AKU bersumpah untuk menunaikan janji ibu. Tangan ibu kuramas perlahan-lahan. Aku melihat ibu menutup matanya perlahan-lahan. Nafas ibu semakin reda dan perlahan-lahan genggaman yang tadinya erat menjadi renggang dan lesu.
Aku memerhati sekeliling rumah. Wajah suram adik-adikku, Angah, Alang, Achik dan Ucu menambahkan lagi luka di hatiku. Kukucup lembut wajah ibu yang tenang tanpa desas nafas itu. Jiran-jiran masih menangis dan meratap sayu. Aku cuma kaku dan membisu.
Bagaimanakah harus aku meneruskan perjalanan hidup yang penuh liku ini tanpa kehadiran seorang ibu? Adik-adik amat memerlukan aku dan aku belum bersedia untuk semua itu. Hidupku sendiri masih terumbang-ambing.
Kuteringat janjiku pada ibu. Hatiku resah dan pilu. Mampukah aku? Permintaan ibu itu benar-benar menghantui fikiranku. Siapakah tempatku untuk terus bergantung harap? Ayah? Ayah telah lama meninggalkan aku sekeluarga.
Aku melepaskan seketika pandanganku ke arah laut nan membiru di hadapanku. Hatiku berbunga riang dan tenang. Melihat arus deras, ombak yang setia memukul pantai, pohon nyiur yang melambai pengunjung dan kicauan burung-burung menghiburkan hati yang sunyi. Tiba-tiba ketenangan itu terusik.
"Lia mahu larikan diri daripada abang? Kenapa Lia?" Suara gemersik itu menerjah di cuping telingaku.
Suasana sunyi seketika. Aku memandang insan di hadapanku.
"Abang tetap abangmu, Lia walaupun kau masih menafikannya. Aku tetap darah dagingmu. Tiada yang dapat membezakan kita, Lia walaupun ibumu bukan ibuku. Lupakan apa yang terjadi dan anggaplah ini semua takdir Tuhan Yang Maha Esa."
"Lia, abang mampu untuk membantumu. Salahkah semua ini?"
"Lia sedar diri Lia, bang. Lia tidak layak menumpang kasih abang. Maafkan Lia, kerana menghampakan abang." Aku bersuara. Lelaki itu tersenyum kelat. Dia menggelengkan kepalanya.
"Janji ibumu bagaimana?"
"Cuba Lia kotakan!" Aku bersuara keras.
Sampai di rumah, aku terdengar suara esak tangisan Achik. Aku meluru mendapatkan Achik. Kupandang wajah Achik yang pucat. Kupeluk dan kupapah Achik keluar. Tiba-tiba Angah hadir bersama-sama Mak Cik Suriati. Apabila terpandang wajah Mak Cik Suriati, perasaan maluku menerjah tiba-tiba. Seringkali wanita tua ini hadir menghulur bantuan sehingga aku malu untuk meminta.
"Pulanglah ke universiti Lia. Kau harus terus belajar. Itu janjimu pada arwah ibumu dulu. Kau harus tunaikannya Lia. Belajarlah, sayang. Usiamu masih muda untuk hidup dalam keadaan begini." Kata-kata Mak Cik Suriati mengejutkanku. Aku teringat akan janjiku pada ibu dulu. Ya! Dua bulan yang lalu aku pernah berjanji untuk terus belajar pada arwah ibu. Kini, mampukah aku lunaskan segala-galanya dengan keadaanku yang begini?
"Achik memerlukan duit,makcik. Adik-adik juga. Wang persekolahan dan yuran, semuanya wang, makcik. Mana Lia mampu!" Aku bersuara lemah.
"Adik-adik biarlah makcik yang menjaganya. Kau teruskanlah belajar, Lia. Jangan kau kusutkan fikiranmu dengan masalah ini."
"Biarlah Lia fikirkan dulu, makcik." Aku memberi kata putus.Mak Cik Suriati terlalu baik terhadap aku dan keluarga. Sejak penceraian ayah dan ibu, dialah yang banyak membantu. Dorongannya tidak pernah kering untuk kami. Segala-galanya tidak dapat aku balas dan kutebus kembali.
Sesungguhnya aku masih lagi sangsi. Dapatkah kuteruskan pengajianku dalam keadaanku yang daif begini. Yuran universiti bukannya seringgit dua. Beratus ringgit. Buku-buku bukannya murah. Segala-galanya memerlukan wang yang banyak. Biasiswa yang diberi sekadar cukup untuk aku seorang. Adik-adik bagaimana? Di mana harus kulemparkan mereka? Semuanya memerlukan wang.
Kelmarin, sekali lagi abang datang menjenguk kami sekeluarga. Aku sedar maksud kehadirannya. Aku juga tahu aku amat memerlukan wang namun ibu mengajarku untuk tidak meminta dan mengemis simpati orang. Tapi apabila aku berfikir dan terus berfikir, salahkan aku menerima bantuan daripada seorang abang? Akhirnya kuterima jua walau dengan hati yang terpaksa. Semuanya demi adik-adik yang kusayang dan kukasihi.
Dan aku pun meneruskan pengajianku di universiti...
"Ibu, esok hari konvokesyen. Lia akan dapat ijazah, ibu. Lia akan bela nasib adik-adik dan keluarga nanti." Aku bersuara sayu sambil tanganku menyeka air mata yang kian lebat. Basah! Hatiku basah dengan kegembiraan. Jiwaku kuyup dengan kegirangan. Oh Tuhan!
NOORASYIKIN MUSA
SMK Pengkalan Chepa 1
Kota Bharu, Kelantan

No comments:
Post a Comment