"MAMA rela Asrul, asalkan papamu bahagia," lemah bicara mama. Mama menyeka air matanya.
"Terlalu mudah mama menyerah," dingin dan sinis suara Asrul. Apakah mama tidak punya mata dan telinga untuk melihat hakikat? Hakikat yang menyakitkan, Asrul membuat kesimpulan.
"Asrul..." Mama membelai rambutnya. "Salahkah papa? Papa hanya ingin menunaikan janjinya."
"Walaupun Asrul menjadi korban?" Pantas bicara Asrul menetas kata-kata mama.
"Tidak mama, tidak," dalam sedu-sedan, Asrul kemudian menyambung bicara. Terlalu sukar rasanya, kesedihan yang merantai tubuhnya kini dirasakan semakin kuat mengcengkam.
Mama merenung gambar yang dibingkaikan. Hanya empat keluarga nukleus yang menggembirakan. Suaminya, Dato' Rahman berdiri di sebelahnya. Senyuman menawan Asrul di samping anak kandung mama sendiri, Intan Armisya, puteri comel berusia 2 tahun. Apakah sepeninggalan Asrul nanti, senyuman menawan menjadi pudar? Mama menjadi keliru dengan janji yang dibuat suaminya dulu. Janji yang memakan diri sendiri. Janji yang sehingga saat ini masih belum dituntut, namun Dato' Rahman mahu melunaskannya. Bukankah memungkiri janji itu munafik?
Mama merenung Asrul, bebola matanya yang tajam menikam. Mungkin ini kesempatan akhir untuk melihat wajah Asrul. Anak ini terlalu sukar dilepaskan. Siapa yang dapat menafikan, bayi yang masih merah, disusukan dibelai sepenuh jiwa, tidak akan menuntut air mata apabila perpisahan untuk selamanya terjadi?
Semuanya berubah mama. Asrul tak sangka ini kepulangan Asrul yang terakhir. Rupanya ada sesuatu yang mama pendamkan. Terlalu terseksa jiwa raga. Namun hari ini adalah buktinya, aku hanyalah anak angkat. Haruskah aku melawan kehendak papa untuk mengembalikan senyuman mama yang dulu.
Arman, aku perlukan kau, bisik hati kecil Asrul. Mindanya memutar isi surat yang Arman kirimkan padanya. Betapa seronoknya bauan ikan yang terlekat di badan, bermain ombak di gigi air ataupun berkejaran mengutip kepah. Betapa indahnya apabila melihat suria tenggelam dimakan malam. Itulah yang tercatat di surat Arman. Maklumlah anak nelayan sejati.
Walaupun Arman setahun muda daripadanya, namun peribadinya amat istimewa dan matang corak pemikirannya. Asrul masih ingat, kata-kata Arman tika dia dilanda kesedihan. "Sabarlah, abang Asrul. Masalah ini terlalu kecil dan ini ujian untuk abang Asrul. Tabahkan hati, bina semula tugu-tugu keyakinan. Rasulullah sendiri menghadapi dugaan yang maha hebat lagi daripada ini."
Ya, benar kata Arman, dugaan yang diberi oleh Allah kepadanya bukanlah satu dugaan yang hebat. Apa yang penting adalah keyakinan. Tapi dia keliru. Antara janji papa dan kehendak mama. Mana satu yang harus dipatuhi. Asrul mula menapak langkah ke biliknya. Solat Asar masih belum ditunaikan. Sedangkan mama masih di situ, dibaluti kekecewaan.
Mama masih ingat. Kedatangan Asrul yang mengubah segala-galanya. Zuriat yang dinantikan tiba. Walaupun Asrul bukan berasal dari uterusnya. Bukan juga milik sperma suaminya. Namun dia reda, walaupun janji dimeterai hanya 16 tahun sahaja. Kerana itu sedaya upaya dia menghalang Asrul membina kejayaan di MRSM Jasin. Namun Asrul pergi jua. Sudahlah beberapa bulan tidak menatap wajahnya, sekarang kehilangan selama-lamanya.
Dato' Rahman pernah membisikkan kepadanya. Terimalah hakikat bahawa kita akan kehilangan Asrul. Ibu kandung Asrul sebenarnya adalah bekas pekerja di Rahman's Holdings, syarikat milik Dato' Rahman sendiri. Pekerja yang terlalu baik walaupun sekadar tukang cuci pejabat. Ditinggal suami ketika kandungannya mencecah 5 bulan. Secara kebetulan, nama bapa kandung Asrul ialah Rahman. Tentunya Asrul tidak akan sangsi kepada Dato' Rahman. Dato' Rahman menerima Asrul atas dasar simpati. Namun simpati perlahan-lahan bertukar kepada sayang bapa kepada anaknya.
Enjin kereta suaminya mematikan lamunannya. Semakin dekat perpisahan dengan Asrul. Air matanya berjurai-jurai. Mama menjadi takut. Hatinya menjerit. Dia tidak sanggup kehilangan Asrul. Masih terngiang-ngiang di telinganya. Kata-kata suaminya, Asrul akan dipertemukan dengan keluarga kandungnya, sekembalinya dia pulang, entah dari mana tidak pula dinyatakan.
Setelah terdengar enjin kereta papanya. Asrul membukakan pintu. Kakinya kaku.
"Asrul, ini adik kandung kamu, Arman," kata papa sebaik saja keluar dari kereta.
"Mana maknya?" tanya mama sangsi.
"Baru saja selamat dikebumikan," kata papa tenang.
"Arman akan tinggal di sini. Amanat akhir arwah, dia mahu Arman bertemu dengan abang kandungnya. Asrul, mak Asrul dah tak ada. Maafkan papa kerana terlambat." Papa memujuk Asrul meskipun kebimbangannya tiada bertepi lagi. Apakah semua ini? Arman mengerti kini. Inilah jawapan kepada mimpi yang menghantuinya selama ini.
MOHD ROSMANIZAM IDRIS
Kota Bharu, Kelantan

No comments:
Post a Comment