"ARIANA, ini hadiah hari jadi untuk kamu, daripada.... Sharlyn," suara ibu Sharlyn, kedengaran begitu sayu, kolam matanya berkaca.
Terbit titis kegelisahan di wajah ibu Sharlyn. Ariana mula tertanya-tanya. Setiap kali hari jadinya, Sharlyn sendiri yang akan memberikannya hadiah. Dari tangan Sharlyn. Kenapa tidak hari ini?
"Sharlyn... sudah tiada, dia pergi meningalkan kita semua. Sharlyn... meninggal semalam."
Ariana terkedu. Kolam mata Ariana mula berkaca. Air mata bagai didesak untuk keluar. Akhirnya, bagai mutiara terputus dari rangkaian, gerimis sendu mula bercucuran. Persahabatan yang terbina 8 tahun lamanya berakhir dengan deraian air mata. Kali terakhir Ariana berjumpa dengan Sharlyn 10 hari yang lepas. Pertengkaran berlaku.
"Kenapa ni Ariana?"
"Kenapa Sharlyn tanya! Apa yang Sharlyn dah buat? Orang cakap macam-macam fasal Ariana. Semua hal Ariana, Sharlyn saja yang tahu. Sanggup Sharlyn beritahu orang lain dan memburuk-burukkan Ariana. Tergamak!!!"
"Apa maksud Ariana ni?" tanya Sharlyn yang masih tidak faham, inginkan kepastian.
"Apa Sharlyn tanya! Sia-sia saja persahabatan kita selama ni, hancur dalam sehari sahaja!"
Wajah Sharlyn terbayang di matanya. Sejak hari itu dia tidak bertemu lagi dengan Sharlyn. Bungkusan berwarna merah itu ditatapi, simpul pita dileraikan dan kertas pembalut jatuh ke tanah. Sebuah diari. Diari hati yang dirantai kegelisahan. Satu perasaan yang sukar dinyatakan tumbuh dalam jiwa Ariana. Ariana mula membelek diari Sharlyn.
13 April, Jumaat
Aku tidak sihat hari ini. Tetapi aku gembira berbual mesra dengan Ariana. Dia sahabatku. Aku mula teringat pertemuan pertamaku dengan Ariana. Waktu itu, akumengikuti satu seminar. Ariana kelihatan pendiam, tetapi ternyata sangkaanku meleset. Selepas pertemuan itu, aku mula rapat dengan Ariana. Ke mana sahaja aku pergi pasti ada Ariana. Begitu juga sebaliknya. Kini persahabatan kami sudah berusia 8 tahun. Hanya dia sahabatku yang sejati.
15 April, Ahad
Selepas makan malam, aku terus ke bilik untuk berehat. Entah mengapa akhir-akhir ini kepalaku terasa pening. Aku pengsan. Aku dikejarkan ke hospital oleh Papa dan Mama. Bila aku sedar, aku dalam pelukan Mama. Lama. Aku melirik ke arah Papa. Papa tersenyum. Tapi mata Papa! Mata tuanya tidak dapat menipu aku. Ada suatu rahsia yang ingin disembunyikan, dan aku perlu tahu. Kutatap mata Mama. Oh! Tuhan.... mata Mama penuh dengan air mata.
Aku semakin tidak mengerti. Papa pula memelukku tanpa berkata-kata. Lama, sehingga aku merasa sesak. Demi Allah, aku ingin mereka berterus-terang padaku. Dan setelah kudesak, akhirnya Mama bercerita juga. Ya.... Allah! Kanser tulang telah bersarang di tubuhku dan.... umurku!
Mama menangis tanpa henti. Tapi aku sudah tidak mampu untuk menangis lagi. Aku pasrah dengan apa yang aku deritai. Kini, yang ada padaku hanyalah penantian. Menunggu maut datang menjemput tiga bulan lagi! Aku tidak sanggup melihat kesedihan yang akan membalut Ariana kelak. Biarlah derita ini kusimpan sendirian.
5 Mei, Sabtu
Ariana mengajak aku keluar. Katanya, ada perkara yang perlu dibincangkan. Aku pergi ke tasik, tempat pertemuan biasa kami. Aku lihat Ariana sudah menunggu. Wajahnya kelihatan marah. Kami bertengkar. Aku tidak faham apa yang Ariana cakapkan. Kata-kata Ariana masih terngiang-ngiang di telingaku. "Sia-sia saja persahabatan kita selama ini, hancur dalam sehari sahaja!" Kata-katanya itu diakhiri dengan deraian air mata. Kata-kata Ariana amat menggigit tampuk hatiku.
8 Mei, Selasa
Ketika subuh yang bening, aku bangun dari kesyahduannya. Aku melangkah ke jendela. Aku membuka jendela itu perlahan-lahan. Angin segar menerjah masuk menyelimuti tubuhku. Suasana sekeliling aman, damai dan penuh syahdu. Sayup sayup kedengaran seruan azan meniti di udara dan menyentuh hatiku. Tiba-tiba air mataku menuruni pipi. Aku tidak mungkin akan mendengar seruan ini lagi. Sudah beberapa kali aku keluar masuk ke hospital. Ajalku semakin hampir. Aku sedar hidupku hanya akan tinggal kenangan bersama mama, papa dan Ariana.
9 Mei, Rabu
Aku pengsan lagi. Aku dikejarkan ke hospital. Apabila sedar, aku lihat doktor sedang bercakap-cakap dengan Papa dan Mama. Badanku terasa lemah. Aku memandang sejambakmawar di tepi katil. Aku tidak mungkin dapat melihat keindahan alam ciptaan-Nya lagi. Ingatanku pada Ariana semakin menular. Jiwaku meronta-ronta untuk menemuinya. Kulihat mata Papa merah. Mama dan Papa memelukku erat. Deraian air mata Papa dan Mama membasahi rambutku. Dahiku dikucup. Mutiara jernih mengalir di pipiku. Aku dibawa ke bilik pembedahan.
10 Mei, Khamis
Apa khabar Ariana? Sharlyn telah meminta Mama menyerahkan diari ini sebagai hadiah hari jadi yang terakhir daripada Sharlyn untuk Ariana. Sharlyn tidak mahu apa yang kita lalui hilang ditelan waktu. Semasa Ariana menerima hadiah ini, bererti Sharlyn sudah tiada. Kehidupan perlu diteruskan jua. Maafkan Sharlyn, pertengkaran kita pada hari itu adalah kerana fitnah semata-mata. Fitnah kawan-kawan yang cemburu melihat persahabatan kita. Semasa Ariana memutuskan perhubungan kita, seluruh kekuatan Sharlyn teragut bagaikan seorang kelasi yang diletihkan oleh ribuan pelayaran.
Diari Sharlyn ditutup. Kekesalan timbul di hati Ariana. "Maafkan Ariana," bibir Ariana mengungkap penyesalan.
NORHAFIZA AB MAJID
Kuala Terengganu

No comments:
Post a Comment