungi hari-hari yang mendatang. Pengorbanan emak menjaga aku tidak dapat aku balas. Emak terpaksa ke hulu ke hilir, entah apa yang emak buat, aku tidak tahu.
Malam ini, aku tidak dapat tidur. Aku hanya menutup kelopak mataku. Tiba-tiba aku mendengar bunyi tangisan "Siapa yang menangis tu?" aku bertanya di dalam hati. Oleh kerana perasaan ingin tahu yang kuat, aku membuka mata dan aku melihat emak menangis di satu sudut bilik wadku.
Aku sedih melihat emak berkeadaan begitu. Ingin saja aku mendekati emak dan memeluk tubuhnya tetapi aku tidak berdaya, memandangkan badanku dipenuhi jarum. Hatiku terguris dan pilu seketika dan tanpa aku sedari air mataku mengalir.
Sudah seminggu berlalu, aku masih terlantar di hospital. Hari ini ialah hari jadiku yang ke-16. Emak dan Adam membawa kek dan hadiah untukku. Aku berasa gembira sekali pada hari ini walaupun berada dalam keadaan sakit. Aku mencium dan memeluk tubuh emak dan Adam dengan erat sekali.
Entah mengapa aku dapat rasakan aku akan pergi jauh meninggalkan mereka berdua. Di dalam kegembiraan itu, kepalaku berasa teramat sakit. Seperti ada sesuatu benda tajam mencucuk-cucuk kepalaku. Aku memegang kepalaku sambil berkata "Aduh sakitnya, mak tolong Sarah mak."
Emak kelihatan terkejut lantas memanggil doktor. Emak memegang erat tanganku dan mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.
"Bertahan Sarah, mak pasti kamu akan selamat." Sayu kedengaran suara emak menenangkan aku. Aku memandang emak dan Adam. "Emak Sarah rasa Sarah tak dapat hidup dengan mak dan Adam, Sarah rasa sedih sangat tapi mak janganlah sedih kerana mak ada Adam." Aku memegang tangan Adam dan mak lantas mataku tertutup rapat meninggalkan dunia yang fana ini untuk selama-lamanya.
NOREEN BT AJANI
Damansara Perdana
Petaling Jaya, Selangor

No comments:
Post a Comment